Bukankah Nik Aziz menyatakan bahawa dia adalah nakhoda dalam PAS?. Oleh itu, mengapa tidak jemput Nik Aziz untuk umumkan calon di Bukit Gantang. Kenapa PAS Perak memanggil Haji Hadi untuk umumkan calon? Haji Hadi Awang mengumumkan Nizar Jamaluddin sebagai calon PAS di Bukit Gantang, pada 23 Mac 2009 di padang Taman Kota Jaya, Simpang. Akhirnya Haji Hadi sendiri yang memilih Nizar. Siapa yang mula mencadangkan nama Nizar ini?.
Pada 9 Februari 2009, Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak), mencadangkan agar Nizar bertanding di kawasan parlimen Bukit Gantang. Awal-awal lagi DAP sudah pun menerima hakikat bahawa Nizar bukan lagi menjadi MB Perak. Bagaimanapun, Nik Aziz (Mursyidul Am PAS) tidak setuju Nizar menjadi calon. Nik Aziz menyatakan pada 10 Februari 2009 bahawa "Kalau tanya saya, saya tidak boleh terima seorang yang berjawatan MB (menteri besar) ambil (wakili kawasan) parlimen... kecuali orang yang tidak berjawatan MB,". Haji Hadi akhirnya mengenepikan nasihat Tok Guru Nik Aziz dan menerima pakai cadangan Ngeh Koo Ham.
Percaturan Haji Hadi untuk meletakkan Nizar sebagai calon di Bukit Gantang sebenarnya bukan untuk memberi peluang bagi Nizar menang di Bukit Gantang. Kalah atau menang Nizar di Bukit Gantang tidak penting sangat bagi Haji Hadi. Yang paling penting ialah kemenangan Haji Hadi sendiri melawan Husam yang semakin berpengaruh dengan kumpulan Erdogannya.
Husam dan Nizar memang tidak "ngam" sejak masa mula-mula Nizar menjadi MB lagi. Husam tunggu bertahun-tahun untuk jadi MB Kelantan tetapi tidak dapat lagi, Nizar baru setahun jagung sudah bergelar Datuk Seri dan menjadi MB selama 11 bulan di Perak. Cemburukah Husam? Apakah keadaan tidak "ngam" ini telah dihidu oleh Ngeh dan Nga untuk "ngap" Nizar? Mungkin ini sebabnya mengapa Ngeh mencadangkan Nizar di Bukit Gantang. DAP memang berniat untuk membunuh terus karier Nizar. Kalah di Bukit Gantang akan membunuh terus karier politik Nizar. PAS akan meraih undi simpati untuk Nizar. Inilah bahan kempen utama PAS.Percaturan tersebut adalah untuk kemenangan jangka panjang Haji Hadi menentang Husam Musa sebagai Presiden PAS dalam muktamar PAS nanti. Haji Hadi tahu sokongan PAS di Kelantan banyak memihak kepada Husam Musa. Di Kelantan, Hadi gunakan Takiyuddin untuk menyusun orang bagi melawan kumpulan-kumpulan Erdogan Husam. Konflik antara Takiyuddin dan Husam memang sudah lama berlaku. Puncanya, kedua-duanya memasang angan-angan yang sama untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.
Untuk memujuk kembali hati orang PAS yang telah kehilangan kerajaan di Perak, Nizar adalah umpan terbaik untuk popularkan Haji Hadi di Perak. Biarpun tahu Nizar menderhaka kepada Sultan Melayu, perkara tersebut terpaksa ditelan oleh Haji Hadi demi memasang cita-citanya untuk mencari pengaruh di kalangan perwakilan Perak. Kubu kuat Haji Hadi adalah di Terengganu melalui Musthapa Ali. Pengaruh Erdogan semakin kuat di Terengganu bila Wahid Endut (kumpulan Erdogan) menang di Kuala Terengganu dengan dibantu oleh Syed Azman Syed Nawawi (ADUN PAS Batu Buruk). Bermakna, tidak semua perwakilan Terengganu akan mengundi Haji Hadi, ada yang akan menyokong Husam untuk menjadi Presiden PAS.
