Tahniah buat Datuk Seri Najib Tun Razak yang diisytiharkan secara rasmi sebagai Presiden UMNO yang baru pada Perhimpunan Agung UMNO 2008 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 26 Mac 2009. Datuk Seri Najib mengambil alih kepimpinan parti ketika parti dilanda pelbagai krisis dalaman dan ketika UMNO berhadapan dengan satu pakatan pembangkang yang kuat di Malaysia. UMNO juga menghadapi tekanan dan desakan yang kuat sesama parti komponen. Manakala, satu persatu isu-isu berkaitan bangsa dan agama sudah berani didebatkan dan diminta oleh pihak-pihak tertentu. Jika tidak berubah, keadaan akan menjadi bertambah parah. Sebelum rebah, perubahan perlu diadakan. Sesuatu perubahan harus dinakhodakan oleh Datuk Seri Najib untuk meletakan semula UMNO sebagai sebuah parti yang kuat, disegani dan kembali dipercayai di kalangan pengundi muda."Sedarilah! Di luar Dewan Merdeka ini, ramai yang berpandangan bahawa jika Umno, dan jika Barisan Nasional tidak berubah, maka pilihanraya ke-12 pada 8 Mac 2008 merupakan kemenangan terakhir kepada Barisan Nasional menubuhkan kerajaan. Selepas ini, rakyat di luar dewan ini tidak akan mengundi kita lagi. Di peringkat negeri, Barisan Nasional turut menghadapi cabaran yang sama. Di kalangan kita juga, malah di kalangan yang duduk di atas pentas ini, turut menyuarakan bahawa UMNO wajib melakukan perubahan," berikut adalah petikan ucapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang harus dihadamkan oleh para perwakilan dan ahli-ahli UMNO.
Satu suara yang komprehensif, kolektif dan konstruktif harus disepakati antara perwakilan UMNO yang sedang bersidang di PWTC tentang bagaimana caranya untuk memperkasakan semula UMNO, mengadakan perubahan baru yang holistik dan merancang modus untuk menangani pembangkang secara total (defensive dan offensive). UMNO tidak boleh lagi menjadi pasif menerima apa juga persepsi, tuduhan dan propaganda yang dirancang oleh pembangkang terhadap pemimpin-pemimpin UMNO. Sikap progresif sesama berkempen jawatan dalam UMNO harus dibawa ke medan pilihan raya kecil untuk bertembung dengan lawan sebenar UMNO. Berlawan hanya bila tiba masa pertandingan. Kalau sepanjang masa berlawan, itu sudah tidak kena. Jika terjadi sebegitu, adakah berpolitik ini untuk perjuangan atau semata-mata untuk mengejar jawatan dalam parti?
Masanya sudah hadir untuk UMNO berubah menjadi parti yang cekal menakhoda bangsa Melayu sepanjang zaman. Jika pemimpin-pemimpin UMNO tidak berubah, maka jangan hairan jika perjuangan itu akan tetap didukung oleh orang-orang biasa yang bukan berjawatan dalam UMNO. Bara perjuangan memartabatkan orang Melayu akan tetap bertiup dalam hati setiap orang Melayu di negara ini. Tidak kira ahli UMNO atau tidak, kiranya dia berbangsa Melayu dia akan tercuit kalau hak bangsa dan maruah agamanya dicabar. Kalau tidak terasa, pasti ada yang tidak kena dengan jati dirinya. Hanya mereka yang cekal dan tabah sahaja akan tetap dalam perjuangan. Harus diingat, kemerdekaan kita baru mencecah 52 tahun. Melaka yang usianya 110 tahun, akhirnya tumbang dikalahkan oleh penjajah. Kegemilangan Melayu bukan untuk 52 tahun, bukan untuk 110 tahun tetapi kegemilangan itu mahu dinakhodakan sepanjang zaman. Ayuh berubah untuk bangsa Melayu.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)





21 comments:
Hidup Umno dan hidup Najib!
Tahniah DS Najib!
Moga Malaysia kan lebih hebat di masa hadapan.
Syabas..
KJ menang, Maknanya UMNO x mau berubah
tahniah pak najib.
aku mmg tak sabar2 nak tgk pak najib jadi PM. baru bertemu buku dgn ruas. baru anwar tau langit tinggi rendah...
dgn pak lah boleh la anwar auta, temberang sana sini. pak najib mmg terkenal dgn kecerdikan dia, kita masih tak lupa apa yg pak najib buat masa jadi menteri pendidikan.
sistem pendidikan di m'sia mengalami transformasi. cetusan idea yg cukup comprehensive sampai kita jadi hub pendidikan skrg.
pak najib pegang kementah, mcm2 yg dia buat dari soal kebajikan askar sampai le beli keta kebal/k.selam. cuma silap dia bekawan dgn think tank yg ada mak wa monggol.
cuba bekawan dgn aku, aku tak de mak wa. tu je lah bini sorg dah 17 taun tgk muka yg sama. hehe..
yg terbaru ... baru 2 hari jadi pengerusi BN perak, si nizar jatuh menyembah derhaka. hehehe...
tapi apa2 pun selamat bersara paklah, jasa paklah akan tetap dikenang sampai anak cucu.
Zul.
alhamdulillah..seperi yang Dia rencanakan buat Malaysia.
tanpa angan-angan yang melampau tinggi, Najib dah pun duduk di kedudukan yang tertinggi sekarang.
