
Netanyahu berkuasa di Israel, apakah nasib Gaza dan Tebing Gaza selepas ini? Netanyahu punyai pengalaman perang yang kejam terhadap dunia Islam. Amat pasti konflik di Palestin akan menjadi semakin buruk di bawah Netanyahu. Mampukah Barrack Obama mengimbangi Netanyahu dalam isu di Palestin atau mendiamkan diri bersetuju dengan apa sahaja tindak tanduk Israel?. Apakah pula peranan negara-negara Islam untuk membela umat Islam di Palestin? Ariel Sharon sudah menderita kerana kekejamannya, Netanyahu akan alami perkara yang sama jika dia mengulangi kekejaman Sharon.
8 comments:
salam,
obama???.....obama telah menghantar 17 ribu tentera ke afghanistan...
penghantaran itu disifatkan oleh menteri pertahanan australia sebagai sia-sia!
pangkal namanya bermula huruf N.....
dinegara kita pula...adakah pemimpin baru yang pangkal namanya N akan dapat menyelesaikan konflik di malaysia dan seterusnya membawa mesej keamanan ke Timur Tengah?
biarpun kita tidak mampu melawan kuasa besar dengan bilangan tentera dan senjata kita yang terhad...namun sekurang-kurangnya biarlah suara kita bergema di peringkat antarabangsa,atau mungkin berlegar di OIC....biar dunia tahu Pemimpin yang pangkal namanya N akan menurut jejak langkah atau legasi Pemimpin tersohor yang pangkal namanya M suatu waktu dahulu.
wassalam.
selagi arab tidak bersatu selagi itulah yahudi bermaharajalela
harap Peminpin negara kita dapat membantu mereka yakni Palastein.
Isu Dato' Seri Ir. Nizar Jamaludin Menteri Besar Perak dieksploitasi sepenuhnya oleh UMNO dan seluruh media pencacainya . Sehingga saya sendiri naik muak untuk mendengar berita terutama Buletin Utama TV 3 .
Sebulan dua ni saya sekeluarga telah beralih ke Astro Awani dan sesekali ke berita Bernama .
Melihat kepada paparan berita di TV 3 yang habis - habisan mengeksploitasi isu derhaka , cukup jijik dan jelas niat jahat apabila mengeluarkan kenyataan - kenyataan yang keterlaluan dan tidak benar .
Memejamkan mata pada isu penderhakaan yang sebenar lalu menuding orang lain yang derhaka . Inilah yang disebut oleh pepatah arab :
ضربني و بكى شتمني و اشتكى
"Dia pukul aku dia yang menangis dan
dia menghina aku dia yang buat report"
Inilah sikap UMNO dalam isu ini . Juga tidak ubah bagaimana seperti cerita perompak yang terperangkap dalam kepongan orang ramai , lalu ia menyorokkan barangan yang dirompak lalu dia turut sama buat - buat sibuk mencari perompak dan berteriak di mana perompak ? di mana perompak ? wal hal dialah perompak .
Hari ini UMNO berteriak penderhaka ! tangkap penderhaka ! ambil tindakan ke atas penderhaka ! seolah mereka hero yang mempertahankan institusi raja - raja Melayu .
Awas ! , melalui pepatah arab di atas dan cerita rakyat yang popular itu , kita boleh menangkap penderhaka yang sebenar . Mudah untuk mengenali mereka melalui tindakan mereka yang keterlaluan .
UMNO seperti cacing kepanasan dalam isu derhaka ini . Mereka lantang dengan teriakan agar penderhakaan di ambil tindakan kononnya merekalah hero dan pahlawan yang mempertahankan raja , sebenarnya ia adalah satu langkah dan sebagai usaha "hero usang" untuk menudung jenayah lama mereka .
Siapa yang boleh melupakan tindakan Tun Mahathir yang telah menelanjangkan institusi raja - raja Melayu sebelum ini . Soal Mahathir mahu membuang imuniti Raja - Raja itu satu hal , yang lebih parah selepas imuniti dipakai ke atas dirinya sehingga ia menjadi Perdana Menteri Kuku Besi yang begitu lama memerintah Malaysia , dia juga telah menelanjangkan maruah dan aib raja - raja melalui media .
Siapa yang telah lupa peristiwa ini ? saya percaya Sultan Johor dan Sultan Pahang tentu sahaja masih ingat apa yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir selaku Presiden UMNO , Pengerusi BN dan juga Perdana Menteri pada waktu itu .
Siapa yang telah lupa kepada UMNO Kelantan yang menabalkan sultan di pohon kayu kerana tidak bersetuju dengan Sultan Ismail Yahya Petra di Kelantan . Mereka juga mendedahkan kelemahan dan mendedahkan keaiban sultan di tahap yang memalukan lewat media milik mereka .
Begitu juga pengikut fanatik UMNO Terengganu yang menggelar Sultan Mizan kini Yang Di Pertuan Agong sebagai Binatang dalam konflik perlantikan MB di Terengganu selepas pilihanraya umum yang lalu .
Siapa yang lupa segala peristiwa ini ?
Sebab itulah UMNO seperti cacing kepanasan . Berteriak ke sana ke sini , melalak dalam media tak habis - habis sampai hari ini kononnya mereka nak menangkap penderhaka . Siapa yang menderhaka ?
Tiada sepatah keluar perkataan dari Dato' Seri Nizar yang menghina Sultan Perak . Adapun permohonan "sembah derhaka" itu adalah rutin bahasa istana apabila ada perkataan atau permohonan yang berbeza dengan pihak istana . Saya percaya Mufti Perak Dato' Seri Harussani juga biasa menggunbakan perkataan itu .