Jika Husam berjaya menguasai PAS di Kelantan dan Selangor. Haji Hadi terpaksa mencari pengaruh dari luar Terengganu, tempat yang paling banyak perwakilan adalah dari Perak. Itulah sebabnya mengapa Haji Hadi terpaksa melanggar arahan nakhoda dalam PAS (Nik Aziz) dan terus meletakkan Nizar sebagai calon di Bukit Gantang. Di Bukit Gantang, kita akan lihat PAS akan terpecah kepada dua pihak, kumpulan yang menyokong Tok Guru dari Rusila dan kumpulan yang menyokong Tok Guru dari Pulau Melaka. Bendera hijau yang muda adalah milik Erdogan, manakala bendera hijau yang pekat adalah dari kumpulan ulama. Bukit Gantang akan menjadi pentas untuk Haji Hadi dan Husam berkempen sebagai calon Presiden PAS.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)





45 comments:
Bodohnya artikel ni! Nik Aziz tak setuju Nizar jadi calun sekiranya Nizar MB Perak, skg MB Perak dah dipegang oleh Menteri Pasola dan masalah ini nampaknya tak selesai lebih baik Nizar melangkah ke Parlimen dan insyallah Allah bersama2 dgn org yg teraniaya. Doa orang yg teraniaya terus kepada Allah tanpa hijap.
semakin kompom lah bahawasanya PAS kini ditakluk oleh kumpulan erdogan......
Memang padan pun... Inilah contoh betapa rendahnya kualiti student universiti tempatan.
Artikel ni full of assumption.
Local u... kah kah kah... nampak sangat bodo...
Dear Mr.AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Next PRU...PR will take over the country and BN will forevet opposition...PAS send Nizar to Parliment for training...he is among the next PM in the making.Many Malaysian pround to see him the next PM
Dulu keruh di muara tak kelihatan...kerana buaya pandai berenang.....
Kini di luah mati emak, bila di telan mati bapak.
Allah Maha Besar... kini masa untuk membayar apa yang pernah di hutang dan terhutang.
Kasihan Hadi, beliau tak kenal benar siapa Anuar........
PRESIDEN APA NIH? TULIS ARTIKEL MACAM BUDAK TADIKA KEMAS..
TAK DER KUALITI LANGSUNG YANG ADA HANYALAH BAU LONGKANG!!
mmg menarik la bacaan artikel ni tp itu yg membezakan PAS n UMNO ni. Whoeva yg menjadi pemimpin PAS pun, tetap akan taat perintah Allah dan rasulNya. Kbnyknn orang PAS mmg x gila kuasa sangat compare to UMNO. Kena admit la perkara ni...UMNO mmg semua gila kuasa...
dua2 menakutkan aku,satu nak jadi tok arab banyak bini, satu kaki songlap bisness di kelantan. cuba demo kecek sini apo dio bisness yg tok ado kaitan denge husam di k'tan. semuo dia sapu, gi aust tengok sistem buek air k'tan,...sistem gapo dia sampa gi aust. siapa dio sponser....malahh aa nok pecah lube sini.
Salam tuan..
Saya tak kata tulisan tuan seperti budak Tadika..
Tulisan tuan kali ni sudah cukup untuk mencubit 2 orang pemimpin tertinggi.
Bagi saya Wahid (P. KT) dari kumpulan Ulama'.. memang ada Erdogan yang hulur tangan & tonjol muka (tu pun sebab kepartian)..
-----
Kepada Anon Mac24,2009 5.40PM
Panas telinga membaca komen demo.. hehehehe..
Tapi gat.. Meli (ramlikapakjangat) dah buka dah sikit2..
Takut gak.. kot2 Meli nya buko banyok.. mau penin kepala bung Husam..
hikhik..
Wassalam..
Konflik dalam PAS???? Kelakar..... PAS bukan macam amno.....perselisihan pendapat bukan konflik macam dalam amno.Penulis artikel dangkal sebab budaya jiwanya jiwa amno. Berfikiran macam amno. Biasalah pendapat lain-lain tapi dalam PAS kami 'walak' dengan keputusan yg telah ditetapkan oleh pemimpin atasan. Tentukan Tn Guru Nik Aziz telah tahu apa yg dipersetujui oleh Presiden PAS, Ulamak PAS bukan macam ulamak amno.....kewujudan puak dalam PAS hanya retorik dan provokasi amno jer....woi PAS bukan macam amno banyak kroni.....macam team pak lah bersaing dengan team najib....contoh sampai cantas Ali Rustam...terus kena dgn lembaga disiplin amno.....banyak contoh kalo nak cungkil dalam amno pasai puak2 ni.....udahlah jangan main api !!!
