Wednesday, February 25, 2009

Majlis Perundingan Agama: Shabudin Yahaya Ada Bukti

(Gambar: Peter Scheir, wakil KAF di Malaysia mengakui KAF terlibat secara langsung dalam penajaan IFC di Malaysia. Jika begitu, apakah KAF terlibat sama mengembangkan IFC sampai ke Pulau Pinang?. Peter Scheir mengakui turut membantu kewangan Institut Kajian Dasar (IKD) dalam satu wawancara dengan Akhbar The Sun pada 30 November 2006).

Shabudin Yahaya (Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, MAINPP), menyatakan di Sungai Dua, Nibong Tebal pada 24 Februari 2009 mengenai penubuhan Majlis Perundingan Silaturahim Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Biarpun mahu disaman oleh Guan Eng, namun Shahbudin sekali lagi mengulangi bahawa beliau mempunyai bukti yang kukuh tentang Majlis Perundingan Silaturahim Antara Agama tersebut . “Jika majlis itu tidak ada (tidak wujud) mengapa ada pemimpin agama lain yang memberi respons kepada Majlis Agama sedangkan bagi membincangkan tentang agama Islam, kita telah ada majlis-majlis agama,” kata Shabudin Yahaya. Menurutnya, Haji Hadi Awang (Presiden PAS) ada membuat kenyataan bersetuju dengan penubuhan majlis tersebut di Pulau Pinang selepas pilihan raya umum yang ke-12.


(Gambar: The Penang Global Ethic Project, sebuah projek KAF di Malaysia). Shahbudin Yahya ketika menjadi Perwakilan UMNO dari Pulau Pinang pada 17 November 2006 dalam Perhimpunan Agung UMNO telah membangkitkan Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS), Sisters In Islam (SIS) dan Penang Global Ethic (PGE) ditaja oleh Kondrad Adeneur Foundation (KAF) dari Jerman. KAF juga terlibat secara langsung dalam penajaan Suruhanjaya Antara Kepercayaan atau Inter-Faith Commission (IFC). IFC telah menjadi satu isu sensitif di kalangan umat Islam di negara ini. Ianya jelas mencabar kedudukan Agama Islam sebagai mana yang termaktub dalam Perkara 3, Perlembagaan Malaysia.


Pertikaian tentang "Memeluk Islam" juga pernah diperbincangkan oleh Majlis Peguam pada 9 Ogos 2008. Menurut Perlembagaan, Perkara 10, Fasal 4, Perlembagaan melarang mana mana pihak daripada mengungkit dan mempersoal Perkara 3 iaitu yang berkaitan dengan Agama Islam. Mengapa hanya Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng sahaja yang menyokong Forum Memeluk Islam diadakan?. Bertentangan dengan tindakan Salahuddin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS) dan Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen PKR, Kulim Bandar Bharu) yang tidak menyokong forum tersebut.

Apakah Anwar terdesak untuk mendapatkan undi daripada bukan Melayu di Permatang Pauh ketika itu hingga sanggup menyokong penganjuran forum tersebut? Zulkifli Nordin mahu dikenakan tindakan disiplin kerana membantah forum tersebut. Apakah selepas ini akan ada lagi pemimpin Melayu dalam PAS dan PKR berani membantah penubuhan Majlis Perundingan Silaturahim Antara Agama di Pulau Pinang?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

10 comments:

Anonymous said...

apa lagi??? kepada yg mengaku menperjuangkan isu IFC, mengaku perjuangkan islam....tunggu apa lagi??

dulu masa isu lina joy beria2 hantar sms, email mcm tak de hari esok, kata k'jaan BN zalim dsbnya....

abis tu ni dah terang lagi bersuluh .... nape tak anta SMS dan email kata hj.adi & nuar brahim sokong IFC.

elehhhh.....ckp berdegar2 tapi taik terpalit di ekor. petuii.... geli eden. hehehe

Zul.

singamaraja said...

Auuum!

Jika benar ada majlis perunding agama ia mesti di buktikan, dan jika di dapai bener maka ia wajib di tentang kerna agama bukan barang dagangan

Anonymous said...

Saudara,

benarkah apa yang saudara tulis berdasarkan fakta dan angka...atau sekadar fitnah dan ikut selera...

maza.

Anonymous said...

Saya ingat saudara ini keturunan yang suka membuat fitnah.
Anak siapa kah kamu ini yang suka membelit gambar dan berita dengan niat jahat.
Kamu lah diantara manusia Melayu yang akan memalukan bangsa melayu dan menghancurkan negara.
Jangan buta mata dan hati, hidup di dunia ni terlalu pendek nanti tak terjawab di akhirat nanti.

sulhairil hafiz sulaiman said...

apa yang ditulis oleh anginperubahan adalah fakta...dan lepas ini Ketua Menteri Pulau Pinang nafi apa pulak???

sulahiril hafiz sulaiman said...

apa yang ditulis benar belaka

Anonymous said...

apa yang di tulis benar bro

Sedingin Salju said...

Hidup Shabudin Yahya. Berperang demi menegakkan agama. Tuhan bersama anda. Walau pun saya bukan islam, tapi agama saya mengajar untuk menghormati agama orang.

rizuan mh said...

hari ini, ulama dalam PAS sudah menyerahkan urusan agama kepada mereka yang bukan alim. ini tidak pernah berlaku dalam kerajaan BN yang ditunjangi UMNO kerana UMNO bukan polemikkan Islam untuk kepentingan politik, malah UMNO-lah yang membawa Islam dalam perjuangannya. PAS menyerahkan urusan agama kepada mereka yang tidak hormat pada Islam, pasti selepas ini PAS akan diperkudakan lebih teruk. kenapa PP begitu mahu dan ingin menjaga agama Islam dengan menubuhkan badan yg seperti sampah itu, sedangkan dalam kerajaan negerinya sendiri tidak ada wakil dari Pas..hanya seorang muda yang cetek ilmu diberi peranan menjaga hal-hal Islam? sekarang orang muda itu jd lembu di PP, bakal dikorbankan dlm PRU kelak.

Anonymous said...

apa nak jadi la ngan orang islam dok sokong DAP lagi ni! woi puak-puak PAS! tak sedar lagi ka karpal singh soh langkah mayat dia?