Thursday, March 12, 2009

Haji Hadi Pun Kata Celaka

Ketika berucap pada 24 Februari 2009, di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Tuan Guru Haji Hadi Awang (Presiden PAS) mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan celaka. (baca sini). Kenyataan "celaka" yang dikeluarkan Hadi adalah sama dengan hari kenyataan "celaka" yang dikeluarkan oleh Karpal Singh di Parlimen. Haji Hadi sudah terpengaruh dengan Karpal? Apakah ini secara kebetulan?

"Ada 100 laporan polis dan dua peluru saya terima... barang kali ini rekod dalam dunia. Saya mahu tahu di mana Pemuda Umno, celaka ini dapat dua peluru yang dihantar kepada saya. Siapa buat semua laporan polis... saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Saya Singh dan Singh is King," kata Karpal Singh (Pengerusi DAP) pada 25 Februari 2009 di Dewan Rakyat.

Dalam kenyataan pada 5 April 2008, Utusan Malaysia, Karpal Singh (Pengerusi DAP) telah menyatakan "PAS jangan memasang angan-angan tinggi untuk menungjangi Pakatan Rakyat bagi merealisasikan impian pembentukan sebuah negara Islam". Apakah PAS masih lagi tidak faham bahasa warning Karpal ini? Lihat sahaja pada motto PAS sekarang, bukankah ianya sudah bertukar menjadi "PAS FOR ALL" bukan lagi "Membangun Bersama Islam". Apakah ianya ditukar semata-mata untuk memenuhi permintaan Karpal dan DAP yang tidak mahu pada negara Islam? Atau PAS sudah terikut dengan rentak DAP. Hinggakan Hadi Hadi pun bila bercakap dalam Dewan Perhimpunan Cina sudah cakap "celaka" sama seperti apa yang diucapkan oleh Karpal Singh pada siang harinya di Parlimen. Bolehkah seorang yang bertaraf Tuan Guru ini berkata "celaka" dan dikatakan pula sebagai seorang pejuang bahasa Melayu?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

19 comments:

rizuan mh said...

seperti yang termaktub dalam al-Quran, hanya Allah sahaja yang layak untuk mencelakakan manusia.

perkataan ini sungguh hina pengertiannya. manusia tidak layak untuk mencelakakan sesama manusia apatah lagi jika yang mencelakakan itu bergelar orang ilmuan dan yang dicelakakan pula juga ilmuan.

apa kuasa atau layak tuan guru tersebut untuk bercakap seperti itu sedangkan martabat manusia di sisi Allah bukan di bawah pengetahuannya?

ash3consultant said...

Sejak bila bapa PAS berjuang bahasa??? Tidakkah UMNO dikatakan assabiah kerana perjuang Bangsa????
Lupakah bapa PAS ini, bahawa bahasa bersandar kepada Bangsa??? kalau bangsa Melayu, Nik Jit kata Tuhan tak tanya di padang Masyar nanti, inikan pula bahasa!!!! Apakah Tuhan menilai bahasa mengatasi bangsa???
PAS????? apa nak jadi dengan puak puak auta....putar alam ni????

PakDik said...

Sejak bila bapa PAS ni perjuangkan bahaea melayu?????. bagaimana ni!!! kalau UMNO perjuangkan Bangsa, bapa PAS kata assabiah!!!! tidakkah bahasa itu melambangkan bangsa???. Nik Jit kata Tuhan tak tanya mu bangsa apa?? mu cakap bahasa apa??? Tuhan tanya mu ugama apa??? parti apa??? PAS!!!!!!. So tak payah nak berjuang mati matian untuk bahasa, kalau bangsa tidak ada nilai bagi kami hai.... bapa PAS.... Buang masa aja!!!!!!

PakDik said...

Sejak bila bapa PAS ni perjuangkan bahasa??????? UMNO perjuangkan bangsa pun dikatakan assabiah!!! macam mana bahasa diutamakan dari bangsa..... Nik Jit kata Tuhan tak tengok ka bangsa, tapi Ugama....pah tu lagu mana dengan bahasa?????
karutlah bapa PAS ni!!!!!!

Anonymous said...

