Sunday, February 8, 2009

Nizar: Sanggup Jadi Penderhaka Untuk Bela DAP

‘‘Kita hendaklah menunjukkan taat setia kepada raja pemerintah sesebuah negeri itu. Kalau dah tidak tunjuk taat, maka itu adalah derhaka,” kata Mufti Perak dalam Utusan Malaysia, 8 Februari 2009. Datuk Seri Harussani Zakaria berkata lagi, "di dalam Al-Quran jelas menyuruh umat Islam supaya sentiasa taat kepada Allah, rasul dan pemerintah iaitu raja".

''Raja yang adil dan bijaksana dalam melaksanakan tugas demi kepentingan umat Islam asalkan tidak bertentangan dengan syariat, wajib dihormati. Oleh itu, kita wajib menghormatinya selama mana raja itu memerintah di sesebuah negeri itu," kata Mufti Perak pada Bernama pada 7 Februari 2009 ketika mengulas tindakan Nizar memohon untuk derhaka pada Sultan Perak.

Nizar masih lagi menganggap dirinya sebagai menteri besar. Nizar sedang mempengerusikan mesyuarat exco pada 7 Februari 2009 di kediaman rasmi MB bersama dengan 6 orang exco DAP. Tidak malukah Nizar masih mengaku MB lagi? Lihatlah di kiri dan kanan Nizar, siapa yang mempengaruhi Nizar agar terus percaya dirinya masih lagi jadi MB? Nizar meluluskan empat perkara berkaitan pentadbiran negeri dalam mesyuarat "haram" tersebut. Antaranya adalah tempoh pajakan tanah perindustrian yang sebelum ini antara 30 hingga 60 tahun dilanjutkan sehingga 99 tahun. Mengapa sekarang baru nak lulus itu dan ini? Kalau dulu Jebat menderhaka untuk membela Tuah. Orang Melayu menderhaka untuk membela orang Melayu. Kini, Nizar sanggup menderhaka untuk membela 6 orang exco DAP. Orang Melayu sanggup menderhaka untuk membela DAP. Jangan bertindak ikut perasaan, dengarlah teguran Mufti.


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

27 comments:

Anonymous said...

Wahai owner blog yang buta undang2..tlg fahami...Sultan tiada kuasa untuk memecat seorang MB...bace blk undang2 tubuh negeri Perak, Fasal 16 (6)...MB hanya boleh hilang jwtn jika ada usul tidak percaya terhadap beliau...

So nak buat undi xpercaya, kene bergantung pada speaker...Sultan bule pecat speaker x??


PERTAMA:
speaker tak boleh dipecat begitu saja
speaker hanya boleh dilucutkan jawatan dengan usul undi tak percaya terhadap speaker
speaker ada KUASA MUTLAK utk menerima atau menolak usul tersebut (sama mcm undi tak percaya di parlimen, pandikar amin boleh tolak usul begitu saja)
SAMPAI BILA-BILA pun speaker takkan terima usul undi tak percaya terhadapnya
jadi SAMPAI BILA-BILA pun lah MBH tak boleh tukar speaker tu KECUALI dun dibubarkan

KEDUA:
speaker tak iktiraf MBH sebagai MB perak, YAB NIZAR MASIH MB PERAK
peraturan tempat duduk & aturan persidangan KUASA MUTLAK SPEAKER
malah speaker boleh HALAU adun jelapang, changkat jering & behrang sebab pada pandangan dia, ketiga-tiga adun ni telah terlucut jawatan wakil rakyatnya
MBH tak boleh halang speaker sebab dia takde kuasa
jangan kata MBH nak lucut jawatan, sultan perak pun tak boleh pecat speaker

jadi persidangan dun perak bulan depan akan berjalan seperti biasa
yab nizar kat meja MB, MBH kat meja ketua pembangkang

BN TAKUT nak buat undi tak percaya terhadap nizar di dun sebab dia tau, speaker ada KUASA MUTLAK utk tolak usul undi tak percaya tu, sama seperti pandikar amin tolak usul undi tak percaya dsai kepada pak lah

Anonymous said...

taat pda PEMERINTAH YANG ADIL...masalahnya,pemrintah pun xikut undang2 tubuh kerajaan negeri..Sultan xde kuasa pecat MB...

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.


xde satu pun yang berlaku...

Syeikh Al-Hafiz said...

Pakatan Rasuah (PR)
Parti Kuat Rasuah (PKR)
Haru-Biru Untuk Malaysia (Harapan Baru Untuk Malaysia)

Gunakan slogan ini untuk mereka!

www.permatangpauh2u.com

Khairi Jalalluddin said...

Tanda-tanda kiamat hampir tiba, rakyat derhaka kepada Ulil Amr (Sultan).

Khairi Jalalluddin said...

Tanda-tanda kiamat hampir tiba, rakyat derhaka kepada Ulil Amr (Sultan).

Anonymous said...

