Tuesday, March 31, 2009

Ngeh Koo Ham Ucapkan "Assalamualaikum"

Ngeh Koo Ham (Ahli Parlimen DAP Beruas, ADUN Setiawan) telah menyampaikan salam kepada muslimin dan muslimat PAS pada Majlis Pengumuman Calon PAS di di Padang Taman Kota Jaya, Bukit Gantang pada 23 Mac 2009. (Klik Sini) “Kita perlu mengundi calon PAS kali ini, sekiranya tidak, undi kita akan memberitahu BN mereka boleh merampas kuasa dengan sesuka hati” kata Ngeh Koo Ham dalam majlis tersebut. Undi calon PAS atau calon DAP? Memang DAP sudah berani buat sesuka hati mereka untuk memberi salam dan menggunakan ayat suci Al-Quran dalam ceramah mereka di atas pentas PAS. Siapa yang ajar DAP berkelakuan sebegini? PAS sesuka hati beri restu kepada DAP untuk berucap sebegitu.

Tuan Guru Haji Hadi Awang (Presiden PAS) pun ada sama dalam majlis tersebut, mengapa dia tidak melarang dan menegur perbuatan Ngeh? Ada orang berkata Nizar adalah calon pilihan DAP, benarkah begitu? Pada 9 Februari 2009, Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak), mencadangkan agar nama Nizar bertanding di kawasan parlimen Bukit Gantang. Ngeh adalah antara orang terawal mencadangkan nama Nizar untuk bertanding di Bukit Gantang. Mengapa DAP suka sangat kepada Nizar? Ada sesuatu yang Nizar berikan kepada DAP, hinggakan DAP terasa terhutang budi kepada Nizar? Kalau orang Melayu PAS dan PKR masih pilih lagi Nizar, siapakah yang paling gembira dengan pilihan tersebut? Tidak lain dan tidak bukan adalah Ngeh dan DAP.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

78 comments:

Anonymous said...

Biar ledia bagi salam pun ,kan nabi SAW ada ajarkan kita cara menjawabnya bila orang bukan islam memberikan salam pada orang islam. Inilah yang susahnya bila jahil,nak kata bodoh pun pemimpin mahasiswa,senang2 jahil lah tu

Tun_Is said...

Ada ustaz kata.. kalau non muslim memberi salam dalam bahasa arab

"Assalamualaikum"..

Orang Islam sekadar jawab.." Wa' alai'. sahaja..

ada yang mengatakan sekadar "mengangguk" pun boleh (xjawab,,angguk aje)..

Wassalam..

Anonymous said...

Memberi Salam oleh bukan islam bukanlah sesuatu yang baru. takkan la saudara sebagai presiden gabungan mahasiswa malaysia tidak pernah diberi salam oleh sahabat2 yang bukan islam di institusi pengajian tinggi terdahulu atau adakah saudara tidak pernah grad seperti sahabat saudara SAYFOOL BAUKARI. Sebab saya amati saudara ini menulis tidak menggunakan akal tidak seperti ilmuan2 yang lain. Mungkin kerana saudara terlalu ingin mengampu hingga saudara abaikan segala amar maaruf dan meninggikan mungkar. Muhasabah diri. Sekiranya ingin mendapat pandangan dari ilmuan agama tentang hukum memberi salam oleh bukan muslim sila lah ke Indonesia atau ke tanah arab.

belokkirikanan said...

Jangan dihodohkan rupa paras Islam
oleh Dr. Mohd Asri Zainaul Abidin

Apabila saya menyebut bahawa hendaklah kita menjawab salam ‘bukan muslim’ yang tidak memerangi Islam, ada kelompok ekstrimis yang membantah mati-matian. Alasan mereka senang sahaja; ‘kami tidak pernah dengar pun ada tok guru pondok kami ajar demikian’. Mereka ini jadikan seakan ilmu Islam keseluruhannya terkumpul di pondok-pondok yang pernah mereka belajar. Sesetengahnya ustaz pula telah mengharamkan diri dari membaca atau mentelaah apa yang tidak pernah disebut oleh mazhab nusantara atau generasi lama di tempatnya. Sumbangan pengajian pondok di rantau ini tidak boleh dinafikan. Namun sentimen tanpa hujah bukan ilmu yang diiktiraf dalam Islam.

Islam adalah agama yang sejahtera. Penampilan dan inti kandungannya adalah berteras kekukuhan nilai dan keindahan hakiki. Islam itu akan indah jika kita benar-benar jadikan teras kefahaman kita terhadapnya bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Pendapat golongan ‘ustaz’ bukan kesemuanya tepat dengan kedua sumber agung tersebut. Bukan semua yang dianugerahkan darjah kenamaan ‘ustaz’ menguasai tajuk yang dia mengajar atau memperkatakannya. Jika semua seiras dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah tentu tiada perselisihan pokok antara sesama ‘ustaz’. Jika tidak, masakan ada ustaz-ustaz yang berlainan kumpulan politik dan sesat menyesatkan antara satu sama lain. Kesimpulannya, pandangan golongan agama boleh diterima dan ditolak. Hanya yang tidak boleh ditolak ialah nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Sesiapa yang mengemukakan hujah berteraskan kedua sumber agung itu dan menuruti kaedah kefahaman nas yang diakui oleh disiplin kesarjanaan, maka pendapat diiktirafnya. Jika tidak, ‘ustaz’ atau ‘tok guru’ atau ‘mufti’ bukan rasul yang diutuskan sehingga setiap kalimah dari mulut mereka dinilai dengan neraca kewahyuan.

Berbalik kepada isu salam, apakah kenyataan saya mengenai boleh menjawab salam kepada bukan muslim ini sesuatu yang baru direka, atau sesetengah golongan agamawan lebih cenderung kepada sentimen tempatan dan tidak terdedah kepada perbincangan ilmiah. Di sini saya petik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam karyanya yang terkenal Zad al-Ma’ad: “Telah berbeza pendapat para ulama salaf dan khalaf mengenai hukum memberi salam kepada Yahudi dan Kristian. Kata kebanyakan ulama tersebut: “tidak dimulakan ucapan salam kepada mereka”. Ulama yang lain berpendapat: “harus memulakan ucapan salam kepada mereka, seperti mana harus menjawabnya. Pendapat ini (kedua) diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, Abu Umamah dan Ibn Muhairiz. Ia juga salah satu pendapat dalam Mazhab al-Syafi’i. Namun empunya pendapat ini dalam Mazhab al-Syafi’i menyatakan: Disebut Al-Salam ‘Alaika tanpa menyebut wa rahmat ALLAH, dan secara ifrad (untuk seorang sahaja). Segolongan ulama berpendapat: “Harus memulakan salam kepada Yahudi dan Kristian disebabkan kemaslahatan yang lebih utama yang diperlukan, atau bimbang tindakannya, atau hubungan kekeluargaan, atau apa-apa yang memerlukannya. Diriwayatkan pendapat ini dari Ibrahim al-Nakha’i dan ‘Alqamah. Kata al-Auza’i: “Jika engkau memberi salam kepada mereka (Yahudi dan Kristian), telah pun memberi salam kepada mereka golongan soleh. Jika engkau tidak memberi salam kepada mereka, telah pun tidak memberi salam kepada mereka golongan soleh yang lain”.