AKU TAK CAYA DIA NI PRESIDEN PERSATUAN NI, ARTIKEL DIA MACAM TULISAN KETUA CAWANGAN AMNO KG AKU JE,,,YG SRP PUN TAK LULUS
dari 1 blog ke blog yg lain aku tgk komen yg diberi oleh pembangkang ngok nih, x abis2 dgn perkataan memaki. klu nak disebutkan mmg belambak!
Anonymous said...
mmg menarik la bacaan artikel ni tp itu yg membezakan PAS n UMNO ni. Whoeva yg menjadi pemimpin PAS pun, tetap akan taat perintah Allah dan rasulNya. Kbnyknn orang PAS mmg x gila kuasa sangat compare to UMNO. Kena admit la perkara ni...UMNO mmg semua gila kuasa...
March 24, 2009 4:59 PM
BETUL KE PAS TAK GILA KUASA ATAU .............. PAS TAK GILA UGAMA.
KENAL SANGAT KE DENGAN KAUM KAUM PEMIMPIN PAS NI MACAM KENAL SANGAT DENGAN PEMIMPIN UMNO.
BAWAK BERSABAR......... MENGUCAP DULU SORANG SORANG.
Kalo test mengucapkan jer pun makhraj pemimpin amno dah tak betul.....test tengok.... tengok masa pemimpin amno takbir hari raya.....kelakar sebutannnya.....makhraj pun tak betul...tu cucu ulamak....pemimpin islam hadari lagi...
TUAN PRESIDEN!! TOLONG JANGAN MALUKAN PERSATUAN GPMM DENGAN TULISAN-YULISAN YANG TIDAK BERMUTU SEPERTI INI.
wakakakaa...ambik tukul dan ketuk kepala sendiri...wakakakaaa.....
Jangan anggap semua orang bodoh dan menerima apa yg kamu tulis wahai Presiden Gabungan Pencacai Mengampu Malaysia ( GPMM )....
Wahai penulis tahap akal ketua kelas tadika kemas.....jgn anggap semua org B..D..H macam kamu.... ok
siapa ulama' amno???
paklah?najib?klakar...haha
tak penah tgk gmbr paklah ngan yeoh?
pernah tgk gmbr2 anak najib?
pernah tgk gmbr2 anak nazri?
puak camni pun ada org nk sokong???
betulkan bini ngan anak2 dlu sblm nk pimpin rakyat ke arah kebenaran...
penuh dgn ciri2 pemimpin "Islam"..
ulama' hadhari...Paklah dan Najib
complete set...!!!
dalam Al-Quran tlh menyatakan bahawa manusia akhir zaman majoritinya tidak tahu akan kebenaran...mereka kembali kpd zmn jahiliyyah...mereke tak dpt bezakan antara hak dan bathil...
tak knl siapa ulama'...
akhir zmn...jika bertemu hak dan bathil,bathil akan menang...
cuba bndgkn mjlis agama dgn konsert jom heboh...agak2 mana yg menjadi tumpuan???
antara drama sinetron dan al-kuliyyah,mna menjadi pilihan?
masyaallah...smoga kita tak tergolong dlm golongan jahil yg tak nmpk kebenaran...
dalam PAS tiada asobiyyah...
PAS bkn amno...
smuanya retorik amno nak pecahkan perpaduan ummah...
pliizzz la amno...
susah sgt ke nk trima Islam...???
kenapa harus dibiarkan rakyat terus hnyut,lalai,sesat???
brapa rmai tak smayang???
brapa rmai tak tau mengucap???
tak ingt rukun Islam,rukun Iman???
berapa rmai murtad???
