Pada 27 Februari 2009, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian. Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 tersebut berbunyi : ''Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan 'Khusus Untuk Penganut Agama Kristian'.''Biarpun diberikan kebenaran untuk penggunaan kalimah tersebut dalam penerbitan Herald Tribune namun Dr Hermen Shastri (Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia) masih lagi menyatakan rasa tidak puas hati (baca sini). Dr Hermen Shastri menyatakan ianya menghalang kebebasan beragama. Tindakan Dr Hermen ini menyerlahkan lagi untuk tujuan apa Herald begitu beriya-iya menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan risalahnya. Irene Fernandez (bekas Timbalan Ketua Wanita Keadilan) pernah menyatakan di majlis sambutan krismas pada 27 Disember 2007 bahawa penterjemahan itu perlu kerana bahasa Melayu dekat dengan orang Iban di Sarawak.
Jika begitu, apakah Herald Tribune ini akan hanya diedarkan di kawasan orang Iban di Sarawak sahaja? Sudah pasti bila ada "lesen" untuk gunakan kalimah ini, penerbitan Herald akan lebih meluas lagi. Kementerian Dalam Negeri harus menghadkan penerbitan Herald ini. Apa akan berlaku jika Herald Tribune juga sampai ke negeri-negeri majoriti Melayu seperi Perlis, Kedah, Terengganu dan negeri "Serambi Mekah" di Kelantan? Sudah pasti ianya akan mengelirukan umat Islam. Ada jaminan Majlis Gereja Malaysia hanya akan gunakan kalimah ini dalam penerbitan sahaja? Bagaimana kalau kalimah ini digunakan sebagai tulisan di dinding gereja, digantung sebagai sepanduk dan poster dan ditulis di papan tanda? Harakah dan Suara Keadilan juga ditulis penerbitannya hanya untuk edaran ahli sahaja. Namun akhbar tersebut dijual di tempat-tempat terbuka dan dibaca oleh semua orang. Bukannya dijual di markas PAS dan PKR. Adakah KDN mampu memastikan Herald Tribune akan dicetak untuk edaran orang Kristian sahaja? Apa akan jadi kalau Herald Tribune dicetak dalam kuantiti yang besar dan diberikan secara percuma? Bukankah ini jelas mencabar Islam? Kebenaran untuk penggunaan kalimah Allah ini harus ditarik balik. Jangan kelirukan umat Islam. Di luar negara Anwar seolah menyokong usaha Herald Tribune (baca sini). Sanggupkah Anwar mengeluarkan kenyataan untuk isu ini?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Jika begitu, apakah Herald Tribune ini akan hanya diedarkan di kawasan orang Iban di Sarawak sahaja? Sudah pasti bila ada "lesen" untuk gunakan kalimah ini, penerbitan Herald akan lebih meluas lagi. Kementerian Dalam Negeri harus menghadkan penerbitan Herald ini. Apa akan berlaku jika Herald Tribune juga sampai ke negeri-negeri majoriti Melayu seperi Perlis, Kedah, Terengganu dan negeri "Serambi Mekah" di Kelantan? Sudah pasti ianya akan mengelirukan umat Islam. Ada jaminan Majlis Gereja Malaysia hanya akan gunakan kalimah ini dalam penerbitan sahaja? Bagaimana kalau kalimah ini digunakan sebagai tulisan di dinding gereja, digantung sebagai sepanduk dan poster dan ditulis di papan tanda? Harakah dan Suara Keadilan juga ditulis penerbitannya hanya untuk edaran ahli sahaja. Namun akhbar tersebut dijual di tempat-tempat terbuka dan dibaca oleh semua orang. Bukannya dijual di markas PAS dan PKR. Adakah KDN mampu memastikan Herald Tribune akan dicetak untuk edaran orang Kristian sahaja? Apa akan jadi kalau Herald Tribune dicetak dalam kuantiti yang besar dan diberikan secara percuma? Bukankah ini jelas mencabar Islam? Kebenaran untuk penggunaan kalimah Allah ini harus ditarik balik. Jangan kelirukan umat Islam. Di luar negara Anwar seolah menyokong usaha Herald Tribune (baca sini). Sanggupkah Anwar mengeluarkan kenyataan untuk isu ini?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)





10 comments:
saya setuju..tidak ada gunanya memberi kebenaran penggunaan kalimah tersebut kepada yang jelas dalam sejarah mereka sendiri tidak ada dalam tulisan kitab asal mereka.Di bawah petikan artikel Fellow IKIM tentang isu tersebut untuk bacaan semua pembaca di sini..Moga kita faham kenapa ia perlu dihalang dari diguna pakai atau ada mudarat lebih besar akan terjadi kepada negara kita..Ingat lagi kisah Natrah di Singapura atau Aisya Bukhari dan jangan kita biarkan ia berulang lagi hari ini esok dan seterusnya.
