Sunday, February 22, 2009

Khalid: Ini Manusia Tak Boleh Digertak

"Saya guna kereta saya (untuk keperluan peribadi), kerajaan negeri tak payah bayar (penyelenggaraan)."Ini manusia tak boleh digertak," kata Khalid Ibrahim dalam majlis makan malam ulang tahun pertama kemenangan Pakatan Rakyat, di padang berdepan dengan bangunan Amcorp Mall, Petaling Jaya, Selangor pada 21 Februari 2008.

Hebatnya Khalid, sampai tak boleh digertak langsung. "Sokongan rakyat jelas kepada Pakatan Rakyat kerana pengurusan yang cekap, telus dan bertanggunjawab. Rakyat tahu siapa yang lebih baik (mentadbir)," kata Khalid Ibrahim lagi. Memang senang mentadbir jika guna peruntukan kerajaan negeri untuk membeli lembu bagi mendapat malice politik di kawasan parlimen sendiri. Memang senang mentadbir kalau pandai berjanji dalam manifesto tetapi bila dituntut membayar RM50 dan RM75 kepada kanak-kanak tadika, ianya gagal dilaksanakan. Isu besar yang berlaku di Selangor sekarang ialah soal penutupan kilang-kilang kerana kelembapan ekonomi. Apakah langkah kerajaan negeri Selangor sebagai sebuah negeri industri untuk mengatasi masalah ini? Apakah Selangor yang mendakwa pandai mentadbir akan bercakap seperti Lim Guan Eng yang meminta kerajaan pusat untuk bertanggungjawab atas masalah penutupan kilang-kilang di Pulau Pinang?
"Apa ingat rakyat ini lembu? "Poorah!... Bagi wakil rakyat yang menipu rakyat, ingat hari ini kamu selamat, (suatu hari) nanti rakyat akan tanam dan kuburkan kamu," kata Anwar Ibrahim dalam majlis yang sama dengan Khalid Ibrahim. Ahli-ahli PKR dan PAS juga bukan lembu. Mereka tahu membezakan siapa yang pandai menipu dan pandai berlakon.

Eratnya pelukan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh ke atas Elizabeth Wong ketika sidang akhbar pada 17 Februari 2009. Ini tanda sokongan tidak berbelah bahagi Muslimat PAS terhadap orang yang mengakui tidak malu melakukan pergaulan bebas?

Inilah sikap double standard Anwar Ibrahim. Bercakap soal rasuah dan isu moral. Bila terkena kepada Khalid Ibrahim dan Elizabeth Wong, Anwar menyalahkan pula orang lain. Mengapa tidak tegur dan nasihatkan sahaja Elizabeth dan Khalid? Sewajibnya, Elizabeth perlu meletak jawatan segera sebagai ADUN Bukit Lenjan dan Ketua Penerangan Wanita PKR. Namun Anwar biarkan sahaja. Kalau tidak letak, ini bermakna Anwar sanggup menutup sebelah mata untuk menghalalkan pemimpin-pemimpin PKR yang bermasalah dari segi moral terus berada dalam PKR. Malah muslimah PAS pun turut memberi sokongan kepada orang yang terang-terang mengakui terlibat dengan pergaulan bebas. Oleh itu, siapa yang jadi lembunya kalau yang salah pun diikutnya lagi?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimipin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

22 comments:

TokMudim said...

Setakat gunakan isu lembu untuk jatuh MB Khalid adalah tidak professional . Apabila SPRM dapat memberi kerja-sama, isu-isu yang lebih besar perlu dicipta. Kalau di PERAK dua Exco didakwa rasuah untuk projek 180 juta, tak kan isu lembu untuk taraf MB ni, sekurang- kurangnya projek bernilai berbillion , baru rakyat Selangor buka mata , kalau setakat lembu, ia akan jadi bahan ketawa rakyat selangor.

Untuk jatuhkan MB Khalid, tidak susah sangat kena perancangan yang teliti, tak payah guna lembu , Macam ni…..

Menguguhkan hubungan dengan Sultan Selangor
Ada saja isu Sultan, adakan perhimpunan atau perarakan besar-besaran. Panggil seluruh rakyat Selangor dengan penginapan percuma satu malam berserta tshirt kuning percuma pasti sokongan padu. Isu di Perak, adalah peluang baik untuk menunjukkan taat setia rakyat Selangor.

Sejarah membuktikan setakat tuduhan kes rasuah atau kes salah guna kuasa adalah tidak memadai untuk menjatuhkan seorang pemimpin, kena tambah dengan kes yang memalukan seperti liwat seperti yang berlaku kepada Anwar Aljuburi. Khir Toyo boleh belajar dari mereka yang terlibat dengan kes itu mereka yang dekat nak mampus tapi tak mampus mampus lagi. Bagaimana nak junjung tilam…bagaimana media digunakan ..ni semua Khir Toyo kena belajar.

Seterusnya cari lah jambu-jambu yang seangkatan dengan Saiful Albontot, sekurang-kurang tiga orang, suruh mereka buat tuduhan liwat terhadap Khalid. Untuk bukti , terjah bontot jambu-jambu ni tapi jangan sampai tertinggal DNA dalam bontot jambu-jambu ni. Nanti terpaksa buang kes sebab lebih dari satu DNA, naya bontot-bontot jambu-jambu ni. Seterusnya pandai-pandai le hang Toyo.

