Thursday, March 26, 2009

KJ Ketua Pemuda UMNO

Daripada 791 orang perwakilan yang mengundi, Khairy Jamaluddin mendapat 304 (38.43%) undi, Khir Toyo mendapat 254 (32.11%) undi dan Mukhriz Mahathir mendapat 232 (29.32%). Ini bermakna faktor utama kemenangan KJ adalah kerana adanya pertandingan tiga penjuru. Jika satu lawan satu, keputusannya mungkin berbeza. Razali Ibrahim (Ahli Parlimen Muar) menang lebih besar iaitu 417 (52.71%) undi mengatasi regu KJ, Reezal Merican. Apakah ini bermaksud ada perwakilan yang menyokong Mukhriz telah mengundi Khir Toyo? Atau penyokong Khir Toyo mengundi Mukhriz? KJ pula tetap solid undinya.

Mungkin selepas ini, UMNO perlu melihat bagaimana kaedahnya untuk membolehkan lebih ramai lagi orang di peringkat bawahan mengundi terus calon yang mereka ingini di peringkat akar umbi. Agak tidak sesuai lagi membiarkan hanya 791 orang sahaja membuat keputusan untuk ribuan orang bawahan yang lain. Sudah sampai masanya, pilihan tersebut dibuat di cawangan-cawangan oleh ahli UMNO sendiri. Untuk itu, rasanya UMNO perlu memiliki Suruhanjaya Pilihan Raya UMNO sendiri untuk mengendalikan proses pencalonan dan pengundian di peringkat cawangan. Tentunya semua ahli-ahli UMNO akan lebih puas bila hak memilih itu ada pada setiap ahli UMNO itu sendiri. Kaedah ini mampu untuk membendung budaya politik wang.

Manakala perwakilan yang dihantar ke perhimpunan pula bolehlah memfokuskan perhatian kepada apa isu yang mahu diperbahaskan untuk kepentingan bangsa, agama dan negara. Bukan lagi menjadi buruan dan sasaran mereka yang mahu bertanding. Jika dilihat pada keputusan Ketua Pemuda, sokongan yang diperolehi ketiga-tiga calon Ketua Pemuda adalah hampir sama kuat. Oleh itu, tidak perlu ada sesiapa yang dipinggirkan atau diketepikan peranannya dalam menghadapi Pakatan Rakyat. Masing-masing ada kelebihan. Tidak semua orang suka apa yang kita tidak suka. Ada pula benda yang kita suka tapi orang tak suka. Namun, kalau dikongsi pada nilai yang sama, mungkin rasanya berubah. Selamat bertugas.

14 comments:

rizuan mh said...

secara peribadi, ini bukanlah satu keputusan yang menggembirakan. pun begitu, masih awal untuk menilai.harap dengan kemenangan ini, dan ruang sebagai sang ketua yg telah pun diamanahkan, KJ akan lebih matang dan berani berdepan dengan cabaran yg bakal beliau hadapi sama ada dr dlm barisan mahupun geng pakatan. KJ perlu buktikan beliau memang layak untuk menjadi ketua.itu sahaja.tahniah

Sisingamangaraja Gorgor said...

"Mungkin selepas ini, UMNO perlu melihat bagaimana kaedahnya untuk membolehkan lebih ramai lagi orang di peringkat bawahan mengundi terus calon yang mereka ingini di peringkat akar umbi. Agak tidak sesuai lagi membiarkan hanya 791 orang sahaja membuat keputusan untuk ribuan orang bawahan yang lain. Sudah sampai masanya, pilihan tersebut dibuat di cawangan-cawangan oleh ahli UMNO sendiri. Untuk itu, rasanya UMNO perlu memiliki Suruhanjaya Pilihan Raya UMNO sendiri untuk mengendalikan proses pencalonan dan pengundian di peringkat cawangan. Tentunya semua ahli-ahli UMNO akan lebih puas bila hak memilih itu ada pada setiap ahli UMNO itu sendiri. Kaedah ini mampu untuk membendung budaya politik wang."

Memang stuju sangat2 lah...~

Kalau buleh usulkan pada Najib soh wat cepat2...~

Bab kalau tak... peh ni lebih byk GLC dijual pade singapork...~

Pehtu ta tau ape yg akan jadi gik...~

PRU 13 nanti da leh agak ape keputusannye...~

Memang tak leh tdo mlm ni dibuatnye...~

Penangan "The 2nd Anwar Abraham"...~

...~

Anonymous said...

Bila Khairy Jamaluddin di istiharkan menang penyokong Mukhriz naik bengang.

Merea menuduh Khairy main duit beli undi.

Susana tengang lalu penyokog Khairy dan penyokong Mukhriz bertembuk.

Akhirnya polis datang untuk melerai.

(The tension became literally tangible as after the results were announced, supporters of Khairy and Mukhriz clashed.)

(The latter's group accused Khairy of bribery and cheating but police stepped in to break up the scuffle.)


kah kah kah….MESTI TAK ADA AKHBAR LAPOR… kah kah kah..

woit… KALAU TAK ADA BERITA DARI INTERNET SAMPAI MAMPUS KITA TAK TAHU…. kah kah kah…

kah kah kah... GADUH JANGAN TAK GADUH.... kah kah kah..