Sambung al-Imam Ibn Qayyim lagi: “Para ulama berbeza pendapat tentang menjawab salam mereka. Mijoriti ulama berpendapat wajib menjawab. Inilah pendapat yang benar. Kata segolongan ulama tidak wajib menjawab..”

Kata al-Imam Ibn Qayyim lagi: “Telah sabit dalam hadith, Nabi s.a.w lalu dalam satu majlis yang bercampur antara muslim, musyrikin penyembah berhala dan Yahudi, lalu baginda memberi salam untuk mereka semua”.(rujukan: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Zad al-Ma’ad, 2/425-426, Beirut: Muassasah al-Risalah 1990).

Al-Imam al-Bukhari dalam kitabnya Al-Adab al-Mufrad di bawah tajuk Bab Kaif al-Radd ‘ala Ahl al-Zimmah (Bab Bagaimana Menjawab Salam Kafir Zimmi) meriwayatkan kata-kata Ibn ‘Abbas: “Jawablah salam sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi. Ini kerana ALLAH berfirman (maksudnya dari Surah al-Nisa ayat 86) Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (riwayat ini bertaraf ‘hasan’).

Dalam riwayat yang lain dalam al-Adab al-Mufrad juga di bawah bab Iza Kataba al-Zimmi Pasallama, Yuradd ‘Alaihi (Bab Apabila Kafir Zimmi Menulis Surat Dengan Memberi Salam, Maka Dijawab Salamnya). Dalam bab ini dimuatkan kisah yang sahih di mana Abu Musa al-Asy’ari menulis surat kepada seorang paderi lalu memberi salam dalam surat itu. Maka dia ditanya: Adakah engkau memberi salam kepadanya, sedangkan dia kafir?. Jawab Abu Musa: “Dia telah menulis surat kepadaku dengan memberi salam, maka akupun menjawabnya”.

Riwayat-riwayat yang seperti ini sepatutnya dibaca oleh para ustaz atau sesiapa yang ingin membicarakan tajuk ini sebelum menghukum sesuatu pandangan sebagai menyeleweng. Malangnya di negara ini, sesetengah golongan agama tidak menjadikan fakta sebagai teras perbincangan, sebaliknya sentimen guru tradisionalnya yang jadikan ukuran kebenaran.

Adapun hadith-hadith yang menyuruh dijawab ‘wa ‘alaika’ (ke atas kamu) terhadap salam Yahudi ialah disebabkan orang Yahudi pada zaman Nabi s.a.w apabila memberi salam menyebut as-samu ‘alaikum yang bermaksud: maut atau kemusnahan ke atas kamu. Mereka cuma mengelirukan pendengaran orang Islam. Justeru itulah Nabi s.a.w menyuruh dijawab dengan ungkapan ‘wa alaikum’ sahaja. Perkara ini jelas disebut dalam hadith baginda: “Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu ‘alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa ‘alaika (ke atas kamu). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka dengan ini jelas hadith ini mempunyai Sabab al-Wurud (sebab terbentuknya sesuatu hadith) yang tersendiri. Iaitu ia merujuk kepada suatu kejadian atau keadaan yang mana orang Yahudi memberikan ucapan salam secara mainan dan sendaan dengan diubah lafaz yang kedengarannya hampir sama, tetapi maksudnya amat berbeza. Dalam ertikata lain hadith ini bukan untuk semua keadaan.

Maka jika keadaan berbeza, di mana jika ada bukan muslim memberikan salam dengan cara yang betul serta tujuan yang betul pula iaitu untuk mengucapkan kesejahteraan kepada kita, maka hadith di atas tiada kaitan lagi. Apakah wajar untuk kita sebagai penganut agama yang membawa kesejahteraan dan rahmah, menolak ucapan baik orang lain dengan cara yang tidak sepatutnya?!!. Sudah pasti tidak wajar demikian. Apatah lagi dalam situasi Islam yang cuba dipandang serong oleh musuh-musuh yang mengelilingi umat. Tidak menjawab salam yang betul yang diberikan oleh bukan muslim yang tidak memerangi Islam sekurang-kurangnya telah tersasar dari mematuhi dua ayat al-Quran berikut:

Pertama: Surah al-Nisa: ayat 86: (maksudnya) “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”.

Kedua: Surah al-Mumtahanah ayat 8-9, (maksudnya) “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memeberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.9. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.

Justeru itu tokoh ulama hadith yang terkenal pada zaman ini, al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. menyebut: “Ayat ini (Surah al-Mumtahanah ayat 8) dengan jelas memerintahkan agar melakukan kebaikan dan keadilan kepada orang kafir warga negara Islam yang berdamai dan tidak menyakiti kaum mukminin. Tanpa syak lagi, jika seseorang di kalangan mereka memberi salam dengan menyebut secara jelas as-salam ‘alaikum , lalu kita menjawabnya sekadar wa ‘alaika, adalah sesuatu yang tidak adil dan meninggalkan sikap baik. Ini kerana kita telah mensamakan antara dia dengan orang yang mengucapkan as-samu ‘alaikum (maut atau kemusnahan ke atas kamu). Ini adalah kezaliman yang nyata”. (Nasir al-Din Al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 2/322, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif :1995).

Di kalangan para ulama yang melarang menjawab salam pun, berpendapat jika keadaan memerlukan maka diboleh untuk menjawab. Mereka contohkan seperti bimbang disakiti atau berlaku perkara yang tidak baik. Saya katakan keadaan umat hari ini menuntut kita menjawabnya dari segi nas, juga realiti kehidupan. Islam sudah dihodohkan rupa parasnya yang indah oleh penganut dan penentang. Enggan membalas ucapan baik dengan ucapan yang baik juga hanya akan menambahkan contengan di wajah Islam yang kudus. Maka menjawab salam bukan Islam di zaman ini adalah suatu kewajiban dari segi nas dan tanggungjawab dakwah.
http://drmaza.blogspot.com/2007/03/jangan-dihodohkan-rupa-paras-islam.html

TokMudim said...

Aku tak tahu nak kata apa....hang ni betui-betui bodoh ke atau buat-buat bodoh. Tulis dapat maki.





uji minda anda, kat mana maksud ayat dibawah ini selalu disebut-sebut??

Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.

Anonymous said...

encik, lihatlah dari sudut dakwah, ini agak positif. bila org bukan islam dah mula belajar baca hadis dan bagi salam..takkan itupun nak marah?

lebai untung.

Saichou said...

tak ada pun dalil mengatakan orang bukan islam tak boleh bagi salam.. jika ronaldinho bagi salam, pasti ramai yang terlopong kan(lihat la kt youtube)..

Anonymous said...

Kalau Sdr pejuang Islam dan penegak kebenaran, kenapa tidak Sdr sahaja yang membetulkan YB tersebut.

Anonymous said...

penyokong2 PAS ni cakap apa pun mereka akan percaya. dah tak boleh nak tolong dahhhh.....nak wat camneee....

anwar suruh paklah tolak najib la, suruh agong tak terima najib la, semuanya penyokong2 taksub percaya. heran betul aku. politik dah macam candu.

ye tak ye juga macam candu kalau tak, masakan ada penyokong yg tengah high sanggup baring depan kereta sultan. hehehe..

apa bezanya seorg cina pakai tatoo beri salam tapi sembah berhala dgn matsalleh ada tatoo tgh tawaf di kaabah?? aku npk benda ni berlaku dpn mata.

Zul.

Anonymous said...

zul

beza nya.cina tu doakan kita.tapi kita just boleh jawab, wa alaika je.

matsalleh tu tak sah la tawaf.wudhu' tak kena kulit.

alahai ko ni

Anonymous said...

Agama Islam tidak melarang seseorang kafir, memberi salam kepada seseorang islam lain,dan islam juga tidak melarang seseorang islam membalas salam seseorang kafir dengan jawapan kamu itu...atau hanya boleh dilakukan didalam hati.

Akan tetapi kita juga boleh salah dengan memberi salam dan menyambut salam dari orang2 arab yang bukan islam tanpa mengetahui anutan mereka, bagaimana pula...?

Pada Allah dan Islam ia melarang umatnya menghina kepada penganut agama lain dan melarang umatnya membenci kepada penganut agama lain...

"hendaklah kamu berbaik-baik dengan mereka..."

supaya mereka dapat menerima agama islam itu dengan persepsi yang baik,dan insyaalah dapat membuka hati mereka kepada islam dan kepercayaan kepada Allah dan Rasul.

Erti Islam atau agama islam itu cukup luas, hanya kita yang menyempitkan akal dan budaya kita untuk menjadi matang sebagai umat Islam.

Dan orang2 kita sendiri yang memperlekehkan keluasan dan peranan Islam dalam kehidupan kita sebagai ummah, dan mendorong diri kita sendiri untuk berada bersama orang2 yang jadi munafik, dengan menghina, mencerca, memaki, memfitnah dan sabagainya yang di larang oleh Allah dan Islam...

Wallahualam

Z-MAY said...

tahniah... dia bakal tok guru pas...

Anonymous said...

jangan le berhujah dgn akal kepala lutut, nnt ditertawakan orang, nampak sangat melayu UMNO ni bodoh. lepas tu mangaku pemimpin mahasiswa.

kesian aku tgk, nak tunjuk pejuang agama, setia dgn Islam, tapi sbenarnya bodoh, sepanjang aku belajo, ust [un ramai, yg dr luar negara dari Mesir, Syiria, yaman dan lain2 pun bnyak, kau sebagai seorang pemimpin mahasiswa x kan x de kawan dari sana, tanya lah kat depa, depa boleh tolong jawab, sekarang dunia dah moden, forum internet bnayak, jgn bagi lasan untuk jd jahil... pleas blogger2 UMNO berubahlah, atau anda akan di ubah,

Anonymous said...

Bila manusia jahil menulis, mcm ni la jadinya...

Anonymous said...

anak2... kalo org kapior bagi salam kt kita, kita jawab "Wa'alaikumus Sam"...

Anonymous said...

melihat kepada kepala blog yang kebudak-budakan menggambarkan mentaliti blogger

SAYANG SARAWAK said...

musang berbulu ayam. harapkan pagar, pagar makan padi. jika mereka berani meminta agar keistimewaan dan hak org Melayu dihapuskan, patutkah kita bersama mereka menjahanamkan bangsa kita?

Anonymous said...

Khilaf memang le khilaf soal salam non muslim ni.Tapi lihat suasana lah.Kalau si non muslim yang terang menentang wujudnya daulah Islam... nak ambil qaul yang mengharuskan salamnya..??Si Ngeh ni MP tempat aku.Waktu hari mengundi,muka kerek semacam je nengok 'orang kita'..Tengok le macam mana dia ucap salam dlm klip ni..main main jer.Pelik juga ada org tu tak mau jawab salam,makan sembelihan,menghadiri kenduri sebahagian 'orang kita' tapi amat beriya membela Ngeh hehheh heh

Anonymous said...

Aku dah kata dah..... Kalau tak tau, jgn tulis, tak pasal2 kena hentam. Buat malu groups mahasiswa je. Awak tu tuan presiden.

Nak wat camane... Islam Hadari ajar aku camtu.

From: Ahli PGPMM yg dh insaf.

Anonymous said...

fuiyo... seronoknya tengok azrinizam kena hentam. bestnya. jom bela cina tu. kita hentam orang islam ni. tian chua selalu sebut takbir.... orang pas sambut dengan penuh bersemangat. jom hentam orang islam ni. kita bela cina tu.

(kekadang terpikir, ikhlas ke dia bagi salam dan laung Takbir. atau sekadar meraih sesuatu? Wallahualam.)

Mat Takbirrrrrrrrrrrrrrr!

Anonymous said...

Salam,

Saya nak tegur saudara

Menurut agama Islam yang benar, jika non-Muslim bagi "Assalamualaikum", kita hendaklah menjawab "Waalaikumsalam"

Sebab diorang doa kita kesejahteraan......jangan dok buruk sangka saja

Lagi satu, saya nak tanya kat awak, Allah ni Tuhan untuk seluruh alam ke untuk orang Islam saja?

Anonymous said...

Salam,
Matsaleh yg. tawaf pakai tatoo tui sah yop..pasal dia mualaf..x kan nak potong tangan yang ada tatoo..apa la hang ni..takut org nak masuk Islam..
Berbeza dengan DAP & ngeh tu..itu kaedah Cina..mereka bole buat apa sja. asal dapat apa yg. di kehendakai..bukan saja salam.tukar nama Islam pun boleh.. klau perlu anak..ke bini ke mereka juga boleh bagi ..jika ada untung berlipat...Yang PAS tu kena tipu hidup-hidup...

lovespiraldownwards said...

wahai empunya blog,

kalau diterjemahkan 'Assalamualaikum' itu semua org tau maknanya yakni 'Selamat Sejahtera ke atas kamu'. asal perkataan dari bahasa Arab. walaupun pelbagai khilaf dlm bab memberi salam sebagaimana tulisan Dr Asri tu, saya percaya ianya lebih menjurus kepada ucapan penuh salam tu iaitu 'Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh'. Tahukah kita, ramai je org2 di timur tengah nuu tak kira yg Muslim, Kristian atau Yahudi mmg biasa je bagi salam antara satu sama lain. Salam yg mana? yg mula2 tu le. Jgnla benda ni pun nak dipolitikkan, nampak sgt kita tak cuba nak pikir di luar kotak.