UMNO tiba - tiba jahil dengan bahasa Istana dan menjadikan itu sebagai bahan jenaka bodoh mereka sepanjang musim ini .
Zaman Tok Nadok mungkin UMNO boleh menguasai pemikiran rakyat dengan propaganda media mereka . Tetapi ini zaman IT , di mana rakyat boleh access maklumat di mana - mana dan mereka banyak pilihan untuk menerima maklumat alternatif .
Saya yakin rakyat tidak mudah terpedaya . Lihat sahaja lah dalam pilihanraya kecil di Kuala Terengganu sebelum ini . Kalau lihat kepada propaganda media mereka khasnya TV 3 , seolah - olah hanya UMNO dan BN yang bertanding di Kuala Terengganu dan mereka boleh menang besar .
Tetapi apabila keputusan pilihanraya diumumkan , ternyata rakyat jelas tidak terpengaruh dengan dakyah atau propaganda jelek UMNO dan BN .
Sebenarnya , lagi kuat UMNO serang guna TV 3 ni , rakyat semakin mual dan loya seolah - olah tidak ada cerita lain dan terlalu ketara sikap berat sebelah mereka . Hanya kenyataan Pak Lah , Tok Najib , Hishamudin , pas tu balik Pak Lah semula , kemudian Tok Najib dan Najib dan Najib pas tu Rosmah keluar sekejap dengan rupa garangnya , pas tu Muhyidin sesekali , pas tu Najib semula ..... aaaaah , nak termuntah !
Kalau lah TV ni harganya 30 sen sebijik .... :(
Media cuba memutar belitkan perkataan derhaka yang diucapkan oleh YAB Ir Datuk Seri Haji Nizar Menteri Besar Perak ketika mengadap sembah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak pada 5hb Feb 2009.
Apabila YAB Ir Datuk Seri Haji Nizar tidak bersetuju supaya beliau meletak jawatan, sebaliknya mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan maka inilah istilah yang kena disebut iaitu “sembah patik sembah derhaka”. Ini bahasa istana. Bukan bahasa percakapan dengan Saad jual putu mayong. Kenapa media dan pemimpin Umno di negara ini pekak badak sangat sampai tidak reti bahasa yang perlu digunakan dalam istiadat dengan istana. Mereka ini tidak lulus Bahasa Malaysia ka? Sampai tidak faham penggunaan bahasa rasmi di istana.
Sebenarnya Umno dan beberapa pemimpin Umno penderhaka kepada sultan di negara ini. Beberapa peristiwa yang tercatat dalam sejarah bagaimana pemimpin Umnolah penderhaka dan menjatuhkan martabat raja-raja Melayu bukan pemimpin Pakatan Rakyat.
1. Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.
2. Tahun 1974 Tan Sri Gahzali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya. Tiba-tiba Tajul Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.( UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.
3.Begitu juga pada tahun 1979 kes Dato’ Rahim Bakar bekas Menteri besar Pahang yang berselisih dengan Sultan pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.
4.1983 Umno hendak meminda supaya kuasa YDP Agong mengenai pengistiharan dharurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.
5.Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.
6. Dalam Persidangan Agung Umno juga perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?
7.Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya.?
8.Pada 18hb Jan 1993 Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja di bawa ke mahkamah.Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja.
9.Beberapa siri rapat umum haram Umno di A.Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam raja-raja Melayu.
10.Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan “Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada sultan Perak pada 6/2/09. Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.
11.Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato’ Anwar Musa . Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya?.
12.Kenyataan biadab Shahidan Kasim bekas MB Perlis mengatakan “ Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takta dia ada bukti” (BH 11hb Jun 1993.)
13.Dato’ Mohd Taib kata Nizar derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?.
14. 23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpahDato’ Mohd Said selepas pilihanraya 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusuh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan. Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang. Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan istana Kuala Kangsar 6hb Feb 2009.
15. Shahidan Kasim boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis , bukankah ini derhaka namanya.
Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini. Jawabnya tentulah pemimpin Umno . Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat raja-raja Melayu. Sebab itu kita lihat dalam Media Pro Umno sudah tidak lagi membangkit isu derhaka, kerana mereka silap. Rakyat sekarang bukan zaman purba hidup di dalam gua, tetapi rakyat sudah ada maklumat melalui langit terbuka. Maklumat rakyat boleh korek melalui hujung jari sahaja.
Ha betoi tu.
Aku lagi la nak termuntah bila baca harakahkahkah dan berita keadilan.
macamana tak termuntah.....diaaaaa ajeee yg betul. semua org salah. lepas tu semua org rasuah. lepas tu dia interview 2-3 budak jual berger, kata k'jaan zalim. budak2 beringus boleh la percaya.
dia tak sedar baru 10 bulan memerintah, lembu pun dia nak kaporrr..... apa ke jenis manusia nih. gambar bogel lagi... jahanam2....dlm sebuk2 org PKR mengata moral orang BN....tetiba seluar sendiri terlondeh.... kih kih kih....pas tu kata konspirasi..... bang nuarrr.... bang nuarrr...aduhhh aii....keh keh keh
di perak lagi terukkk.... baru 10 bulan perintah dah pandai lawan sultan, baling batu lagi. cisss....apa kejenis pembangkang mcm ni. kalau 5 taun perintah mau jadi sultan si nizar tak pun karpal.
tu laaaa....kata dulang paku serpih mengata orang korang yg lebihhh.
malu la bebbb....
Zul.
Biasalah tu, macamlah depa tu maksum, takdak dosa.
Post a Comment