Artikel ini disiar pada 6 Feb 2009 oleh Utusan Malaysia tajuk : Elak kekeliruan kalimah Allah
Oleh ABU BAKAR YANG
UMAT Islam perlu bersatu untuk mempertahankan sensitiviti agama daripada diperkotak-katikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga boleh mencetuskan kekeliruan.
Menyentuh isu penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan bersama.
Kerajaan menerusi keputusan Kabinet pada 16 Mei 1986 melarang mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, solat, Baitullah dan Kaabah.
Malah sesetengah kerajaan negeri menambah beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam.
Namun yang peliknya, kenapa masih ada yang cuba menuntut kerajaan membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan cetak mereka?
Alasannya, kalimah Allah diterjemah daripada perkataan God dalam bahasa Inggeris seperti yang tertulis di dalam kitab Bible.
Bagaimanapun, kita perlu akui tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kerana ia lebih banyak menimbulkan kekeliruan.
Bayangkan kekeliruan terutama di kalangan kanak-kanak Islam apabila terbaca papan tanda atau kain rentang berbunyi: "Aku adalah anak Allah" atau "damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "Anak Allah yang hidup". Semua itu adalah terjemahan terus daripada Bible berbahasa Inggeris.
Bagaimanapun, elok rasanya kita melihat kepada asal-usul bahasa kitab-kitab itu sendiri. Bagi Islam, mudah untuk difahami bahawa bahasa asal kitab suci al-Quran ialah Arab.
Apakah pula bahasa kitab Injil (Bible) dan Taurat? Bagi pengkaji sejarah, diketahui bahasa asal Taurat ialah Hebrew sementara bahasa Greek digunakan untuk Injil.
Sekiranya fakta penggunaan bahasa ini boleh diterima sebagai asas perbincangan, maka ulasan seterusnya selepas ini akan menjadi lebih mudah. Malah bagi orang Islam, tidak perlu untuk kita menjadi pakar tentang kitab Taurat atau Injil (Bible) untuk mengupas isu ini.
Persoalannya sekarang ialah apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk "Tuhan" dalam Taurat dan maknanya dalam bahasa Greek pula?
Sekiranya Herald Catholic boleh memahami persoalan asal bahasa ini, mungkin kekeliruan penggunaan perkataan Allah tidak akan timbul.
Dalam Hebrew, perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut: Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya: Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau tinggalkan aku?")
Sementara dalam bahasa Greek, Tuhan disebut Theos. Seperti yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau tamadun besar dunia, orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos.
Dan sekiranya terdapat di kalangan mereka yang menyembah Tuhan yang dianggap palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tintheos.
Jika diteliti kita akan dapati bahawa dalam kedua-dua bahasa itu, sama ada Hebrew ataupun Greek, tiada satu pun kalimah Allah.
Namun begitu ada juga di kalangan mereka yang memberi alasan bahawa penggunaan kalimah Allah ini ialah berdasarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Arab.
Bible versi Arab ini tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi lebih dikenali sebagai Kitab al-Muqaddas. Bible terjemahan Melayu dinamakan sebagai Kitab Berita Baik.
Lanjutan daripada itu juga perlu kita fahami bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam Bible Arab tersebut adalah kerana sesetengah keturunan Kristian Arab seperti di Mesir, Syria dan negara lain yang menganutinya sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW menerima dan meyakini fahaman Keesaan Tuhan.
Fahaman ini jauh berbeza dengan fahaman Trinity atau "Tiga Dalam Satu" seperti doktrin kebanyakan penganut Kristian sekarang.
Maka, hujah yang dijadikan sandaran untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima, bahkan mengkafirkan golongan Kristian Unity (mengakui satu Tuhan).
Selain daripada hujah itu, terdapat juga pandangan bahawa kekeliruan tidak akan timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan itu merujuk kepada terjemahan God dalam Bible sedangkan perkataan Tuhan pula daripada kalimah Lord.
Pandangan ini juga sebenarnya mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Bible sendiri. Apakah bezanya antara Allah dan Tuhan dalam Kristian?
Sekiranya Tuhan merujuk kepada Jesus dan Allah pula ialah Tuhan Bapa di Syurga, maka perlulah difahami bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja.
Bagi membuktikan hal ini kita boleh merujuk kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut: "Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah: Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa."
Dalam ayat ini siapakah Tuhan Yang Esa? Adakah ia merujuk kepada Jesus? Pastinya tidak! Malah kalimah Tuhan di atas merujuk kepada Allah semata-mata.
Sekali lagi ia bertentangan dengan apa yang dinyatakan bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible merujuk kepada Jesus.
