Tuesday, March 17, 2009

Anak & Bapa Sama-Sama Naik

Pada 17 Mac 2009, Karpal Singh (Pengerusi DAP) didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan berhubung ancamannya untuk menyaman Sultan Perak. Macam biasa, Karpal tetap dengan egonya. Karpal berkata "Saya telah menceburi politik selama 40 tahun dan saya juga pernah dihadap ke mahkamah sebelum ini. Ini adalah sebahagian daripada tugas seorang ahli Parlimen untuk bercakap tanpa rasa takut," .

Tanpa rasa takut? Sikap yang sama dibuat oleh anaknya, Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong) pada 12 Mac 2009 bila menyalah gunakan kedudukan sebagai ahli parlimen untuk membuat tuduhan liar dan menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan. Anak dan bapa, sama-sama naik.

Tanpa rasa takut? Mungkin terdorong dengan sikap ini maka tidak hairanlah ada orang yang sanggup menghina raja Melayu. Nor Hisham Osman (dari Seri Kembangan, Selangor), Muslim Ahmad (dari Setapak, Kuala Lumpur) dan Azrin Md Zin (Pembantu Makmal) sanggup menghantar komen yang yang menjelikan menghina Sultan Melayu. Mereka ini terpengaruh dengan siapa? Bukankah raja yang dihina itu raja Melayu dan orang yang menghina juga berbangsa Melayu? Siapa yang bertepuk tangan melihatnya?

Menariknya, ketika mahkamah bersidang untuk mendakwa Karpal pada jam 10.24 pagi tadi di Mahkamah Tinggi, turut hadir sama ialah Anwar Ibrahim untuk memberikan sokongan. Kehadiran Anwar menunjukkan bahawa Anwar tidak pernah serik dan tidak kisah dikecam oleh Karpal Singh sebelum ini. Karpal pernah menyalahkan Anwar Ibrahim bila kerajaan Perak bertukar dan meminta Anwar bertaubat. Oleh itu, siapa sebenarnya yang menjadi ketua dalam Pakatan Rakyat? Apakah Anwar Ibrahim menyokong sama tindakan Karpal mahu menderhaka pada Sultan Melayu? Sepatutnya sebagai seorang Melayu, Anwar yang perlu menasihatkan Karpal, bukan memberi sokongan pula kepada Karpal di Mahkamah Tinggi.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

11 comments:

TokMudim said...

13 peguam mewakili Karpal.

Ada yang terkencing dalam seluar sebelum kena londeh kat mahkamah ni....harap Mahkamah tak derhaka.

Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.

Pok Nik Klate said...

Aku nak sujud syukur kerana si bangsat Gobind dah digantung dari sidang parlimen (patut digantung ditali gantung). Manakala sicelaka Karpal dihadapkan dimahkamah.Harap2 masuk jel 2..3 tahun dan mampos didalamnya. Melayu2 yg menghantar posting mencerca raja2 patut dihukum buang negara..hantar ke Palestin lawan Israel...Dak gitu????

Killer Bee said...

PEmbangkang sekarang ni...ibarat lembu kena cucuk hidong...
(sape makan cili dia terasa pedas)

ORANG KG said...

anak dan bapak sama sahaja perangai jelik,teman ari ne rasa seronok tengok dewan rakyat tak de orang yang biadap didalam dewan senyap dan bersivik semua orang, yang ne baru dikatakan mesyuarat...kalau boleh teman mau anak si kapal karam tu di gantung 2 tahun baru padan muka dia,bapa dia pula di gantung 5 tahun kerana menghina sultan teman,si annuar tu memang bertalam-talam muka dia PKR(Parti Kencingkan Rakyat).Bangsa-bangsa mlayu yang menyokong PKR tu bawa-bawalah bertaubat jangan tau buat aje ,nanti kesan nya sendiri tanggunglah macam mereka-mereka yang menghantar komen yang tidak ber etika kat web sultan Perak.Terima kasih kepada pengamal undang-undang kerana cepat mengambil tindakan kepada orang-orang yang tidak ada kesedaran sivik nea.kot masa pelajaran sivik tahun 80an dulu depa ne suka ponteng kelas kot,tu lah jadi perangai macam anak setan.terima kasih

Hamba Allah said...

karpal dan anak beranak tue kena buang je warganegara dah melampau sangat-sangat la...macam hebat sangat macam la karpal yang tubuh malaysia....dah la cacat...ada otak pikir la sendiri karpal oiiiiiii......

Azizahns said...

inilah hadiah paling berharga ...
dan kalau karpal didapati bersalah... inilah bonus paling bernilai untuk orang melayu dan islam.

Anonymous said...

tolong komen ckit tentang ali rustam tu. apa kes...nk dgr jugak dari puak pyokong umno ni komen...

LAWAN MANA YANG TAK BETUL said...

Umno dulu puncanya ..awat tak dakwa ..Kes Isu Perlembagaan dulu..PODAH....

Anonymous said...

apa la punya melayu yg sanggup hina sultan mereka. suruh dia mengadap sultan perak baru dia tau.

teringat aku cerita kawan aku yg terserempak dgn sultan perak di hotel di KL, masa dia nak buka pintu dia bertembung dgn sultan perak.

member aku cpat2 minta maaf dlm bahasa istana, patik mohon ampun tuanku.

tapi sultan perak bahasa kan diri nya saya saja dan suruh kawan saya turunkan tangan jgn berpatik2. member aku tu gabra, pucat abis masa tu...hehe

mcm tu punya baik sultan perak, sanggup org melayu derhaka pada dia. heiiiii.....entahlah.. melayuuu.....melayuuuu


Zul.

Sedingin Salju said...

Anak dan bapak tu, gantung saja sampai 2301. Meluat betoilah.

Sedingin Salju said...

Tahniah kepada KM Melaka.