Apa nak kecoh2, hampa dah mkn? Kalau blm jom kita pekena teh tarik zambry. Zambry....teh tarik unea, roti banjir taruk parpu kari unea.

Anonymous said...

aaaaa

Panglima Perang Cyber said...

Celaka dari hati yang Celaka juga.

Hati bersih akan kata yang muluk muluk dan baik2 sahaja.

miss comel said...

Politik sekarang sudah berubah.. semuanya bukan lagi kerana Agama, bangsa dan negara.. tapi semuanya kerana kepentingan individu dan mereka menggunakan Agama, Bangsa dan Negara untuk merealisasikan impian mereka. Sebagai contoh bleh tengoklah apa dah jadi sekarang ni.

Anonymous said...

pekena teh tarik zambry ok lagi dari dok makan nasi ayam nizar dalam kandang babi nga & ngeh co. waklakalaklakl bahaya tu.

Anonymous said...

PAS PIS PUS!! X BOLEH PAKAI..CAKAP PON DAH BERBELIT MCM KARPAL "CELAKA" SINGH

Anonymous said...

lantaran itu wahai sahabat2 ku sekalian..
usahlah kita hanya mmberi komen di alam maya ini saja..
realisasikan komen2mu itu di alam yg fana..
kerna kita yg bkl memimpin negara ini kelak pabila smua veteran dah kembali ke rahmatullah..
usah banyak komen, bnykkan usaha..
jgn kita plak yg mengulang kesalahan yg serupa..
ambil iktibar, n laksanakan satu anjakan paradigma yg mantap n mapan..insyaAllah, pasti boleh jika kita kembali pada ajran Islam yg sbnr..
wallahualam..

daivista said...

"Beruntunglah bagi orang yang hari ini lebih baik dari semalam

Celakalah bagi org yang hari ini lebih buruk dari semalam"

Celakalah org-org yang menolak agama.

Celakalah org-org yg menolak hukum Islam.

Celakalah org-org yg menolak Al-Quran dan As-Sunnah.

PAS tidak m'perjuangkan nasionalis kerana PAS m'perjuangkan Islam. Tunjang identiti yg menjadi asas kpd bangsa melayu adalah agama Islam. Namun semua tafsiran itu blm tntu blh diterima pd masa sekarg. Blm tntu seorang melayu adalah Islam.

Lbh pntg, belum tntu sorg melayu Islam itu adalah seorng melayu Mukmin.

Tulisan asal bg org melayu adalah tulisan JAWI yg menggunakan huruf2 arab yg merupakan huruf2 penulisan Al-Quran yg melambangkan identiti Islam org melayu.

Namun,semuanya hmpr pupus. Siapa yg b'tggungjwb?Siapa yg menukar sistem penulisan melayu dari JAWI kepada ROMAN?Adakah ROMAN itu beridentiti Islam?Kenapa harus ditukar???

Cuba kalau Sains dan Matematik diajar dlm bhsa Arab, agak2 PAS akan tntg atau tidak?

Anonymous said...

aku sokong PPSMI ....

aku tgk dari sudut praktikal bukan dari kaca mata pejuang bahasa atau kaca mata politik.

tak adil pejuang bahasa relate kan dgn sokong PPSMI maknakata tak mendaulatkan bahasa, tak menolong bahasa berkembang dlm matematik dan sains , lepas tu relate kan dgn negara maju jepun , korea, jerman,dsbnya. tak adil kata mcm tu.

tgk dari sudut praktikal. budak2 melayu lepasan U pun mmg tak kuasai bahasa inggeris. apatah lagi yg bukan lepasan U, 11 tahun belajar inggeris tapi tak kemana dah masuk U pun singular dgn plural pun masih kelam kabut.

tgk pula anak2 india dan cina, tak kira di kg atau bandar, ckp melayu berterabur tapi ckp omputeh mereka confident.

tgk pula tahap mereka yg confident bila berckp omputeh. anak cina yg diploma tapi menguasai BI diterima bekerja di kilang2 dari anak melayu yg ijazah bergulung2.

