Monday, March 30, 2009

Nga Kor Ming Mempermainkan Ayat Suci Al-Quran

Nga Kor Ming (Ahli Parlimen DAP Taiping) telah bertindak memberi salam dan membaca surah "Aura" yang tidak terdapat pun dalam Al-Quran. Sila lihat video ini. Persoalannya siapakah yang mengajar Nga untuk membaca ayat tersebut? Mengapa ajar Nga membaca ayat Al-Quran ini untuk tujuan ceramah politik sahaja?. Ajar pun tidak habis, malah bacaan pun salah. Seolah-olah mempermainkan Islam. Kalau PAS mahu benar-benar berdakwah, mengapa Nga tidak peluk pun Islam. Malah hudud pun DAP tentang.
Ini bukan kali pertama DAP membaca ayat Al-Quran. Pada 13 November, Wong Kar Woh (ADUN Canning, Bekas Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak) membacakan dua ayat dari Surah Al-Hujurat (ayat ke-12) dan Surah Ali-Imran (ayat ke-10) dalam Dewan Undangan Negeri ketika mengulas bajet negeri. Nizar memang tidak kisah ayat suci Al-Quran dipermainkan oleh kafir harbi ini? Orang PAS bangga? Hinggakan menyiarkan berita ini dalam Harakahdaily. (Baca kenyatan Harakahdaily ini). PAS mengajar DAP untuk menjadi semakin kurang ajar dan biadap terhadap Islam. Mahukah orang-orang PAS membiarkan perkara ini berterusan?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

58 comments:

Anonymous said...

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Irene said...

Subhanallah, apa nak jadi dgn golongan ini...Kenapa dibiarkan ayat2 suci Allah dipermainkan demi kuasa politik. Apakah mereka ini tidak takut pada pembalasan Allah. Andaikata Allah turunkan bala bencana, bukan dia saja yg kena tapi org2 yang tidak berdosa jua akan terkena tempias nya. Renungkanlah wahai muslimin muslimat semua..

maun said...

Orang UMNO pun tak nak baca ayat Al-Quran.

Anonymous said...

dia baca nak kasi faham Al-Quran.. bukan naik main2... org yg tak dgr.. tanak baca.. tanak amal.. lagi la mempermainkan Al-Quran.. baca tahu makna tak tahu tak guna la...

The Revolution said...

Salam....
Salam hormat...

DAP semakin biadap dan tidak takut dengan orang ISLAM dan MELAYU...
Mereka sudah mula mempertikaikan perlembagaan,
mereka sudah mula mempermainkan ayat Al-Quran,
mereka sudah mula memperlekehkan azan,
mereka sudah mula mempersoalkan simbol MELAYU,keris...

Tetapi,

Masih ada orang ISLAM yang bersama-sama dengan mereka ini...
Masih ada orang MELAYU yang bodoh mendengar tipu helah mereka ini...
Masih ada orang ISLAM dan MELAYU yang menjadi boneka atau Pak Turut kepada mereka...
Masih ada orang ISLAM yang menyokong mereka ini...
Orang ISLAM dan MELAYU sekarang sudah nampak seperti terlalu bodoh dan tidak boleh berfikir dengan waras serta rasional...

Adakah mereka menyokong apa yang dilakukan oleh DAP???
mereka sokong ke azan dipertikaikan???
Mereka sokong ke orang MELAYU dipermainkan???
Mereka sokong ke ISLAM diperlekehkan???

Janganlah kita kerana pangkat, ISLAM kita biarkan dipermainkan begitu sahaja...
Janganlah kerana jawatan, anak bangsa kita terutamanya MELAYU ditindas di negara sendiri...
Jangalah kerana dendam terhadap pihak, kita membiarkan orang lain memperlekehkan ISLAM dan MELAYU dengan sesuka hati...

Wahai ummat ISLAM dan MELAYU, fikirlah kamu sedalam-dalamnya...
Tepuklah dada, tanyalah selera...

Terima Kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

TokMudim said...

Hangpa jangan gabra..... dengan kehebatan Datuk Nga mengucapkan kalimah suci Al-Quran.


Lagi tanda-tanda awal, BN akan menang besar dengan majoriti -5050.


Just ban yourself from oral sex. Hargai doa dari bibir merah isteri anda.

