(Gambar: Apakah Nizar lebih rela mendengar nasihat dan pendapat daripada DAP berbanding nasihat keluarga dan mufti? Sanggup menderhaka demi DAP)Diberitakan melalui seorang anak saudara Nizar, bahawa semua ahli keluarga Nizar sedang memujuk Nizar agar menerima kenyataan bahawa dia bukan lagi berjawatan Menteri Besar Perak. Menurut anak saudaranya lagi, jalan terakhir untuk memujuk Nizar adalah menerusi Opahnya. Kalau Nizar enggan mendengar nasihat Opah maka anak saudaranya itu berpendapat Nizar lebih mementingkan DAP daripada keluarganya sendiri. Moga Nizar rasional dan tidak bertindak nekad untuk memalukan keluarganya sendiri.





28 comments:
tak mahukah nizar nak sembahyang istiharah?
Bukan Nizar sahaja malahan tindakan Nizar ini mencerminkan akal dan budi kebanyakan anak muda mudi melayu masa kini. Kerana telampau sekolah tinggi-tinggi, ayah dan ibu diletak ditepi. Budaya turun temurun bangsa entah kemana pergi. Tidak lagi menjadikan mereka memilki jati diri bangsa yang dibanggakan setiap ketika. Malah penjajah juga turut hormat melayu kerana kal budi dan bicaranya yang penuh tata susila bangsa bermaruah. Kini ramai dikalangan cendikiawan melayu sudah mula bertindak kurang ajar. Bukan sahaj kepada pemimpin utama bangsa malah kepada ibu bapa yang melahirkan mereka. Ada patutkah?????Kembalilah kepangkal jalan. Ilmu yang ditimba septautnya untuk mempertahankan bangsa bukan sebalinyanya mehuruharakannya kerana kita rasa kita sudah bijaksana.
Kalau dengan Opah pun nak derhaka, teman no komen lagi le Yob...
Apa ilmu Ngeh dan Ngar pakai xtau le teman..
Mai la melawat blog teman...
E eh...cakap perak pulak...
Sedih aku. Aku tahu Nizar baik orangnya. Sebenarnya dia pun tak nak benda ni berlarutan. kalau di ikutkan, dia memang nak aje letak jawatan. TAPI masalahnya beliau telah dihasut oleh DSAI dan DAP perak untuk terus menjadi puppet untuk mereka.
Aku harap, Nizar akan sedar dan yakinlah, setiap yg berlaku adalah ketentuan Allah. Kita kena redha. harap-harap keluarganya dapat memujuknya. kalau susah sangat, keluar aje dari PAS dan PR jadi ADUn bebas.
Abang Nizar, Bekas PA Dato Radzi Manan,(En Radzi Jamalaluddin) dari Butterworth tolong le nasihat adik mika yg tenggelam punca. Minta tolong Opah ke emak ke di Itam Labu kampar nasihat dia. Bini nya Fatimah Taat diam je,macam mana malu lah macam ni.
Jangan ikut gila si Anwar dia dgn scsndal dari dulu pun memang tebal muka. Ikut Anwar hancus mika.Kita org Perak lain dia banyak support.
Balik le ajak Misbahul Munir balik kampar dulu relaks dulu,jangan nak bodoh sombong.Dengor cakap Yong ni jangan degil keluar dari rumah Mb antor balik kete Camry balik ke asal, cari keje , jadi consultant pun tok camry pun boleh beli sayang ooi.
Yong Mika
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Hj Roslan Shaharum meninggal dunia selepas jatuh, dipercayai akibat darah tinggi. Al-Fatihah. nampaknya akan ada pilihan raya kecil
masin ayor lior org perak nak sgt bebeno PRK. Nah ambik, MENANG BELUM TENTU, KALAH DALAM TANGAN. doa org PR termakbul
penderhaka bangsat!
