"Selagi pemerintah seperti Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak menyuruh kita melakukan perbuatan maksiat, maka kita mesti taat. Jadi sesiapa yang ingkar, maka derhakalah orang itu"
"Perbuatan mencaci dan memaki itu adalah perbuatan syaitan. kalau mereka (penyokong pembangkang) hendak maki saya dan kata saya ini anjing terpulanglah kepada mereka" demikian kata Datuk Seri Harussani Zakaria (Mufti Perak) dalam Utusan Malaysia, 17 Februari 2009 mengulas mengenai perbuatan caci maki yang dilakukan oleh penyokong pembangkang terhadapnya. Penyokong pembangkang tidak mahu dengar cakap mufti sebab mereka lebih selesa dengar cakap Mursyidul Am PAS yang sudah dianggap sebagai "mufti" oleh mereka. Sampai hari ini, sudah 11 hari Nizar menderhaka kepada Sultan dan masih belum lagi meminta maaf secara terbuka kepada Sultan. Sampai bila Nizar harus berdegil dan menderhaka kepada Sultan? Dengarlah nasihat mufti.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)





16 comments:
saudara, pohon untuk copy ke dalam blog saya.terima kasih.
www.permatangpauh2u.com
KURANG AJAR MANUSIA2 NI, NANTI KAU ORANG BILA EDEN JUMPA KAT 3 BUKIT.
AKAN EDEN SENGKELET KAU ORANG SEMUA.
BARU TAU BUKIT ITU TINGGI KE RENDAH.
KURANG AJAR MANUSIA2 NI, NANTI KAU ORANG BILA EDEN JUMPA KAT 3 BUKIT.
AKAN EDEN SENGKELET KAU ORANG SEMUA.
BARU TAU BUKIT ITU TINGGI KE RENDAH.
Tok Guru mereka sendiri pernah berkata boleh bersubahat dengan Syaitan dan Tuhan mencarut. Maka inilah implikasi pengikut-pengikut tok Guru N Ajiz. Pada hemat saya N Ajiz harus bertanggungjawab kepada semua pengikutnya kerana melahirkan insan-insan yang telah lari pegangan akal fikiran dan ajaran Islam.
Bukan pembangkang aje yang langgar perintah mufti. UMNO, PAS, PKR ramai yang langgar perintah mufti. Buktinya Mufti Perak kata merokok tu haram tapi pak lebai, pak haji, ustaz belasah buat tak kesah je fatwa mufti tu.Itulah double standard namanya.Dulu Mufti Selangor Dato Ishak Baharom dipecat dari jawatan Mufti kerana ketegasannya.Jadi tak heranlah orang semakin ramai yang kurang ajar melawan nasihat mufti sebab dah diajar buat begitu kan.
masalahnyer sekarang Be End menggunakan segalanya untuk dptkan apa yang diidamkan. Back to previous situation @ KT, kenapa Rosol Wahid dan lain2 tak dikatakan derhaka, w/pun secara terang-terangan derhaka pd Sultan. Memang kita kena taat pd pemerintah...tapi kita kena lihat mcmana pemerintah tu.
Back to Nizar situation, It's better to you to study about "istana language". Mana lebih "Ati'Ullah wa Ati'rasul" drpd "Ati' Be End" yang secara terang2 terangan keperibadian boleh dipertikaikan. Fikir2 kan.
*Ambillah masa...fikir2kan"
ya betul...penyokong pembangkang juga sanggup kata sultan trengganu natang (binatang)sebab tak lantik deris jusoh MB trengganu.
Itulah islam yang Pas ajarkan kepada pengikutnya encik.
Nizar tunggu Mahkamah utk fikir mohon maaf atau tidak kot.
Selagi ada Nga dan Ngeh Nizar tentu rasa aman dan selamat.
Satu lagi campur LKS dan Karpal Singh..
mereka mahu melayu kutuk depa dan kata : melayu benci sama itu cina atau india..
Auuum !
Mufti seharusnya jangan menyebelahi mana-mana pehak dong !
Orang melayu harus berfikiran waras kerana tanpa kewarasan, kita akan sama dengan binatang atau orang gila. Dan janganlah kita bertelagah sesama sendiri, sebaiknya sucikan hati dan bersatulah. Kerana disebalik perpecahan kita, ada pihak lain yang mendapat untung.
Ya betul pak, mufti harus tidak menyebelahi sesuatu pihak. Maka mufti haruslah menegur orang yang suka mencarut, mencerca dan memaki. Mufti harus menegur orang yang sanggup gadaikan apa saja untuk dapatkan apa yang diidamkan. Mufti juga harus menegur orang yang menerima rasuah. Mufti juga harus menegur orang yang sanggup mengkafirkan saudara sendiri. Mufti mesti menegur orang yang sanggup memecahbelahkan rakyat. Dan mufti mesti menegur orang yang sanggup bersekongkol dengan syaitan. Maka kalau ditegur oleh mufti, janganlah marah atau berfikiran sempit. Muhasabahlah dan perbaiki diri.
Salam Blogger,
Tuan, izinkan saya mengambil sedikit keratan post ini utk dipostkan ke blog saya.
Terima kasih.
Ikhlas,
Sarfa
Ni yang teman hangin ni. Sape yang kutuk/maki/hina MUFTI ni. Semua kata-kata MUFTI adalah berdasar Al-Quran dan AlHadis. Kata-kata MUFTI adalah untuk kepentingan ummah bukan habuan dunia/Raja/tidak memihak pada mana-mana parti politik/.MUFTI tu wali dan maksum bukan macam orang biasa. Dah jamin masuk syurga.
Ni yang yang aku hangin, berani mereka hina MUFTI UMNO PERAK...memang kurang ajar.
Mufti Umno Perak? Nampak sangat imrani ni cuba nak memfitnah, melaga-lagakan dan cuba memecahbelahkan masyarakat. Mufti bukan milik Umno, Pas atau PKR. Mufti memberi khidmat kepada semua masyarakat. Tugas mufti ialah salah satunya memberi teguran kepada sesiapa sahaja. Tidak kira jika pihak itu Umno, Pas atau PKR.
Jangan cuba libatkan mufti dalam perbalahan politik kerana mufti sesungguhnya berkecuali.
Orang yang memaki, memfitnah mufti ialah golongan yang kecewa kerana teguran mufti itu kebetulan tidak memihak kepada mereka. Walaupun apa yang ditegur itu perkara yang benar (kerana telah disebut dalam al-Quran), tetapi kerana tidak mahu mengaku pihaknya salah maka dituduh perkara yang bukan-bukan.
Sebagai orang Melayu Islam, kita harus berasa kecewa kerana seorang mufti telah diperlakukan sedemikian rupa. Dulu sultan, hari ini mufti dicerca. Esok.......
Seperkara lagi imrani, mufti bukan wali dan tidak maksum. Mufti ialah seorang yang alim tentang agama. Yang maksum hanya para nabi.
Dah tahu tak pa...
Saje aku umpan baguih punya...
Hang ni kira ok juga ....ada sekolah yang lain tu macam tak sekolah.
Post a Comment