Ingat Jambu bukan Lembu. Baru le syiok memblog.

Anonymous said...

Anwar memang me-lembu-kan rakyat. Melembukan rakyat untuk merusuh.. Melembukan rakyat dengan cerita2 hikayat dongengnya.

Rakyat dah celik la.

Dan yang paling sedeh.. melembukan PAS..

Tapi PAS rela di lembukan anwar dan PKR +DAP

Anonymous said...

Memang betul la hatimu telah ditutup, sehingga kebenaran yang ada pun ko tak nampak.

Sedingin Salju said...

Itulah orang PR. Dah tertutup rapat-rapat hati dan mata hati mereka tu encik Azrizam.

Anonymous said...

ek eleh tok mudim cakap pandai la. semua yang anwar ibrahim aljuburi cakap semua betul, orang lain cakap semua salah. poooorah! lu memang lembu! meminjam kata-kata karpal singh! "Anwar harus bertaubat! Dia sudah membawa banyak kemusnahan kepada negara ini!"

Takbirrrrrr!

Anonymous said...

Pandai cakap nampak tok mudim. Kerja kerajaan ke? ke makan kontrak kerajaan? kih kih kih

Anonymous said...

Kesian khir toyo kena belasah ngan tok mudim. agaknya dulu tok mudim tak dapat share ngan dia. sekarang dengan khalid dia dapat. tu yang marah sangat tu. apa nak heran. tok mudim pun jambu cam khalid gak wakakalkalala....

Anonymous said...

anak kp sprm seorang juruterbang mas telah didakwa di australia kerana terlibat dalam 'child pornography' (rujuk abc news 8 feb 2008).

Anonymous said...

Hoiii!!! Beruk?
Dah tu yang celik mata & hati saper?

Org2 ngko je lah ek?

Bagus sungguh !! sebab ngko2 ni diciptakan dengan mata dan hati yang terang!!! bertuah sungguh ngko!!

Anonymous said...

Hoiii!!! Beruk?
Dah tu yang celik mata & hati saper?

Org2 ngko je lah ek?

Bagus sungguh !! sebab ngko2 ni diciptakan dengan mata dan hati yang terang!!! bertuah sungguh ngko!!

maharajazhou said...

Assalamualaikum tuan azri,

Blog saya dah beroperasi seperti biasa di wordpress.Kalau tak sibuk mai la melawat.Jangan lupa masuk dalam rss feed..

wassalam

Anonymous said...

1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.

4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.

Anonymous said...

ic... wa pon rase malu le kalu lembu ni dijadikan sebagai isu nk jatuhkan pr kt sgor ni, lebih2 lagi lembu tuh utk ibadat korban aidil adha, sedekah amal jariah... apelah buat malu aku jek, carik le isu lain yg bernas skit n nampak berbaloi skit nk jatuhkan seseorg. ic cetek betoi idea sape ni dangkal sgt. Wa tgk kt kg wa disindir- sindirnye pasal lembu nih...depa ckp duit juta2 ribu riban lesap pasal kapak selam, jet lg sonlap...tup-tup lembu jugak dpt name....apelah dangkal sgt sprm ni depa cakap

Anonymous said...

Lagi2 lembu..lg2 lembu. Hangpa carik la isu lain. Tak ade nilai komersil langsung. Buat malu kaum jek...ic men... nih lagi buat rakyat juak dgn umeno nih

TokMudim said...

Tok minta maaf jika apa yang Tuk tulis menyinggung perasaan.

Tok sekadar memberi idea untuk kembalikan Selangor kepada yang berhak.

Bukan setakat menang sorak seluruh Selangor tergadai.

Anonymous said...

woi aku anak selangor haramkan pindah lembu sumber selangor ke kawasan MB! kalu nak sedekah, sedekah la satu KL! ini kasi kawasan parlimen sendiri ja. Haram sungguh ambil untuk kepentingan politik!

Anonymous said...

guna akal n iman...

kalu baik sangat umno tunjukkan?

jgn main tuduh2 kalu x da bukti n usul periksa.

beranikah kamu mengadap mahkamah Allah kelak?

U mane ni? mesi Aspirasot punye org..
haha...

PUTRAKENCANA said...

Itulah sebahagian Melayu yang tak sedar diri menjadi kuda tunggangan DAP laknat itu.

Sedarlah anda semua telah diperalatkan demi untuk menjatuhkan ketuanan Melayu di Tanah Melayu.

Anonymous said...

sekarang boleh la tunjuk kuasa ameno ni
kat akhirat nanti
kita semua akan di adili dengan seadil adilnya
takde yang akan terlepas

SatriaMuda said...

isu BAGI LEMBU KAT RAKYAT sibuk SPRM nak siasat. isu lebih besar melibatkan pemimpin UMNO kenapa SPRM tak ambil tindakan. contoh isu melantik peguam dulu, siap ada video clip lagi (VK Lingam). apa tindakan SPRM. senyap seribu bahasa

Anonymous said...

Tuk Mudim,
Camne nak atasi masalah projek babi di Sepang tu yerrr??? Tak de ke orang Islam dalan Kerajaan Selangor yang berani bantah???

Anonymous said...

Lain kali kalau tak nak jadi isu, jangan guna lembu nak buat ama jariah..guna babi jerrr..lagipun banyak babi di Selnagor