Sunday, March 29, 2009

Demokrasi Di Malaysia


Pada 29 Mac 2009 telah tercipta sejarah dalam pilihan raya di Malaysia. Pertamanya kerana ada tiga pilihan raya kecil diadakan serentak di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air. Keduanya, buat pertama kalinya sejumlah 15 orang bertanding secara sekaligus di Bukit Selambau. Inilah manifestasi demokrasi perlembagaan di Malaysia. Semua orang mahu menjadi YB, tetapi bila sudah jadi YB sukar hendak laksanakan janji.

Menariknya juga bila tiga pilihan raya kecil ini menjadi ujian pertama buat Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO dan ketiga-tiga Naib Presiden UMNO. Menang atau kalah di ketiga-tiga tempat ini akan menjadi perbahasan kepada pencapaian awal ketiga-tiga Naib Presiden ini. Tiga penjuru di Bukit Gantang, 15 penjuru di Bukit Selambau dan satu lawan satu di Batang Air.

Pagi tadi, ketika penamaan calon di Pejabat Daerah Taiping, Nizar Jamaluddin (Calon PAS) telah menulis jawatannya dalam borang penamaan adalah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri. Bila ditanya oleh wartawan, mengapa tidak tulis jawatan sebagai "Menteri Besar", Nizar berkata "itu cerita lama". Mana satu yang betul ni? Bukankah Nizar mengakui dirinya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Proses memangkah calon akan diadakan pada 7 April. Pangkah mengikut emosi atau berdasarkan kematangan politik? Betapa demokrasinya Malaysia. Bila demokrasi tidak dihargai dan disalah gunakan, kesudahannya pengundi yang memberikan hak untuk wakil rakyat mengamalkan demokrasi akan menyesalinya. Ini akibatnya bila wakil yang dipilih, salah gunakan demokrasi. Gunakan undi dengan sebaiknya.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

8 comments:

GOMO said...

SALAM..
TERUSKAN MENYERANG BNM DENGAN SEGALA HUJAH DAN FAKTA YANG ADA BAGI MEMBANTU KERAJAAN
SEMEMANGNYA BNM TELAH MELAKUKAN PEKARA BANGSAT DAN BACHOL

http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/serang-bnm-habis-habisan.html

sulhairl hafiz hj sulaiman said...

Alahamdullilah yang NIzar sudah mula sedar yang dia buka Menteri Besar yang sah tetapi harap dia pun sedar telah digunakan oleh DAP dan kepada pengundi fikirkan apa yang telah Nizar lakukan semasa menjadi MB kerana telah memberi tanah kepada Cina selama 999 tahun serta derhaka kepada DYMM Sultan Perak..

Saichou said...

demokrasi sudah tak wujud lg.

Anonymous said...

nizar...nizar...

kalau nak jadi pemimpin sepanjang zaman jgn berpolitik ikut emosi, tapi berpolitiklah mengikut fakta dan realiti.

bukan umno yg tanam kau, tapi kau sendiri yg korek lubang timbus sendiri. dlm sejarah politik malaya tak pernah ada org melayu yg berpolik gaya penderhaka mcm kau yg kekal lama.

anwar sendiri pon dia takut dicop penderhaka. ini kau pula muka tersengih2 tak tau malu, beraksi mengaya politik penderhaka. hehehe.

pendek hayat politik kau nizar.hehe

zul.

Sedingin Salju said...

Maknanya, dia dah taulah dia bukan MB. Tapi, kenapa tak batalkan saja rayuan atau saman kat mahkamah. Ai yaa, tak boleh wor, nanti itu dua olang malah o!

Anonymous said...

kesian Nizar...jd mcm ngri Psir Dua Butir kn rampas kuasa ngn menteri Fasola...(geleng2)

Sedingin Salju said...

Geleng-geleng, angguk-angguk kan?

Anonymous said...

Very Interesting!
Thank You!