Allah dah takdirkan kedudukan beliau sedemikian sekali.
inilah kuasa Allah.bukan sbb wang dan pengaruh tapi sbb kehendak-Nya. sila nafikan jika puak2 pakatan betul dan Najib serta UMNO silap.mudah saja kan cabaran ni
syabas DS Najib..
gandingan DS Najib & TS Muhyidin adalah gandingan yg mantap dan tepat.....perubahan wajar dilaksanakan utk mengembalikan kegemilangan umno yang semakin terhakis dikalangan org melayu.. semangat dan kekuatan daripada pemimpin dan perwakilan dari sabah harus dipuji kerana daya juang mereka utk umno sungguh tinggi.. bersihkanlah umno drpd rasuah dan skandal...berilah peluang kepada anak muda utk mengkritik walaupun ianya pahit utk ditelan kerana mereka inilah pelapis dimasa akan datang..
gandingan DS Najib & TS Muhyidin adalah gandingan yg mantap dan tepat.....perubahan wajar dilaksanakan utk mengembalikan kegemilangan umno yang semakin terhakis dikalangan org melayu.. semangat dan kekuatan daripada pemimpin dan perwakilan dari sabah harus dipuji kerana daya juang mereka utk umno sungguh tinggi.. bersihkanlah umno drpd rasuah dan skandal...berilah peluang kepada anak muda utk mengkritik walaupun ianya pahit utk ditelan kerana mereka inilah pelapis dimasa akan datang..
gandingan DS Najib & TS Muhyidin adalah gandingan yg mantap dan tepat.....perubahan wajar dilaksanakan utk mengembalikan kegemilangan umno yang semakin terhakis dikalangan org melayu.. semangat dan kekuatan daripada pemimpin dan perwakilan dari sabah harus dipuji kerana daya juang mereka utk umno sungguh tinggi.. bersihkanlah umno drpd rasuah dan skandal...berilah peluang kepada anak muda utk mengkritik walaupun ianya pahit utk ditelan kerana mereka inilah pelapis dimasa akan datang..
Salam perjuangan. teruskan lagi perjuangan!!
Ingat nak sama ucap tahniah untuk Dato' Seri Najib
Terbaca pulak kat sini http://www.koreatimes.co.kr/www/news/opinon/2009/03/195_41954.html
Malu pulak nak ngaku DSNR PM aku. Macamana ni?
Alamakkk bau pekung dah sampai ke mana-mana
http://www.koreatimes.co.kr/www/news/opinon/2009/03/195_41954.html
Salam perjuangan,
Tahniah kepada semua yang menang bertanding. Kepada yang kalah, anda belum gagal sepenuhnya dan jangan jemu meneruskan perjuangan.
"MEMPERKASA GENERASI BARU"
Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP
http://pemudaiks.blogspot.com
Laksanakan hukum hudud. Martabatkanlah undang-undang syariah Islam sebagai undang-undang rasmi negara supaya ia menjadi jauh lebih tinggi martabatnya daripada undang-undang civil. Tinggikan martabat 'bar council syarie' daripada 'council' kurang ajar yg sedia ada dengan memertabatkan undang2 Islam.
Terangkan kepada parti komponen BN lain tentang pentingnya untuk melaksanakan hukum hudud ini untuk memenangi hati rakyat dikawasan kampung khususnya dan memenangi PRU akan datang. Terangkan kepada mereka hukum ini bukan untuk orang bukan Islam supaya mereka tidak perlu risau dan bimbang. Adanya undang2 Islam sekarang ini pun tidak pernah membabitkan kaum bukan Islam secara am.
Laksanakanlah supaya UMNO akan dilihat sebagai parti yg memartabatkan undang2 Islam dan bukannya parti PAS walaupun pada hakikatnya agama Islam itu tidak dimiliki dan dipunyai oleh mana2 parti politik tertentu di dunia milik Allah swt ini.. Insyallah.
jasa paklah memerangi rasuah akan terus dikenang...
baru tau yg sarang rasuah sebenarnya kt mana...hahaha
tahniah paklah sbb berjaya menjolok sarangnya...
abis bertempiaran perasuah...
kepada si Tampok Manggis, kalau malu, ko pindahlah negara lain. pindah kat indon ke, kat thailand ke, atau kat singapore. Mudah-mudahan anda hidup bahagia dan aman sejahtera di sana. Jangan lupa bawak keluarga anda sekali ye.
Ha, lepas tu, bila dah menyesal, jangan balik mai Malaysia dah. Buang beras saja bela makhluk macam ni.
Malaysia tanah tumpah darahku...
Malu krna pemimpin2 ku...
akan ku b'juang habis2an agar Malaysia dipimpin oleh golongan2 yg bertaqwa dan bermaruah...
takkan ku biar negaraku dicemari...
Haha, hapuskan peminpin yang tak bermaruah. PR lah tu.
Dulu ada la pemimpin tak bermaruah dlm PR. Skrg dh lompat msk UMNO...
Org rasuah seks pun nk ambik???t'desak...
PKR pun apa kurang, dah terlibat dengan seks tapi sayang nak buang dia. masih nak simpan lagi.
dh tak simpan dh...dh pas kt umno dh pun.biarlah beranak kaki2 rasuah dlm umono...
Post a Comment