Sekiranya hujah diteruskan dengan menyatakan bahawa dalil paling jelas yang menunjukkan kalimah Tuhan merujuk kepada Jesus dan Allah pula merujuk kepada Tuhan Bapa seperti yang di dalam The Gospel Of St. Matius 16:22 yang menyebut: "Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu."
Sekiranya ini dijadikan hujah dan alasan, maka mereka yang berkenaan perlu menyelesaikan dahulu percanggahan antara kedua-dua ayat di atas. Jelaskan sama ada Tuhan itu merujuk kepada Jesus sahaja ataupun turut merujuk kepada Allah.
Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keesaan Allah seperti di dalam The Gospel of St. John 20:17 yang menyebut: "Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada Bapa-Ku dan Bapamu, Allah-Ku dan Allahmu."
Dalam kata lain, Jesus bukanlah Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Jesus sendiri menyatakan Tuhan yang sebenar ialah Allah.
Maka jelaslah di sini, kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Ia bertujuan mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu, maka ia akan mengundang padah.
Amat malang apabila keharmonian beragama di negara ini yang dibina atas dasar tolak ansur dan saling memahami, digoncang oleh tangan-tangan yang sengaja ingin mencetus ketegangan dan huru-hara.
PENULIS ialah Felo Pusat Sains dan Teknologi, Institut Kefahaman Islam Malaysia.
kita tunggu apa kata pakatan lepas ni..espeseli tuan-tuan guru yg selalu lepak ngan geng pakatan tu..fuckatan sebetulnya.
mesti bias.
Tahniah! Inilah hadiah ADIL DAN SAMA RATA dari Pakatan Rakyat (PKR + DAP + PAS (yg dikatakan memperjuangkan ISLAM!)) untuk kita semua! apa nak dihairankan. umno hilang banyak kuasa dalam bn. majoriti 2/3 bn dah tak ada. masa ni la komponen perkuda umno cukup2 ketika PAS dan orang ISLAM dalam PKR tersungkur diperkudakan DAP. kita mesti bangun dan lawan semula!
note: cuba semak siapa yang wakili, hadir beri sokongan dan bantu biayai gereja di mahkamah. tertunggu reaksi PAS ngan Anwar! mesti salah umno jugak! dah agak dah!
Takbirrrrrrrrr!
Inilah padahnya bila dibiarkan UMNO memerintah, habis Islam dihuru-harakan. Mungkin tuhan nak tunjuk siapa sebenarnya UMNO. Bg rakyat yang dah sedar, tolak lah UMNO secara total pada PRU13 nanti.
kembara putih sama la macam Mat Takbir komen tu... golongan yang tertutup pintu hatinya. menyalahkan orang Islam lain, dan bukan nak bantu pulak tu. JOM TOLAK PAS, PKR & DAP dalam PRU 13 nanti...
camne leh dibenarkan lak
patutnya tak dibenarkan
apapun sekarang dah ditarik balik
page rank=3/10..nice,great work..
http://gcores.blogspot.com/
from: cQ
syukur akhinya kerajaan menarik balik kebenaran penggunaan nama ALLah oleh org kristian .
kita sedia maklum tahu Nik aziz ,ketua dewan ulama PAS ,khalid samad ,dan anwar ibrahim sendiri menyokong dibenarkan penggunaan nama Allah itu oleh orang kristian ..
syabas kerajaan kerana mengikut pendapat majoriti Islam yang mahu orang ISLAM shj boleh menggunakan kalimah Allah ..Allahuakhbar !!
Salam,
pakat dok sokong suruh tarik balik tetapi takda pula yang pertikai kenapa menteri boleh izin keluar warta tu...tak pula blog ini tanyakan kepada arab hadharalmaut tu...
Soalnya kerajaan yang berkuasa pun takut sangat nak tunjukkan ketegasan dalam hal ini. hanya bila ada bantahan sahaja barulah pakat nak tunjuk keperihatinan masing-masing...
Saya tsk terkejut kalau Anak Singa UMNO menang jawatan Naib Presiden kerana itulah hakikat UMNO yang tak sensitif dalam hal-hal sebegini...hanya bila ada yang bantah atau yang mendatangkan keuntungan barulah ada yang terhegeh-hegeh nak tunjuk hero...
Saya harap tiada siapa yang jawab ulasan saya ini kerana kita kena tunggu pemilihan UMNO hujung bulan Mac ini...tengok siapa yang akan menang jawatan Naib Presiden...kalau dia juga yang jadi antara pemenang, baru kita ulas balik..
thx!
kata nak kerajaan yang ikut kata rakyat. bila rakyat bising pasal silap singa tu, singa tu tarik balik.. pun ada yg tak puas hati. mmg dasar ntah benda benda
Post a Comment