A__q said...

@maun:
kau ni..ktepikan lah politik jap Maun,ini hal agama,
xkan nk biarkan si bangsat2 ni mmpermain kan agama kita?

kita ptt brsatu tanpa mngira prbezaan pendapat politik,
aku xheran lah klu xlame lg malaysia jd mcm palestin dgn adenye makhluk mcm kau ni.

n apa yg kau ckp tu pon dah dikategorikan sbgi fitnah.

tp..xkesahlah kan..biasalah,
politik~
org tu buat salah,
sndiri buat bermegah2~

dunia dunia~
sedih aku.

Raz said...

Orang UMNO pun tak nak baca ayat Al-Quran.

Hahaha inilah salah seorang penyokong tentera kafir. Dah terang lagi bersuluh orang kafir mempermainkan islam, masih lagi hendak mempertahankan mereka.

Ini bukan setakat masalah UMNO nak baca atau tidak ayat al Quran. Ini sudah sampai ketahap keimanan.

Dimana iman dan maruah sebagai umat islam apabila ayat kalam suci sendiri dipermainkan untuk kepentingan politik, apatah lagi oleh golongan kafir.

Anonymous said...

Ntohnye...kate dap x sokong hudud..UMNO pon x sokong hudud..sape kapir nih?

Anonymous said...

Saya yang jahil,betul ke orang bukan Islam tak boleh baca bahasa Arab dan baca Al Quran?Tolong jelaskan.

Anonymous said...

jahanan otak org2 PAS. kalau ini dikatakan baik.

elok la lepas ni dijemput monk2 buddha, paderi bagi ceramah di depan org2 PAS.

Lepas tu suruh mereka quote ayat2 al-quran. angkat mereka jadi pemimpin dikalangan org2 PAS.

elok sesangat le tu....sampai kesitu hinanya agama islam ni di permain2kan PAS.

mereka dah tak tau nak membezakan org yg bershahadah dgn tidak. sampai kesitu kefahaman mereka kerana dek taksub berpolitik.

Zul.

Z-MAY said...

kesian tengok nga
didakwah oleh pekdakwah songsang
hinggakan dia ternganga
berkompromi di bawah bulan tak berbintang.

jalak gempita said...

sama2 lah kita sebagai umat Islam berdoa supaya pemimpin ini mendapat hidayah dari Allah....

jangan macam orang UMNO, konon bela Islam tapi apa pun tarak...jgn nak cakap bab Islam, kalo diri sendiri dan keluarga pun tak pandai nak jaga....

malu aku tgk pemimpin kononnya gelarkan diriya ketua negara Islam, tapi rambut bininya menjadi tatapan umum...pakaian tak melambangkan ciri2 Islam langsung....

cakap jgn rasuah, tapi diri sendiri rasuah seantero malaya maklum....rakyat boleh pikir dah....hanya yg masih dalam kepompong tempurung hitam durjana je yg masih lagi menyokong UMNO lahanat ni....

Lu pk la sundri!!! Nandrii!!!

azhar said...

budak baru belajar...baca la...

Anonymous said...

Masalah ni timbul gara-gara umno yang telah memerintah 50 tahun ... memang malaysia sedang berdepan dengan kecelakaan besar akibat perbuatan sendiri ... kalau nak tahu dengan lebih detail tanyalah tok dir ...

Saichou said...

saya tak berani nk bg commnt tnpa mane2 rujukan jd saya ade tnye sdikit org..ade yg dari al-azhar.

dari info yg saya dpt, mmg boleh org bukan islam baca ayat al-quran, malah sejarah pun, org kafir quraish baca ayat al-quran...
namun kita tak blh bg al-quran kpd mereka mlainkan tafsir al-quran.

kalo ade lg info yg saya dpt, saya akan komen.

Anonymous said...

aku ni dulu penyokong kuat anwar. tapi bila aku bukak mata, bukak minda, sekali dia bersekongkol dgn DAP dan menyokong DAP membuat onar, rasa terbukak jugak minda.

Apa-apa pun kalau Anwar sendiri, DAP or PAS nak jatuhkan Melayu, rasa-rasa korang tepuk tangan ke? PK lah weh

Anonymous said...

mereka(puak2 PAS) dah tak tau nak membezakan org yg bershahadah dgn tidak...

hmmm...btul gak

Anonymous said...