Bodoh la si Nizar tu. Konon BN telah merampas hak rakyat.Dia xsedar ke jd boneka ngan DAP tu. Dia x ingatkh isu 16 Sept 08 tu lagi? ke buat2 lupa. Bila BN buat kata x adillh, main beli lh, x demokrasi lh, Bila PR buat demokrasilh, kehendak rakyatlh. Dia ingat semua rakyat kat Malaysia ni suka kat PR. Mungkin di sayang sgt kat jawatan MB tu sebab byk projek dok tunggu dia sain. Biasalh..duit masyuk...

Anonymous said...

assalamualaikum...sesungguhnya saya menyokong Pembangkang selama ini tetapi apabila melihat perkembangan politik di Perak, pegangan saya telah bertukar.. saya tidak boleh menerima semua ini..bagi saya YB Karpal patut dihukum. jika adat istiadat melayu dahulu kala sudah tentu Karpal akan dibuang negeri..harapnya supaya Tuanku Sultan Perak mengharamkan Beliau memijak bumi Perak. Untuk YB Nizar, hukumannya lagi berat...dibuang negeri dan tapak kakinya perlu dikorek dan dibuang di laut untuk seluruh keturunannya...pantang Melayu di cabar...Pantang Melayu menderhaka...

...semut api..

miss comel said...

Salam, sebagai generasi muda saya sendiri keliru dengan situasi ini. Kadang2 rasa sedih, kadang2rasa jemu dengan politik malaysia. Tapi kalau berdiam diri, bagaimana dengan masa depan politik Malaysia..???

Melayu oh Melayu, tolong lah... Siapa boleh selamatkan Pemimpin Melayu yang hanyut dek rasuah?? Siapa boleh selamatkan pemimpin melayu yang menjadi hamba dan kerbau cucuk hidung walaupun memiliki kuasa sepenuhnya?? siapa boleh selamatkan anak melayu yang semakin hari semakin jauh.. tersimpang kerana semua pemimpin politiknya yang carca marba..

Siapa Boleh selamatkan kita???

Anonymous said...

YB Nizar,

Ada hikmah disebalik keputusan Raja Perak. Tidak kira apa fahaman politik kita tetapi demi menjaga maruah Melayu juga kesultanan kita, undurlah setapak untuk melangkah lebih insya'allah.

Peristiwa di Kuala Kangsar hanyalah menunjukkan kebodohan bangsa kita sendiri.

Sebagai pemimpin yang berwibawa, sanggupkah anda melihat perpisahan dikalangan kaum melayu sendiri. Tepuk dada tanya selera!

Tidak pernah ada dalam sejarah Raja kita diperlekeh sedemikian rupa.

Fikir-fikirlah ... adakah itu yang anda walau apa alasan PAS mestipun PR, institusi Reja telah dihina sedemikian rupa.

Assalamualaikom.

mohdshahran said...

Yang dikatakan ulil amri adalah orang soleh seperti sultan muhammmad al-fateh - sultan sallehuudin al- ayubi

mohdshahran said...

YAng di katakan ulil Amri adalah orang soleh -

Anonymous said...

raja adalah ketua agama islam. jadi mufti perak dah kata tidak menurut perintah sultan ADALAH PENDERHAKA. hang tau ka manusia ni soleh ka tidak, hang sendiri pun belum tentu nak judge org konon. kalau nak ikut nick ajiz ulamamak pas ja yang betul.

Anonymous said...

salam,

kenapa kita bising isu derhaka kepada sultan... kenapa kita x bising kita ni selalu sangat derhaka kepada RAJA SEGALA RAJA...???

derhaka kepada raja segala raja di mana kita duduk? mungkin selamat di dunia tapi di akhirat bagaimana?

Anonymous said...

salam,

kenapa kita bising isu derhaka kepada sultan... kenapa kita x bising kita ni selalu sangat derhaka kepada RAJA SEGALA RAJA...???

derhaka kepada raja segala raja di mana kita duduk? mungkin selamat di dunia tapi di akhirat bagaimana?

cikw@n said...

bodo la mamat ka atas ni.. dia ni mesti tak pas stpm subjek PA, tak pun klu ade law basic pun kat U msti fail..ntah2 paper hubungan etnik pun kantoi... Sultan Perak terlalu amat cerdik ntuk awam pertikaikan. lainlah klu pemikiran ko jumud same mcm nizar tu..karpal tu cume politiking je laa. awak ni yg bingai..

Anonymous said...

malu..malu..malu...malu aku sebagai ahli dan AJK UMNO bahagian bila parti yang aku sayangi mengambil alih kerajaan negeri perak dgn cara yang kotor lagi jijik.knp la bengap sgt bakal PM & bakal presiden UMNO(parti aku ni) nie..takut sgt..tak gentlemen langsung..lawan la...mesti menang punya.kita bubarkan parlimen..bg tutup mulut PR.ini buat keje kotor..buat malu parti jer...Hampehhhh...

Anonymous said...