Sekadar berkongsi moga dapat ilmu dimanfaat bersama..

Anonymous said...

Kan dah kene Apa ni diam je. nak jadi pemimpin kena berani dan berilmu .Kalu setakat nak mengata atau nak memperbodohkan orang jangan dibuat le di zaman la ni.Apa maksud yang tersirat sebenarnya yang saudara tuliskan artikel ni nak mempersenda PR ke ape.Kalau setakat nak mempersenda x payah lah ramai ustaz-ustaz dok dalam PR ni. Terduduk kau.ore kelate kata tak leh nak bengah lah muka mu tu!!!

Na'im Nikmat said...

Muhasabahlah diri sendiri sebelum nak jatuhkan hukuman sesuka hati,islam agama yang terbuka,Islam untuk semua,jangan disempitkan pemikiran kamu. Tidak cantik apabila Non-Muslim memperakui firman2 ALLAH..

rizuan mh said...

kpd penyokong PAS, kalau anda dah boleh bertolak ansur dlm hal-hal yg mcm ni alhamdulillah-lah sbb sekurang-kurangnya dah nampak anda sekarang menjilat ludah-ludah anda sendiri selama ini..malah anda semakin selera menjilat ludah pemimpin-pemimpin anda sendiri seolah-olah mengharap syafaat dari mereka kpd anda.baguslah..sejarah tak pernah hilang dari catatan, ingatlah.

PIC said...

at least non muslim can learn Islam
so its good for Islam

Anonymous said...

saudara, kita jawab sahaja salam org bukan islam dengan jawapan yang Allah sudah perintahkan. Salah atau tidak, hanya Allah yang menilai.

Anonymous2 semua di sini suka-suka hati menggunakan perkataan bodoh, menjahilkan orang dan sebagainya.Kita komen entry si blogger biarlah dengan cara berhemah, cara dewasa.

kalau hendak bantah,berilah point yang membina instead of maki dan memperbodohkan blogger. maka kita dapat lihat sekarang mentaliti siapa yang lemah dan tertutup. pengomen atau bloggernya.

-suka melihat-

Anonymous said...

kalau dah belajar takat nak lulus periksa.. ini la hasilnya... itupun kalau lulus? org cina berkawan dgn PAS/PKR depa dpt appreciate dan faham Islam tu indah dan baik... kawan dgn UMNO, depa bley cakap ada org Melayu tapi bukan Muslim/Islam sbbnya depa ni dok sebuk tonggang arak, rasuah, main pompuan & judi sama2 depa.. habih tu hilanglah definasi Melayu kalau ikut perlembagaan lagu tu.. jadi apa pulak depa ni? Bangsat kot?

Sedingin Salju said...

Bukankah orang bukan islam tidak boleh memberi salam?

daivista said...

org kafir musyrikin zaman jahiliyyah pun bg salam...cma salamnya tidak pnuh sbgaimana yg Rasulullah ajar (Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh).

Org bkn Islam dh reti bca Al-Quran,biar apa pun niat mereka,utk m'bolehkan mereka m'bca Al-Quran,mereka perlu selak Al-Quran, kn tau apa maknanya,itu secara xlgsung mereka akan pelajari Al-Quran dan mereka akan nmpak kebenaran Al-Quran. Tak ingatkah kisah bgaimana Umar memeluk Islam?Hanya dgn mendengar bacaan Al-Quran,maka t'bukak hatinya terima Islam. Rmai saintis2 yg memeluk Islam setelah mereka m'baca dan mengkaji Al-Quran.

Kalau Ngeh bg ceramah, msti ad org cina dtg dgr,secara xlgsung, mereka pun mendengar ayat Al-Quran dan kita doakan mereka dpt menerima Islam setelah m'dengar Al-Quran dan nmpk kehebatan Al-Quran...

Org cina dh pndai bc Al-Quran tp org2 UMNO jarang sekali memetik ayat2 Al-Quran dlm ucapan mereka. Kdg2 xbg slm pun.Usahkan nk berdakwah malah jln2 dakwah pun nk ditutupnya???Bgaimana org bkn Islam nk terima Islam kalau mereka sendiri tak nmpak kelebihan Islam?

Apa yg berlaku ialah sebaliknya, org Islam pulak yg brebut nk keluar Islam....

Anonymous said...

Assalamualaikum maksudnya "salam sejahtera ke atas kamu". Seandainya org bkn Islam beri slm kpd kita, ckplah sekadar menjawap "Wa'alaikum" maksud "Dan ke atas kamu". Kita xblh nk mrh org bkn Islam bg salam kt kita. Org kafir Arab pun memberi salam sesama mereka dan kepda org Islam. Tak pyh nk politikkan bnda cmni...

Anonymous said...

Pada Minggu Mesra Mahasiswa UKM 2007, seorg AP UMNO (Melayu Islam) tlh memetik surah Al-Kaafirun Ayat Akhir (Lakum Diinukum Waliyadiin). Pertama kali m'dgr ayat t'sebut dilafazkan,terbit rs kekaguman dihati bila ada org UMNO memetik ayat Al-Quran dlm ucapannya. Namun penggunaan ayat yg bermaksud "Bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami" tlh disalah tafsirkan. Ayat t'sebut ditujukannya kepada mahasiswa2 yg bertudung labuh,yg b'kopiah.

Mereka dinasihatkan supaya tidak perlu menjalankan kerja dakwah krna menurut tafsiran beliau t'hadap ayat t'sebut menyatakan "Bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami". Alasannya demi m'jaga perpaduan dan keharmonian kaum.

Amat2 menyedihkan bila seorg pemimpin,menasihati mahasiswa2 spya krja dakwah tak prlu dijalankan dan penggunaan ayat Al-Quran disalah tafsir sedangkan disebuah negara Islam Malaysia,beratus2 ribu org Islam telah didakyah dan keluar dari Islam

bunny said...

apa plak hukumnya mengkafirkan rakan sesama islam?

sebab keliru rasanyer bila pemimpin PAS berani mengkafirkan orang2 UMNO..sedangkan takder sape yang boleh menilai amalan seseorang itu melainkan Allah..

ayat2 suci Al-Quran tak sepatutnya digunakan oleh orang2 kafir untuk berkempen..nak baca ayat Quran ni kena betul tajwidnya..kalau salah baca maknaya mungkin berubah..

pada pandangan saya pemimpin2 PAS patut menghalang orang2 kafir ni dari mempergunakan ayat2 Quran yang suci untuk meraih undi..letakkanlah Quran di tempat yang sepatutnya..jangan nanti orang2 kafir mula memandang rendah pada kesuciannya..

daivista said...