Cam gampang komen pengikut2 taksub PR ni.

Anonymous said...

Sikit hari lagi sami buda pun akan gunakan ayat kuraan..adaoi muga allah lindungi kita..Ya Allah kau bagi petunjuklah kepada mereka yang cub menjual ayat mu dengan harga yang murah..dan dibiarkan mereka yang menggunakan ayat quraan untuk kepentingan..

rizuan mh said...

maun, assalamualaikum..

islam kan? iman kepada quran x?

saya jahil dan saya bukan alim, tapi Quran itu kalam Allah. Layakkah kalimah-kalimah suci dari firman-Nya terbit dari bibir org spt yang ini? sucikah mulutnya? sucikah niat dan hatinya?

Anonymous said...

Jelas penulis blog ini seorang yang cuba menghasut supaya orang Islam benci kepada PR.

Ada ke larangan orang kafir tak boleh baca ayat Al-Quran?
Bawa sini hadis atau mana-mana ayat tu.. orng kampung ko boleh la kenceng beb...orang Barat pun mengkaji Al-quran. Ko x tau ke? biasalah mana ada kuar TV3.

DAP=MCA=MIC=UMNO sama-sama tolak hudud. kemudian kata hudud ciptaan PAS, tak ngaji sungguh

jebatperkasa said...

WAHAI PECACAI-PECACAI NEGARA TAK PERLULAH LAGI ANDA MENGELIRUKAN RAKYAT, RAKYAT KINI SUDAH BIJAK MENILAI, CUKUPLAH DENGAN MEDIA PROPAGANDA KARAT MILIK ANDA ITU BERBUNYI. POLITIK CYBER TELAH ESTABLISH UNTUK MEDAN PRO RAKYAT SAHAJA, KEHADIRAN ANDA DISINI HANYALAH SETAKAT PECACAI TAK LEBIH DARI ITU. HIDUP BAGAIKAN RODA SUDAH TIBA MASANYA PAKATAN RAKYAT DIATAS UMNO BN DIBAWAH, TAKBIR ALLAHUAKBAR.

Anonymous said...

dah elok lah tu.. tak lame lagi si ko-ming ni jadi mursyidul am pas atau mufti pas ke pula eh...sokong jangan tak sokong org2 islam pembangkang..hahahahhaha

Anonymous said...

Salam, Ngar adalah seorang saudara berbangsa Cina. Mengenai surah yang Nga sebutkan mungkin ada masalah sebutan disebabkan oleh slang / accent beliau. Dan mengenai ayat2 Al-Quran yang beliau bacakan mungkin ada kesalahan sebutan juga dan walaupon ada kesilapan tetapi usaha beliau yang kita sanjungi kerana berusaha menyampaikannya pada umum walaupon ada kesilapan. Apa masalahnya ... dari orang melayu yang hanya tahu menuding jari dan mencari kesalahan orang lain itu lagi tak elok. Paling kurang saudara Nga ada menyebutnya walaupon beliau bukan orang Islam daripada sesetengah orang Islam sendiri yang betul sebutannya dan tidak pernah fikir akan maksudnya dan mengamalkannya ... fikir2 kanla.

Anonymous said...

lu tak payah cerita pasai syahadah ,lu sendiri pun tak tau apa itu syahadah,umno pun serupa dap tak sokong hudud sama2lah kapir

Anonymous said...

yg aku faham quran tu diturunkan untuk manusia ,siapa pun bolih baca bolih tafsir ,islam pun kalau setakat baca tapi tak percaya pun tak ada gunanya ,kalau utasan meloya dan tv 3/4 cakap apa pun percaya habis.. melayu...melayu

PIC said...

Kembalilah kepada Islam

Anonymous said...

Ape punya turr blogger UMNO, nampak sangat mengampu, tak salah dia nak bace, mana ada larangan org bukan Islam nak sebut ayat quran, dia tak persenda pun.

nk kata salah sebut, org melayu UMNO pun selalu salah sebut bila baca quran, buat isu lain lee, tak pun kau org buat kerja lain lagi baik, aku tgk BPN ni tak layak jd blogger, tp teringin nak jd blogger.

