Tuesday, March 10, 2009

Gereja Terbesar Sedang Dibina Di Negara Kita

Calvary Convention Centre (CCC) itulah namanya Gereja yang sedang dibina di Bukit Jalil sekarang ini. Kompleks gereja setinggi 6 tingkat ini dibina di kawasan seluas 600,000 kaki persegi. Dibina oleh Nam Fatt Construction Sdn. Bhd, lengkap dengan pelbagai fasiliti dan dewan auditorium yang boleh memuatkan 5,000 orang. Jika ada sesiapa yang perasan pada papan tanda pembinaan gereja ini ditulis "Adanya Harapan", "There Is Hope". Harapan baru untuk menjadikan Malaysia ini lebih baik?


(Gambar: Wajah bayangan CCC bila siap sepenuhnya). Jika siap nanti, CCC bakal menjadi gereja yang terbesar di Asia. Patutlah ada usaha dari pihak-pihak tertentu untuk menggunakan nama Allah SWT dalam Herald Catholic. Rupa-rupanya ianya adalah sebahagian daripada persediaan missionary tersirat CCC ini. Menurut sejarah Calvary Church, pada tahun 1968, hanya terdapat 168 orang pengikut sahaja. Pada tahun 2008, jumlah itu telah meningkat kepada 10,200 orang. Mampukah umat Islam menghadapi cabaran dari CCC ini?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

26 comments:

Sasha2020 said...

Mereka semakin berani sekarang ni bila ada orang islam sendiri yg menyokong mereka. Mereka ini ialah islam liberal yg sangat bahaya.
Ramai penyokong dan pemimpin kristian didalam PKR. Mereka ni adalah sebahagian daripada anggota yg menyokong penubuhan IFC (majlis perundingan agama) yg ditentang oleh orang islam. Ketua PKR juga menyokong. PAS tak sokong tapi bersekongkol dgn parti PKR yg ramai pemimpin kafir. PAS pun bersekongkol dgn DAP.
Sebab tu mereka berani. Parti Islam yg keras dan tegas (PAS) pun menyokong pakatan mereka.
Kepada orang melayu islam, fikir-fikirkanlah...melayu PKR dan PAS sedang dimainkan oleh bukan melayu PKR dan DAP.

nistelro0y said...

mengarut... takut pada bayang2.... orang yang tak yakin pada agama je takut pada agama lain....

lantak pi la gereja besar mana pun, dah duit diorang, kita masjid besar2, tapi tak penuh... buat abih duit rakyat je...

pencinta kebenaran said...

kenapa projek cam ni diberi kelulusan?urghhhhhh!!!!!!!!

Panglima Perang Cyber said...

Kita kena halang pembinaan gereja di kawasan tidak memerlukan pembinaan sebesar saiz tersebut di negara Malaysia.

Terima kasih atas pendedahan Bro !

PEMUDA UMNO CAWANGAN said...

nie sapa yang luluskan??Kerajaan BN Ka???

ONE said...

salam,

semoga Allah terus menyuburkan islam di malaysia..rumah ibadat kristian saiz bosar ni satu manifestasi sebagaimana kebenaran pembinaan rumah ibadat bukan islam sesuka hati di selangor..
makin bejangkit nampaknya...

rizuan mh said...

ape nak heran.patung anwar pun diorang buat..kompem gereja ni nanti diorang jemput anwar rasmikan..selamba je brader ni pergi nanti.lepas tu makin glemer laa..silap2 leh masuk list world leader lagi tahun depan..

mediamelayu said...

Dari melayu sibuk berdemontrasi tentang PPSMI, lebih baik buat demo besar2an membantah projek ini. Kjaan tak bleh kompromi,camna boleh terlepas ni,batalkan hatta kena bayar gantirugi sekalipun. Kalau projek rumah boleh terbengkalai, buatlah sesuatu agar projek ini tak jadi.Harapan kristian nak buat benda ni dari zaman Mohamad Taib jadi MB selangor lagi, tapi ditolak mentah2 utk dibina di Selangor.
Yg ini bukankah dlm kaw. KL ?!!

Jiwa Merdeka said...

Salam,

Adakah pembinaan gereja itu salah dari segi Perlembagaan Malaysia?

