Thursday, March 5, 2009

Bersatulah Menentang Pengunaan Kalimah Allah Dalam Herald

Pada 2 Mac 2009, Nik Aziz menyifatkan tidak salah untuk orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan (baca sini) . Nik Aziz dilaporkan berkata dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman berzaman lagi. "Pada zaman nabi, walaupun golongan ini menyembah berhala sekalipun tetapi jika ditanya siapakah pencipta langit dan bumi mereka tetap mengakui Allah yang menciptanya. Jadi ertinya perkataan Allah ini bukan benda baru yang disebut oleh orang bukan Islam," kata Nik Aziz.

Namun ketika diminta mengulas lanjut oleh Bernama ketika berada di rumahnya di Pulau Melaka pada 4 Mac 2009, Nik Aziz menyatakan "saya mempunyai pandangan berbeza dari sudut lain, manakala orang lain berpandangan lain dari sudut mereka faham. Bagi mengelak kekeliruan, baik saya tidak ulas panjang tentang isu itu, (baca sini) ”. Mengapa Nik Aziz tidak mahu membuat penafian dan mengakui kenyataannya sebelum ini adalah silap?

Pada 5 Mac 2009, Taib Azamuddin (Ahli Parlimen PAS) menerangkan dengan panjang lebar tentang penggunaan kalimah Allah yang boleh mengelirukan umat Islam dalam sidang Parlimen. Tindakan Taib Azamuddin ini jelas sekali amat bertentangan dengan kumpulan Erdogan dalam PAS yang sependapat dengan Anwar Ibrahim dalam isu kalimah Allah. Apa salahnya, kumpulan ulama atau Erdogan bersama-sama menentang usaha-usaha yang dilakukan oleh Majlis Gereja Malaysia ini untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah. Dalam isu agama, apa salahnya orang Islam bersama-sama bersatu?

Kalau kita bersatu dalam isu ini, nescaya mereka tidak berani bangkitkannya lagi. Sewajarnya Nik Aziz senada dengan Taib Azamuddin dalam isu ini. Buat orang-orang Islam dalam Pakatan Rakyat, buatlah penilaian anda sendiri. Siapa sebenarnya yang membuatkan orang Islam lebih keliru sekarang ini?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

23 comments:

Sasha2020 said...

Tengok apa Anwar dah buat :

Pertemuan tertutup ini ekoran daripada kunjungan Anwar dan Azizah sebagai tetamu jemputan Majlis Rumah Terbuka Perayaan Christmas, Catholic Archbishop Murphy Pakiam yang dianjurkan oleh Christian Federation of Malaysia pada 25 Disember 2007.

Dalam pertemuan itu Anwar telah berjanji empat perkara utama kepada masyarakat Kristian.

Pertama : Walaupun beliau beragama Islam, tetapi pegangan Islam beliau bukan penghalang kepada pembelaannya untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang bebas dan demokratik serta berpegang teguh kepada Perlembagaan Merdeka.

Kedua : PKR akan menjadi 'orang tengah' untuk menuetralkan sekularisma yang didukung oleh Democratic Action Party(DAP) dengan prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Manakala dasar PKR secara tegas menolak Negara Islam.

Ketiga : Sekiranya PR membentuk kerajaan, penganut Kristian Malaysia boleh dibenarkan menggunakan perkataan ‘Allah’ kerana rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi.

Keempat : Mahkamah Syariah hanya terhad kepada muslim sahaja khusus dalam Undang-undang Keluarga Islam dan pewarisan tetapi Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa ke atas masyarakat bukan Islam.

Fiirlah sendiri, kenapa sekarang ini orang bukan Islam begitu berani dan sanggup memijak kepala kita. Mereka tak buat macam ni, kalau mereka lemah. Siapa yg beri kekuatan kepada mereka? Fikir sendiri...
Semoga Allah melindungi negara malaysia dari dipimpin oleh mereka.

ustazSAID said...

Salam, bagus la Jeffrey kitingan pun dah lancar kempen sign petition online...

Pa Alif Lam Ya said...

tipulah...!!!
ampa semua penipu!!!

Anonymous said...

thanks sasha for the info.

jahat sungguh anwar ni kan.... gelik aku nengok muka dia. hehe...

aku sokong utk tentang perkataan Allah digunakan oleh pihak kristian atau mana2 agama pun.

aku tak rela akidah cucu2 nik aziz / hj. hadi dipesongkan oleh pamplet/banner : Allah is great, by St.Paul Church. Come and visit us on 23 Jan. 2011.....ataupun come to our party, Allah is together with us at St. Andrew Church on 23 Jan 2011.

benda yg senang mcm ni pon jadi susah bagi tuan guru berotak politik mcm nik aziz. kesiannn....

Zul.

bunga mawar said...

