Monday, March 2, 2009

Dewan Orang Ramai Diambil Alih Oleh Pakatan Di Selangor

Buletin Utama, TV3 pada 27 Februari 2009 telah mendedahkan Dewan Orang Ramai di Taman Sri Raya, Ampang yang telah diambil oleh kerajaan negeri Selangor. Dewan yang telah dibina selama 20 tahun itu, telah diambil alih untuk membolehkan kepimpinan JKKK baru Pakatan Rakyat mengadakan aktiviti.
Kunci dewan telah dipotong dan telah digantikan dengan kunci yang baru. Apakah Pakatan Rakyat tidak nampak logo apa yang tertera atas nama dewan itu? Mengapa tidak dibuat atau disewa sahaja dewan yang baru untuk kegunaan Pakatan Rakyat? Kandang berjuta ringgit boleh dibina, Camry dan Lexus ratusan ringgit boleh dibeli, lembu berpuluh ekor boleh disedekahkan, kenapa dewan mereka tidak mampu adakan? Maka akan berulanglah kejadian PAS memerintah Terengganu dahulu. Inilah janji manisfesto Pakatan Rakyat, tutup dan kunci dewan.


23 comments:

LeeZ said...

Kenapa perlu ada logo UMNO (in the first place) kalau dewan tu adalah untuk kegunaan orang ramai???

Ni lah padahnya bila dah memerintah berpuluh tahun, pas tu rasa semua tu hak UMNO!!!!???

KEJI LAHH!!!!

Isma Ae said...

Adakah dewan milik UMNO?

Sedingin Salju said...

Inilah sikap sebenar PR.

Anonymous said...

Logo yang tertera kat papan tuh pasal UMPUNO ingat harta nih mak bapak dia yang punya.. itu pasal dia letak logo mak bapak dia.. walhal dewan tuh untuk kegunaan orang ramai.. dibangunkan pakai duit rakyat.. banyak sangatker duit umpuno nih sampai boleh bina dewan serata malaysia nih.. oh memang aku dah lupa .. duit kutipan hasil rasuah kan banyak..

Anonymous said...

kalau komen dalam blog nak kena tapis dulu baru boleh publish baik tak payah letak post comment, pasal apa tentu yang berpihak dengan komen penulis akan dipublish, yang tak diabaikan..

mohd fuad said...

inilah sikap yang jelas dan nyata yang ada dalam hati semua dan setiap orang PKR+PAS+DAP yang sentiasa dengki dan busuk hati untuk melihat bangsa seagama mereka merempat dan menagih simpati untuk menggunakan kemudahan yang telah sedia ada di tempat/kampung mereka.

seblum ini pun kes yang sama terjadi di Pulau Pinang, ianya amat menyedihkan dan menyentuh hati setiap umat Manusia Melayu yang melihat budak-budak sekolah Tadika yang majoritinya Melayu dan beragama Islam yang tidak tahu apa2 tentang politik menjadi mangsa dan dianiayai oleh pemimpin tempatan PKR+DAP+PAS.

Apa nak jadi pada Bangsaku!!!

Bersatulah MELAYU!

Anonymous said...

awak tu kan pembamangkan kat selangor....awak la cari tempat lain utk disewa....sedarlah diri

penyapujagat said...

Elok kasar sikit ngan UMNO di Selangor dan Wilayah nih. Dia orang lagi biadab.

Dia ingat dewan dia punya bukan rakyat punya.

Pak Tam said...

Pemimpin PR tak boleh pakai. Cakap tak serupa bikin. Mungkir janji...tunggu PRU13,

Kimizo said...

Ye kita tunggu PRU 13 :-)

Anonymous said...

itu dewan guna duit umno sepenuhnya. bukan duit kerajaan. kutipan ahli umno kawasan taman tersebut. aku tau sebab aku ahli cawangan situ. aku sumbang 500 time bina dulu. memang celaka pakatan rakyat. curi hasil titik peluh umno. memang celaka.

Ahmad Taman Sri Raya

Anonymous said...

kalau aku jadi org umno taman seri raya tu aku beri je dewan tu kat PKR&PAS.

lepas tu ramai2 tengok la kalau diaorg boleh gunakan dewan tu utk rapatkan silaturahim sesama melayu islam ataupun integrasi sesama bangsa.

aku boleh potong kuku aku ni la kalau diaorg bolehhh....

paling2 pun dewan tu jadi medan caci-maki dan sumpah seranah pemimpin2 PAS&PKR. budak2 berger mlm merempit siang tgk blue, mlm pakai kopiah dgr makian dan kapirrrr kan umno malah bertakbir ramai2 sbb nak rasa islam. CD maki k'jaan dijual berleluasa di luar dewan.

anwar brahim sure tersenyum2 sengih.... kapral urut2 misai... kapral is kinggg...hehehe

zul.

Anonymous said...

sekolah, masjid, surau, bus stand, teksi stand, parit, tiang talipon, dll di negeri2 pakatan pembangkang tak nak kunci sama keeee....???

bukan ke semua tu dibina oleh k'jaan BN. tak malu keeeee...?? atau memang muka tebal.