Kalau tak salah, mengapa kecoh?

rizuan mh said...

saiz adalah satu faktor.tapi faktor pemenuh agenda kepada saiz yang besar sebegini harus difikirkan juga. kenapa mereka mahu membina sebuah gereja yg besar sebegini? apakah pengisiannya? satu lagi, ke mana pergi umat Islam yang sepatutnya mengisi saf-saf di masjid? adakah mereka akan datang ke sini setelah siap kelak? hassan ali dan khalid ibrahim mesti perlu tahu jawapannya..

mrf said...

dulu masa thn 1996, pembangkang masih lemah, pas blom ada kawan ngan cina dan india ada usaha2 nak membina gereja paling besar asia di shah alam. tapi melayu2 islam UMNO gagah membantah usaha tersebut dengan mengadarkan2 risalah2 di masjid2, mengumpul tandatangan sebagai bantahan memberi ceramah2 dan sebagainya. tapi sekarang aku percaya pihak yang paling menyokong pembinaan ni pastinya PAS semata2 mahu raih populariti bangsa lain.
memang tak salah nak buat gereja banyak mana pun, tapi kalau dah terbesar asia, pastinya usaha mereka nak membesarkan jemaah katolik mereka dikalangan org melayu juga besar..
kenapa perlu buat gereja terbesar di semenanjung malaysia?kenapa tak bina di filipina? lu pikir la sendiri!!

DNL said...

ELOKLAH GEREJA DAH BESAR DAH NATI DALAM 20 TAHUN LAGI BOLEH LAH TENGOK YANG MACAM MELAYU TU NAMA TUKAR JADI JOHN DAH .... YANG HAMID JADI HAMPTON KE APA KE..... MAKLUMLAH BUDAK LA NI BUKAN RETI SANGAT BEZA YANG MANA BAIK YANG MANA BURUK.

DAH TAU TAK ELOK PUN IKUT LAGI. NI PULAK KAN ADA NAMA ALLAH DALAM INJIL DEPA YANG DALAM BAHASA MELAYU TU BAGUIH LA....

HALLALUYAA......... NIK AZIZ PUN KATA BULEH... MUNGKIN DIA PIKIAQ KALU PAKAI NAMA ALLAH DALAM BIBLE LAMA LAMA DEPA BERKENAN DENGAN NAMA ALLAH TU DEPA MASUK ISLAM DAPAT LAH PAHALA KAN.....

DIA TAK TAU KALU DAH MASUK SANA SIAP ADA WINE AND DINE LAGI SAPA NAK BALIK DAH OOOIIIII....TUAN GURU NIK.

PERNAH RASA BABI ROAST TAK? FRENCH PORK STEAK KE..... MAMPUIH LAA..... MELAYU. BROERY DULU MASUK JAP ISLAM LAMA LAMA SELAM BALIK KAT SANA HAAA TUDIA........

Sasha2020 said...

Bukan nak kecoh. Sekadar untuk renungan.

TokMudim said...

Kena buat kecoh, baru nampak prihatin pejuang untuk agama, bangsa dan negara.

Perhatian kepada suami-isteri : Kempen KELUARGA BAHAGIA
Hentikan amalan seks oral. Hargai dan hormati bibir-bibir merah isteri anda, bibir yang mengaji kalimah-kalimah suci, bibir-bibir yang mendidik anak-anak anda.

Shitsurei shimashita said...

isu gereja ni dah lama di bahaskan dalam trenganukite online v8.
ia berada dalam kawasan bukit jalil. Dahulu dicadangkan dibuat di Damansara tp dpt bantahan.

kelulusan adalah dari jabatan kerajaan sendiri serta DBKL dan isu ini tidak diperbesarkan olen media utama kecuali the Star kerana pengerusi gereja mempunyai hubungan baik dgn kerajaan.

paloi bin mulau said...

kenapa takut dgn bangunan? teman tak tahu apakah pernah ada kajian atau tidak ttg melayu yg murtad ini?

golongan melayu bagaimanakah mereka? berapkah umur mereka? bagaimanakah cara hidup mereka?

apa pasai kita takut dgn satu bangunan ini? jika mereka ada byk duit mereka boleh bina 1000 bangunan yg kecil2 dan meneruskan missionary mereka.

kita da pusat dakwah kita ada masjid kita ada bantuan kerajaan kita ada perlembagaan yg menjaga kita tapi kenapa masih byk kes2 murtad berlaku? jadi tak perlu le kecoh dgn satu bangunan.

jadikan bangunan ini hanya sebagai satu peringatan kepada kita. InsyaALLAH kita jaga keluarga kita, kita selamat.

Anonymous said...

dalam pada org2 barat menolak agama mereka, org2 asia sibuk nak mencari tuhan isa. hehe....

pengalaman aku mengaji di UK dulu aku tgk gereja di UK kosong, org tua2 je yg nak gi pun..... nanny2 yg dah ganyut2 yg gi, jalan pun tegigil2.... org2 muda tak minat langsung.hehe..

di UK rata2 catholic.... kalau ckp kat org muda pasal agama, kena makihamun ada laaa...., 10 taun dulu aku ada gi gereja di rapesswill antara gereja tertua di europe. pon sama je...kosong,....

cuma org2 yahudi/jews aje yg masih kuat pegangan agama mereka. yg lain2 hampehhh.....

