Sejak berkawan dengan Karpal, Nga dan Ngeh, Nizar sudah berubah. Perjanjian Pangkor 2 ditandatandangi secara sulit antara Nizar dan DAP untuk memerintah Perak. Biarpun dihalang oleh Majis Tanah Negara, Nizar tetap memberikan tanah selama 999 tahun kepada kampung baru. Pada 4 Februari 2009, Nizar mengumumkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri dalam sidang akhbar tanpa perkenan terlebih dahulu dari Sultan. Dua hari selepas itu, iaitu pada 6 Februari 2009, Nizar pohon derhaka pada Sultan. Sampai sekarang Nizar masih belum menarik balik kenyataan derhakanya itu. Hari ini, Nizar masih lagi berlakon sebagai Menteri Besar bersama barisan exconya. "Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah. Tetapi menteri besar Pakatan (Rakyat) tidak hendak berhenti jadi MB. "Pejabatnya sudah dikosongkan oleh polis. Apakah polis akan usung MB dan campak dia keluar?" kata Tun Mahathir dalam blognya pada 6 Februari 2009. Tidak fahamkah lagi Nizar dengan sindiran tersebut, atau buat-buat tidak faham?AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)





19 comments:
bro..kalau dulu perjanjian pangkor ni melibatkan british yang nak mengaut keuntungan di tanah melayu..tp ini melayu nak kaut kauntungan di tanah sendiri dgn penderhaka2nya.
kalau nak senang memerintah kenala kwn dengan oku yang macam tu
Malu dengan apa yang berlaku...
Pemimpin Melayu pilihanraya (kononnya mendapat sokongan majoriti rakyat Perak) masih mengaku dirinya sebagai MB.
Dah la mengaku diri MB lepas tu tak reti pulak nak hormat DYMM Sultan Perak. Tak paham aku???
Ni angkara muslihat siapa lagi?? YAHUDI / golongan kafir yang nak tengok pemimpin Melayu negara ini berpecah belah dah cuba meracuni pemimpin Melayu supaya tidak patuh pada Raja kita ni..
Bukan tak mau faham, saja nak tunjuk samseng. Dia dok kira dia punya samseng. Orang punya samseng dia tak tengok lagi.
Hik²..
Biarkan dia..nti lama² dia letih la tu kang.
Sekarang kulit muka dia x berapa tebal,nanti dah agak² cukup ketebalan,dia berundur la..
dengan alasan lain pula.
Kita dengar je lah nti.
Haha, biarkan dia tu.
tekanan jiwe..
tekanan perasaan..
tekanan mental..
pasni mgkin tekanan tayar dia kurang~
menurut akhbar, beliau tidak dibenarkan masuk..
Malunya..............,
Tiada perkataan lain dari :
Malunya...............
saya berminat untuk mengulas tentang isu di Perak..
Secara ringkasnya... Jika mengikut perlembagaan dan undang-undang peralihan kuasa di Perak adalah tidak sah walaupun diperkenan oleh DYMM Sultan Azlan Shah...
Sesiapa boleh beri ulasan...
harap blogger nie dapat beri ulasan ok... thanks
sah tak malu..
btul bak kata kak aza dia ni gila talak..
ishh..malunya..
ishh..tebalnya muka..
ishh..harap dahi je bertanda..(alim ke..??)
Datuk Seri Ir Nizar..sudah2 lah tok..klau dah bukan rezeki tok nak jd MB sampai akhir hayat..
Dah,p cr travel agencies,booking pakej umrah.Allah juga tempat kita mengadu.
Daulat Tuanku..
Salam tuan,
malunya.... Dia malu, bini malu, anak bujang dia malu, anak dara dia malu, adik beradik dia malu, adik beradik ipar dia malu, biras2 dia malu, emak dia malu, bapa dia malu, emak mertua dia malu, bapa mertua dia malu, datu nenek dia malu, datuk nenek isteri dia malu, sepupu dia malu, anak saudara dia malu, kengkawan dia malu,... Aku pun malu gak.. malu dapat melayu yang layu macam dia tu...
memang muka tembok.
Dulu nak naik tau plak nak dapat pekenan sultan. tapi bila sultan tak pekenan lagi nak jadi MB , kenapa tak nak ikut, pelik2.
dulu bila sultan terengganu tak nak idris jusuh, sultan perlis tak nak shahidan, satu malaya penyokong pas bersorak. rata2 kata daulat tuanku, jgn lawan sultan.
pelik sungguh aku pembangkang ni, geli aku tgk si nizar dan PAS....
zul.
elok bunag negeri jer si nizar nie biar di duduk tak bertanah tgk negeri mana nak amik dia.....
buang negeri juga Karpal, Anwar dan sekutu yg mendokong kedajalan mereka....
NIZAR MASIH MB PERAK: KU LI
February 7, 2009 ·
PETALING JAYA (FEB 7): Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawaran atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”
Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.
“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.
Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram. END/ANR
aku cadangakan agar SPR dihapuskan.... Tak perlu ada Pilihanraya... Kuasa memilih kerajaan adalah hak mutlak Sultan2.
HIDUP SULTAN.....100000000000000000000X
salam.
buat renungan semua.
apa guna undang2 jika x mahu dihormati?
salahkh kita mempertahankn hak yg sah disisi undang2?
contoh.
yang dipertua PIBG dilantik oleh waris murid.
berhakkn guru besar melusutkn jawatan ygdipertua PIBG...
jdlh org yg bebas berfikir tampa dipengaruhi emosi.
depa samalah mcm british...lagi teruk dpd british....ni org melayu islam yang menjatuhkan bangsanye sndiri..pengkhianat bangsa!!!penderhaka...kalau dia hidup di zaman kesultanan melayu dulu, awal2 dah kene pancung..
semua bloggers yg komen pasal undang-undang tubuh negeri ni faham ke undang undang? kaji dan selidik dulu then barulah boleh judge.aku bukanlah ,menyokong PR tu cuma tertanya tanya aje bagaiman situasi ini terjadi.PROTDM
Post a Comment