Kenyataan Datuk Ali tersebut menjelaskan bahawa beliau tetap bersama-sama dengan parti dan menerima keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin dengan hati yang terbuka. Malah riak mukanya sentiasa tersenyum menyerlahkan lagi keterbukaannya. Bukan seperti sesetengah individu yang menganggap apa sahaja yang berlaku pada dirinya adalah perbuatan konspirasi daripada orang lain. Persoalannya, selepas itu dari mana pula muncul SMS yang menyatakan bahawa hukuman yang dikenakan ke atas Datuk Ali adalah konspirasi politik? Malah turut menuduh Muhyiddin sebagai dalang di sebalik hukuman tersebut? Apakah ianya datang dari UMNO sendiri atau dari pihak lain?
Ketika pilihan raya kecil berlaku di dua bukit, di Perak dan Kedah dan di Batang Air, Sarawak sebenarnya pilihan raya yang paling dinanti-nantikan ialah di PWTC pada 24-28 Mac 2009 nanti. Sudah pasti ada juga pihak bukan UMNO yang suka melihat perhimpunan tersebut menjadi tidak tenteram. Apa pun, keputusan sudah dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO, rayuan dibenarkan. Paling tidak, UMNO berani bertindak untuk membetulkan dirinya sendiri. Biarpun menanggung risiko yang besar, namun itulah yang terpaksa diambil untuk merawat "politik wang" dalam UMNO. Harus diingat, politik wang bukan hanya berlaku dalam UMNO sahaja, tetapi berlaku juga dalam Pakatan Rakyat. Adakah Lembaga Disiplin parti dalam Pakatan Rakyat untuk menyiasat rasuah & penyelewengan 46 ekor lembu yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim? Tataetika Parti pun rasanya tiada dalam Pakatan Rakyat.
Berbeza dengan PKR, DAP dan PAS, biarpun ada orang sudah mengaku bersalah di kalangan mereka namun Pakatan Rakyat tidak berani untuk bertindak. Mereka lebih tergamak menuduh orang lain yang menganiaya mereka dan berkonspirasi terhadap mereka atas kesalahan yang mereka lakukan. UMNO tidak ketandusan pemimpin seperti Pakatan Rakyat, hinggakan sanggup mempertahankan orang yang tidak boleh buat kerja di Pulau Pinang untuk terus menerajui kepimpinan negeri dan sanggup mempertahankan wakil rakyat yang mengaku menyalahi norma-norma moral untuk terus menjadi wakil rakyat. Beranikah Pakatan Rakyat menghapuskan politik wang seperti UMNO? Mahukah Anwar Ibrahim bersumpah tidak menerima RM60juta sebagaimana yang dicabar oleh Nallakarupan? Pakatan Rakyat tidak seberani UMNO. Biarpun salah dan moralnya tidak baik, orang tersebut akan dipertahankan juga oleh Pakatan Rakyat. Mereka hanya berani bermesyuarat di bawah pokok sahaja.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)





29 comments:
hehehehe adakah sprm seberani amno? atau sprm baca undang2 rasuah pemimpin amno ada lain sikit dari rakyat biasa muahahahaha
umno berani bertindak...ha ha geli hati. Beratus yang terlibat ciput yang yang terkena. Jawatan masih selamat lagi, tak terjejas pun.
Tak ape ler, walaupun merasuah dalam parti umno, malaikat kira juga. Padang masyar nanti taulah.
Tak usahlah ambil kira parti PAS, DAP dan PKR. Mereka umpama dubuk dan anak Reng, hanya mapu membaham bangkai...tak mampu untuk memburu sendiri.....
Yang pastinya UMNO mampu memperkuatkan diri sendiri tanpa mengharapkan 'bangkai'!!!!!
bukan berani bertindak namanya tuu...tapi pengecut setelah ahli2 nak bawak kes ke mahkamah!!!
huhuhu....
Saya buka orang politik. Tapi saya lebih minat mengenai akademi. Pada pandangan saya kamu bercakap seperti seorang budak-budak yang ketandusan pengetahuan.
terima kasih.
cuba bgtau sikit sape yg mgaku bsalah tu dr kalangan PR?
sape2 yg nak selamat dr SPRM, masuk lah UMNO..confirm cuma kena tindakan dgantung keahlian...BETUL TAK???