Kalau UMNO itu Islam,laksanakan hukum Islam dibumi Malaysia. Buktikan yg UMNO itu Islam dan perjuangkan agama Allah. Mnjadi impian stiap umat Islam di Malaysia melihat PAS dan UMNO b'satu. Tp bgaimana mereka ingin disatukan. UMNO b'juang atas dasar bgsa dan PAS b'juang atas dsar agama. UMNO menolak p'juangan agama.

Alangkah indahnya dunia jika UMNO dpt menerima sistem Islam. Bertuah m'jd rkyt Mlaysia yg hidup aman dibwh sistem Islam yg syumul.

Bila azan b'kumandang,msg2 mnggalkan urusan dunia dan b'gegas ke masjid. Surau2 usang hinggalah ke masjid kristal penuh dgn jemaah.Tiada kerisauan atas brg2 dgangan yg ditgglkan krna tiada siapa brni mencuri. anak2 bebas b'main tnpa ada kerisauan mrka akn diculik. Anak gdis b'pkaian mengikut syara',tidk menaikkan syahwat si perogol. Tiada perompak,tiada pembunuh,tiada p'curi.Msg2 taat kpd Allah,knal dosa dan phala takut pd neraka dan mengidamkan nikmat syurga.

Org2 bkn Islam bebas mengamalkan agama dan adat budaya mereka.

Apabila mereka melihat keharmonian,kedamaian dan kesempurnaan hidup dibwh pemerintahan Islam,hati mereka t'buka utk mengenali Islam.

Andai Al-Quran dan As-sunnah menjadi asas pemerintahan dan asas kehidupan seluruh umat Islam, Islam akan b'satu, segala urusan Allah p'mudahkan. Alangkah indahnya Islam.

Tp knapa org Islam sndiri xmenyedari akan keindahan agama mrka sndiri? Adakah masih ada keraguan t'hadap agama sendiri?

Adakah mereka tak percaya Islam mmpu m'bawa kedamaian,keharmonian dan ketenteraman? Adakah mereka tkut andai undg2 Islam dilaksanakan,tangan2 mreka akan dipotong krna m'curi harta rakyat?adakah mrka tkut direjam??

Renung2kanlah...

Sedingin Salju said...

Campur dengan Pas apa dapat selain mengajar orang jadi bengis dan suka mengkafirkan orang seislam? Inikah ajaran islam?

Sedingin Salju said...

Learn? What they learn from Pas? Kutuk orang, fitnah orang? Itukah belajar?

Sedingin Salju said...

Betul tu. Dulu mereka kata, Umno kafir sebab kerjasama dengan MIC dan MCA serta gerakan. Tapi sekarang, mereka lagi teruk sebab bekerjasama dengan musuh islam.

Sedingin Salju said...

Ha betoi. Apa hukumnya kafirkan sesama islam? Wah, sekarang, nak ajar si kapiak ni baca quranlah, mengucaplah, dulu kata, kapiak. Umno kapiak.

Sedingin Salju said...

Yalah, berdakwah tak kena tempat, mana boleh? Dia berdakwah islam, lepas tu, dia selitkan sikit-sikit politik. Saya tau tu. Parti mana tu toksah ceritalah. Saya tau semua kerja ni.

daivista said...

setiap pemimpin Islam WAJIB melaksanakan perintah Allah,WAJIB melaksanakan hukum2 Allah...

PAS kt UMNO mcm org kafir sbb UMNO tolak Islam...

Klu dh tolak Islam mknanya tak percaya pd agama sendiri...

dh tak percaya,tak beriman...
(iman=yakin dgn hati,laksanakan dgn perbuatan)

ble dh tak beriman....???

Anonymous said...

klu PAS ajar UMNO bca Al-Quran pun depa xmau baca...

nama bin badawi,bin Abdul Razak,tp Islam hangpa lawan...jgn la jd macm bin Artatuk...

Sedingin Salju said...

Cakap memang senang. Ini negara yang punyai pelbagai kaum. kenapa Pas tak laksanakan hukum hudud di Kelantan?

Umno memang melaksanakan hukum islam tetapi ia dilaksanakan secara halus dan bukannya drastik yang akan menakutkan orang bukan islam seperti saya. Bank islam, pajak gadai islam dan banyak lagi. hendak melaksanakan sesuatu hukum agama bukan boleh main bantai saja.

Sedingin Salju said...

Pas tak payah ajar orang. Ajar dulu ahli Pas berbuat baik. Ajak depa jangan maki orang, jangan kafirkan orang, jangan fitnah orang, jangan menuduh tanpa bukti.

Sedingin Salju said...

Siapa yang wujudkan UIA, siapa yang buat bank islam? Siapa yang laksanakan keuwangan islam di Malaysia? Adakah islam orang Pas itu benar-benar diterima tuhan?

daivista said...

Sedingin Salju...Pliss la ikut p'kembangan semasa...jgn ketiggalan sgt...org dh smpai ke bulan,kamu masih duk dlm hutan...

Kuasa meminda p'lembagaan bg m'bolehkan pelaksanaan hukum hudud dijalankan t'letak di tangan k'rajaan p'sekutuan.Evrybody knows dat fact...

siapa yg mengungut akn mengambil tndakan keatas kelantan jika klntn laksanakan hudud???

Dlm forum wacana p'dana di Klntn br2 ni,KJ dgn lntang mengatakan andai dia m'jd PM pun,dia ttap takkan laksanakan hudud dan dia akan meneruskan dgn apa yg ada sekarang...

Kamu seorg bkn Islam dan kamu tkutkan hudud?Apa yg kamu takutkan tntg hudud blh sy tahu?

Sedingin Salju said...

mengapa tidak? Tapi, cakap memang mudah. Sekarang ini, nak laksanakan hudud, sudahkah penerangan diberi kepada yang bukan islam. Di Kelantan, 18 tahun Pas perintah, adakah dia terangkan kepada yang bukan islam tentang apa itu hudud? macammanakah cara perlaksanaan hudud? Apakah shumulnya undang-undang islam hudud itu? Adakah orang Pas buat? Itu saja yang Pas perlu buat.

nak buat hukum hudud, kena adil dan saksama. Bolehkah pas nanti bertindak adil?

daivista said...