kenapa jadi begitu?? dari darjah 1 lagi dah belajar BI, adakah silibus tak mantap?? nak mantap mcmana lagi?? sbb BI tak wajib. tak da siapa yg beri perhatian.

kalau diwajibkan, mau melenting lagi datuk hassan dan pejuang bahasa kerana mendaulatkan bahasa omputeh, bahasa penjajah.

tgk kat conference, tgk anak2 melayu cuma bercakap sesama mereka. tgk anak2 cina dan india mereka bergaul dgn omputeh, korea, jepun. deal bisness, discuss new tech, bring new technology.

tgk di conslt plak. tgk anak2 india kulit gelap mcm buntut kuali tapi bila berckp inggeris meleleh air liur, budak2 melayu dimana, ijazah sama jeee. tapi budak melayu jadi tukang setup PC dan projektor jeee. kesiannn....

yg ni pejuang2 bahasa tak nampak.....??? tapi pejuang sebenar ke mereka tu..??

kawan2 aku org2 jepun puji melangit org2 malaysia, dia kata org2 m'sia pandai2. sbb tau ckp BI, arab. org jepun dia kata bodoh2 sbb tau ckp jepunnnnn jeeee.....hehe

anak2 aku pon di sek rendah dah tau altogether makna kata kena campur semua, require, sum, bla bla... aku dulu masa sekolah rendah satu apah pun tak tau ckp omputeh, almaklum le budak kg....hehe

kawan2 aku kat itm dulu yg rata2 dtg dari kg kodiang la, jerantut la, kalau suruh buat maths beekor2, integration by parts sampai 3 kali integration pon diaorg buleh. tapi bila bab BI, semua elergic, kantul itm dan ada sampai part 8 baru grad sbb intermidiate BI tak lepas2. mcmana...??

aku pandai sket BI sbb tu dpt g obesi ....hehehe

yg dah keje ....lagi la haruuu....10 taun keje pun BI masih huru hara tu blom fresh grad yg baru masuk keje.

cuba tgk kat opis2 apa ya bahasa yg mereka gunakan...semuanya ckp omputeh. nak buat cam ne...??

ko tgk bank nye aggrement, semua ckp omputeh, ada tak pejuang bahasa gi hantar memorandum kat bank..?? tak deeee.... pejuang apa tu?? pejuang taik kucing. hehe.

cuma bank islam je yg buat aggrement dlm bahasa melayu. tahniah bank islam.

apa!!! nak translate??? dulu anwar brahim jadi menteri pendidikan dia dah allocate sum of money to translate sehingga la skrg, dewan bahasa masih lagi dgn keje translate. tapi sehingga sekarang DBP tak ter translate2.

so bahasa ni relate dgn bangsa yg multi culture so nak tukat culture yg berbilang bangsa keee ??? atau kita nak bersaing.

baik kita bersaing laaaa..... bersaing dgn sihat. belajar BI. prancis , jepun , arab .....apa salahnyaa. hehe....arigato..

Zul.

TokMudim said...

Politik pun ikut perkembangan teknologi. Cuma anti PPSMI melawan arus..bergerak kebelakang.

Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.

Pak Tam said...

Ulamak PAS sudah tersasar dari perjuangan asal dek karena takut kpd Karpal Singh. Hj Hadi juga terpengaruh dgn Karpal maka terpacul perkataan "celaka" dari mulutnya. Rupanya Islam di bawa oleh PAS gagal menjinakkan Karpal untuk pembentukan negara Islam.

ROHAN said...

Cuba baca dan kaji hadis sahih Bukhari & Muslim.

Ada hadis yang menyebut nabi s.a.w kata "Wailul Lil Arab!"

Terjemahan: "Celakalah ke atas orang Arab!".

Tak salah kata celaka. Kalau dimaksudkan kepada situasi atau pihak tu memang celaka.....

Sasha2020 said...

Aku sokong Komen Anon - Zul
March 13, 2009 11:23 AM

Komen yg bernas....tentang PPSMI

Anonymous said...

PAS juga masih gagal menjinakkan UMNO untuk menerima Islam...

VOY said...

politik oh politik, aku tgh politician malaysia skang da jadi cam org paleolitik... da makin tah ape2...