Wednesday, February 11, 2009

Nizar Membela DAP

Pada 9 Februari 2009, kira-kira jam 11.30 pagi, Nizar Jamaluddin (bekas Menteri Besar PAS Perak) telah membela tindakan protes sekumpulan 50 orang pemuda DAP di hadapan bangunan Darul Ridzuan, Ipoh. Lihatlah Nizar (dalam gambar) dikerumuni oleh pemuda-pemuda DAP. Manakala salah seorang pemuda DAP menuding nuding jarinya kepada wartawan yang bertanyakan soalan. Marah nampak? Nizar dengan lantangnya membela tindakan pemuda-pemuda DAP ini melakukan protes. Lihat sini.
Sekumpulan 50 orang pemuda DAP yang diketuai oleh Anthony Loke (Ketua Pemuda DAP Perak) melakukan protes sambil melaung-laungkan perkataan 'hidup rakyat' dan 'jatuh Umno/BN'. "Kerajaan BN perlu dibubarkan kerana ia tidak mendapat mandat rakyat dan ia diperintah oleh katak-katak politik" kata Anthony Loke. Sejak Nizar pohon derhaka kepada Sultan Perak, nampaknya DAP memberikan sokongan yang kuat agar Nizar meneruskan perbuatan derhakanya tersebut. Secara tidak sedar, Nizar sedang dipergunakan oleh pemuda-pemuda DAP ini untuk mengekalkan survival DAP di Perak.

DAP telah hilang satu negeri kepada BN di Perak. Hanya tinggal satu lagi iaitu Penang. Namun sejak Karpal bertindak mahu menyaman Sultan, tidak ada seorang pun pemimpin DAP atau pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat berani menyanggah tindakan Karpal Singh tersebut. Malah Karpal yang lebih berani menggesa agar Anwar meletak jawatan. Tindakan Karpal itu seolah-olah dia adalah Mursyidul Am bagi Pakatan Rakyat. Sampai bila Nizar dan Karpal akan terus derhaka pada Sultan?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

20 comments:

fital said...

salam ziarah

Anonymous said...

pjbt MB dikawal rapat oleh polis, nmpak sangat polis ni dikawal oleh umno...
'mohon derhaka'..ini bhasa istana...cuba la phmkn. jgn main sedap jer putar belit.
umno la kaki putar belit.

mohd fuad said...

MELAYU diperkudakan oleh bangsa lain!!Aku tak terkejut sebab dalam PR memang berlaku kejadian seperti ini...Diorang menjadi jurucakap kepada bangsa lain kononnya mendapat mandat rakyat tetapi apa yang mereka lakukan untuk pastikan rakyat sebangsa dengannya tidak ketinggalan dalam arus ekonomi yang semakin sukar kini!!

Nizar sendiri pun sebelum ini mendapat nasihat DAP untuk memerintah Perak dan membuat keputusan yang aku rasa dia sendiri pun tak setuju tetapi tetap nak menjaga hati bangsa lain semasa pemerintahannya itu dia turuti.

PiNkLaDy said...

Ya.. Saya setuju dgn fital.. Apa kata anda baca blog ini dan anda buka hati untuk fahami sejarah.. http://msomelayu.blogspot.com
Sila baca semaksimumnye ya.. Baru boleh berfikiran waras melakukan timbang tara.. jangan hanya melihat dr satu sudut sahaja.. salam

Anonymous said...

Anonymus....bhasa istana tu pun bahasa malaysia juga. Jadi, DERHAKA tu tidak baik. Lebih-lebih lagi kpd Sultan sebab kalau nak minta sesuatu kepada Sultan perkataan yg sesuai adalah MINTA PERKENAN TUANKU. Jadi tUANKU tak perkenan. Bhasa pun kau orang nak putar belitkan. Memang dasar PEMBELIT PR ni.

maharajazhou said...

mak-mak mohon derhaka mak...

bapak-bapak mohon derhaka bapak..

ermm..klu anak lwn mak bapak,tak sebut nak derhaka dulu mcm mana..kalau mintak derhaka pastu kurang ajar..amacam..

Anonymous said...

Bapa kepada segala putar belit ialah anwar ibrahim.

Anonymous said...

putar bang nuar putar...!
ludah jatuh muka sendiri...
putar bang nuar putar...!
sumpah saiful pula lepas ni...
putar bang nuar putar...!
melayu islam tolak tepi..!
putar bang nuar putar...!
janji lepas diri sendiri...

Mat Takbir!

Anonymous said...

aku tengok banner DAP ni dimerata2 tempat tak pernah nak gunakan bahasa melayu.

tapi bila kes ni pandai plak letak bahasa melayu kat atas. teresa siap nak tukar signboard dlm bahasa cina lagi. petuiii....

ada plak melayu barua kata derhaka bahasa istana.....kah kah kah ....memang jumud betul puak2 PAS nih. Apa kata tuan guru kau semua betul ya!!

Gunung Pulai.

Anonymous said...

http://saifulislam.com/

Anonymous said...

http://saifulislam.com/

Panglima Perang Cyber said...

menarik kupasan tuan...

mereka tak sedar sedar jugak..

hari ke hari makin dikepit dikepung oleh geng penderhaka negara.

syabas tuan..

saya suka membaca daru 'sudut' yang tuan bawa...

kerana ia jarang difikir dan diulas oleh ahli ahli kita..

salam perjuangan..

Pak Tam said...

