Sunday, February 1, 2009

Musim Lompat Melompat

(Gambar: Anwar memakaikan jaket kepada Nasarudin yang telah keluar dari BN. Senyuman Nasarudin dan Anwar membayangkan seribu satu pengertiaan. Apakah ini lambang hubungan erat mereka selama ini?).

Musim lompat-melompat bermula pada 25 Januari 2009, Nasarudin Hashim (ADUN Bota) telah keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat. Punca melompat dikatakan kerana tewas pemilihan Ketua UMNO Bahagian Parit pada Oktober lepas. Ada juga yang mengatakan bahawa Nasarudin ditawarkan jawatan exco kerajaan negeri berikutan ada angin kuat menyatakan dua wakil PKR dari Perak akan melompat pula masuk BN. Siapa ADUN yang mahu masuk BN tersebut?

Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Jailu adalah dua nama yang disebut-sebut akan melompat parti dari PKR masuk ke BN. Ada orang kata, Anwar sudah hidu kemasukan dua orang PKR tersebut masuk dalam BN, oleh itu langkah yang dibuatnya ialah memujuk bekas orangnya di Perak untuk melompat terlebih dahulu. Lagipun orang Anwar itu sudah kalah pemilihan UMNO dan sudah tidak disambung kontrak sebagai pengerusi Felda. Inilah target yang paling sesuai.

Desas desus melompatnya dua orang exco Perak dalam BN semakin kuat bila Pengerusi PKR Perak Osman Abdul Rahman menyatakan pada 31 Januari 2009 mengesahkan mengenai ' kehilangan Jamaluddin dan Osman. “Kami ingin memaklumkan dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat; YB Jamaluddin Mat Radzi dan YB Osman Bin Jailu tidak dapat dihubungi sejak empat hari yang lalu, bukan sahaja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.”. Ditambah pula dengan kenyataan Pengerusi BN pada 1 Februari 2009 bahawa ada dua orang exco Perak akan melompat masuk dalam BN. Apakah Jamaluddin dan Osman akan benar-benar melompat masuk BN? Bilakah akan berlaku?

Kisah lompat juga terdengar di Negeri Sembilan. Pada 30 Januari 2009, Menurut Datuk Ishak Ismail (Ketua UMNO Bahagian Seremban) kemungkinan Shamsul Kahar Md Deli (Adun Serting), Datuk Aziz Shamsuddin (ADUN Palong) dan Mustafa Salim (ADUN Lenggeng) akan melompat parti masuk BN. Bagaimanapun, desas desus ini dinafikan oleh ketiga-tiga ADUN terbabit. Biarpun dinafikan, tetapi Badrul Hisham Shahrin (Ahli MPT PKR) berkata, Anwar akan mengumumkan tiga atau empat wakil rakyat Umno yang akan menyertai parti itu "dalam masa terdekat". Jadi, mana satu yang betul?

Lompat melompat adalah sambungan kisah kononnya ada 31 orang ahli parlimen BN yang mahu melompat parti pada 16 September 2008, tetapi kisahnya tidak menjadi kenyataan. Penceritanya adalah Anwar Ibrahim. Bila cerita tidak jadi kenyataan, Anwar mula mencari tarikh baru dan alasan baru. Bila terdengar dua orang exco PKR mahu melompat di Perak, sudah awal-awalnya dijeratnya seorang ADUN BN masuk dalam perangkap. Dibuat cerita baru kononnya ada kejadian lompat juga bakal berlaku di Negeri Sembilan. Pada hal, cerita sebenarnya adalah kejadian dua atau lima orang yang akan lompat di Perak. Lagipun cerita lompat di Perak adalah lebih dahulu dari 16 September. Selepas selesai pilihan raya umum ke-12 lagi, Mufti Perak sudah mengambil inisiatif untuk menyatukan PAS dan UMNO di Perak. Oleh itu, bukan sahaja PKR yang akan melompat masuk BN, kemungkinan ada juga dari PAS yang akan masuk BN.