POLITIK WANG = RASUAH
cuma perkataan tu digunakan supaya nampak lebih baik ckit bunyinye.
hmmm..masing2 kalo bercakap memang dasar PR...sape sini berani bersumpah dgn al-Quran kata parti PAS tak mengamalkan rasuah??? sapa sini berani bersumpah dgn al-Quran kata parti PKR tak mengamalkan rasuah?? mana de xberlaku...cuma xdilaporkan atau senyap saja...
Kalau kat Tanah Besar China orang-orang seperti KJ, Datuk Mohd Ali Rustam dan seangkatan denganya dah lama kena hukum tembak mati. Kat Malaysia boleh buat rayuan pulak…macam mana le UMNO nak bebas rasuah.
Say No to "Oral Sex".Respect your Wife.
Pernah dengar orang pas kena tindakan disiplin oleh pas ? Pernah dengar pemimpin pas kena tindakan disiplin ? TAK PERNAH ? Sebab mereka bersih, suci ? Pernah tengok penyata kewangan ke mana pergi wang kutipan setiap kali ceramah ? TAK PERNAH ? Pengikut diperbodohkan oleh pemimpin pas. Mereka melantak sedap-sedap, pakai kereta mewah tapi penyokong melangut.
Ala..tu dummy kes je nak menunjukkan Umno tu serius. Kalau serius dengan jawatan KM pun sepatutnya gugur, kena dakwa SPRM, kena bekukan aset, masuk mahkamah dsbnya...
Tah..tah dah deal dah berapa pulak UMNO beri kat Ali Rustam sebagai golden hand shake sebab sanggup dikambing hitamkan. Sok2 2 tahun lagi U masuk la balik mcm Isa ,mcm Mat Taib, mcm Rahim Tamby Chik Org la ni tak mudah tertipu da...
Pemimpin Mahasiswa tu bercakap begitu..sebab nak cari peluang Batu Loncatan..keje-keje kosong /projek-projek buat duit dgn org2 UMNO..La ni bukan senang nak cari keje..
hehehe... betul tu, mereka hanya tau tuding jari pada org lain jeee....konspirasi... niat jahat... nak menjatuhkan saya... pendek kata semua org jahat laaa....hehe.
Umno parti hebat sebab tu ada kod etika dlm parti, tak boleh anjurkan ceramah, kenduri, dll. dlm masa pemilihan.
parti lain tak deee.... kalau parti PAS ada kod etika cam umno , bila nak pemilihan tak buleh buat kenduri arwah, ceramah, bagi makan, dll.... aku rasa semua tak qualified nak bertanding....hehe
PKR lagi laa teruk ...tok sah cerita laaa.
tabik pada pak ali rustam. memang susah nak kawal penyokong kita yg nakkan kita naik. mereka tau dan mereka dekat dgn kita.
nak buat mcmana mereka dtg jauh nak jumpa dan nak menzahirkan sokongan pada idelisma kita, tapi bila pak setiausaha blanja makan, kita pulak yg kena.
mereka yg dapat blanja plak exchange notes dikalangan mereka, weii ....aku jumpa ali rustam , sakdon blanja mkn ikan bakar laaa, satu table.
aikk... aku gi pejabat dia cuma dpt makan karipap ngan air teh jeee.... camne ni. kata tak leh blanja makan??
tapi pada pendapat aku, kod etika pemilihan ni kena diperkemaskan lagi laaa, revise....supaya mereka yg terlibat dpt sesuaikan dgn pertandingan parti dan jawatan mereka dlm k'jaaan.
mungkin pemilihan akan dtg MT boleh timbangkan guna IT laa... comprehensive webbase application, vote cert., ID, Pssword, dll.
aku bleh, designkan system architecture...no prob. kacang je tuuu.....hehe..
Zul.
pasal kes khalid ibrahim, kalo betul dia melakukan pyelewengan, serahkan pd SPRM..kalo bsalah, kami rakyat malaysia terima ngn hati tbuka.
begitu juga dengan pemimpin umno, kalo melakukan pyelewengan, serahkn pd SPRM..siasat. lagi lah kami rakyat malaysia terima ngan hati terbuka. jangan disorokkan pula...jangan tggu ahli ugut nk bawak kes ke mahkamah, baru lah lembaga dsiplin mula gelabah nak siasat..
bayangkan kalo pemimpin utama melakukan rasuah, bgaimana pula ngn org bawahan..jd pikir kan lah..
mcam ni ker rupa sebenar pemimpin kita..saya tak leh nk bayangkn dan x saggup nk byangkan bertapa jijiknye pemimpin kita selama ni.
masakan pokok bergoyang kalo xder angin.
begitu juga, pemimpin yg dikaitakn ngn rasuah..
cuba bgtau sape pemimpin pas yang terlibat ngna rasuah, susah nak cari sape kan pemimpin yg dikaitkan ngan rasuah?
tak macam umno, sebut jer UMNO, boleh bayangkan muka2 yg terlibat ngn rasuah.
pernah dgr ke pemimpin PAS kena dakwa sbb rasuah???