Anonymous said...

all malaysians should be reading your article. it really make sense. what an idea! pkr is doing it. umno ought to do the same. its called "democracy". Abraham Lincoln quote - ...Government of the people, by the people, for the people, shall not perish from the Earth. not 191 divisions of umno decide on who can govern the country but "all malaysian citizen". goodluck. bobbie z obama

ustazSAID said...

salam,kita tgok apa langkah sterusnya dibuat oleh najib dan team nanti...harap2 boleh panggil balik yg sudh lari!

AnakPkn said...

Apa gunanya UMNO buat pemilihan dimulakan dgn undi2 akar umbi dan perwakilan yg buat keputusan siapa yg akan diundi tanpa mengira apa yg akar umbi mahu ? Dengan rasa sedih sy mengundi pembangkang dlm PRU lepas dan sy berharap akan kembali mengundi UMNO/BN dlm pilihanraya akan dtg. Tapi .... dgn kemenangan KJ ini, yg melambangkan keseluruhan UMNO masih utamakan kedudukan diri sendiri, saya terpaksa dengan hati yg lebih berat utk mengundi pembangkang sekali lagi. Apa nak buat ? PEMUDA UMNO nak mcm tu ....

AnkPkn said...

Apa gunanya UMNO buat pemilihan dimulakan dgn undi2 akar umbi dan perwakilan yg buat keputusan siapa yg akan diundi tanpa mengira apa yg akar umbi mahu ? Dengan rasa sedih sy mengundi pembangkang dlm PRU lepas dan sy berharap akan kembali mengundi UMNO/BN dlm pilihanraya akan dtg. Tapi .... dgn kemenangan KJ ini, yg melambangkan keseluruhan UMNO masih utamakan kedudukan diri sendiri, saya terpaksa dengan hati yg lebih berat utk mengundi pembangkang sekali lagi. Apa nak buat ? PEMUDA UMNO nak mcm tu ....

Anonymous said...

tahniah kepada kepimpinan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK)

Shahrizat Rosnah Khairi.

Jgn jd macam kepimpinan SRJK(T) udah la, takde can nak jd presiden. Itu presiden sampai mampus punya.

iLOVEspeed said...

Sebagai seorang Malaysia, saya nak buat celebration di atas kejayaan KJ memenangi post Ketua Pemuda UMNO tuh.


Saye rase, sesiape yang tak suke UMNO/BN pun kene celebrate.

Orang tuh menang besar tuh. Mane boleh tak celebrate?

Cume setiap orang yang celebrate, ader sebab2 tersendiri la.

Macam saye yang memang tak berape suke dgn KJ tuh, saye celebrate sbb kalau orang mcm de jadik ketua, maka hancurlah kumpulan yang de ketua tuh.

The beginning of the end, bak kate mat saleh.

Lg satu, bile ahli UMNO vote utk beruk macam neh jadik ketua, ape yang kiter buleh simpulkan kat sini tentang orang2 yang vote neh?

Bak kate Raja Lawak Astro:

Lu pikirlah sendiri. Bahalol!

*still in disbelief melihat kebodohan ahli UMNO*

Anonymous said...

Syabas kepada ketua pemuda yg baru. Tepat sekali untuk tugas berat yg akan dipikul untuk mengalahkan tokoh-tokoh pembangkang seperti anwar,kit siang, guan eng, karpal dan gobind. umno perlukan orang yg bersemangat seperti KJ untuk mengalahkan mereka di persada politik negara PRU13. semoga KJ berjaya!!!!

Anonymous said...

tahniah la khairi.

aku sebenonya tak nyokong mana2 punn. tapi awal2 dulu aku dah ckp khairi tetap ada kelebihan.

mukriz tak realistik, exco pemuda pun dilantik oleh hisham mcmana nak bertanding ketua pemuda??

khir toyo plak tak berapa berapi, nak jadi ketua pemuda tapi ckp mcm pak najib, nak jadi negarawan. mcmana...

khairi ni dia berani, hisham dulu si mahfudz ajak berdebat kat UKM dia chicken away. ko lawan la mcm khairi telanjangkan husam depan penyokong2 PAS.

tapi khairi kena keja super kuat la utk buktikan diri dia hebat. dia ada byk kelebihan ....lepas ni dia bleh blasah ckp2 kata dia penjaga tkt.4.

bila paklah turun ....suruh khairi pulangkan paku buah keras pasal tkt.4. tapi kena buat hati2 tanpa perlu meyinggung prasaan pencipta momokkan tkt.4 tu. hehe....

Zul.

Anonymous said...

The future of Malaysia was destroyed by merely 304 individuals.

Think about that when our future generations curse us all.

zamspotte said...

Salam... Belum apa-apa semua orang dah predict yang macam-macam. Ini yang dinamakan spekulator...

Tapi saya, walaupun kurang menyokong beliau, saya tetap bersangka baik. Kerana apa yang difikirkan oleh perwakilan mungkin lebih baik daripada apa yang saya fikirkan...

Seperti pemilihan khalifah selepas nabi (khulafa' al-rasyidin), tak semua orang yang mengundi. Tetapi, majlis syura yang memutuskannya...

Anonymous said...

KJ?i dont believe in him...

not even dust...