(Kenyataan Nizar dalam Utusan Malaysia 10 Julai 2008. Apakah pemberian geran tanah kepada Kampung Baru adalah sebahagian daripada perjanjian Pangkor 2 antara PAS dan DAP di Perak? Bila isu tanah dibangkitkan, Nizar masih lagi membisu. Mengapa perlu takut sangat pada DAP?).

Orang Melayu mana yang tidak marah kalau tanah sendiri sedikit demi sedikit sudah digadai pada orang lain. Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950. Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu bertitah ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) pada 15 Januari 2008. Sultan sendiri sebak dengan tindakan Nizar di Perak. Apakan lagi perasaan rakyat biasa. Sultan sudah bertitah tetapi kerajaan Perak masih lagi buat tidak peduli. Nizar masih lagi mahu mendengar cakap DAP dari mendengar titah raja. Lompat adalah tanda protes pada kebiadapan DAP di Perak.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

5 comments:

MeeT uNcLe sHaH said...

Salam Saudara,

Sudah menjadi budaya "pengkhianat" menikam secara halus.

Perjuangan orang Melayu perlu "diluruskan" semula. UMNO perlu sedia menerima kritikan dan lupakan status kekayaan masing-masing demi mengembalikan semula asal usul matlamat penubuhan UMNO.

Salam Perkenalan.

Anonymous said...

bagi aku laaaa....

org UMNO kaya ke PAS kaya ke .... rumah umno banglo ke kondo org PAS 2 juta ke aku tak kisahhhh.

tak pe la, dia org melayu islam, bahkan aku bangga org2 melayu berumah besar kereta 30 bijik.

tapi aku susah hati kalau aku gi hotel di subang di pj, di kl... penuh dgn anak2 muda cina yg berseminar berebut2 peluang berniaga. lepas tu muda2 naik keta bmw5 series, mes, honda, dll.

aku risau tgk bangsa lain kaya beratus2 kali ganda dari org2 melayu islam dinegara melayu islam yg tercinta ni. aku cukup susah hati, tgk budak2 cina berebut2 nak majukan diri, berniaga dll.

tapi org2 melayu sibuk berpolitik....sibuk maki hamun sesama sendiri, sibuk doakan kemusnahan bangsa sendiri..... mana pi simpan akal. dari org2 muda yg lepak di surau, org2 k'jaan yg duk di rumah k'jaan di putrajaya, org2 kg, budak2 U, semua cerita politik, maki sana maki sini ......

zul.

Anonymous said...

PAS kena akui , pas tak da pengalaman memerintah, dia kena buli saja dgn puak2 DAP yg well structured in term of organisation mau pun action serta berpengalaman menjahanamkan org2 melayu.

Nizar tak mampu, ustaz ahmad awang pon tak mampu nak berdepan dgn DAP di perak. ini PAS kena akui. lagi lama nizar jadi MB boneka lagi parah, nizar tak mampu nak buat apa2 kecuali kena tunduk dan akur dari tekanan DAP.

kena ada kebijaksanaan berpolitik bagi org2 melayu, jgn dgr ckp anwar, dia ada matlamat peribadi. think tank PAS kena sensitif sikitt, cuba observe tindak-tanduk anwar dgn PAS, sorong pon dia dpt tarik pon dia dapat. anwar mmg licik, semua keputusan PAS memberi kelebihan kepada dia. tips aku tgk trend anwar. hehe

zul.

Panglima Perang Cyber said...

Tidak kira siapa dan bangsa apa jika MB nya sudah menderhaka Sultan sudah tentu kita jangan berlengah lagi tinggalkan parti tersebut dengan segera.

Bayangkan perasaan Sultan sehingga sebak ketika bertitah isu tanah di Perak baru baru ni !!

Mereka fikir ke tidak?

Anonymous said...

kalau derhaka kepada Allah dan Rasul SAW camne plak......

lagi sedih kan.....