Anonymous said...

kenapa tak tulis kj mempermainkan hudud? terbukti semasa debat kj dgn husam.
'jika saya dipilih menjadi ketua pemuda, saya akan teruskan dgn undang2 yg sedia ada'.

Panglima Perang Cyber said...

Kalau orang UMNO baca ayat alquran ?

tentu tak ada orang PAS akan respek rasanya..

Saichou said...

lg info yg saya dpt, org bkn islam blh gunakn ayat al -quran dlm hujah mereka. namun, kena jaga niat la.

pd pdpt saya lak, ayat al-quran smakin dipandang bkn saja umno(najib pun dh mula guna ayat al-quran wpun dia baca hnya terjemahan) malah orang bkan islam.

orang barat pun slalu mgkaji ayat al-quran malah yahudi pun percaya kan a-quran(nk tau lbh lnjut..google jer)...

Anonymous said...

Assalamualaiku...

apa salahnya ayat suci AlQuran di lafaz oleh bukan islam, asalkan niatnya bukan untuk menghina islam. siapa kita untuk membaca niat dia. seharusnya kita bangga orang islam boleh membaca ayat suci. ini merupakan org bukan islam mengkagumi dan mangiktiraf alquran secara tidak rasmi. bukankah ini cara dakwah yang halus. jika kita terus dgn kekerasan pasti org bukan islam semakin jauh dgn agama allah. jika ia berniat menghina, allah pasti memberi balasan nanti. jgn ini dijadikan isu politik utk PAS @ UMNO. ikhlas, mula nampak cahaya apabila org bukan islam mula cuba memahami al Quran.

Anonymous said...

astaghfirullah! subhanallah!
apa lah nak jadi dengan politik di malaysia ni..

hinggakan surah Allah swt dijadikan tunggangan orang yg menngaku kafir Nasrani... na'uzubillahiminzalik!

tak ubah seperti golongan pawang/bomoh yang mengatakan mereka menggunakan ayat al-Quran untuk 'mengubati dan menyembuhkan' penyakit, padahal Allah lebih mengetahui mereka juga menggunakan unsur-unsur ilmu hitam yg dilaknati Allah swt. hanya golongan seperti Nga Kor Ming ini menggunakan ayat-ayat Allah untuk berpolitik dan menggapai undi.

teringat saya akan script dari karya William Shakespeare dari The Merchant of Venice:

"The Devil can cite Scripture for his purpose"

(Iblis akan mengucapkan ayat suci untuk kepentingan dirinya sendiri)

Mula-mula, kaum kafirin secara terang-terangan mahu menggunakan kalimah Allah... dan sekarang mereka menusuk masuk jauh sekali kedalam ayat-ayat Allah... astaghfirullah, subhanallah!

selamat kan lah kami dari kaum-kaum yang sebegini... peliharalah kami dari unsur-unsur yang merosakkan. mereka ini sudah secara terang-terangan mengambil ayat Allah, dan membicarakannya dengan nahu asal-boleh... teramat kurang ajar sekali.. terlalu kurang ajar.

AL ANSAR said...

Anonymous,

Sungguh celupar mulut awak menghina agama kami. JANGAN SAMPAI DARAHMU HALAL KEPADA UMAT ISLAM!!

Orang Islam ditegah sama sekali menyahut salam orang kafir jauh sekali hendak mengiyakan Kalam Allah yang disebut dalam mahraj yang sangat salah dan kelam kabut.

PAS akan tanggung semua ini di akhirat besok. Kamu semua sudah sesat dengan dakyat politik yang mempermainkan agama kamu sendiri. Nau'zubillah.

Qaiyum said...

Alangkah aibnya apabila kita menuduh orang lain tidak beriman kepada Allah, tidak mengenal Islam, tidak solat & tidak membaca al-Quran. Kita bercakap ikut sedap mulut dan tidak langsung memikirkan baik buruk mahupun fitnah atau fakta yang kita ungkapkan. Jika apa yang terkeluar daripada pernyataan kita itu berbentuk fitnah, maka bertaubatlah segera agar kita tidak berdosa hanya semata-mata politik.

pn.seri said...

kepada org2 yg sokong nga bace quran tu memang BODHO LAAA..tu je perkataan layak untk diaorg..klu dah pembangkang tu BN buat bnde baik, bgtau kebenaran pun depa ckap x btull..BODHO LAAA

BN LAGI BODO DARI NGA said...