Memang ketinggalan...untuk pengetahuan saudara,tiap2 tahun di kelantan diadakan hari hudud dimana pd hari t'sebut,kempen2,ceramah dan seminar2 tlh diadakan bg menerangkan kpd rakyat apa itu hudud...beberapa naskah buku tlh diterbitkan b'tujuan m'beri pemahaman kepada rakyt...so,pliz klu nk wat dkwaan,tgk fakta,ikut p'kembangan semasa...sy p'cya yg saudara blm prnh jejakkan kaki ke kelantan...

Hukum hudud bkn kewajipan PAS shja,ttp kewajipan setiap individu muslim. Bkn PAS je yg Islam,UMNO pn Islam jgk kn?Why not UMNO laksanakan memndgkan kuasa pelaksanaan t'letak di tangan UMNO buat masa sekarang.

Ini tidak,usahkan nk laksana,ditentang pulak bila ada org bg cadangan nk laksanakan.Disebarkan pulak cerita2 yg bkn2 tntg hudud sehingga rakyt trutama yg bukan Islam m'jd takut kpd hudud...

rujuk:
http://h1.ripway.com/amal05/KOLEKSI KENYATAAN.doc

Saichou said...

yup ntah sape lah yg pegang tampuk pemerintahan. tak reti2 bahasa lg..agaknya umno ni spesies sammy vellu..

Sedingin Salju said...

Adakah setakat itu sahaja yang Pas boleh lakukan di Kelantan? Bagaimana pula dengan pembangunan insaniah? Bagaimana dengan masalah sosial di kalangan para muda-mudi kelantan? Apakah itu tidak dibuat transformasi dan brain storming ke atas muda-mudi ini? kenapa dibiarkan mereka berhijrah keluar negeri? Adakah hudud akan dilaksanakan di negeri mundur? Inikah yang islam mahukan? negeri di bawah kemunduran?

daivista said...

Duk diam2,dgr aku jwb satu persatu.

Kelantanlah satu2nya negeri di M'sia yg mementingkan pembangunan insaniah selain drpd pembangunan fizikal.Prnh dgr 'Kod Etika Pemakaian'? Setiap kakitangan kerajaan hinggalah ke makcik2 yg beragama Islam yg menjual sayur di Psr Siti Khadijah diwajibkan menutup aurat dan mematuhi kod etika pemakaian Islam.Tp kod ini tlh dikritik dan dihentam oleh Shahrizat and da geng dgn alasan ia mencabuli hak asasi wanita utk bebas b'pakaian...hoho (geleng2)

Kelantan adlh satu2 ngri yg mengawal sepenuhnya penjualan arak. Arak hnya dijual di restoran2 bkn Islam yg dilabelkan "Makanan Bukan Utk Org Islam".Seluruh pusat2 hiburan di seluruh negeri ditutup.

Kelantan tlh menghapuskan seluruh pusat2 p'judian sebaik shj memegang tampuk pemerintahan pd thn 1990.

K'jaan negeri sentiasa mengadakan program2 kerohanian spti Kempen Menutup Aurat, Kempen Kesedaran Solat dan dikritik jg oleh wnita UMNO dgn alasan membazir (geleng2)

Kalau kamu b'kunjung ke Klntan, tiada satu pun papan2 iklan majlis perbandaran yg memaparkan wanita yg m'dedahkan aurat hatta maya karin dan adibah noor pun memakai tudung dlm papan iklan majlis.

K'jaan negeri sentiasa menganjurkan forum2 dan diskusi ilmu yg bg menambahkan ilmu2 rakyat.

Setiap cuti pg Jumaat (setiap mggu),di Medan Ilmu ditengh2 bndar KB,kuliah agama diadakan b'mula dari pkul8 pg. P'besar suara diletakkan diseluruh bndr KB agar semua yg b'ada di bndr KB blh m'dgr kuliah t'sebut dan ia blh disaksikan diseluruh dunia melalui saluran http://kelantan.tv

Kenapa rkyt kelantan berhijrah sememangnya menjadi tradisi rkyt klntn suka b'hijrah menimba ilmu. Mereka tdk menyempitkan pemikiran dgn tggl di negeri tnpa melihat apa yg ada diluar. Dan jgn kt takde org ngri lain yg b'hijrah krna kta dituntut utk menimba ilmu sejauh mgkin. Bahkan rmai org luar menetap dan bekerja di Kelantan.

Prnh bc cerita2 rakyat?Seseorg itu akan keluar dari kampungnya utk menimba ilmu dan menambahkan pengetahuan.

Tak hairanlah mengapa anak Klntn mampu mencatat keputusan 20A dlm SPM 2008 (Nik Nur Madihah) dan 18A (Fatimah Mukhtar) dan lbih membanggakan,kedua-duanya adalah anak didik Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi yg merupakan sekolah di bwh k'jaan ngri Klntan bkn sekolah kementerian.

Cuba saudara kaji apa rhsia k'jayaan mrka dan bgaimana sistem pendidikan sekolah agama dibwh pentadbiran k'jaan ngri Klntn mmpu m'hasilkan pelajar cemerlang spti mrka.

Dulu blhlah zmn Tun M blhlah nk kata klntan mundur sbb Tun sndiri pun dh mengaku apa yg dia dh buat pd klntn ms dia jd PM. Sglanya disekat.Semua org dh tau. Dtglah ke Klntan dan lihatlah sendiri 'kemunduran' kelantan. Bandar KB tak ubah spt bndar2 lain di M'sia bahkan lbh maju b'bndg Sabah dan Perlis.

Hasrat PAS bkn hanya nk laksanakan hudud di Klntn bahkan di M'sia. Adakah M'sia mundur???

Dan p'soalannya knpa hanya PAS shja yg m'perjuangkan hudud sedangkan ia juga m'jd tanggungjwb UMNO sbb mereka juga Muslim.

Anonymous said...

Pliizz la Sedingin Salju...

Jgnlah serlahkan kesempitan fikiran kamu. Skrg zmn teknologilah...Klik je dh dpt maklumat...

Soalan yg kamu ajukan tu semuanya k'jaan Klntn dh laksanakan dan ditingkatkan dari masa ke masa...

Tu lah akibatnya kalau asyik duk t'perap kt kg & xnk b'hijrah cari ilmu dan lihat apa yg ad diluar...

Saichou said...

ni sorang lg x phm bahasa..islam itu bukan milik pas jer..jd setiap org wajib menegakkn hukum Allah swt...tmsuk umno skali. apsal la takut sngt ngn hudud tu? aku smpai skang heran ngn diorang ni.
nak jadi macam kamal artartuk ker..baca sejarah kamal artartuk, padan muka sblm mati dh kena azab..ni salh satu bukti hukuman terhadap pemimpin sekular..perlekehkan hukum2 allah swt.

aku penah skolh kat kelantan, sblm aku dtg klntan, aku igt org2 kelantan ni miskin..rupanye umah lg besar dr org yg dok bwh negeri pas..malah pndudknye pun ramai je yg senang. sbb time skolah dulu, aku tgk tv3 ngn rtm jer..tu yg aku slp phm psl org kltan ni..

daivista said...