Laksanakan hukum Allah sepenuhnya berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah di Malaysia, insyaallah PAS bubar...itu janji TGNA...
anon 11.48
1. DAP dah terima ISLAM ker? tak payah over his dead body dah ker?
2. Hindraf dah setuju ker dengan ISLAM? Demer nih dah tahu ker rukun islam/iman?
hemm di kelantan dah laksanakan sepenuhnya hukum allah?
daivista said...March 24, 2009 11:43 PM
kalo lah pemimpin umno baca komen ni, br diorang tau dan sedar ckit sblm nak memimpin, betulkan diri tu dan famili sblm nk pimpin org lain.
anak bini pun tak terpimpin, cmner rakyat nk terpimpin ikut landasan jalan yg benar.
kalo x sedar lagi tak tau lah, memang tak takut balasan Allah swt. Malaikat pun takut nak pegang amanah ALLAH swt tapi manusia dengan sombongnye dengan yakin nak pegang amanah ALLAH swt tapi beramai yang betul2 menjalankan amanahNYA.
Dulu aku pernah tanya SAPE yang pilih kulup ni jadi Presiden GPMM.
Tulisan beliau Langsung tidak mengambar wibawa seorang Presiden ...cuma ada hasut-menghasut...
Stop Oral Sex. Respect your Wife's Doa.
kepada afzani said,
aku setuju sgt2 apa yg ko ckp tue!
MMg blogger ni bodo! kalu nak buat artikel ke aper2 ke..... ikut sedap hati tolol die tu e je....
almaklumlah.... wktu ko kt universiti sntisa duk di bawah ketiak MASAM & HANGIT TNC ......
Sbb tue bile ko klua u wahai Azrinizam.... kepala otak ko! pun berbau ketiak hangit & busuk TNC!!! wahahahahawawawawawawahahahahahahahaha
wakalallaala kawan-kawan,
perasan tak orang yang komen dalam ni ayat2 hampir saya. tulisan pun hampir sama. sah2 orang yang sama. waklaalalala sekarang baru nak sedar kot ada blog hentam anti-establishment. bongkar lagi azrinizam. selama ni boring dok baca caci maki dalam blog pro anti-establishment. aku nak dengar jugak cerita2 panas puak2 ni. biar derang panas.
Mat Takbirrrrrrrrrrrrrrrrr!
susah juga ya ..... kalau kita tak solat tapi kita salahkan k'jaan kenapa kita tak solat.
http://satuumat.blogspot.com/2009/03/husam-beri-kuliah-pagi-di-majlis-tafsir.html
Husam djemput mberikan ceramah pasal isu islam di indonesia, lihat betapa pemimpin pas dihormati oleh negara luar.
bongkar juga criter pembalakan tanah lodging yg diberi pada syarikat takde pengalaman kat kelantan tu yg senyap, betui ka depa ni semua bersih?
dah dah la tuu....membangkanggg. elok la dihujung2 usia ni cuba belajar2 untuk membina.
meruntuhkan apa yg UMNO dah bina memang kerja senang. apa yg susah bakar ajee....
cuba kalau 30 tahun berpolitik tu disumbangkan utk membina, aku rasa dah boleh buat mcm2. tapi kesian ya mereka memilih utk membangkang. walaupun membangkang tu part of process in democracy. tapii...
pahala org yg membina tu jauhh lebih besar..... mcm jasa arwah ahmad ibrahim yg merangka undang2 islam.
ni pandai islam tapi memilih jln yg salah. besok lusa mati apa yg org akan ingat ialah fatwa mengkafirkan umno dari hj. hadi.
inspirasi dari fatwa tu dah menyesatkan beribu org. sapa nak b/jawab???
husam?? bagi aku kalau dia terpilih malu besarla geng2 ustaz dlm PAS. hehe...
Zul.
kepada amieieda, kaji blk sejarah...
kenapa hudud tak blh dilaksanakan di Kelantan...
siapa yg menghalang hingga sanggup mengugut utk mengambil tindakan andai hudud dilaksanakan di Kelantan...
Undang2 perlembagaan Malaysia yg menghalang ia dri dilaksana...
harus pinda dlu perlembagaan persekutuan baru blh jalan hudud...
siapa pegang kuasa???
Ada orang kata, penyokong PAS ni kurang EQ (Emotional Quotient) dan ESQ 165 (Emotional Spiritual quotient 1-ehsan, 6-Iman, 5-Islam)... Aku tak percaya.
Tapi, melihat komen2 yang ditulis di sini, menampakkan jelas mereka kurang EQ dan ESQ165...