MAJLIS SEMPENA MAULIDURRASUL DI SELURUH NEGARA{ Mac 2, 2009 @ 12:00 pm } · { Majlis Ilmu, Mawlid }
{ Tags: Habib Kazim, habib soleh, maulid } · { Komentar (2) }

Di Masjid Al-Falah USJ9

aturcara @ 7 Mac 2009:
1) KULIAH SUBUH oleh:
AL-HABIB SOLEH BIN MUHAMMAD AL-JUFRI


2) MAJLIS UTAMA bermula 6.00 PTG :
- CERAMAH oleh HABIB SOLEH AL-JURFI .
- bacaan WIRDUL LATHIF
- Solat Maghrib
- bacaan MAULID & QASIDAH
- CERAMAH UTAMA oleh :
HABIB KAZIM BIN JAAFAR AS-SAGGAF
(Pendakwah dari Tarim , Hadramaut, Yaman)



anda juga turut dijemput
ke QIYAMULLAIL & BACAAN BURDAH
bermula pada :
3.30 pg ISNIN (9 MAC 2009)



ANDA SEMUA DI JEMPUT HADIR
————————————————————
JADUAL MAJAALIS HABIB KAZIM AS-SAGGAF
TARIKH
mASa
PROGRAM
TEMPAT MAJLIS

5/3
7 mlm
Maulid
Masjid AlBukhari K.Lumpur

6/3
7 mlm
Maulid
Masjid Nahdatul Islam Sek 18 Shah Alam

7/3
6 mlm
Maulid
Masjid Al-Falah USJ 9

8/3
12 t/hari
Kelas
Madras An-Nur di Pantai Dalam

8/3
7 mlm
Maulid
Baitul Qurra,Sg.Udang Melaka

9/3
7 mlm
Maulid
Masjid Baitul Aman,K.Lumpur

10,11,12/3
Program di Pulau Pinang,Kedah dan Perlis

13/3
12 t/hari
Khutbah
Di Masjid UIA

14/3
11 pagi
Bahas
Perbahasan di Jenderam

14/3
7 mlm
Maulid
Di Jenderam

15/3
12 t/hari
Kelas
Madras An-Nur

di Pantai Dalam

15/3
7 mlm
Maulid
Masjid Kg.Kuala Tekal,Temerloh,

Pahang

16/3
7 mlm
Maulid
Masjid Seremban N.Sembilan,

17/3
7 mlm
Maulid
Melaka

18/3
7 mlm
Mauid
Rumah Ben Alawi di Kemensah Heights

http://pondokhabib.wordpress.com

Pak Agenda said...

Salam

Perlu ditentang perkara sebegini.

http://pakagenda.blogspot.com

p/s: Pak Agenda kembali. lama dah tak update.

Alias Mohd Yusof said...

Kita tak boleh terlalu emosional. Kadang-kadang apa yang kita rasa islamik itu bukanlah sebenarnya betul-betul islam.

Pandangan oleh Dr Zainal Abidin bekas Mufti Perlis dalam hal ini sangat meyakinkan.

piut panglima kasim said...

salam kasih sayang buat saudara2 islamku yg dikasihi....

sesungguhnya ada hikmah dlm setiap kejadian, ada ketabahan dlm setiap musibah & ada onar dlm setiap muslihat. cuba renung & fikir perkara ini dlm2 dr setiap inci. berusahalah kita utk memelihara islam ad-din yg suci ini walaupun dlm keterbatasan kita menghormati hak yg lain. Hanya Allah maha mengetahui dan Dia jugalah maha berkuasa.

Anonymous said...

Penggunaan perkataan Allah sememang wujud dalam kitab - kitab agama samawi. Jikalau diteliti terdapat empat kitab samawi iaitu zabur, taurat, injil dan al-quran. Ini bermakna kalau kita merujuk kepada injil yang diubah suai (dikenali sebagai bible) perkataan Allah itu sebenarnya memang wujud. Oleh kerana bible tidak mempunyai rujukkan utama seperti Al-Quran maka kebanyakan bible ditulis dalam bahasa Inggeris, jadi perkataan Allah digantikan He, God dan sebagainya. Jikalau dirujuk kepada bible barnaba sememang perkataan Allah ini. Cuma sebutan perkataan ini agak berbeza. Perkataan disebut AL-Lah tidak disebut dalam bentuk bahasa Arab. Perkara ini menjadi mengelirukan jika yang menjawab itu bukan 'Ahli'. Saya sebenarnya pernah membaca bible dalam bahasa indonesia(kerana terpaksa membuat kajian perbandingan kejadian dari sudut Islam dan Kristian) memang ada perkataan itu. Perkara yang paling perlu ditumpukan disini ialah kalimah Allah yang ditulis dalam huruf perlu ditumpukan yang mana telah disalahgunakan dalam bentuk permainan (games) dan sebagainya. Perkara ini patut dibenteras sewajarnya. Biarlah orang yang arif saja menjawabnya. Baik kita renung sendiri terhadap diri kita sebagai orang Islam sekarang ini yang terlalu lalai dengan perkara-perkara lagha..seperti wanita tidak cukup kain dan sebagainya.