tapi heran ya...di m'sia ni budak2 muda bukan main besemangat nak gi gereja terutama budak2 sabahan yg kristien.

org2 india masih tak moden&hebat kalau tak tukar agama ke kristien, ada nama austin la, kevin la, padahal nama sebetulnya manimaran, kunasigaren....hehe

org2 cina pun sama, tukar nama david leoung, george baru ada umphhh...

sebab org inggeris maju , hebat, ckp omputeh, lawa2....mereka yg ckp omputeh manglish ni pon terasa la mcm omputeh.....hehe

dlm pada org2 europa buang agama mereka , org2 asia kutip. tapi kenapa ya...???

aku rasa salah satu penyumbangnya di m'sia ni ialah tuan2 guru/ustaz sibuk dgn politik, lebih gemar kpd politik dari berdakwah.

cuba gi mesjid, gi surau, cuba bergaul dgn ustaz2, cuit sikit cerita politik....makkk aii dia punya maki hamun.... nyalah kan k'jaan nombor wahid. mcm dia yg tau semua. cerita fitnah dijaja dari mulut ke mulut.

benang basah pun nak tegak, dah tau derhaka masih nak sokong, s/khabar hari ni lagi best, raja nazrin kata pak kadok...terbayang aku muka si nizar.hehehehe....

tapi bab ni aku respek geng tabligh la, cuit 2-3 kali siap gegar lagi cerita politik, mat tabligh tak masuk campur.... we mantain neutral bro..kita berdakwah sesama agama penuh dgn kasih sayang. fuhh.... hehe

Zul.

adam said...

org MELAYU takut sangat ngan kristian ni, kenapa? konon takut anak beranak murtad tapi perangai MELAYU yang mengalahkan kapir tak pikir.

hanya org ISLAM saja percaya dgn keimanan kepada Allah yg tak takut, setakat gereja tu takdek hal, diorg buat tu utk agama diorg, kami org ISLAM tak kecoh, korang yang MELAYU memang takut dgn bayang2 sendiri..

tu kerajaan mana yg lulus? oo rupa2nya kerajaan MELAYU PEKEMBAR/UMNO yg lulus...patutla pun...

bungaraya said...

macamana nak mampu jika asyik bergeser sesama islam? Sibuk dengan hasad dengki, iri hati dan fitnah memfitnah yang kononnya memperjuangan keadilan dan kesamarataan? Ini kesamarataanlah namanya. Yang sekian lama ini diperjuangkan oleh Generasi Y melayu. Bodoh. Ijazah berjela-jela pun tak guna.

bungaraya said...

Parpu Kari berkata...
GEMPAR ! ANWAR PERANGKAP PAKLAH BERTEMU DENGAN KETUA AJARAN SESAT DI HULU LANGAT !

PERKARA 1
salam untuk semua sahabat bloger dan pembaca. apa yang gap akan dedahkan ini merupakan satu bukti sahih dan benar,perancangan jahat anwar untuk melakukan apa sahaja cara untuk menyesatkan umat islam di malaysia.


sebelum ini kita umat islam telah banyak didedahkan akan beberapa sikap liberal dan munafiknya anwar bin ibrahim memperkuda/merosakkan islam demi mengejar cita-citanya kemaruk kuasa untuk menjadi perdana menteri.


anwar bin ibrahim pernah menyanjungi salman rushdie dalam komentarnya memuji buku satanic verses, anwar bin ibrahim tidak pernah menyatakan BANTAHAN dalam persoalan murtad lina joy, hudud yang selama ini diperjuangkan oleh parti pas kini sudah menjadi bahan cacian karpal singh, kumpulan artikel 11 dan pejuang-pejuang IFC ( INTER FAITH COMISSION) kini sudah kembali 'bertenaga dan bersemangat' setelah anwar secara komited memberikan HARAPAN BARU untuk mereka menyamarata kan hak ISLAM DAN BUKAN ISLAM.


ini adalah beberapa contoh betapa 'terdesaknya' anwar bin ibrahim untuk 'mengejar saki baki masa' yang ada untuk MEROSAKKAN SECARA TOTAL HAK AGAMA DA BANGSA DEMI MEMENUHI TUNTUTAN NAFSU UNTUK BERKUASA MENJADI PERDANA MENTERI KE 6.


dalam keadaan yang cukup menyesakkan nafas anwar ini, hari ini kita telah digemparkan dengan cerita dan gambar pertemuan anwar dan paklah di hulu langat. anwar bin ibrahim adalah pengamal kaedah 'political animal' . kepala munafik ini sanggup bersekongkol dengan sesiapa sahaja untuk memerangkap musuh politiknya, walaupun dengan menggunakan kaedah agama.