Standet la tu, kerana saya sendiri berpengalaman bila seorang saudara saya (hardcore PAS)lebih senang mendengar nasihat Tuan Guru dari mendengar nasihat ibubapa bila nak kawin lagi satu dgn wanita yg dah bersuami sedangkan dia sendiri mempunyai anak berderet. Aku suka perjuangan PAS ni, tapi aku tak suka dgn PAS followers yg lebih sudu dari kuah, bertindak mengikut nafsu dan bukan akal dgn ilmu yg sedikit, tidakkah kita hanya disarankan berdakwah bukan memaksa, Nabi pun tak buat mcm tu ooo...fikir la pakai otak sendiri, ini semua orang cakap main ikut saja membabi buta, kita bukan computer, kita ni manusia...
Apa beza nasihat dengan menghasut? Kalian terlepas pandang untuk melihat antara kedua-duanya. Fikirkan sebentar rasionalnya.
Melayu celop Tionghua nih hanya patuh pada DAP.
Kalu Ngeh dan Nga dah pasti dia patuh.
Kalu dah Tionghua tu Tionghua jugaklah!
Cheap la abg nih...berita camni pon jd ke?
iskh iksh...bermaruah la sikit
Hendak seribu daya
Tak mahu seribu dalih
Mengenang Sejarah
Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini
DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.
Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.
Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.
Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.
Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.
Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.
Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.
Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”
Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.
Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.
Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.
Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;
Cuplikan itu seperti mana berikut:
DEWAN SANATE
Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.
Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.
Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.
ARAB BERSATU
Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.
Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.
MENJADI PERUNDING
Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.
Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.
MENGANGKAT SUMPAH
Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.
Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.
PARTI POLITIK
“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.
Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.
Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.
MENYIMPAN JANGGUT
Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.
Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”
Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA
Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.
Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.
Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’.
ini bukti penyokong BN BUTA SEJARAH...!!!
DERHAKA KONON...CUBA BACA SEJARAH NIH...
Mengenang Sejarah
Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini
DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.
Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.
Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.
Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.
Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.
Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.
Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.
Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”
Gara-gara keengganan Ghazali itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.
Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.
Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.
Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;
Cuplikan itu seperti mana berikut:
DEWAN SANATE
Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.
Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.
Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.
ARAB BERSATU
Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.
Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.
MENJADI PERUNDING
Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.
Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.
MENGANGKAT SUMPAH
Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.
Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.
PARTI POLITIK
“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.
Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.
Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.
MENYIMPAN JANGGUT
Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.
Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”
Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA
Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.
Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.
Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’.
KENAPA TAK KATA BAPAK TAJOL ROSLI DERHAKA????
sudahlah nizar. undurlah dgn cara terhormat.
Isu sebenarnya bukan pasal Nizar sangat. Dia ni puppet aje! Dajal utama dan tok dalangnya ialah pemimpin bangsat bernama Anwar bin Ibrahim yg tka boleh terima kenyataan dah hilang Perak!
KALU TUAN2 SUDI BACALAH PESANAN SAYA PADA NIZAR KAT BLOG SAYA TU...
http://parpukari.blogspot.com/
sejarah konun.
Kalu sejarah makan taik ko pon nak makan taik juga ke??
memang dah dasar pembangkang. tok sah tgk jauh2 la. Ari tu sultan terengganu kata tak suka kat deris jusoh. meleleh air lior pembangkang kata taat pada sultan. kata sultan terengganu wajib ditaati kalu tak derhaka.
tapi bila kes sultan perak yg tak sebelah pada PAS ko nak bukak cerita lain pulak??? haprakkk laaa topengperak ..... ko jgn nak mempobodohkan org laaaa....
Zul.
kalau dengan mak ayah sendiri pun nak derhaka, aku tak taulah encik.
kalau betui sejarah tuu
maknanya walaupon umno to tak bagus tapi puak pr tetap ikut cara umno dulu betuii ke niii
bila teman baca sejarah diatas
maknanya org pr setuju juga la cara umno dulu tu iaitu kisah bapa tajol tuu ikut juge yer dema cara umno tu yerrr mana ke gayanya kome tu la dia politikkkk
sbb kita ikut perlembagaan Perak begitu caranya. Benda yang benar kena akui benar w/p dari pihak lawan
pendirian nizar selaras dengan hadis Rasulullah:
“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]
salam.
antara ingkar perentah sultan kerana mempertahankn perlembagaan dgn memaksa sulta turun tahta mana yg lebih derhaka?