'Bodo-bodo' org PAS pun mereka knal halal haram, knal dosa pahala,kenal syurga neraka,bagilah berpuluh-puluh billion pun depa xkan trima...tp 'cerdik' org UMNO pun depa tak tau sme tu...rembat je...janji lumayan...
Harta kekayaan dunia tak kemana. Dalam kubur,duit dh xde nilai lagi dh...'matawang' dlm kubur adalah taqwa...
sedarlah sikit....
Hidup UMNO!!!
Hidup UMNO!!!
Hidup UMNO!!!
Hidup UMNO bersama rasuah!!!
Hidup UMNO di dunia!!!
Rasuah la puas-puas kt dunia. Kt pdg mahsyar, Allah tak trima rasuah...
Akhirat korang tanggung la masuk neraka!!!
wahh...!!!
dh jadi budaya dan tabiat nak wat cne...
tak menang tangan nak tangkap...
banyak sangat...
pakai je pukat...
gua tak puas ati r...
apsal Pak Ali gua je kn denda???
apsal KJ blh lepas???
adil r sket...klu Pak Ali kena denda,yg lain pun msti kena...
bkn Pak Ali gua je yg rasuah,ramai lagi...
gua tak puas ati r...
Pesalah2 rasuah yang sedang merengkuk dalam penjara mesti cemburu dengan Ali Rustam. Kalau diberi peluang pasti mereka berebut nak masuk UMNO.
Rupanya ketuanan UMNO ni bermaksud kekebalan undang2.
umno berani bertindak..erm lawak lahh
Tahniah tok ali.
PAS asyik menggunakn nama Islam dalam setiap dakyahnya, padahal x berani nk menegakkan Islam pun....well, that's funny. Betapa lemahnya bila berdepan dgn DAP. Dayus~
At least, UMNO ada jugak tindakan daripada PAS yang mcm munafik tuh...
Bila dekat pilihan raya, bila UMNO bagi bantuan makanan, bla3...PAS cakap 'rasuah', but then, bila diorang buat benda yang sama, dikatakan 'sedekah'..It's the same thing but just being given a more Islamic name. How does that make sense??? What a corrupt!!! Munafik.
Mmg hipokrit dan lebih teruk lagi menggunakan nama Allah dengan cara yang salah dalam nk menarik sokongan. Pathetic betul. Hanya orang2 yg berfikiran cetek ja terpengaruh. Real stupid.
Aku x menyokong certain2 parti, tp, aku percaya dkt individu. Aku sentiasa sokong Dr M, Mukhriz, dan Najib!! Always~
Dan dulu aku pernah respect Nik Aziz, but not anymore....He is sick and revolting. Bluweeeekkk!!! Pardon me, but I just had to voice it loud!!!
UMNO pejuang Islam sebenar???
Pejuang Islam tolak dasar Islam ambil dasar sekular ambil dasar nasionalis???
Pejuang Islam tak ambil panduan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan pentadbiran dan perundangan???
Pejuang Islam yg mengugut akan mengambil tindakan jika undang2 Islam akan dilaksanakan???
Pejuang Islam sanggup peluk Micheal Yeoh???
Anak pejuang Islam berpesta???
Bini pejuang Islam tak tutup aurat???
Negara Islam penuh dgn pusat judi,kelab malam,konsert hiburan dan program maksiat???
Pejuang Islam hanya berdiam diri sedngkan bgtu ramai rkytnya yg murtad???
Pejuang Islam yg hanya berpeluk tubuh bila akhlak remaja Islam rosak teruk???
PAS yg mahu menegakkan hukum Allah itu dikatakan munafik???
Pemimpin UMNO yg terang2 tolak hukum Allah itulah yang paling beriman...