Bukankah PAS yang telah bersungguh-sungguh menggubal enakmen hudud di Kelantan dan Terengganu (semasa PAS memerintah). Apa yang lebih menarik sebelum Kerajaan PAS Trengganu mengemukakan enakmen hudud di Dun Trengganu, PAS telah mengadakan seminar dan memanggil semua pihak termasuk Umno untuk memberikan pandangan dan kritikan mereka terhadap Enakmen yang ingin dibentangkan itu.

Setahu saya ini tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara.

Jika PAS berusaha bersungguh-sungguh cuba melaksanakan hukum hudud semasa memerintah Kelantan dan Trengganu, Umno juga tidak ketinggalan bersungguh-sungguh cuba menghalang perlaksanaan hukum Allah tersebut. Tidak cukup pemimpin nombor satu Umno (pada masa itu) menulis surat amaran kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hukum hudud, ada juga pemimpin Umno yang sanggup mencabar undang-undang hudud tersebut di Mahkamah. Malahan yang lebih teruk sekali pemimpin Umno sanggup melabelkan hukum Allah itu sebagai hukum hudud PAS.

Jika PAS boleh menyokong Bank Islam, Takaful dan Universiti Islam, mengapakah Umno amat sukar menerima hudud hanya kerana ianya digubal oleh Kerajaan PAS. Mengapa Umno tidak boleh sama sekali memberi ruang kepada PAS dalam isu hudud ini. Jika Perlembagaan menjadi penghalang seperti mana yang dikatakan oleh Zahid Hamidi, mengapa selama ini Umno tidak bersedia memindanya bagi membolehkan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

Paling minima yang Umno lakukan adalah jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam. Dalam perkara yang bukan agama jika kamu salah, cakap kamu hanya membuat kesilapan dan kesilapan tersebut tidak akan menjejaskan akidah kamu.

Sebaliknya isu agama lain. Jika salah bercakap silap-silap akan tergelincir akidah.

Anonymous said...

Isu DAP menolak penubuhan ngra Islam tak pelik sbb majoriti DAP bkn Islam. Tp yg pelik bila UMNO yg majoriti Islam yg menolaknya...

Apa lg den blh kata....Lopong je laa...

daivista said...

Nk jwp sket isu Kafir mengkafir...
ni petikan ucapan yg menimbulkan kontroversi:

“ Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.


Dgn kenyataan ini UMNO terasa hati. UMNO terasa bhwa apa yg diucapkan Hj Hadi kn atas kepala mrka sdgkan tiada pun ayat "UMNO kafir" dlm ucapan t'sebut.

Apa yang saya fahami daripada hujah UMNO yang mengatakan amanat itu bercanggah dengan Islam ialah tentang ‘syahid jika mati kerana melawan puak-puak ini’ (UMNO/BN). Itulah perkara yang paling sensitif di sisi UMNO, kerana mereka faham hanya kematian yang disebabkan oleh perlawanan dengan orang kafir sahaja yang boleh diklasifikasikan sebagai mati syahid. Dengan itu mereka membuat konklusi bahawa orang PAS telah mengkafirkan orang UMNO.

Apakah benar UMNO/BN mengekalkan peraturan penjajah, kafir atau jahiliyyah ke atas negara majoriti umat Islam Malaysia ini?

Renung2kan...

Anonymous said...

lihat klip tu, dia buat lawak, gelak2 bila sebut.kalau betul ngeh tu jujur dan ikhlas, masuk lah islam, ishtihar seluruh negara. yang ramai tokoh pas tu x tau nak tarbiah depa kot.

Sedingin Salju said...

Kalau Umno Spisis Samu velu, Pas pula spisis Karpal kan?

Sedingin Salju said...

Alahai, sejarah tu kita dah baca berulang kali dah. Adakah Umno itu sekular? Kalau gitu, siapa yang wujudkan sistem keuwangan islam di Malaysia?

Sedingin Salju said...

Dan, hang pun baca-bacalah sejarah Malaysia. Janganlah nak berbaring atas jalanraya dan nak menderhaka pada Sultan lagi.

Sedingin Salju said...

hang memang leceh. jangan jadi malas. Tulis penuh-penuh, bahasa melayu ni tak cukup hurufkah untuk tulis. Software ni tak boleh baca bila hang tulis rengkas macam ni. Jangan jadi melayu malas.

Anonymous said...

itulah kalau pembangkang yang buat .tapi cuba kalau mca@mic yang buat kau tengok berbakul2 sumpah seranah bn dapat

daivista said...

UMNO tidak sekular krna dh wujudkan sistem kewangan Islam walaupun UMNO masih lagi mengamalkan undang-undang sekular???

Walaupun UMNO dh wujudkan sistem kewangan Islam,tp sistem kewangan konvensional masih lagi diguna pakai di M'sia.

Perancis pun dh guna sistem kewangan Islam. Adakah Perancis itu negara Islam dan tak sekular???

Sedingin Salju,sy p'caya saudara seorang yg t'pelajar.Sila gunaan intelek jika b'hujah dan bkn tuduh sembarangan...

Sedingin Salju said...

Betul. Kalau mereka ikhlas, mereka akan pergi belajar. Pas tak bolehlah nak tarbiah, dok sibuk nak menjatuhkan orang.

Sedingin Salju said...

Alahai, cara lama pulak dah depa buat.

Sedingin Salju said...

haha, dia dok kata jugak Umno tolak hudud. Dia ingat hudud tu undang-undang ciptaan manusiakan boleh buat sesuka hati? Pas bolehlah dia guna agama untuk tujuan dia yang tak elok.

Sedingin Salju said...

Gubal undang-undang dan anakmen semua boleh buat. Tapi kenapa tak laksanakan di Kelantan? jawapannya, tuding jari pada Umno. Itulah jawapan yang paling senang. Lepas tu, paling lekeh, copy paste lah artikal-artikal dari tempat lain. Senang betoilah nak lepaskan diri.

Anonymous said...

ISLAM BUKAN PAS
PAS BUKAN ISLAM

Anonymous said...

Ketahuilah orang orang PAS
Sekarang ni orang KAFIR sedang bergembira kerana tahu yang PAS menyokong mereka.

Saya berasal dari Pulau Pinang dan berkerja dengan orang orang KAFIR (Cina dan Hindu).

Mereka mempunyai agenda mereka tersendiri.