UMNO siap tabal tengku ibrahim jadi sultan kelantan,dan minta sultan kelantan turun tahta....
bank saman sultan x derhaka ke?
mat taib bawa lari anak sultan x derhaka ke..?
hoi sedara ini bukan zaman 60an la,rakyat dah celik dan boleh menilai antara intan dan permata.
alah, kalau 16 september dulu jadi kenyataan dan Pak Lah tak nak lepas jawatan mesti org kutuk dia gila kuasa, xnak lepas jawatan kan? tp bila kena pada pbangkang, kata ikut hadis Rasulullah la, apa lah. mufti harussani kata tindakan derhaka tu pun masih ada lagi tak nak ikut.
oh...lupa. org umno tak layak guna hadis. org pas je bleh guna hadis dan ayat al Quran dan di twistkan utk menangkan org pas.
azrinizam, adakah anda memakai songkok utk menunjukkan anda Islam atau ahli UMNO? Apakah anda telah khatam sejarah kemerdekaan tanah melayu? pernah anda tanya kenapa tunku abd rahman bawa david marshall(yahudi malaysia & CM singpore) semasa rundingan BALING? rundingan baling gagal krn rashid maidin menpertahankan agar tanah melayu selepas merdeka tidak menjadi boneka yahudu............tapi sudah 55 tahun pemimpin melayu menjadi boneka yahudi.....penasihat ekonomi malaysia adalah YAHUDI. tahukah anda? Islam tidak maju hanya dgn memakai songkok dan tunjuk gaya mcm bagus....layakkah anda memegang jawatan skrg????????org tak sekolah saja yg terima anda sebagai ketua.
klu komen nak kena tapis............baik bikak kilang buat penapis,,,,,,,,,,,,,,porahhhhhhhhh......citttttttttttt
Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM
Komen saya terhadap rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM – “Krisis Perak” pada 31b Mac 2009
Ahli2 panel akur (concede) bahawa adalah hak Baginda Sultan mengikut kewajarannya (budibicaranya) untuk atau tidak membubarkan DUN Perak.
Prof Dr Shad Faruqi tidak menolak bahawa adanya ruang (secara implikasi) dibawah Fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak bahawasanya jika permintaan MB untuk DUN dibubarkan tidak diperkenankan, MB berserta EXCOnya hendaklah meletakkan jawatan. Namun disini Prof Shad tidak memberikan jawapan nyata (express) bagaimana jika MB Dato Seri Nizar enggan berbuat demikian. Pada pandangan saya (Dr Abd Rani), jika Dato Seri Md Nizar engganpun, itu tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan (mahu atau tidak). Hanya selepas itulah MB dan exco baru dilantik Baginda Sultan.
Sebab Dato Seri Nizar memohon DUN dibubar tidak lain dan tidak bukan bahawa beliau sendiri akur (conceded) sudah kehilangan majoriti ADUN2 dan beliau pun tidak sekali-kali mohon kepada Sultan sidang diadakan bagi menentukan sejauh mana undi tidak percaya terhadapnya itu betul. Maka bila Dato Seri Md Nizar memohon DUN dibubar, padahnya adalah beliau dan exconya (Majlis Eksekutif) shall tender resignation jika permohonan untuk membubarkan DUN tidak diperkenankan Sultan.
Justeru, untuk kemudiannya mengesyorkan DUN dibubar sebagai jalan terbaik adalah merupakan langkah terkebelakang setelah akur bahawa sememangnya Baginda Sultan mempunyai budibicara untuk atau tidak membubarkan DUN.
Bubarkan DUN bukan lagi suatu opsyen setelah Baginda Sultan membuat keputusannya (res judicata) kerana itu ibarat tidak menghormati dan mengingkari keputusan Baginda Sultan.