KEmbalilah kepada lumrah hidup seorang yang bermotivasi dan bermuasabah...
kepada amieieda, DAP tu apa agamanya?
UMNO itu apa agamanya???
tak hairan klu org bkn Islam tolak Islam, tapi mmg ckp hairan kalau org Islam sendiri tak trima Islam...
Pilihlah pemimpin dari kalangan kamu yg bertaqwa...Pak Lah ngn Najib tu bertaqwa ke???
Tgk bini tak blh tau dh...
kepada sdr/sdri "amieieda",
Sebenarnya DAP & Hindraf tak akan terima Islam sebab mereka ni kapir, tapi apa yg kite hendakkan biarkan mereka terima "Pemerintahan Negara Islam".
Nampak sekarang....
Jgn asyik nak kenakan Kelantan, sebenarnya kuasa undang2 terletak di tangan kerajaan pusat lah woiii. Dah pusat tak restu nak buat camana... PUSAT BUJIL
Pokok pangkalnya Ngeh cadangkan Nizar jadi calon dan Nik Aziz tak setuju.
Presiden PAS pulak ketepikan pendapat Nik Aziz (Mursyidul) dan ambil pendapat Ngeh (DAP)
Ini baru soal pilih calon. Cuba bayangkan untuk laksanakan hukum Islam yang kononnya dari dulu lagi nak laksanakan tu.
19 tahun memerintah Kelantan, tak ada usaha pun nak didik masyarakat untuk mengenali hudud.
Takkan itu pun salah UMNO jugak?
Kuasa mendidik sudah ada, pun tak digunakan, lagilah nak tunggu UMNO ubah perlembagaan baru nak ajar DAP?
Akal pendek.
mmg klu kita tak solat kita xleh nk salahkan k'jaan 100%...
tapi tindakan k'rajaan ke arah pembentukan insan yg sedar akan kewajipan solat itu harus kta telitikan...
klu hiburan melampau diberikan keutamaan oleh k'jaan berbandg program penghayatan solat dan lain2 program pemantapan aqidah dan program ilmiah...
itu yg m'jdi p'soalannya...
ambil cnth aktiviti pelajar di universiti tempatan. Budaya hedonisme dah makin parah...
ada saja program,tak sah klu takde tarian,takde nyanyian...dedah aurat,konsert sana sini...langsung tak m'gambarkan identiti mahasiswa sbgai masyarkt cntoh...
so nk salahkan sapa???
mahasiswa lesu mahasiswa sayur kerana hedonisme....
tok guru hanya m'berikan pndangan peribadi...
terpulang kpd keputusan musyawarah...
ini mnggambarkan keterbukaan dlm PAS...
Jika ada idea yg lbh baik yg dipersetujui majoriti,itu yg akan diberi keutamaan...
bkn mcm UMNO,smua kt2 presiden,smua pkat angguk...sape bntah,kna tindakan...kena buang,kena gantung...
demokrasi ke???
betul(3x)...hehe
masing2 kan ada pndapat sndiri, itu la gunanya musyawarah.
kalo semua sama jer, tak wujud la musyawarah tu...cam ni pun susah nk paham ke..logik akal jer la ni.
kalo kepala cakap yes, semua pun yes..kalo no, semua no..kalo cmni la gayanye, bila la orang melayu nak berkembang. please la wake up!
Hanya orang yg berfikiran jauh , yang boleh melihat apa yang tersirat. Penyokong PAS sebenarnya, tak tahu apa yg sedang berlaku didalam PAS. Sebab mereka ni pak turut macam lembu kena cucuk hidung.
Kita tunggu dan lihat...
Senang aje orang kat sini kutuk Presiden GPMM ,"kata tulis macam budak tadika". Apa yang saya lihat, komen kat sini yang macam budak tadika.
1) Kenapa taksub sangat dgn PAS? Dalam PAS pun ada masalah. Siapa yang tak tahu, maknanya pengikut yang mengikut membabi buta.
2) Pasal Husam ni,kalau nak tahu , cuba tanya sendiri dengan orang PAS di kelantan. Kalau tak tahu, jangan asyik nak menyokong membabi buta aje.