ALAHAI PUAK BN..KORANG X SEDAR KE PEMIMPIN KORANG TU SAMA JER DGN NGA NI...NGA HINA QURAN (YE KER??)...BN HINA HUDUD...SIAP PERLI LAGI (CHE DET KATA KALAU NK MAKAN SUP TANGAN PI LA KELANTAN)... KESIMPULANNYA... NAK TEGUR NGA BOLEH...TAPI TEGURLA JUGAK PEMIMPIN KORANG TU YANG ISLAM..
TAPI MENGHINA HUKUM ALLAH...

Anonymous said...

Salam kepada isu non muslim menyebut ayat2 suci Al-Quran, itu adalah dibolehkan jgn lah anda cuba menyempitkan fikiran. Bahkan kalau mereka menghafal Al-Quran dan kandungannya sekali juga boleh tidak ada masalah. Tidak ada dosa dan pahala pon kepada mereka dan tidak tertakluk kepada undang2 Islam. Tetapi sebagai orang Islam kita diminta menjaga kesucian dan kehormatan Kitab suci ini supaya ia tidak disalah gunakan oleh musuh2 Islam yang dari dahulu hingga kini memerangi Islam habis2an dgn berbagai cara hingga ada yang memalsukan Ayat2 AlQuran ini tetapi tidak berjaya.

Bagi saudara Nga, beliau merupakan orang bukan Islam TETAPI bukan musuh Islam dan saya yakin tidak ada niat di hatinya untuk mempermainkan Islam bahkan memusuhi Islam. Mengenai penyampaian dan quotes beliau tentang ayat2 Al-Quran adalah tidak salah, ASALKAN beliau tahu tentang adab2 yang betul untuk mengendalikan Kitab suci itu (kebersihan dan lain2). Berdasarkan pengalaman saya di luar negara, memang ada orang2 bukan Islam yang membaca ayat2 Quran ini sbg rujukan dan bahan kajian tetapi kebiasaannya menggunakan Tafsir AlQuran kerana lebih mudah dgn adanya terjemahan. Dan selain itu mereka juga telah meminta nasihat dgn Ahli2 agama sebelum berani mengendalikan Kitab suci itu dgn baik malahan lebih baik dari sesetengah orang Islam yang menjaganya. Oleh kerana isu sekecil ini sahaja dijadikan kesalahan besar mmg tidak masuk akal. Kalau kita nk berdakwah mestilah melalui pemahaan .. pemahaman dtg dari pembacaan sumber yang banyak. Bukan takat baca blog tak berinfo, x dgr2 ckp orang dan x bersokongan hujah2 kemudian komen tak tentu pasal. Akhir kata lawakla penulis blog ini, baca la dulu artikel2 tambahan sebelum menulis cik abang hahaha. Nmpk sgt tahap ilmu mcm mana yer kuikui

Saichou said...

saya tak pasti sama ade mdengar atau terbaca di mana2...ni pgalaman dari seseorang lah yg selalu merantau. Menurutnye, dia nampak suasana islam di negara bukan islam, tetapi dia tak nampak suasana islam di negara nya majoriti islam. jadi kita patut ambil iktibar untuk berbalik semula kepda islam..
pdpt anany 2.54pm, saya setuju sanagt ngn komen anda tu, saya lihat penulis ni banyak memberi komen tanpa rujukan mana2 tentang bab2 isu islam ni..sebab isu ini amat sensitif, silap haribulan boleh terpesong...

PENA MINANG said...

Sabar bro...apehal nak marah-marah. Sesungguhnya Allah Bersama-sama orang yang bersabar.

Anonymous said...

so, jadikanlah pengajaran kepada bos2 umno. org kapir pung rujuk quraan masa caramah, bos umno laks yg tak rujuk.

malu la skit weiiiii

Anonymous said...

takyah pertikai la...

memang bukan islam boleh baca quran. tapi isunya.... DIA BACA KAT ATAS PENTAS SAJA ATAU DIRUMAH PUN DIA BACA UNTUK MENDALAMI ISLAM? ATAU AYAT SUCI YANG DIPETIK ITU TUJUANNYA DIRUJUK UNTUK TUJUAN POLITIK ATAU DAKWAH!