Pandang Prof Dr Shad yang mengatakan bahawa dalam kes Stephen Kalongningkan DUN sememangnya “masih bersidang” sedangkan diPerak sudah ditangguhkan tanpa tarikh ditetapkan sekian lama (adjourn sine dine) perbezaan itu pada saya (DrAbdul Rani) tidak membawa apa-apa makna yang kuat. Fasal 16(6) tidak menetapkan sokongan majoriti ADUN2 hendaklah (shall) diraih dalam sidang DUN. Maka penentuan Sultan diistannya bahawa sokongan majoriti sudah berpihak kepada BN adalah tidak salah disegi undang2. Bahawa adalah lebih baik sokongan majoriti ADUN2 dibuat semasa sidang DUN samalah seperti elok sembahyang dimasjid berjemaah berbanding sembahyang sendiri dirumah. Ataupun memberikan pengajaran (lecture) didalam kelas berbanding di padang rumput - namun sah tetap sah. Lagipun Dato Seri Nizar sudah akur (concede) beliau tidak ada lagi majoriti dan minta DUN dibubar. Fakta ini tidak lagi perlu dipertikaikan (not a fact in issue - agreed fact).
Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu - 15 Mei 2009.
Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”
Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2. Pun begitu,
PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan memanggil mesyuarat..”.
Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?
“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”
Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) dibawah Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.
Indulgence (kelonggaran) Baginda Sultan tidak boleh ditakrifkan sebagai bermaksud bahawa sidang DUN boleh dibuat tanpa perkenan atau permasyuharan Bagina Sultan sepertimana terdapat dalam Undang2 Tubuh Negeri Perak
Bahawa hujah SPR adalah badan bebas dan tidak tertakluk kepada Speaker DUN dalam menentukan casual vacancy lebih kuat dan logik. Kuasa SPR sepertimana terkandung didalam Akta Pilihanraya. Speaker DUN sekadar pengaturcara/referee semasa sidang DUN, dan SPR tidak menjawab (accountable) kepada Speaker DUN. Apakah surat yang tidak bertarikh itu sah? Mengikut Mahkamah tidak. Mengapa? Dibawah undang2 kontrak pun, suatu perjanjian yang dipaksa (oppressive, undue influence dan sebagainya) adalah voidable (kesahannya boleh ditolak). Maka ADUN2 lompat itu sudah menafikan perletakkan jawatan mereka dan membatalkan surat tersebut. Lagipun mandat ADUN adalah dari rakyat (pengundi2) bukan dari parti - maka apa hak parti meminta mana2 ADUN letak jawatan jika melompat? Bukankah itu undue influence -dan dalam kontrakpun adalah voidable? Apapun, SPR bukan dibawah arahan Speaker DUN.
Lompat itu sah disisi undang2 dan dibenarkan oleh perlembagaan.
Jika parti2 politik dapat sampai kesuatu settlement, memanglah baik. Jika tidak Mahkamah adalah penyelesaian terbaik sama ada menang atau kalah. Membubarkan DUN pada saya adalah langkah kebelakang setelah Baginda Sultan membuat keputusan dan seoalah-olahnya tidak menghormati kewajaran Sultan ataupun Sultan kononya tidak menggunakan kewajarannya bila tidak perkenakan DUN dibubar.
Adakah hanya kerana 3 ADUN, Sultan dikehendakai bubar DUN? Dengan membubarkan DUN bermakna ADUN2 yang lain turut terpaksa hilang kerusi-kerusi mereka juga? Mereka-meraka ini tidak mempunyai ataupun menimbulkan apa-apa masaalahpun. Maka dimana ketidakwajaran Sultan?
Bila Pakatan Rakyat mewawarkan lompat beramai-ramai ADUN ke pihak mereka tiada pula masaalah - maka kenapa pula kerana tiga ADUNyang melompat - isu ini diperbesar-besarkan. Rakyat perlu fikir, apakah mereka berfikiran dengan baik dan wajar? Apakah mereka ini mewakili semua rakyat Malaysia atau semua rakyat Perak atau sebahagian besar/ sebahagian kecil sahaja?