Jika UMNO/BN tak bijak tangani isu ini, rakyat akan mengatakan Nizar, Anwar dan Karpal adalah di pihak yang benar manakala UMNO/BN dan Sultan Perak di pihak salah. Oleh itu berhati-hatilah kerana PR termasuk PAS bijak dalam memputar belitkan isu politik kerana memang mereka setiap minit cakap politil dan mereka tak kisah dengan masalah rakyat. Mereka dan wakil rakyat PR meletakkan 110% masalah rakyat di atas bahu wakil rakyat BN. Tapi wakil rakyat PR dok berceramah di sana sini menghentam BN/UMNO. Kerja mereka menghentam kerajaan BN/UMNO...

Pak Tam said...

Jika UMNO/BN tak bijak tangani isu ini, rakyat akan mengatakan Nizar, Anwar dan Karpal adalah di pihak yang benar manakala UMNO/BN dan Sultan Perak di pihak salah. Oleh itu berhati-hatilah kerana PR termasuk PAS bijak dalam memputar belitkan isu politik kerana memang mereka setiap minit cakap politil dan mereka tak kisah dengan masalah rakyat. Mereka dan wakil rakyat PR meletakkan 110% masalah rakyat di atas bahu wakil rakyat BN. Tapi wakil rakyat PR dok berceramah di sana sini menghentam BN/UMNO. Kerja mereka menghentam kerajaan BN/UMNO...

zamspotte said...

Kadangkala rasanya berdebat dengan penyokong PAS dan PR tak mendatangkan apa-apa faedah, terutamanya terhadap isu yang melibatkan marhaenis semua...

Bagi mereka, UMNO itu suatu puak, bukan lagi sebangsa dengan mereka... Cara mereka dah seperti golongan Mu'tazilah yang terang-terangan pelampau ataupun ekstremis...

Meletakkan emosi melangkaui batasan pemikiran, menyebabkan pemikiran yang jumud tak dapat dilepaskan untuk menggantikan dengan pemikiran yang rasional dan sesuai dengan semua perkembangan zaman. Pemikiran yang semakin sempit digunakan untuk menyeru orang membenci sesama sendiri...

melihat kepadsa situasi di Perak dan Kuala Kangsar membuatkan saya berfikir dan termanggu panjang... adakah kesudahan ganas diperlukan oleh mereka??

Mengupas isu perlembagaan, bukankah Raja ada Kuasa Mutlak?? Kalau Raja tidak mahukan MB, maka akan wujudlah Undang-undang Darurat di sana... betul?? maka, raja berhak menolak sesiapa sahaja yang dia mahu dalam negeri itu...

Berkenaan isu derhaka, bukankah Allah mewajibkan kita patuh kepada raja?? Kecuali raja yang zalim. Persoalannya, zalim sangatkah Sultan Perak?? Berapa ramai orang melayu islam di Perak yang mati tak makan??? Renung-renungkanlah, jangan kerana fahaman dan ideologi politik, kita jatuh ke lembah kehinaan...

Sedingin Salju said...

menarik kupasan encik.

Tok Tam said...

maaf dan terima kasih kerana memberi laluan,seronok baca hampa punya cerita, tapi maafla, tak satupun yang boleh bawa pi ke jalan Allah, dok kira bangsa, kalau Rasulullah SAW kira bangsa, habislah kita semua menjadi celaka kerana tak sampai Islam kepada kita,cuba hampa pikiaq,jangan dok kira perut saja, ingat nak mati sama....

Anonymous said...

BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkan-Nya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

pembubaran Dewan Undangan Negeri.
undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.
saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat.

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

zamspotte said...

Asalnya, bersuara dengan kuat mendatangkan amarah, menjadikan kita rasa terlalu kuat, sehingga tidak boleh lagi disanggah. Itulah kesan Anwarisme, pejuang geng 70-an.

Akhirnya, budaya ini diresapi dalam pemikiran ramai bangsa kita, laksana pemikiran revolusi Cuba oleh Che Guevara dan Fidel Castro. Bedanya, Che dan Castro berjuang untuk bebaskan bangsa Cuba dari retorik Amerika, kita pula berjuang tuk serapkan liberalisme mutlak dalam pentadbiran negara. Akhirnya, melayu semakin lama akan jadi cam bangsa Rohingya di Myanmar nun.

ini bukan soalnya perjuangan bangsa semata... Tetapi ini juga adalah perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair. Apa yang kamu tahu?? Terlucut Sultan dari takhta, maka lenyaplah kuasa raja untuk mendaulatkan agama islam... Seperti peristiwa 1948... Malayan Union... Tahu??

Maaflah kepada yang bukan islam di sini... tetapi, bilamana kestabilan yang selama ini dikekalkan oleh kerajaan islam di Malaysia sudah hilang, maka kamu jua akan terkena tempiasnya.. Kita sama-sama rakyat Malaysia. Tak ada negara lain nak ambil dah!

Saudara anonymous, pesan kat Nizar... saya sokong dia terus jadi MB dengan syarat kalau Exco kerajaan Negeri Perak majoriti melayu, sebab melayu sahaja bangsa yang mudah toleransi tanpa halangan. YB saya dahulu yang bukan melayu sangat toleransi, tetapi diugut oleh penyokongnya, akhirnya jadi tak toleransi jua... faham-fahamlah...

Anonymous said...

kalau ada anak derhaka bagi ajer penampar
kalau ada rakyat derhaka pada sultan ..24jam buang negeri ...