Rujukan:
http://h1.ripway.com/amal05/KOLEKSI KENYATAAN.doc
Sedarlah wahai org UMNO sekalian...
Dunia dh akhir zaman...Kalau kita org Islam sndiri pun tak mahu tegakkan agama kita sendiri,nk harapkan sape lg?Hukum Allah wajib ditegakkan...kenapa harus diambil undg2 barat?
Kita dh ada life user manual kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.Kenapa kita tak ikut?
Rasulullah dan pesan dlm khutbah baginda smsa haji perpisahan yg kita xkan sesat selagi kita berpegang pada 2 perkara iaitu Al-Quran dan As-Sunnah...
Kalau dua perkara tu kita dh tolak tpi,maka sesatlah kita...
Semoga Allah m'berikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua...
wnita dan puteri UMNO,aurat sendiri pun xleh nk jaga,berani nk kata org munafik???
ayyoyo...bnda peribadi yg kacang cm2 pun takleh nk setel...mcmana nk perjuangkan Islam?
blm sebut masalah tauhid dan fiqh...
sape org UMNO kt cni brani kt yg menutup aurat tu tak wajib??? angkt tangn...!!!
kalau sebut pasal derhaka pada sultan,bisinglah korg whai org UMNO...
tapi penderhakaan kamu tu lagi besar...
derhaka pada Allah...!!!
Tolak hukum Allah...
komen kat atas ni kpd Whoever said...
uhhh kalo aku jd dia lah, mmg terkena betul ni, terus tak terkata...apa lg cepat la jawab whoever. sernok jgk soal jawab ni.
rasulullah dh bpesan selagi al-quran dan as sunnah djadikan pnduan, umat islam takkan sesat, tp itulah ajaran dari barat iaitu sekular jgk djadikan panduan.
tau tak salah satu sbb solat tak dterima ialah tidak menutup aurat..kita smua tau, solat mrupakn tiang agama, dn mbntuk peibadi yg mulia,tp kalo aurat x ditutp, tntulah smbhyang x diterima, jd adakh pekerti mereka ni betul2 mulia? jd pikir2 kan lah sendiri...
aku nk pemimpin malaysia dr golongan yg berrtakwa, mgamalkan ajaran islam sebenar, ..aku harap kita akan jadi umat islam yg kuat seperti zaman kegemilangan islam dahulu dimana pemimpin2 mereka bertakwa kpd allah swt.
tutup aurat = sah solat
tak tutup aurat = tak sah solat
tak sah solat = tak solat
solat = tiang agama
tolak solat = tolak tiang agama
tolak tiang agama = runtuh agama
runtuh agama = ????
adakah mereka tutup aurat masa solat?
Of courselah sbb mereka tau tak sah solat jika tak tutup aurat...
Jika dalam solat,mereka blh menutup aurat,kenapa dalm kehidupan seharian mereka tak boleh nk tutup aurat?
adakah menutup aurat hanya wjib ketika sembahyang sahaja???
adakah dgn menutup aurat,maka t'tutup segala gelang memalang ditangn mereka,maka org tidak akan mengenali mereka???
fuhh...pening...pening...
Adakah pilih Pas masuk syurga? Adakah sah solat orang islam yang mengkafirkan orang islam yang lain?
Jika kamu pilih Islam,kamu akan msk syurga...
tp andai kamu tolak Islam...
Org yg menolak hukum Islam,seolah2 mereka menolk Islam itu sendiri. Tunjang Islam ialah Al-Quran dan As-Sunnah dan brgsiapa yg menolak Al-Quran dan As-Sunnah,maka sesatlah mereka...
Islam m'haramkan judi bahkan agama2 lain pun m'haramkan judi.
Islam m'haramkan arak dan agama kristian pun m'haramkan arak.
Larangan Minum Arak Dalam Bible
"Minuman keras membuat orang mabuk dan merepek. Bodohlah orang yg mnjadi mabuk"
[Proverbs 20:1]
"Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain,krna hal itu akan merosakkan hidup kamu"
[Ephesians 5:18]
kenapa UMNO masih menghalalkan judi dan arak???
Oh, cerita pasai islam. Siapa yang halalkan kafir-mengkafir sesama islam? Siapa kata tuhan pun mencarut? Siapa kata nak kawan dengan setan? Siapa yang kata, undi Pas masuk syurga? Fatwa ni pi kutip kat mana?
Post a Comment