Saya dah berulang-ulang kali mengatakan bahawa jika pengundi2 merasakan mereka telah ditipu dan tertipu dengan calon DUN mereka – bukankah yang “menipu” adalah calon tersebut – dimanakah salah Sultan? Adakah calon tersebut disarankan Sultan atau PKR/DAP? Siapa yang cuai dalam mencalonkan ADUN2 yang melompat tersebut? Maka siapa sebenarnya cuai - Sultankah?
Maka soal wajar DUN dibubar atau tidak, yang sudah berlalu biarlah berlalu - sekarang tugas Mahkamah menyelesaikan dan pihak2 yang menyalah guna kuasa atau menggunakan kuasa yang salah perlu dipertanggungjawabkan.
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM
Petikan dari:
http://pemudasubang.com/v5/?p=1042
Bekas MB Perak keliru?
March 28, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
tunmaharezza on April 7th, 2009 2:27 am
slm semua ;
saya ada beberapa kemuskilan disini ttg isu di perak ;
kita semua tahu apa yg dilakukan oleh DYMM Tuanku Sultan perak adalah satu perkara yg sah disegi undang undang dan mustahil utk dipertikaikan ,tetapi soalnya disini :
1.Kerajaan BN perak adalah sah maka sewajarnya kerajaan bn perak melantik spekaer DUN yg baru dan adakan sidang DUN tetapi sehingga hari ini tiada apa yg berlaku berkaitan perkara ini….
2.mmg benar kes ini telah dibawa ke mahkamah dan bukankah sepatutnya kerajaan perak ditadbir urus oleh SUK atau Tuanku Sultan atau wakilnya sementara menunggu keputusan mahkamah..?
3.soal kenderaan rasmi MB mmg pelik kerana mengapa kerajaan bn perak seolah olah tidak berdaya melakukan sesuatu disegi undang undang bagi mendapatkannya ?
4.setakat ni ,nizar terlalu yakin bahawa kerajaan bn perak ketandusan idea utk mendapatkan kenderaan rasmi tersebut daripada beliau,mengapa bn tidak mahu melakukan sesuatu ? apakah kerana faktor undang undang ?
5.jika kita bn 100 % yakin dgn kuasa yg ada iaitu kuasa memerintah negeri perak itu 100 % sah maka seharusnya kita tunjukan kpd rakyat,dan membiarkan nizar menggunakan kereta rasmi MB ikut suka beliau adalah langkah yg kurang bijak kerana ianya boleh menimbulkan banyak persoalan dikalangan rakyat.
minta amin dan tongkat musa huraikan perkara ini…
slm terima kasih dari saya.
sekian
tongkatmusa on April 8th, 2009 5:22 am
Tunmahareza
Sebenarnya letih saya nak menjawab - sayapun ada kerja lain di Fakulti. Lagipun semua Sarjana Muda Undang2 di IPTA wajib mengetahui Perlembagaan Persekutuan. Namun tafsiran dan pemahaman masing-masing bukan berbeza. Saya anggap ini sebagai fardu kifayah.Tetapi peluang membahaskan kemelut Negeri Perak (isu perlembagaan) tak selalunya ada. Mungkin selepas ini tak timbul lagi.
Dibawah adalah jawapan/pandangan saya;
Soalan:
Kerajaan BN Perak adalah sah maka sewajarnya kerajaan bn perak melantik speaker DUN yg baru dan adakan sidang DUN tetapi sehingga hari ini tiada apa yg berlaku berkaitan perkara ini.
Jawapan: Dato Seri Utama Dr Rais Yatim sudah menjawabnya.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20090308000611/Article/index_html
Adakah kerajaan baru ini boleh berfungsi sebagai kerajaan negeri?