Pro-JJ said...

Pemuda UMNO dituduh mengugut dengan peluru dan dibilang ‘celaka’.

Mana-mana Pemuda, kiranya bertembung dengan Karpal, pasti menuntut kenapa tanpa soal-siasat, di Dewan Rakyat di mana semua sebutan dirakam dalam “Hansard”, Pemuda UMNO dituduh bukan-bukan dan digelarnya ‘celaka’.

Mungkinkah ada yang sabar kiranya Karpal di depan mata? Ada. KP2 UMNO Selangor yang berdepan Karpal hari itu MEMOHON penjelasan dengan hormat kepada Karpal sebagai orang tua & Pengerusi DAP.

Namun KP2 ini kini dicela. Tidak lagi. Kita pertahankan nama baik kawan2 di Selangor melalui http://www.thoughtsintangents.blogspot.com dan http://www.lattsharizan.com

Panglima Perang Cyber said...

Bukanlah satu keaiban mengaku diri TIDAK TAHU kecuali hati penuh rasa takbur dan bongkak....

Anonymous said...

aku kadang tak paham la dengan puak pembangkan ni dok bela sangat bukan islam ni pasai apa? hempa pi baca balik apa Ustaz Taib Azmuddin (PAS BALING) cakap dalam dewan rakyat. patut ustaz ni jadi mursyidul am pas. bukan nik aziz.

note: kalu tak tau nak cari mana buka agendadaily.com

TAKBIRRRRRRRRRRRRRRRRR

Anonymous said...

Tn Guru tidak nyanyuk. Jgn tafsir kenyataannya secara langsung. Cuba fikir mksud t'sirat.Kenyataannya ada mksud t'sirat.Mcm juga isu tuhan samseng dan org utan.Mmg teruk mdia BN hentam,tp tup...tup...mmg benar kenyataannya...Isu org utan dan tuhan samseng tu rmai yg dh sedar apa makna sebenarnya. Kami org Kelantan byk menggunakan 'Balaghah' dlm perbualan seharian.

Berkaitan isu penggunaan nama Allah menimbulkan kekeliruan,cuba gunakan akal utk cari apa yg t'sirat.

Mmg sejak dari zaman sblm Islam perkataan Allah itu dirujuk kepada tuhan pencipta alam.

tp dalam fahaman Kristian,mereka mengaku Allah itu sebagai tuhan tp penyelewengannya ialah,mereka menyekutukan Allah dengan mengatakan Jesus dan Roh Kudus juga adalah tuhan.

Tidak akan timbul keraguan andai kita benar2 kenal siapa Allah dan ykin Allah itu satu dan tiada tuhan selain Dia.

Mslh yg berlaku di M'sia ialah,keyakinan itu tidak kukuh. Ini bukti remaja2 kita sgt rapuh pegangan agama.Aqidah mrka mudah goyah,mudh keliru. Mereka mudh keliru. Apa faktor yg menyebabkan mereka goyah pegangan aqidah?

Konsert Rihanna?Kelab malam?Judi?Arak?Pesta sana sini?Hiburan melampau?Hedonisme?

Siapa bertanggungjawab sehingga mereka tiada masa utk mengenali Allah Tuhan yg Esa?

Tiada masa utk ke msjid?

Kuliah agama di msjid diharamkan?

Berapa ramai yg murtad di M'sia?tak krg 250,000 yg murtad kt Dato' Mufti Perak.Itu belum lg org bukan Islam gna nama Allah,dh murtad. Siapa bertanggungjwb sehingga umat Islam di M'sia jd bgitu? Semuanya terbeban atas bahu pemimpin. Pemimpin yg mencorak masyarakat.

Itulah salah satu mkna tersirat dalm kenyataan Tn Guru. Kta2 seorang ulama' pnuh dengan kebijaksanaan.Bukan b'ckp ikut logik akal semata.Harus ada hujjah yg kukuh.

Anonymous said...

Baca laporan tu dgn teliti.

Ada tak kenyataan Nik Aziz kt orang bukan Islam BOLEH guna nama ALLAH?

Kenyataannya hanya menyebut,org zaman jahiliyyah pun menyaku bhawa ALLAH pencipta alam apabila ditanya. Tp mereka tak sembah ALLAH bahkan mereka menyekutukan ALLAH.

Utusan,bharian,tv3...
Jgn putarbelitkan kenyataan...
Mna kredibiliti?
Dlm bab yg bgitu pntg pun masih nk kelirukan masyarakat?

Kimizo said...