Kau ingat speaker DUN tu bodoh sangat ke? Bila ada orang buat usul tak percaya ada MB dia akan tolak usul tu. Sultan dah boleh agak benda tu sebab Sultan dah tahu mainan politik PR. Cuma dia tak nak cakap je sebab tak nak dikatakan campur urusan politik.

Tak sampai 1 jam sebelum MB baru angkat sumpah baru kelam kabut hantar surat pada Sultan minta nak buat Sidang Khas.

Memang PR pembelit. Tapi dengan Sultan PR tak dapat belit. Daulat Tuanku!

Anonymous said...

hang tau dak, samai la ne Sultan xlalu mkn..Baginda da mula akui kesilapan nya...

Almaklumlah, Penasihat undang2 die tu orang UMNO....huhuhuhu....tggu la lagi 2 3 hari....sape yang terkena!!!

Anonymous said...

korang tau tak..masa PC dengan Mufti Perak tu...TV3 cut dia punya ayat..so dia tunjuk yang ayat suruhan tu aje..then huraian ayat dipotong apalah tu TV3suku

Anonymous said...

ni bukan soal bodo or xbodo...

baik sultan, raja, pemimpin mahupun rakyat marhaen, mesti patuh pada perlembagaan..

Kalo ko kate Sultan buat tindakan tu sbb xnak PR kuasa..Jelas sekali institusi beraja xbebas!

Anonymous said...

masa kini,kita tidak kira siapa melayu siap cinaindia,kami hanya menuntut hak kita sebagai wargamalaysia,jangan biar mata kamu org digelap oleh sesetengah manusia yang sentiasa guna soal kata melayu,kini tiada lagi melayu cina india,hanya malaysian shj.bersyukurlah jika masih hidup di sini.

OrangKB said...

Kepada owner blog. Anda dok sedap sangat kutuk pembangkang, anda fikir BN/UMNO tu baguih sangat ke? Apa saja silap pembangkang, BN akan buat 10 akli lagi teruk.

Siapa pun takkan setuju dengan keputusan Sultan yang begini. Bukan soal DAP ke, PKR ke. Yang orang UMNO buat demonstrasi kat Terengganu dan Perlis, tulis perkataan "natang
(binatang) kat Sultan Mizan, Yang Dipertuan Agong sekarang tu ape? Bukan ke derhaka?

Alah, BN ke, PR ke, nampaknya dua-dua surrender kat DAP (atau parti asalnya PETIR). Yang BN dulu, serahkan satu Singapura kat Cina tu apa benda?

rajaman62 said...

satu pembetulan kepada kenyatan orang KB yang kurang arif dengan situasi sebenar. perkataan natang bukan dituju kepada sultan. Sasaran adalah ahmad said.

hati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

keyman said...

UMNO kuat sbb UMNO ada media.......RTM, TV3/4 , Awani, Bernama, Utusan Meloya, Berita Hairan...

keyman said...

Sultan yang lantik Mat Said, tapi Mat Said pulak kena NATANG......

Anonymous said...

http://saifulislam.com/

Anonymous said...

saya adalah pelajar tingkatan 6 dan br saja selesai duduki peperiksaan STPM...

dalam apa yg saya pelajari terutamanya didalam subjek pengajian am, sultan atau raja melayu punyai 3 jenis kuasa setelah pindaaan perlembagaan pada 1993 iaitu=

1,sekatan kuasa
2,budi bicara
3,nasihat

dalam isu di perak, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah membuat 1 keputusan yang benar2 berlandaskan undang2 iaitu baginda boleh melalui kuasa seperti yang disebutkan td iaitu BUDI BICARA baginda untuk melantik sesiapa yang pada pandangan baginda untuk menjadi MB.

setelah 3 org ADUN dr pakatan rakyat lompat parti dan menyokong BN termasuk 1 yg kembali semula kedalam BN, maka jelaslah BN punyai sokongan 31 kerusi manakala PR 28 kerusi.

HARUS DIINGAT yang 3 wakil bebas menyokong BN.

bebalik kepadaa kuasa Sultan iaitu kuasa NASIHAT, didalam fungsi kuasa ini, MB menasihat sultan atau raja melayu untuk melantik EXCO ,membubar DUN dan sebagainya, tetapi iainya bergantung kepada budi bicara baginda.

kuasa sekatan pula lebih spesifik seperti tidak boleh melakukan jenayah sivil dan sebagainya. jika kepada yang dipertuan Agong, baginda tidak boleh tinggalkan Persekutuan selama lebih 15 hari.

persoalannya disini, jelas sudah pakatan rakyat (PR) telah hilang kepercayaan majoriti didalam dewanundangan negeri.

kepada org Melayu yg menyokong PR, sedarlah bahawa org Melayu beragama Islam telah dijadikan kuda tunggangan DAP.

insiden yang berlaku di bukit chandan ketika angkat sumpah MB baru cukup memalukan!

bayangkan selepas solat Jumaat, boleh pula berbaring2 di tengah jalan dan merusuh pula.


nauzubillah.....
fikir2kan lah wahai umat Islam di Perak.....