Thursday, February 19, 2009

Sivakumar Masih Bermimpi, Mohamad Arif Masih Lagi Ahli PAS?


Apakah V.Sivakumar masih lagi bermimpi bahawa Nizar masih berkuasa sebagai MB Perak?

V. Sivakumar (Speaker Dewan Undangan Negeri, Perak, ADUN DAP Tronoh), pada 18 Februari 2009, telah mengambil tindakan mengejutkan dan tidak mengikut peraturan apabila menggantung dan melarang Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir (Menteri Besar) bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta. Apakah Sivakumar masih lagi bermimpi bahawa dia masih lagi berada di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak?.

Tindakan Sivakumar ini jelas tidak menghormati keputusan institusi raja melantik Menteri Besar baru di Perak. Tindakan V.Sivakumar juga jelas melanggar Aturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak (perintah-perintah tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan). V. Sivakumar menggantung MB baru, Nizar menderhaka dan menyaman di mahkamah dan Karpal pula mahu mencabar Sultan Perak. Tindakan mereka terancang?. Belajarlah menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat bukan lagi majoriti di Perak.

Sementara itu, latar belakang pesuruhjaya kehakiman yang akan mendengar petisyen Nizar terhadap kepimpinan baru negeri Perak boleh dipertikaikan. Mohamad Ariff Md Yusuf, hakim tersebut pernah jadi Penasihat Undang-undang PAS dan PKR. Mohamad Ariff dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 15 September 2008 mengikut Perkara 122AB Perlembagaan Persekutuan oleh Yang Dipertuan Agong. Mohamad Arif juga pernah menjadi calon PAS pada pilihan raya umum yang ke-11 di DUN Kota Damansara, Selangor. Bagaimanapun Mohamad Ariff kalah kepada Datuk Mohd Mokhtar Dahalan dengan majoriti 8,099 undi.

Mohamad Arif masih lagi ahli PAS? Sila lihat senarai ahli yang ke 59, di sini.

Mohamad Arif dalam satu kenyataan di muka surat 13, Utusan Malaysia pada 19 Februari 2009 menyatakan bahawa beliau kini bukan ahli mana-mana parti politik (baca di sini). Jika bukan lagi ahli parti politik mengapa nama Mohamad Ariff masih lagi ada selaku Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang dilantik bagi sesi 2007-2009?. Sudah tentu wujud pertimbangan berat sebelah bila seorang ahli PAS seperti Mohamad Ariff mendengar petisyen ini daripada Nizar, seorang Timbalan Pesuruhjaya PAS di Perak. Seharusnya petisyen ini dibawa ke Mahkamah Persekutuan atau Mohamad Ariff harus menarik diri daripada mendengar petisyen ini. Sudah tentu keputusan berat sebelah boleh dijangkakan jika Mohamad Arif terus diberi tanggungjawab mendengar petisyen ini.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

19 comments:

paloi bin mulau said...

muahahahaha siva bukan speaker ke?

mike dgr cakap sapa? mike panadai sgt ke tugas speaker tu? mike udah khatam baca undang2 tubuh negeri perak ke muahahahaha

mike ni pandai mengarut je mcm org amno jugak muahahahaha

Sedingin Salju said...

Ya encik, dia harus tarik diri.

DNL said...

totally agree dengan you bro....

mesti ada petisyen to remove him from residing this case urgently. umno shold wake up to be active not dying off sleep like that...

cheers.

Anonymous said...

untuk pengetahuan lu yang tak tau pe jadi kat mahkamah kl jalan duta,mohamad arif dah mintak discharge dari jadi hakim dalam kes ni.dia sendiri mintak.bukan disuruh buat.

tan sri zaki tun azmi tu lu xbising plak.bekas timbalan pengerusi biro disiplin umno.dia tak pernah jadi hakim/majistret/pendaftar sebelum dilantik jadi presiden mahkamah rayuan.dia just seorang senior lawyer.tiba2 naik pangkat camtu.

tak ke pk ade bende tak betul situ.dan untuk pengetahuan lu,dia berhenti jadi timbalan pengerusi disiplin umno sebab dia ade kes kawen 2 kat siam.

lu tau pe bro

Panglima Perang Cyber said...

mohon disalin artikel tuan..tq

Anonymous said...

ko ni la nizam.cakap tapi tak pk.g la court.dengar apa argument.judicial commisioner,mohamad ariff mintak discharge dari review kes ni.

dan untuk pengetahuan ko,selain pernah jadi peguam untuk pas dan pkr,dia pernah gak jadi peguam untuk bn dalam beberapa kes petisyen pilihanraya kat sarawak

paloi bin mulau said...

muahahahahha kebanyakan blogger2 amno ni jenis tak suka membaca

semua dok berguru dgn perakbangkit muahahahahhaha

bila menulis pakai belasah je mcm utusan meloya muahahahahaha

cuba la jadi org yg matang. rajin2kan diri tu membaca. tgk apa kuasa speaker. kalau tak tau jgn malu bertanya muahahahhaha

Anonymous said...

zambry pi jumpa maknanya dia pun ikhtiraf siva speaker yang sah. apa punya mb tak boleh pakai lansung. pasal arif tunggu isnin depan.