RANCANGAN ORANG KAFIR YANG KELUAR DARI MULUT MEREKA SENDIRI IALAH UNTUK MEMERNTAH MALAYSIA DENGAN MEMPENGARUHI PAS DAN APABILA BERJAYA MEREKA AKAN TERUS MENENDANG KELUAR PAS.

Anonymous said...

apa la yg dibebelkn oleh sedingin salju.

Anonymous said...

Apsal bengap sgt...
Nk laksanakan hudud,perlu pinda perlembagaan persekutuan baru boleh laksanakan hudud di kelantan dan dimana2 negeri di M'sia.

P'lembagaan itu yg m'halang pelaksanaan hudud...

Sapa nk buat hudud sesuka hati???

Kenapa hnya PAS yg dipertanggungjawapkan utk laksanakan hudud???UMNO melayu Islam apsal tak laksana???

Anonymous said...

aku keliru ngn identiti Sedingin Salju. Dlm post t'dahulu,dia kta dia bukan org Islam tp bila melihat pd komennya bkn main lagi sebut psl Islam...

Anonymous said...

apa baranggg...???

dengan sedingin salju pon kauorg tak boleh nak berhujah. macamana nak berhujah dengan geng2 dap.... kapral, limkitsiang......kahkahkah.

mcmana nak yakin kan 10juta org2 cina di malaysia ni ......woi pas...mimpi kaaa???

kelakar la budak2 pas ni. dah brapa ramai org cina masuk islam hasil tarbiah pas selepas 20 tahun perintah kelantan??? sila jawab...??

20 tahun perintah ada 1000 org masuk islam di kelantann??? sila jawabbb....???

daivista said...

kenapa hnya fokus dikelantan?knapa tak tnya berapa rmai melayu murtad diM'sia seja 50thn UMNO perintah???

Nk dkwh,dhwh jgk tp tarbiah umat Islam tu dlu spya kuat.

Bgaimana nk dakwah org masuk Islam jika Islam tak nmpak apa istimewa Islam?Apa yg mereka nmpk,rmai muda-mudi Islam keluar Islam dan muda-mudi Islam takde beza dgn muda-mudi bkn Islam.

Bgaimana nk ykinkan karpal and the geng klu najib and the geng sendiri takleh nk terima Al-Quran dan As-Sunnah sebgai panduan pemerintahan???

Bgaimana krpal nk terima hudud jika njib and the geng sendiri tolak hudud???

Nk dakwah org,kita perlu kuatkan diri dlu baru bleh nk dkwh...

Anonymous said...

cikgu bi sy ketika sy darjah 6 turut mengucapkan assalamualaikum dan beberapalagi perkataan arab yang melambangkan islam. dia bermerupakan org india. jika masa boleh diputar, sy akan bangkitkan isu ini.

teacher menghina islam! org umno marah woo! jgn permainkan islam teacher. teacher tak boleh mengucap kalimah syahada! mcm mana teacher ni boleh terlepas mengajar di sekolah kerajaan?

;p

nu_Ox3r said...

daasr ko ni buta gama.
baca ni

Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin menjawab :
Mendahului mengucapkan salam kepada orang non muslim adalah haram dan
tidak boleh. Sebab Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam berkata : “Janganlah kamu memulai salam kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani. Apabila kamu bertemu mereka disuatu jalan, maka paksalah mereka kepada
jalannya yang paling sempit.”

Tetapi apabila mereka mengucapkan salam
kepada kita, maka kita wajib menjawabnya, yang didasarkan kepada keumuman firman Allah : “Dan apabila diberi penghormatan dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari
padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa).” (QS.
An-Nisa’:86).

Orang Yahudi juga pernah mengucapkan salam kepada Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam dengan ucapan: As-Samu ‘alaika ya
Muhammad!” Padahal as-samu artinya kematian. Berarti mereka mendoakan
mati kepada beliau. Lalu beliau berkata : ?”Sesungguhnya orang-orang
Yahudi mengucapkan: ‘As-samu’alikum’. Apabila mereka mengucapkan salam
kepadamu, maka ucapkanlah: Wa’alaikum’.”

Apabila non-Muslim mengucapkan
salam: As-samu’alaikum, maka kita harus membalasnya dengan ucapan: Wa’alaikum. Perkataan beliau: Wa’alaikum”, merupakan dalil bahwa apabila mereka mengucapkan: ‘As-salaamu’alaikum”, yang berarti pada diri mereka ada keselamatan, maka kita juga membalas dengan ucapan yang sama. Maka sebagian ulama berpendapat apabila orang-orang Yahudi dan nasrani mengucapkan secara jelas: “As-salaamu ‘alikum”, maka kita juga boleh
membalas dengan ucapan: “Alaikum salam”.

Juga tidak boleh memulai ucapan: Ahlan wa sahlan atau ucapan lain yang senada kepada mereka. Sebab di dalam ucapan ini terkandung pemuliaan dan pengagungan terhadap mereka. Tetapi apabila mereka lebih dahulu menyampaikan tersebut kepada
kita, maka kita dapat membalasnya seperti apa yang dikatakan kepada
kita.

Sebab Islam datang dengan membawa keadilan dan memberikan haknya kepada setiap orang yang memang berhak. Dan, sebagaimana yang sudah diketahui, orang-orang muslim lebih tinggi kedudukan serta martabatnya di sisi Allah. Maka tak selayaknya mereka merendahkan diri kepada
orang-orang non muslim, dengan mengucapkan salam terlebih dahulu.

Kesimpulan jawaban ini dapat saya katakan, “Orang muslim tidak boleh memulai ucapan salam kepada orang-orang non-Muslim. Sebab Nabi Shallallahu alaaihi wa sallam melarang hal itu, disamping hal itu merendahkan martabat orang muslim bila harus mengagungkan orang non-muslim.

Orang muslim lebih tinggi kedudukannya di sisi Allah. Maka tidak selayaknya dia merendahkan diri dalam hal ini. Tetapi apabila
mereka yang lebih dahulu mengucapkan salam kepada kita, maka kita boleh membalasnya seperti salam yang mereka ucapkan.

Kita juga tidak boleh lebih dulu memberi penghormatan kepada mereka, seperti ucapan ahlan wa sahlan wa marhaban (selamat datang), atau yang serupa dengan itu. Karena hal ini mengagungkan diri mereka seperti halnya salam.

(Sumber : Majmu’ Fatawa wa Rasa’il Fadhilatisy- Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin.)

nu_Ox3r said...

ko ni mmg dasar buta hati la.belajar kat u,jadi presiden,tapi macam apa lagi.

JOhn said...

kalu mcm tu pon korang nk kecoh, nnt jgn bagi aku dengar korang ucapkan "sawadee krup" ataupon "god bless u".