Saturday, March 14, 2009

Kemiskinan Bukan Penghalang Kejayaan

Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tinggal dalam rumah yang kurang sempurna di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu bukan menjadi penghalang kepada kejayaan Nik Nur Madihah dalam pelajaran. Kemiskinan bukan penghalang kejayaan, kekadang kemiskinan boleh menjadi pendorong yang kuat bagi seseorang untuk mengubah nasib diri dan keluarganya. Motivasi untuk berubah itu yang memberikan kekuatan untuk belajar. Tiada sebab mengapa mereka yang menikmati kemudahan yang lebih baik tidak boleh berjaya seperti Madihah. Faktor penentunya adalah pada diri sendiri. Antara mahu atau pun tidak. Tahniah Nik Madihah.

5 comments:

QasehNuryz said...

Yup²..kemiskinan bukan penghalang untuk berjaya.
Syabas dan saya sangat berbangga dengan kejayaan adik ni.
Semoga adik Nik Nur Madihah akan terus berjaya dan dialah yang akan mengubah nasib keluarganya.
Moga langkahnya akn di permudahkan ALLAH.InsyaAllah.

Ad Rifza said...

Moga Nik Nur MAdihah akan menjadi seorang insan yang berjaya dan berjaya juga membantu merubah hidup keluarganya..Insyallah... Allah jua menentukan rezeki hamba-hambaNYA..

VOY said...

haaaaaaa ni btol2 determined punye budak. syabas aku bagi! tu je la aku mampu bagi huhu. respek la adik nih... orang lain yg serba lengkap hidup pon blom tentu leh lawan adik nih...

piut panglima kasim said...

tahniah dik! semangat sebegini lah yg kita mahukan dalam jiwa setiap anak2 kita!

Anonymous said...

tahniah laaa.

ini lah modal aku motivate anak2 aku suruh belajar rajin2. tgk tu kalau kita pandai, tak payah ayah ko ni sibuk2 beratur pjg2, isi borang, panjat bangunan....

org akan dtg rumah kita ni isikan borang. hantar gi mana pun yg kita nak. harap2 sangkut la kat kepala anak2 aku motivasi tu. hehe

Zul.