Saturday, March 28, 2009

Kiambang Bertaut Kembali.



Perhimpunan berlalu, kiambang bertaut kembali. Presiden UMNO yang baru mengalu-ngalukan sumbangan dua orang negarawan ini untuk bersama-sama memberi inspirasi kepada ahli-ahli UMNO di peringkat bawahan bagi memperkasakan semula UMNO. Ternyata akhirnya Datuk Seri Najib berjaya menakhodakan Tun Mahathir dan Pak Lah untuk bersama-sama dengannya di atas pentas Majlis Tertinggi untuk bertaut kembali demi ahli-ahli UMNOk di peringkat akar umbi. Tahniah buat Presiden UMNO yang ke-5, ke-6 dan ke-7. UMNO beruntung kerana memiliki ketiga-tiganya pada satu zaman untuk menakhoda UMNO memenangi semula hati rakyat. Kekalkan momentum perpaduan ini untuk Bukit Selambau, Bukit Gantang, Batang Air dan Pilihan Raya Umum yang ke-13. Bersatulah untuk hari ini, esok dan sampai bila-bila. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

15 comments:

Harimau-Menaip said...

Banggo den bro.

Dan, pinjam gambar. Den nak buat kenang-kenangan. 3 Melayu hebat sudah sepakat.

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Bagi budak2 yg baru belajar berpolitik akan hairan dgn perkara begini. Bagi mereka politik macam agama...

cerita2akusuka said...

msh ramai ke yg sokong umno?
kt umah aku ni pun, ddk 8 org smua..smua nye pykong PR, kt tmpt keje aku skng, yg aku tau..mmg sokong PR.(dh cmtu..of cos la tmsuk famili skali)..time ak blaja dulu, dikatakan majoriuti sokong pmbngkg..cuma ade sorg sokong umno sbb ayah dia ahli.
tmpt keje aku dulu pun, ckgu2 pun pykong PR..itupun cuma ade 2-3 org yg sokng umno(diorg ni ahli la)..kt kg aku pun, rata2 sokong PR..of cos PAS..ade jgk sokong tp x ramai la..leh dikira jari jer.
so far, aku x jmpe ramai la org yg sokong umno.
bg aku umno ni, syok sndiri jer..igt msh dterima rakyat.

Anonymous said...

alhamdulillah..
UMNO nampak ada sinar & kekuatan baru..

harap ketiga-tiga negarawan ni leh bahagi tugas dan lead kempen kat tiga-tiga PRK akan datang ni..

InsyaAllah, rakyat akan terus bersama BN.

Kulinar said...

Bagi orang yg tak tahu bersyukur je yang sokong PR tu...ye la buka mata semua da ad...

Anonymous said...

Alhamdullilah ke hadrat Allah swt.....
Dengan kembalinya Tun ke UMNO maka pengundi2 protest yg menyokong Tun dan yg telah mengundi pembangkang pada PRU12 akan kembali semula mengundi UMNO dan BN. Pengundi2 protest ini telah membuat pembangkang menang 5 negeri dan membawa kesan buruk terhadap kemajuan negara. Kemajuan tidak menjadi maju seperti zaman Tun dahulu. Yang lebih maju adalah dakyah fitnah dan mencari kesilapan oleh pembangkang. Rakyat keseluruhan yg merana sekarang disebabkan oleh politik kotor ini. Bangsa melayu telah berpecah belah dan berpuak-puak hanya disebabkan perbezaan fahaman politik. Hasad dengki berkobar-kobar didalam hati dicerminkan melalui komen-komen melalui internet. Hasad dengki, caci-mancaci dan cerca-mencerca sesama insan bukanlah sebahagian daripada iman. Islam mengajar supaya kita maaf-bermaafan. Yang senang membantu yg susah, yg kaya membantu yg miskin.
Zaman berbalahan sesama bangsa dan agama sudah berlalu. Zaman reformasi juga sudah berlalu. Zaman untuk terus maju kehadapan harus disambung semula. Apa yg tergendala harus diteruskan semula untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Muafakat membawa berkat.

zamspotte said...

Salam.... Persepsi cerita2akusuka ternyata salah sama sekali... Ramai yang makin tak sokong UMNO disebabkan tertipu dengan dakyah2 sosialis dan liberal...

Hasilnya, ahli UMNO sendiri membenci satu sama lain... Inilah yang perlu diubah supaya integriti UMNO bukan sekadar nampak dengan kerja mereka, tetapi juga karismatik UMNO terserlah sehingga tak boleh dipertikaikan oleh rakyat marhaenis semua...

Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa bangga dengan pembangunan negara yang bersifat ideal dan lestari. Pegawai2 kerajaan juga mendapat gaji yang sepatutnya... Pekerja swasta pun tidak tersepit dan dipergunakan oleh majikan sesuka hati... Walaupun berlaku krisis ekonomi, tetapi tidaklah terlalu teruk berbanding negara2 lain...

Tetapi, atas propaganda yang maha hebat, fitnah yang amat teruk menyebabkan proses kemajuan tersekat2 dan ditutupi dengan bayang2 hitam proraganda sosialis... Ibaratnya, Malaysia ini negara yang paling teruk di Rantau Asean, malah di seluruh dunia... Ibarat kita ini hari2 berperang dengan perang ideologi... Sehinggakan mendapat liputan hangat ke negara2 imperialisme (BBC n CNN)...

Persoalannya, adakah negara kita yang paling teruk di Asean???

PIC said...

elok la tu

Anonymous said...

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/kenapa-saya-tidak-hadir.html#more

Anonymous said...

eh! kat tempat tinggal aku 80% orang umno. kat pejabat aku 70% orang umno. kawan2 aku 75% sokong umno. rupanya tak le teruk sangat umno yang dikatakan ni eh? puak2 pembangkang memang le kerja dia buat persepsi. mari kita bongkar kebobrokan mereka.

Mat Takbirrrrrrrrrrrrrrr!

Anonymous said...

cikgu yang kuat hina kerajaan lepas tu bila dalam kursus2 kerajaan diam dan membisu malah ada yang pura2 menyokong kuat konon. poooorah! keturunan pembelit. hipokrit! itu identiti mereka.

eliza

Sedingin Salju said...

ha betul. Cikgu oku buta pun ada banyak tau yang semacam ni. Banyak menyokong pembangkang. Tapi gaji ambik.

Terharu Ss dibuatnya. Terima kasih Tun mahathir. Pak lah juga akan dapat gelaran Tun lepas ni.

Anonymous said...

Umno tidak tipu melayu....tapi melayu di tipu pkr, dap dan pas... nk cuba sila kan jgn sampai melayu hilang hak dan segala nya tak percaya lihat peneng, dan sigapura... seperti kata ibrahim pendek.... kita lihat siapa yang kena....

Sedingin Salju said...

Betul tu, Ss sokong. melayu ditipu oleh pembangkang malah melayu dengan bangganya telah menjayakan tipu daya itu.

Anonymous said...

Cuba perhati gambar betul-betul..Cet det tak pegang penuh tangan pak lah..maran sangat dia dgn pak lah..2 le sikap pura-pura ahli umno.jangan perjuang bangsa perjuang lah agama.....untuk semua...