(Terpikir, bagus nga ni ajar orang PAS dan berdawah untuk orang PAS di pentas politik. kenapa dia tak baca bila bersama orang DAP? Kenapa ya?)

Mat Takbirrrrrrrr!

Anonymous said...

salammm.....rasanya tak salah org bkn islam nak membaca tafsiran quran....patutnya kita bagi galakan...jgn asyik nak buruk sangka sj.berapa byk dah kisah org bkn islam mendapat hidayah ALLAH dgn asbab mereka mengkaji al quran.....saidina umar jgk dpt hidayat ALLAH kerana membaca sepotong ayat quran...puak2 umno nii pelik lerr..org tuu nak cuba memahami alquran, mereka kata dia menghina...teruk sungguh minda puak2 umno karat niii...dah teruk sgt berkarat....hati dah mati ...mcm tuu lerr..asyik nak buruk sangka jerr....kalau bab salam tuu pulak...ustaz farid ravi ada kata ,kita boleh jwb salam org bkn islam, tapi jwb lerr sejahtera atas kau juga jika kamu dlm agama kebenaran...gitu aaa lebih kurang nye...baru le bkn islam tertarik dgn islam...tugaskita niii adalah memberi dakwah kpd bkn islam setakat yg termampu...yg selebihnya kerja ALLAH...KERANA HIDAYAH TUU MILIK ALLAH.bapa saudara nabi pun tak islam....w/pun yakin apa yg nabi bwk tuu benar...kerana ALLAH tak izin...jadi kesimpulannya..jgn buruk sangka...buat kerja kita ..iaitu berdakwah kpd non muslim...

Anonymous said...

"Bagi saudara Nga, beliau merupakan orang bukan Islam TETAPI bukan musuh Islam dan saya yakin tidak ada niat di hatinya untuk mempermainkan Islam bahkan memusuhi Islam."

Wah!!! confident tu yg si NGA tida ada niat di hatinya untuk mempermainkan islam...dah sahlah anda memang taksub dengan PR...semunya betul di kepala hotak anda..anda sendiri yg pamerkan kebodohan anda...

Melayu Bayan Lepaih said...

eh, yg menyampaikan tu mcm menolak hudud ja. dh la menternak babi. aku fikir2 blk, xkn la dia gunakan ayat2 suci Al-Quran utk brdakwah sdgkn dia pn xmenerima ajaran yg dismpaikannya. lgpn Islam bknnya agama yg celup2. ambik mn yg dia suka ja. mesti ada agenda politik disebalik tu. Dihrp umat Islam yg berfikir luas itu diharap fikir dgn lbh luas lg ttg obkjektif penggunaan ayat2 suci Al-Quran dlm hal ini. Mgkn utk dpt sokongn org Islam sj dia buat mcm tu? Jgn jd lurus bendul sgt. nnti senang umat Islam dipermainkan oleh org kafir. Mmg celaka kpd sesiapa yg mempergunakan kemuliaan dan kesucian Islam utk kepentingan diri sendiri dan undi semata2. Tak kira la dia tu kafir atau tidak, siapa yg buat tu memang celaka besaq. Dia akan jawab di hadapan Allah S.W.T di akhirat kelak. Org2 ini jgk aku akan tentang habis-habisan tak kira dia UMNO, PAS, DAP(sah2 la aku tentang) atau PKR. Hnya kesucian Islam shja yg aku pertahankan di sini. Kpd umat Islam. Lupakan sengketa politik sbntr dan bersatu mempertahankan hak2 org Islam yg semakin teruk diasak dari setiap penjuru. Sudah la hudud tdk dilaksanakan, baru diberikan kuasa sedikit atas dasar demokrasi, mereka sudah berani membuat brmcm2 prkara utk menjatuhkn Islam. IFC, cubaan mengurangkn kuasa mahkamah syariah dan mufti, cubaan membuang status agama dlm mykad dan sbgnya. Aku kecewa tgk umat Islam berpecah ttp org kafir bersatu menentang Islam.

