Artikel berkaitan dengan Guitar Heroes 3, permainan yang menghina kalimah Allah telah saya paparkan dalam artikel blog ini pada 13 Disember 2008 (baca sini). Baru-baru ketika salah seorang rakan membeli Blackberry, beliau telah terperasan Guitar Heroes 3 ada dimuatkan bersama dalam perisian Blackberry (gambar atas). Tidak cukup dengan permohonan menggunakan kalimah Allah pada Herald Tribune, dalam telefon bimbit pun sudah ada game yang menghina kalimah Allah.
Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak oleh makhluk yang berupa "syaitan" bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dipunyai oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.
Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang membeli Blackberry dan ada dimuatkan bersama dengan permainan ini, silalah remove game ini dari Blackberry anda. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita. Sila sampaikan berita ini kepada sahabat seagama dengan kita. Tiada kompromi lagi dalam soal ini, sila buang game ini.AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)





13 comments:
aduhai... macam2 la slagi boleh. ape lah ade dalam otak mereka2 yg buat game nih. what ever it is, this is not the 1st, 2nd or 3rd time jadi. da byk kali. kita kene lebih alert and berjaga2 skang ni macam2 cara tanpa kite sedar jadi cam dalam blackberry nih...
kita lihat ucapan dari pemimpin PAS dan Anwar
Khalid Samad ( Parlimen Shah Alam ) tanpa segan silu semasa berceramah di dalam sebuah gereja Kristian di Shah Alam selepas kemenangannya, menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'.
"Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka."
Bertambah BODOHNYA Pas yang dikatakan berjuang untuk menegakkan Islam Pas di negara ini secara tidak disangka-sangka tanpa berdolak-dalik juga memberi " green light " kepada puak Kristian ini.
Adakah Pas tahu jika puak Kristian dibenarkan menggunakan nama Allah dan Bahasa Malaysia didalam buletin Kristian secara tidak langsung Pas juga merestui upacara " pengkristianan " orang Melayu Islam secara perlahan-lahan dan Pas dan Anwar jangan terkejut akan ramai anak muda Melayu Islam akan menjadi murtad kerana keliru dan tidak boleh membuat perbezaan antara Islam dan Kristian.
Salam,
Begitu kita kasihkan nama Allah. Masuk jamban pun tak sanggup bawak kertas ada nama Allah. Al-Quran pun pegang dalam keadaan wudhu. Tapi macam mana nak jelaskan Nik Aziz pun sokong kalimah Allah kongsi dengan gereja?
Mungkinkah satu hari nanti nama Allah pun boleh muncul dalam game dengan restu ulama sejagat?
Bertindak sekarang, bantah sekarang.
Wassalam
rasanya bukan setakat blackberry shj, software ni telah disebarkan secara meluas. kanak2 dan muslim lain boleh mendownload@install dlm hp@pc mereka untuk bermain games ini..yg penting perkara ini harus disebarkan kepada semua.
izinkan saya post artikel ini dalam blog saya..tq
izinkan saya post artikel ini dalam blog saya..tq
doa biar allah hancurkan dan laknat mereka tu... macam pas dok doa kat umno lah
oro..sengal:(
thanks for the info bro
Tengok apa Anwar dah buat:
Pertemuan tertutup ini ekoran daripada kunjungan Anwar dan Azizah sebagai tetamu jemputan Majlis Rumah Terbuka Perayaan Christmas, Catholic Archbishop Murphy Pakiam yang dianjurkan oleh Christian Federation of Malaysia pada 25 Disember 2007.
Dalam pertemuan itu Anwar telah berjanji empat perkara utama kepada masyarakat Kristian.
Pertama : Walaupun beliau beragama Islam, tetapi pegangan Islam beliau bukan penghalang kepada pembelaannya untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang bebas dan demokratik serta berpegang teguh kepada Perlembagaan Merdeka.
Kedua : PKR akan menjadi 'orang tengah' untuk menuetralkan sekularisma yang didukung oleh Democratic Action Party(DAP) dengan prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Manakala dasar PKR secara tegas menolak Negara Islam.
Ketiga : Sekiranya PR membentuk kerajaan, penganut Kristian Malaysia boleh dibenarkan menggunakan perkataan ‘Allah’ kerana rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi.
Keempat : Mahkamah Syariah hanya terhad kepada muslim sahaja khusus dalam Undang-undang Keluarga Islam dan pewarisan tetapi Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa ke atas masyarakat bukan Islam.
apa penyokong2 taksub PAS&PKR nak jawappp....??? jawap aaaa jgn malu2, elehhh malu2 la plakkkk.....
pemimpin korang sendiri yg bagi approval, kunun nok ke isle prentoh, ... aduuuhhaii....jahanam otak PAS ni .... hehe
Zul.
haramkan terus game tue
bukn nk bela..
tp kaji btul2...
jgn smpai org luar ckp org Islam cpt melath...
yg dikatakn kalimah ALLAH itu zodiak virgo..
psl kt bwh kaki lelaki brtopi 2 zodiak taurus...
kt dpn power amp lak zodiak capricorn...
klau tengok btul2 kt pentas 2 ade 12 bulatn...
ape yg 12???
tu psl la org tue2 kate "biar BODOH SIKIT darpada PANDAI SIKIT"
Post a Comment