3) Ada Anon tu tulis "pak Lah dan najib tu bertakwa ke? tengok bini dia pun dah tahu" . --> Astaghfirullah..Inilah komen yang riak dan takbur. Dengan senang melabel sesorang tidak bertakwa. Biarpun , bini dia tak bertudung, ini tak bermakna dia(paklah & najib) tak boleh jadi insan yang bertakwa. Siapa yang bagi hidayat kepada manusia? Hanyalah Allah. Nabi pun tak boleh beri hidayat. Sebab tu pak saudara nabi Abu Talib pun mati dlm kafir. Anak nabi Nuh pun tenggelam bersama orang kafir.
Sebagai orang islam yg bertakwa, kita kena berdoa agar satu hari nanti dibukakan hatinya untuk bertudung..
4) Pasal hudud pula. Sebenarnya, PAS hanya menggunakan isu hudud untuk memancing undi. Dulu dia kata, hudud untuk seluruh rakyat malaysia. Orang bukan islam yg bernaung dibawah kerajaan islam , pun akan dikenakan hukum hudud.
Yang peliknya, sekarang ni, bila DAP dan PKR bising pasal PAS nak teruskan Hudud bila memerintah, tiba-tiba mereka boleh kata pulak, hudud untuk orang Islam sahaja. Orang bukan islam boleh pakai undang2 yg ada. Astaghfirullah..apa dah jadi dengan Tok guru? Sanggup korbankan asas perjuangan disebabkan nak jaga hati kafir harbi DAP dan PKR tu. Maknanya, dalam kerajaan islam yg nak ditubuhkan oleh PAS ialah ada 2 undang2. satu untuk Islam (Hudud) dan satu lagi Undang2 yg sedia ada untuk yg bukan islam.
Betul ke ni????...Siapa yg sebenarnya mempermainkan Islam sehingga bila kena gertak aje oleh DAP dan PKR, terus jadi macam orang bodoh...
kepada sasha2020...
ini bkn masalah takbur...
jgn pndg dri sudut yg tirus...
mereka adalah pemimpin negara,pemimpin umat Islam Malaysia seharusnya mempunyai qudwah hasanah (contoh ikutan yg baik). kalau pemimpin dh mcm tu,rakyatnya gimana sih???
Rasulullah bersabda supaya memilih pemimpin2 dari kalangan org2 bertaqwa. Amanah harus diberikan kpd ahlinya,kalau amanah itu tidak diberikan kpd ahlinya,maka tggulah hari kemusnahannya...
mslh yg bgini kita harus perhatikan utk memilih pemimpin...
seandainya keluarga sendiri pun mereka masih xblh nk betulkn,mcmana dia nk bawa rakyat dekt dgn Allah???
tulisan anda menunjukkan paklah ngn najib masih blm menerima hidayah. maknanya tak nmpk kebenaran. knpa harus dipilih org yg xnmpk kebnaran?
mmg kita mendoakan semoga UMNO menerima hidayah daripada Allah S.W.T. Smoga UMNO dpt menerima sistem Islam,UMNO dpt mnjadi pejuang Islam yg berjuang bersama2 PAS utk menegakkan agama Allah...
sasha2020 mmg berpandangn jauh hingga xnmpk yg dekat...
Salam... Kenapa ahli2 PAS seperti Mohd Sayuti Omar dan Faizal Tehrani boleh berfikiran rasional dan banyak buat teguran kepada PAS, tapi pengomen2 kat sini (yang sokong PAS) buat PAS ibarat Parti yang Maksum???
kami tak katakan yg PAS itu maksum tp Islam itulah yg maksum dan andai ia dilaksanakan secara syumul.
PAS hanya satu wadah perjuangan Islam manakala UMNO menolak Islam kerana perjuangkan nasionalis.
Sudah dikira lelaki itu dayus kalau membiarkan isteri2 dan anak2nya melakukan perkara2 mungkar. Contoh : mendedah aurat. Boleh ker ambil lelaki dayus sebagai pemimpin?
jgn hina ulama'.....
nabi saw dulu pun selalu kena tegur ngan sahabat. Astaghfirullah... mmg la kiter nak berjuang demi bangsa. tapi.... Ya Allah, ulama' tu jgn dihina. kat kubur bila ditanya saper saudara kite, kita jwb bumiputra ker?
Post a Comment