Waris Pahang said...

Speaker Sultan Pakatan Rakyat?
Baca lagi kat : http://www.warisanpahang.blogspot.com

Anonymous said...

Bangang punye najib,

Lain kali nak culik adun, culik sekali speaker, barulah mb kuasai dun perak.

bangang betul najib... xmacam bapak die...

Anonymous said...

paloi bin mulau ni jin afrit ke orang gila... ketawa-ketawa angkoh macam orang tak beriman.

fital said...

hallo brother do you really understand the different between Commisioner of oath (pesuruhjaya sumpah) and Judge Commisioner (Pesuruhjaya Kehakiman). Pls read your last paragraph.Maybe got you confused between the two terms.

Sorry brother

TokMudim said...

Tindakan YB Tuan Speaker Siva mengantung kehadiran MB Zambri dan exco selama 12 -18 bulan adalah tindakan melampau dan mengandungi unsur-unsur jahat untuk menjatuhkan MB Dr Zambri. Saranan Dato Seri Najib sebagai Ketua Penghubungan Perak supaya laporan polis dibuat adalah tindakan yang sepatutnya dan disusuli dengan tindakan mahkamah.

Adalah maklum proses mahkamah akan memakan masa dimana rakyat telah mual dengan kemelut politik Perak, diharap MB Zambri dengan bijak-sana mengambil tindakan sewajarnya. MB Zambri perlu belajar dari sejarah.

Untuk melucut jawatan Tuan Speaker, MB Zambri perlu berpakat dengan Pak Lah untuk mengadap kembali Sultan Perak supaya peristiwa yang sama iaitu rampasan kuasa terhadap MB Nizar berulang kembali. Walaupun Sultan tidak mempunyai kuasa memecat MB atau Tuan Speaker, dengan kebijaksanaan MB Zambri dapat menyakin Sultan Perak agar mengeluarkan perintah Tuan Speaker meletakkan jawatan atau jawatan tersebut diisytihar kosong. Bawa sekali 28 adun BN + 3 adun bebas supaya lebih menyakin Sultan. Untuk mengelak dtuduh derhaka, Tuan Speaker terpaksa patuh.

Jika MB Zambri masih tidak mampu , langkah yang lebih drastic perlu diambil.

Hubungi pakar-pakar yang menghilang Mr Bala SB, mereka sedia membantu . Jika C4 perlu digunakan ,cari kambng-kambing hitam yang sanggup disembelih buat korban.

Jika gagal juga langkah Harakiri terpaksa diambil iaitu bubar dun walau pun fobia dengan istilah ini, MB Zambri perlu dikorbankan demi kesejahteraan Rakyat Perak.

Anonymous said...

yang penting sekali
adalah adil

Anonymous said...

tau pulak si speaker ni nak mintak pekenan tuanku sbb dun nak bersidang.

kata sultan tak de hak, ko bersidang aje la tak payah nak dapt pekenan.

ni sultan tak pekenan si nizar jadi MB, ko lawan derhaka, nape?? apa ke jahanam nye otak pembangkang ni??

ko fitnah kata adun kena colek laaa, dpt 5juta laaa, ajeee jahat sungguh keje pembangkang nih. nama aje parti islam, tapi perangai mengalahkan abu jahal. malu laaa...

Zul.

Anonymous said...

pelajar ke ni? mcm bkan golongan terpelajar je??

PUTRAKENCANA said...

Mana yang lebih berkuasa di Negeri Perak ? Sultan Azlan ke atau si speaker Hindu Paria tu.

Fikir-fikirlah dengan waras.

PUTRAKENCANA said...

Teruskanlah perjuangan mu Angin Perubahan demi menyedarkan Melayu yang masih tak sedar diri dan sombong.

Tak sedar mereka menjadi kuda tunggangan kaum pendatang.

Anonymous said...

Heran betul kenapa ada Melayu suka diperintsh oleh Nizar boneka DAP tu dan lebih rela menyokong Speaker Hindu daripada kepimpinan Melayu yang Islam? UMNO walaupun ada kekurangan dan kelemahannya tapi jauh lebih baik daripada Pakatan Rakyat yang yang berjuang untuk kepentingan kaum bukan Melayu. Entah apa pasal lah buta hati dan akal hingga tidak nampak nikmat apabila kuasa berada di tangan orang Melayu sendiri. Selama UMNO memerintah adakah ada kezaliman atau kesengsaraan yang disebabkan mereka? Betul-betul tidak syukur nikmat dari ALLAH swt.Nizar bagi tanah kat Cina sampai 999 tahun tu ..sama macam Yahudi mula-mula bertapak kat Palestin. Yahudipun kena beli tanah-tanah tersebut pada mulanya. Lama-lama terus merampas negara Palestin Mahu Malaysia jadi camtu? Masa tu baru orang Melayu tahu langit tinggi rendah. Orang kafir ni masa mereka perlukan kita memangla dia bermuka manis dan buat baik dengan kita. Bila mereka dah berkuasa nanti sembelih Melayu (Islam) ni jadi .. Nauzubillah Malaysia terima nasib seperti bangsa Palestin atau Bosnia.