Sebenarnya boleh dan yang terbaik ialah memberi legitimacy (kesahihan) kepadanya di DUN sekarang. Sebab BN sudah majoriti. BN sudah ada 31 Adun termasuk tiga DUN Bebas. Apa yang hendak ditakutkan. Cuma soalan saya, betulkah yang empat orang itu tidak berubah hatinya. Bak kata pepatah, anak sungai lagikan berubah ini pula hati orang. Jadi sekarang mahu tanya balik. Kalau betul kita majoriti, sebaik-baiknya dibuat petisyen di bawah Peraturan 8 ataupun 18 di dalam kaedah peraturan tetap, diadakan sidang. Speaker kalau tidak hadir pun tidak apa. Sebab petisyen boleh dibantu oleh arahan daripada Sultan mengadakan sidang. Menteri Besar sekarang pun boleh memohon menerusi petisyen, di situ lantik Speaker baru.
Jawapan saya (Dr Abdul Rani) pula: Setiausaha Kerajaan Negeri tentunya arif dalam selok belok pentadbiran negeri dan tentunya mempunyai jawapan bolehkah dilantik Speaker lain atau Speaker tambahan. MB Dato Zambri pun seorang ADUN, tentunya beliau tidak memerlukan tunjuk ajar dari kitakan? Namun apa perhitungan mereka masih menjadi tanda tanya. Apa yang kita dengar diTV, MB baru hendak mengikut undang2 (mahkamah). Apa yang saya nampak adalah seolah-olahnya tidak mengikut undang2. Buatlah sidang DUN dengan perkenan Sultan dan terpulanglah kepada MB Dato Seri Nizar mendapatkan injunksi perintah Mahkamah menghalang sidang DUN. Seolah-olahnya MB Dato Zambri tiada berkeyakinan dengan kesahan (validity) perlantikkan Baginda Sultan (bekas Ketua Hakim Negara pula tu). Kan ada Penasihat Undang2 Negeri untuk mendapatkan nasihat? Baginda Sultan melepaskan kerjaya Kehakimannya untuk menerima perlantikkan sebagai YDPA di masa itu.
Saya setuju dengan pandangan Dato Seri Utama dan bahawasanya Dato Zambri sepatutnya sudah memohon perkenan Sultan bagi mengadakan sidang DUN. Dan saya menambah lagi, diadakan suatu usul undi percaya (bukan undi tak percaya) terhadap MB baru Dato Zambri. Persoalan saya, adakah bermasaalah jika perlantikkan Speaker Dewan itu lebih dari seorang? Pun begitu, MB baru Dato Zambri seharusnya boleh melantik Speaker baru dan menamatkan tempoh jawatan speaker sedia ada. Penasihat Undang2 Negeri tentu boleh menjawab. Pada pandangan saya (mungkin saya silap), boleh lantik satu, dua atau tiga atau banyak manapun Speaker mengikut kemampuan negeri membayar gaji dan elaun mereka.
Speaker ibarat referee dalam pertandingan bola (contohnya) dan speaker sendiri pada pandangan saya tidak mempunyai kuasa mengundi dalam DUN kerana speaker hanya sekadar moderator semasa sidang dibuat untuk memastikan kelancaran prosiding supaya berjalan dengan tertib dan beradab. Apakah referee atau FIFA yang berkuasa? FIFA bukannya Referee yang berkuasa terhadap pertandingan bola tetapi bila adanya pertandingan (atas kehendak FIFA) kuasa diberikan kepada referee supaya pertandingan itu mengikut peraturan. Namun, referee tidak boleh pandai-pandai bermain untuk mana-mana pihak atau memasukkan bola kedalam gol mana-mana pasukan lawan sebab referee bukan pihak yang bertanding sekadar mengadili pertandingan.
Bila adanya pertandingan, FIFA juga menentukan siapa yang akan jadi referee. Maka bila diadakan sidang DUN, mestikah speaker itu Sivakumar ataupun boleh melantik orang lain sebagai Speaker? Disnilah peranan Penasihat Undang2 Negeri untuk memainkan peranan proaktif kerana beliau mempunyai akses lengkap semua undang2 berkenaan. Sikap terlalu berhati2 menampakkan dan merupakan suatu pengendosan bahawa tindakan2 pihak Pakatan Rakyat mengikut undang2.