hari ini anwar telah memerangkap paklah untuk bertemu dengan seorang tua bernama mahmud bin hj abd rahman (pengasas ajaran aurad ismailiah) yang telah difatwakan sebagai SESAT oleh bekas mufti negeri selangor, almarhum dato' ishak baharom. orang tua ini telah dijadikan medium perantaraan untuk anwar bertemu dengan paklah dan digunakan sebagai 'agenda pemula' anwar untuk kembali menjadi pejuang islam dan ikon perpaduan melayu. sayang perangkap anwar bin ibrahim ini TELAH DAPAT PIHAK KAMI KESAN.


sila baca 2 perkara dibawah sebagai rujukan. gap mohon kepada anda semua baik dari pihak bloger dan pembaca untuk MENYEBARKAN BERITA GEMPAR INI kepada seluruh umat islam di malaysia. sebarkan ia melalui rangkaian blog,website BN dan PEMBANGKANG, email dll cara supaya berita ini sampai.


AYUH DEMI ISLAM,BAIK UMNO,PAS,PKR SILA SELAMATKAN AKIDAH ANDA ! KITA TOLAK PERBEZAAN POLITIK DALAM HAL PENTING INI ! SELAMATKAN AKIDAH KITA DARIPADA DI SESATKAN OLEH ANWAR BIN IBRAHIM !


PERKARA 2
INI ADALAH SALINAN FATWA DARI ALMARHUM DATO' ISHAK BAHAROM YANG TELAH MENGISTIHARKAN AJARAN ISMAILIAH YANG DIBAWA OLEH MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN ADALAH SESAT !



NEGERI SELANGOR
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF SELANGOR GAZZETE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 48
23hb November 1995
TAMBAHAN No. 23
No. 24
PERUNDANGAN
Sel. P.U 48.

ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
FATWA TENTANG AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN
En. 2 / 1989

PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW ENACTMENT 1989
FATWA ON AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN

En. 2 / 1989
IN exercise of the powers conferred by subsection 31(1) and section 32 of the Administration of Islamic Law Enactment 1989 the Mufti for the State of Selangor, after discussion with the Islamic Legal Consultative Committee, makes the fatwa as specified in Schedule.

JADUAL/ SCHEDULE

( 1 )
Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

( 2 )
Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.

Dibuat pada 25hb Oktober 1995
Made the 25th October 1995.[JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U.Sel.AGM/0007.]

DATO' HAJI ISHAK BIN HAJI BAHAROM
Mufti Negeri Selangor




PERKARA 3
INI ADALAH ARTIKEL YANG DIPETIK DARI BLOG MSO BERKENAAN DENGAN PERTEMUAN DAN PERANCANGAN JAHAT ANWAR IBRAHIM UNTUK MENYESATKAN PAKLAH/UMNO SERTA SELURUH UMAT MELAYU !

TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.

Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.

Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantikan oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.

Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.

Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.

Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.

Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!

Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap.

Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.

Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.

Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dilihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.
“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?

Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.

KOMEN SAYA:

LIHATLAH SAUDARA SEISLAMKU BETAPA DAJJALNYA MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM INI....DEMI CITA-CITA POLITIK AGAMA PUN DIPERDAGANKANNYA...ASTAGFIRULLAH...YA ALLAH YA TUHANKU, KAU SELAMATKANLAH UMAT ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI DARI MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM INI....

shikamazan said...

Islam ngn kristian dh lama hidup bersama sejak dari zaman Nabi Muhammad lagi tapi macam mana Islam boleh maju lebih dari mereka itu yang perlu kita semua ikut. gereja besar macam mana pon kalau just bangga lahir sebagai ISlam x guna gak.

Tadek nama said...

salam...

Masjid kosong pasai Duit Buat masjid datang dari Kerajaan..Duit Kerajaan tak bersih..campur RIBA...

Jadi kalau nak bagi masjid penuh ..elok dirikannya dengan duit Khariah itu sendiri ..biar bersih baru orang nak datang ..berkat..lagi satu ada perassan tanggung jawab terhadap masjid yang kita dirikan bersama ..wassaalllammmmm

Anonymous said...

kalau dh tahu itu contruction for build up a church, why the goverment of malaysia have signed to approved the project?

VOY said...

memuler kuil, pastu gereje... yess btol kite ade masjid putra jaya la masjid itu ini... tp nampak gaye makin betambah unsur2 yg x spatutnye kat malysia ni, tah mampu tah tidak nnt lawan sume anasir2 ni bile tibe kene lawan nnt.. takot da lambat...

anak said...

nampak bebenor umat islam gentar ngan gereja tu...

salah siapa??...pemimpin atau yg dipimpin??...

pemimpin sudah 50 thn ada kuasa...dimana martabat dan izzah umat islam melayu di msia skang???

Anonymous said...

usah takut dgn gereja/kuil/tokong wpun sbesar mn ia dbina..hny perlu tanamkan dlm diri kite..hati kita ape agama dan iman kite..kite bsujud pd yg Esa..