Tanpa bangsa, Tanah MELAYU mgkn tidak akan wujud(igt keperitan perjuangan nenek moyang KITA utk merdeka), dan tanpa Islam, hidup ini sia2 sahaja. Allahhuakbar!!!

Sedingin Salju said...

Katakan tidak pada Dap.

daivista said...

tidaaaaaaaakkkkkk....!!!!

Anonymous said...

dah kapir, munafik, buat main kalimah suci plak tu. yg tokoh pas ada kt sana tak tarbiah dia utk masuk islam kot, tapi biar je depa terus jadi kapir, kan banyak pahala kalau dia di tarbiah masuk islam oleh org2 pas tu, dok leka sangat nak politik tu lah jadinye

Anonymous said...

kalau pembangkang yang buat semuanya betul semuanya dibela ,tapi kalau bn yang buat macam2 surah mcm2hadis yang keluar .entah ape2 je

Sedingin Salju said...

Depa sibuk nak jatuhkan orang, mana sempat nak tarbiah?

Zacharias said...

kesian orang umno. Belajar islam tak habis. Umar alkhattab baca quran sebelum masuk islam. hatta, apa salahnya orang bukan islam baca quran? Banyak kemajuan sains dalam dunia pun, kerana saintis barat baca alquran.

Berbanding dengan umno, ada quran, tak nak ambik.

daivista said...

Kisah bgaimana seorg saintis barat yg mentertawakan Al-Quran selepas membaca surah Al-Qamar ayat 54 yg menceritakan tntang mukjizat Rasulullah S.A.W dimana bulan telah terbelah dua.

Beberapa thn kemudian,saintis tlh menemui kesan2 dan bukti2 bhwa bulan pernah terbelah dua b'dasarkan pemerhatian t'hadap struktur batuan di permukaan bulan.

Setelah mengetahui penemuan t'sebut,saintis t'sebut amat t'kejut krna apa yg dibacanya dlm Al-Quran bnr2 b'laku.Saintis itu memeluk Islam...

daivista said...

rujukan:
http://www.answering-christianity.com/moon_split.htm

Anonymous said...

Sedingin salju, patut le dingin je hati awak tu.... Kalau nak tahu, itulah tarbiyah yg telah diusahakan oleh YB Nizar. Kalau lihat semula debat husam dgn kj. Husam ada sebut setiap hari rabu, ada satu majlis tazkirah kpd semua YB Adun. Dan jgn pelik kalau org dap lebih arif tentang ayat allah berbanding UMNO koko... Itulah hikmah alquran yg org bukan islam pun tertarik dgnnya. Ia memberi petunjuk kpd semua manusia dan bkn islam sahaja. Masalah sleng dan sebagainya jgn dipertikaikan. Ramai lg umat islam dinegara cina sana kalau nak banding dgn 27 juta org malaysia. Mereka lebih beriman walaupun sebutannya tak seperti kita yg tak pelat ni.

Anonymous said...

Astaghfirullahalazim..

kalau kor ming tu baca al-quran untuk belajar mendalami Islam...tak pelah jugak....

tapi untuk berkempen....apa motifnya

Saichou said...

biarlah allah swt yg tentukan ape niatnye.. biar Dia yg hakimi..jika niatnye tak betul. allah swt tu kan lebih mengetahui segala2 nya.
lgpun x salah gunakan ayat al-quran sbg hujah kita, tak patut pisahkan politik dan islam yg selama ni terjadi dlm umno..

lgpun maybe ade hikmah jika dap tu bacakan ayat al-quran supaya pyokong non-islam sedar akan ayat al-quran tu sendiri, bhawa al-quran itu diturunkan untuk seluruh umat manusia..juga org islam sendiri yg jarang2 mggunakan al-quran malu kt non-islam..

Anonymous said...

hum...aku tgk blog ni terlalu taksub dengan BN/UMNO.....

aku x nk comment byk..selama UMNO/BN bekerjasama,,ader x umno mendekatkan golongan bukan islam dengan alquran

x salah sebenarnye(even nga menyebut salah sebut nama surah)tp korang fikir x sblm die bc alquran mesti dier kaji dulu alquran 2...patotnyer kiter galakkan supaya bukan islam ni tertarik pada islam kemudian memeluk islam...nauzubillah...

tuan punyer blog ni terlalu taksub