Soalan: mmg benar kes ini telah dibawa ke mahkamah dan bukankah sepatutnya kerajaan perak ditadbir urus oleh SUK atau Tuanku Sultan atau wakilnya sementara menunggu keputusan mahkamah..?
Jawapan:
Pentadbiran kerajaan memang boleh dilakukan melalui SUK, Pegawai Daerah, Penghulu, Ketua kampong. Mereka ini pada pandangan saya hanya menjawab kepada Raja (melalui MB, SUK). Bagaimanapun, sistem Pentadbiran Malaysia memberi juga ruang kepada wakil rakyat dipilih menjadi EXCO Kerajaan Negeri (Tuankunya tetap Sultanlah). Silapnya EXCO ialah, mereka menggangap dan berlagak merekalah yang paling berkuasa. Sepatutnya mereka memudahkan tugas pentadbiran (administration) Raja mereka yang memerintah (rule). EXCO boleh berbincang dan membuat keputusan dalam hal ehwal negeri kerana merekan mewakili rakyat dibahagian masing2 dan kemudiannya keputusan hasil perbincangan mereka haruslah dimajukan untuk mendapat perkenan Raja. Terpulanglah kepada Raja untuk pilih/tandakan (i) setuju (ii) setuju bersyarat (iii) tak setuju (iv) KIV (v) lain2. Bukankah Raja Tuanku dinegerinya? Ini tidak, habis tanah, balak dan sebagainya diagih-agihkan tanpa mendapatkan restu Raja. Maka pertanyaan saya, siapa tuanku – MB/ EXCO atau Sultan? Siapa pemerintah (ruler) dan siapa pentadbir? Jika Raja adalah pemerintah (ruler), MB apa pula? Sebagaimana Prof Dr Shad Saleem FAruqi (UiTM) katakan, kuasa melantik termasuk kuasa memecat.
Pada pandangan saya, MB boleh dipecat jika contohnya (i) hilang sokongan majority , maksud tersiratnya iaitu tidak kompeten lagi dalam menjalankan tugas sebagai pentadbir atau pengurus (managing director) (ii) langgar sumpah taat setia kepada Raja d(iii) membocorkan rahsia negeri (iv) Kesalahan Jenayah (v) lain-lain.
Beginilah, Pakatan Rakyat ke atau Pakatan BN, kedua-dua pakatan ini adalah pentadbir/ pengurus saja (Managment Team) yang telah mendapat mandate/tender dari pemerintah iaitu Sultan. Dalam mendapatkan mandat/tender mentadbir negeri (macam dapat projek) dari Sultan, kemenangan dipilihanraya adalah pengukur yang telus. Maka jika Pakatan Rakyat yang memiliki majoriti, Pakatan Rakyatlah yang menubuhkan kerajaan pentadbiran dan sebaliknya jika BN yang memiliki majoriti. Maka mandate/ tender yang diberikan oleh Sultan kepada mana-mana Management Team (BN atau Pakatan Rakyat) ini datang dan pergi bersilih ganti bergantung kepada keputusan pilihanraya – itu saja.
Perumpamaanlah, Malaysia Airpot Berhad memilik KLIA atau sekadar mentadbir (management company)? Jika MAB adalah syarikat yang mendapat konsesi/ tender (mandate) mentadbir KLIA, siapa pula pemiliknya (Tuannya)?
Soalan:
soal kenderaan rasmi MB mmg pelik kerana mengapa kerajaan bn perak seolah olah tidak berdaya melakukan sesuatu disegi undang undang bagi mendapatkannya ?
Jawapan saya (Dr Abdul Rani):
Apa masaalahnya? Panggil tow truck tarik kereta itu balik ke pejabat. Atau guna kunci pendua (spare) dan pandu balik ke pejabat. Adakah mengambil kereta sendiri itu mencuri? Atau hentikan pembayaran instalmen kepada bank.