Ulamak pewaris Nabi

PUTRAKENCANA said...

Fikir-Fikirlah wahai pengikut PAS.
Pas sekarang dah keluar dari landasan asalnya.

Baik lagi PAS dahulu.

Anonymous said...

Tuan guru adalah seorang ulama..kita insan yang kerdil ini sepatutnya tidak perlu banyak persoalkan ape yang diperkatakan oleh tuan guru. renung dan fikirkan..

TokMudim said...

Ooi Kulup

Kurangkan makanan yang manis supaya hati tak benak. Baca yang ni dengan hati terbuka..

Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah

“Sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.” kata Dr Asri.

Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah

Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.

Saya telah tulis isu ini lebih setahun yang lalu dalam artikel saya yang disiarkan dalam MM bertajuk BEZA ANTARA MEREBUT NAMA ALLAH DAN MEMPERTAHANKAN AKIDAH. Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan ‘Allah’. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik.

Majlis Fatwa Perlis semasa saya menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Jangan kita nak divert isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.

Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya.. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya. Jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan sebut Islam melarang tetapi beritahu mereka peraturan Kerajaan Malaysia melarangnya atas sebab-sebab tertentu.

Jangan jadikan isu agama nanti mereka hairan lain al-Quran cakap, lain pihak yang memakai jenama agama cakap. Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam”

-Dr. Mohd Asri,
Lampeter, UK.

zamspotte said...

Teruskanlah bermadah menegakkan benang yang basah di sini...

Dalam bible tak ada perkataan alif lam lam ha'... dalam old testament pun tak ada... sebab wahyu asal turun bukan dalam bahasa arab, tetapi bahasa ibrani....

orang kristian menamakan tuhan ada tiga iaitu tuhan bapa, tuhan anak atau jesus dan ruh qudus......

mungkin benar kita perjuangkan kebenaran, mungkin jua kita tidak sedar kita bergelumang dengan kemungkaran... dapatkanlah novel pembangunan iman, "Kasidah-kasidah Cinta," semoga tertutup pintu2 kemungkaran dari hati-hati kita yang lemah dan berserah kepada Sang Pencipta

daivista said...

sasha2020 blh tak bg bukti yg menyokokng dakwaan anda?Setiap tuduhan msti dtg bersama bukti,dalil dan hujah yg kukuh...

tak blh main tuduh-tuduh.Jgn jerumuskan diri ke lembah fitnah...

Sila bagi rujukan dan bukti yg sahih...terima kasih...

daivista said...

thanks sasha for the info.

jahat sungguh anwar ni kan.... gelik aku nengok muka dia. hehe...

aku sokong utk tentang perkataan Allah digunakan oleh pihak kristian atau mana2 agama pun.

aku tak rela akidah cucu2 nik aziz / hj. hadi dipesongkan oleh pamplet/banner : Allah is great, by St.Paul Church. Come and visit us on 23 Jan. 2011.....ataupun come to our party, Allah is together with us at St. Andrew Church on 23 Jan 2011.

benda yg senang mcm ni pon jadi susah bagi tuan guru berotak politik mcm nik aziz. kesiannn....

Zul.


cucu2 paklah cucu2 najib mcmana pula?

Pemimpin Islam yg sebnar bukan Nik Aziz dan bukan Hj. Hadi...

Inilah dia pemimpin Islam yg sebenar

link

http://www.flickr.com/photos/14534445@N02/1515000991/

http://kickdefella.files.wordpress.com/2008/02/pm-micheal-yeoh2.jpg

http://kickdefella.wordpress.com/2008/02/24/perjuangan-rakyat-sudah-bermula/

copy link di atas & paste kat address bar browser anda

Inilah dia pemimpin kita...Ayuh pakat sokong...!!!

Anonymous said...

ko orang, kalau cetek agama, jangan duk ulas isu ni ikut suka mulut korang. nanti rosak binasa. Ni hal agama. Nama Allah pun nak dipolitikkan.

Anonymous said...

dah hilang akal org tua ni. macam mane nak jadi pm kalau pemikiran cetek setakat ni. nak pimpin org islam kononye, nampak gaya jauh terkeluar dari simpang keturunan akan datang. sesuka hati depa buat kenyataan tentang sesuatu yg sangat penting kepada org2 melayu. mana lah tau depa buat fatwa ikut hati depa utk kepentingan politik semata2 jika berkuasa nanti.

hancur... hancur... hancur.....

apa nak jadi skrg ni. kinzir boleh diternak dengan banyak di selangor , skrg kalimah suci pula boleh digunakan oleh agama lain. org2 yg menyokong dan mengundi merekalah yg patut dipersalahkan sebab jika dia tidak dipilih untuk memenangi pilihanraya, semua perkara2 yg berlaku skrg tidak akan timbul langsung. astarghfirrullah alazim..........