PAS memerintah kelantan dah lebih 20 taun tapi satu mesjid pun tak terbina malah menggunakan mesjid sebagai pentas memecahbelahkan masyarakat islam. maki hamun, bagi tafsiran songsang.

bila dah tersepit pandai la plak nak tubuh k'jaan... apanama ... perpaduan. suruh Hj. hadi tu taubat nasuha dulu la dan mintak maap pada semua org islam yg dia dah sesatkan pemikiran.

duit kutip pakai kupiah masuk ke mana?? masuk ke tabung ke masuk ke pruttt?? infak fisabillillah ya...elok le sesangat, sendiri letak hukum.

hukum tuhan ko memainkan... undi pas masuk syurga...elok le tu. hehehe...

Zul.

MZAIDI.COM said...

kena belajar lagi adik tentang politik... kalau harap tgk TV3 utusan tu memang politik adik ni tak kemana

MZAIDI.COM said...

kena belajar lagi adik tentang politik... kalau harap tgk TV3 utusan tu memang politik adik ni tak kemana

Anonymous said...

aku hairan jgk dgn manusia seperti Mzaidi ini. Awak dh master ke pasal bab politik ni??? memang x suruh pun awak percaya pada TV3 atau utusan. Tp rasanya anda memang taksub dengan cerita2 oleh media pembangkang. Semua media pembangkang anda kata tepat dan betul!!..Walhal media seperti harakah lah yg mengajar orang islam dan melayu sendiri mengutuk, mengeji, dan mencaci bangsa dan seagamanya sendiri...anda x sedarkh..atau mungkin anda memang hidup dalam keluarga yg suka mencaci dan mengeji..lu fikirlh sendiri...harakah memalukan orang islam sendiri..

melayu baru said...

kasihan yer tengok pemikiran org UMNO Baru +A=UMNO Barua tak tahu beza antara hak umno dan hak rakyat.Tanah yg didirikan itu tanah sapa? Lagi satu sapa yg memerintah selangor sekarang?Lagi satu hanya melayu saja ker ada di bumi malaysia ni?Ingat lah rakyat bersatu satu umahh iaitu islam...bukan melayu ok...

Anonymous said...

Ha'ah... tengok TV3 utusan semuanya tak betul... Politik tah ke mana.. habis tu nak percaya Harakah? Suara Keadilan? Bukan tak nak percaya tapi tak pasal2 buat dosa mengumpat dan memfitnah... Ehh takpe umpat ngan fitnah, nanti pilihanraya undi PAS dah boleh ampun sume dosa dah boleh masuk syurga... Cayalah

Pakteh

Anonymous said...

dan satu lagi adik... kalau harap harakah, suara keadilan dan roket tu lagi la tak kemana. jauhilah ye!

Takbirrrr!

Pa Alif Lam Ya said...

kah...kah...kah...kah...
sudah2 la nak menipu oi!!!
dh lama dh...

Anonymous said...

Kebiasannya dewan orang ramai digunakan untuk tadika KEMAS. Mengapa kita yang islam ini berdengki mengenai perkara kecil ini. Tahukah anda bahawa dewan tersebut jugalah yang digunakan majoriti orang islam termasuk juga mugkin anda-anda semua wahai orang islam PAS dan PKR mengenali ABC. Tak perlulah kita mempersoalkanya.

Jika negeri tersebut di perintah oleh parti mana-mana pun tadika KEMAS tidak harus di ungkitkan kerana disitulah juga anak PKR, PAS, BN berkumpul, berkawan dan mahukah kita kerana kebencian sesama kita , perbezaan politik memberi tauladan negatif kepada anak-anak kita sendiri.

Dewan orangramai adalah tempat masayrakat setempat berkumpul dan bermuzakarah menyelesaikan masalah dan merapatkan silaturahim sesama manusia.

Saya tidak bertadika di KEMAS semasa kecil sebab saya orang susah dan anak-anak saya pun tidak. Kedua-duanya bertadka di PASTI, tadika PAS. Tetapi saya membantah keras jika PR mahu menghalang tadika KEMAS beroperasi di dewan orang ramai kerana memikirkan nasib anak-anak islam yang lain.

Anonymous said...

Alaaahh..sudahla PR..kt tempat aku pn cmtu..dewan kene amik ngn PR..kunci diorg pegng..lgsg xleh wat majlis kt situ..yg terbaru, ade plak pilihanraya masjid..org PR nk jatuhkn AJK lame (majoriti org UMNO),last2 pilihnraye tu AJK lme xdtg pn, org PR mnang, tp org lame dtg jgak semayang..adui..pelik..pelik..politik smpai dalam masjid..BODOH!!!!

SEMANGAT MELAYU

Anonymous said...

kalau PR dah pandai sangat, kumpul lah duit sendiri buat dewan sendiri. kalu ahli umno boleh muafakat buat dewan sendiri, mengapa ahli PR tak boleh buat. cakap dan janji kalau memerintah negeri kebajikan rakyat akan dijaga setinggi langit, buatnye sejengkal pun tak sampai. setakat modalkan kunci baru hasil duit cukai taksiran dan parkir dari rakyat ampang bolehlah PR buat dengan gigih. tanah dah PR punya, takkan lah nak buat satu dewan pun tak boleh bagi tanah, nampak sah busuk hati sangat nak guna tapak lame, dewan lame bekas umno. kalau benci sangat kat org umno, mengapa nak rampas hasil titik peluh sumbangan org umno penduduk taman sri raya. saya lebih rela dewan tu dirobohkan saje. PR kumpul duit sendiri buat yang baru. kami nak lihat boleh ke buat dewan baru sebelum PRU yang akan datang nanti..hahahahahha