Sunday, March 22, 2009

Benarkah Fairus Melanjutkan Pelajaran?

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan juga Exco kerajaan negeri pada 21 Mac 2009. Berikut adalah ulasan Guan Eng mengenai Fairus "saya percaya Fairus ada sebab sendiri untuk meletak jawatan tetapi beliau masih kekal dengan PKR dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti,". Apa sebabnya?

Ketika ditanya apakah ada masalah dalaman atau peribadi yang menyebabkan Fairus meletak jawatan, maka Guan Eng memberikan kenyataan berikut “Baik tanya Anwar. Saya tidak mahu jelaskan perkara ini kerana ia melibatkan perkara dalaman PKR,”. Ini bermaksud Fairus memang mempunyai masalah, sama ada dengan Guan Eng atau sesama PKR sendiri. Ada yang menyatakan Fairus menjadi mangsa konspirasi dalaman parti, ada yang menyebut bahawa skandal pasir menyebabkan Fairus ditekan agar berundur dan ada yang bercakap bahawa jawatan Fairus mahu diambil oleh orang-orang PKR sendiri. Siapa yang mahu jawatan tersebut?

Pada 23 Januari 2009, Fairus digugurkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang. Tempat Fairus digantikan dengan Dr Mansor Othman (Ahli Majlis Perwakilan Tertinggi PKR). Berikut kata-kata Fairus pada Dr Mansor “You ni datang, nak ambik tempat I ye ?”. Fairus juga turut menyalahkan Abdul Malik Kassim (Exco PKR) yang dituduh Fairus cuba mendedahkan rahsianya dan mengambil alih tempatnya. Pada 28 Februari 2009, Guan Eng telah mengugurkan Fairus sebagai Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Portfolio tersebut diberikan kepada Malik. Dua kali digugurkan jawatan, itu petanda Fairus memang menjadi "masalah" kepada PKR dan Guan Eng.

Memang jelas ada masalah dalaman. Kalau Fairus mahu sambung belajar, bagaimana dengan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat? Apakah Fairus mahu mengikut jejak Elizabeth Wong yang bercuti ke luar negara? Inilah wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat, bila ada sahaja masalah, maka lari lah mereka ke luar negara. Lebih baik letak jawatan sahaja. Berilah peluang kepada pengundi untuk memilih mereka yang benar-benar mahu berkhidmat kepada rakyat. Bukan lagi memilih mereka yang hanya pandai menjanjikan harapan, kemudian lari ke luar negara. Oleh itu, jangan tersilap pilih di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

12 comments:

rizuan mh said...

mungkin ini citra kebodohan kem pakatan yang dipilih oleh rakyat Penanti yang pendek akal dan terlalu beremosi.mungkin kerana termakan janji perubahan dlm manifesto yang sekadar tak lebih ibarat janji dalam tin kosong. Kebodohan adalah ungkapan paling wajar terhadap situasi yang sedang berlaku ini.terimalah semua ini sebagai akibat daripada kebodohan.

Anonymous said...

Jamil Ismail @ Jamil Kucing, pemilik blog http://bbcatlover.blogspot.com/ rupanya musang berbulu ayam.. terbaca pendedahannya di http://jamilkucingpondan.blogspot.com ... patutlah blognya dipenuhi artikel dari blog orang lain (ciplak@tanpa rujuk) dengan maki hamun dan sumpah seranahnya, rupanya dia tengah kegersangan... al batangi penjilat al juburi !!!

Anonymous said...

Dulu ada cerita yang mempertikaikan kelulusan si Fairus ni. Katanya ada double degree. Ada pula yang kata dia ni tak completepun study dia. Dia pernah bertugas di Kementerian Luar untuk sebulan dua, tetapi berhenti atau dihentikan. Suara sumbang mengatakan timbul keraguan terhadap kelulusan beliau. Tuan mungkin ada connection dan boleh semak.

Disebut-sebut sebelum jadi calon pilihanraya, si Fairus ni jurujual insuran sahaja, kalau dah ada double degree kenapa jual insurance sahaja. Disebut orang juga si Fairus ni pernah menjalani rawatan sakit jiwa.

Walau apapun, episod ini menunjukkan sikap pemimpin PKR ni tak banyak beza dengan tohmahan mereka terhadap pemimpin kerajaan BN. Kes V Arumugam dan Liz Wong pun sama juga, menunjukkan kerendahan moral pemimpin-pemimpin ini.

melayuangkat said...

Besar Kemungkinan dia melanjutkan Pelajaran bahagian Zoology atau join London Cirucs nak belajar jadi CLOWN.

Sasha2020 said...

Mereka tak ada pemimpin yg berwibawa. Semua tangkap muat aje. Tak pandai nak tadbir negeri.
Penang rugi 4-5 tahun ni.

abe MIE 'TERJAH' said...

LGE suruh anwar ibrahimm jawab...pandai main politik camnie

http://pkrpasdap.blogspot.com

cerita2akusuka said...

tak macam pak ali, dh sabit kesalahan masih degil x nak lpskan jawatn ketua menteri. orang gila kuasa...smpai sanggup rasuah semata2 nk berjaya dlm pemilihan.
mana2 pemimpin tak kira PR mahupun BN wajib dsiasat oleh SPRM, tanpa sebarang pilih kasih.

Pemuda IKS said...

BERANI BERUBAH!

Anonymous said...

nasib baik yg menuduh ada bukti resit.... kalau tak dah pasti UMNO kena tuduh konspirasi...

Anonymous said...

org bodohhh aje yg boleh percaya fairuz lanjut pelajaran. apa nak study lagi bro. duit dah berjuta. tu baru cerita duit songlap kuari. duit lain2 apa cerita brooo.... kena tipu bulat2 la puak2 pkr.

Anonymous said...

kalau lah PKR & PAS boleh merubah sikap org2 melayu ni dari nak cepat kaya, tamak, suka tikam belakang, suka beradu domba, bakar jembatan, dll...aku rasa aku tak ragu2 nak menyokong.

dr.m dia kata dia boleh ubah semua perkara kecuali mengubah sikap org2 melayu. itu kata2 terakhirnya....

sikapp....sikap org2 PKR sama aje dgn sikap org2 melayu yg lain2, tamak, nak cepat kaya.

PAS perintah perak, disebabkan nak menunjukkan ideologi islam utk semua maka tergadai la berelung2 tanah di negeri perak atas alasan DAP berhak kerena mereka majoriti.

cerdik ke org2 PAS berpolitik mcm tu?? sikap juga tuuu.... sikap gelojoh nak suruh org sokong. tak tau sabar....tapi ckp politik islam sampai menjejes air lior. hehe...

Zul.

Anonymous said...

Eh..orang2 PKR bukan pecahan UMNO ker? Kalau dah bapak borek, anak rintik. Tu sebab aku tak heran kalau PKR banyak masalah. Anak didik UMNO ler katakan...

Ainur68