Itulah seperti saya katakan dan Dato Seri Utama Dr Rais Yatim juga mengatakan – penguatkuasaan tidak ada. Penguatkuasa pula hanya menguatkuasa bila mendapat arahan dari pihak atasan. Terpulang kepada Setiausaha Kerajaan Negeri atau orang atasan membuat laporan polis. Maka berbalik kepada penasihat undang2 negeri untuk memberikan tunjuk ajar disegi undang2. Pun begitu, dalam penguatkuasaan, sensitivi keadaan perlu diambil kira. Apa sebenarnya perhitungan mereka (lihatlah minit mesyuarat) – itulah yang saya dan mungkin yang menanya tak mungkin dapat tahu kecuali diberitahu.
Soalan:
Setakat ni ,nizar terlalu yakin bahawa kerajaan bn perak ketandusan idea utk mendapatkan kenderaan rasmi tersebut daripada beliau,mengapa bn tidak mahu melakukan sesuatu ? apakah kerana faktor undang undang ?
Jawapan/ pandangan: (Dr Abd Rani).
Seperti Dato Seri Utama Dr Rais dah nyatakan, kerajaan baru Perak itu sah dan saya (DrAbd Rani) menambah bahawa selagi mahkamah tidak mengatakan sebaliknya atau adanya suatu injunksi Mahkamah menghalang Kerajaan baru Dato Zambri mengadakan sidang DUN. Kealpaan/ ketandusan inilah yang menampakkan seolah-olahnya tindakan Pakatan Rakyat itu sah (legitimate) dimata rakyat. Mungkin kerajaan BN Perak ada perhitunganya sendiri (tengok minit mesyuarat mereka kalau dapat dan beritahu saya). Kita hanya sekadar mengagak, sebab sebenarnya itukan rahsia negeri?
Soalan:
jika kita bn 100 % yakin dgn kuasa yg ada iaitu kuasa memerintah negeri perak itu 100 % sah maka seharusnya kita tunjukan kpd rakyat,dan membiarkan nizar menggunakan kereta rasmi MB ikut suka beliau adalah langkah yg kurang bijak kerana ianya boleh menimbulkan banyak persoalan dikalangan rakyat.
Jawapan:
Kurang bijak namun masih lagi bijak. Bijak itu seolah-olahnya berkurangan namun masih tetap ada kebijaksanaan, Memang nampak kurang bijak namun apa sebenarnya perhitunngan mereka? Meraka-merakapun panai-pandai dan bukan calang-calang. Namun tindak tanduk Pakatan Rakyat yang dibiarkan seolah-olah menampakkan ianya berlandaskan undang2 pada kaca mata rakyat amnya. Faktor ini juga mungkin telah membantu Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi Parimen Bukit Gantang tanpa menafikan bahawa Bukit Gantang dipihanraya setahun lepas (Mac 2008) adalah kubu penyokong PAS,
Perumpamaan - seperti PM Dato Seri Najib yang mengatakan bahawa ISA perlu dikaji/semak. Apa maksudnya? Dihapuskan? Tentu tidak. Jika tidak, apa pula? Bukankah ISA untuk menjaga keselamatan Negara atau kepentingan politik? Ataupun supaya kem tahanan samada diKamunting atau disimpang Renggam ditingkatkan supaya mesra alam dan mesra pelanggan? Pada pandangan saya, seseorang yang sudah dikenakan tahanan pencegahan samada dibawah ISA, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langka Pencegahan Khas) 1985, dan atau Ordinan Darurat (Kesejahtaraan Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 antara lainnya merupakan orang yang sangat bahaya kepada masyarakat kerana “tindak tanduk” mereka mempunyai kesan negative yang menyeluruh kepada masyarakat berbanding mereka-mereka yang didakwa dimahkamah atas mana-mana kesalahan dibawah mana-mana undang2 bertulis. Maka pelepasan tahanan pencegahan perlu dibuat berhati-hati kerana melibatkan hal keselamatan Negara bukannya atas dasar kepentingan politik. Apa sebenarnya perhitungan pelepasan meraka2 itu tetap menjadi tanda tanya dan menimbulkan persoalan besar samada mereka-mereka itu sememangnya ancaman kepada keselamatan Negara?
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin: Pensyarah Undang2 IIUM
Post a Comment