Thursday, February 12, 2009

Kenyataan Nik Aziz Mengelirukan

"DAP tidak pernah tipu kami, semasa dia hendak keluar dalam pakatan Gagasan Rakyat sebelum ini mereka memberitahu dengan terbuka. Biar pun DAP keluar dari gagasan tetapi tidak macam PAS keluar dari BN sehingga pecah tiga parti itu" kenyataan Nik Aziz (Mursyidul Am PAS) dalam SIASAH, 20-26 Julai 2008. Benarkah DAP tidak pernah tipu PAS? Sejak dari dulu lagi DAP menolak hudud yang mahu dibawakan oleh PAS. Apakah PAS boleh tidur sebantal dengan DAP? Pengerusi DAP hendak saman Sultan Melayu sekarang ini, PAS hendak sokong sama? Mana dia ahli-ahli PAS yang berani lawan DAP? Semuanya takut pada DAP?

Pada tahun 2002, Nik Aziz pernah menyamakan DAP sama saja dengan syaitan. Tiba-tiba, enam tahun selepas itu (2008), Nik Aziz menyatakan pula bahawa DAP tidak pernah tipu PAS. Kenyataan yang mana satu boleh dipakai oleh ahli-ahli PAS?

Pada 8 Februari 2009, Nik Aziz menyatakan bahawa "Bagi saya kalau dari UMNO bertukar kepada Pas, saya tidak panggil lompat, saya panggil 'balik kepada asal' kerana orang Melayu daripada UMNO telah sedar dan kembali kepada perjuangan Islam iaitu PAS, macam anak kita bertengkar dengan ibu bapa keluar rumah dan balik semula ke rumah. Begitu juga kalau dari UMNO ke PKR ... bagus sebab PKR menyokong perjuangan PAS,". Apakah hanya PAS sahaja yang perjuangkan Islam dalam dunia ini? Kenyataan ini cukup mengelirukan, ianya tidak harus dikeluarkan oleh seorang yang bergelar Tok Guru. Kembalilah kepada imam sebenar kita jika keliru. Di dalamnya tidak tertulis pun, PAS adalah sesatunya parti yang memperjuangkan Islam. PAS bukan agama, usah terlalu taksub sangat padanya.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

11 comments:

fital said...

keliru lagi bercelaru

Taminsari said...

Salam...

Saya nasihatkan kepada Nik Aziz supaya bertaubat dan kembali kejalan yang benar, jalan yang diredhai Allah SWT. Inilah jadinya apabila agama dipolitikkan. Eloklah nik Aziz letak jawatan atau bersara dari politik supaya minda umat Islam tidak disesatkan lagi. Sudah tiba masanya Nik Aziz lupakan politik dan jadilah Tok Guru sepenuh masa..wallahuallam..

Salam perjuangan

mine said...

salam perjuangan
masalah terbesar di Malaysia ialah menganggap PAS itu Islam dan Islam itu PAS
sedangkan hakikat sebenarnya Islam itu Addin (Agama) dan PAS cuma Parti Politik.
Islam sepatutnya menjadi ikutan/anutan PAS dan bukannya PAS memperkuda atau menggunakan agama Islam itu sebagai senjata politik bagi menghalalkan cara.
Melayu memang fanatik bab agama..
nak tanya..

Kalau lah kita ke Mekah.. boleh ke kita solat ikut imam disana? sedangkan hakikatnya pas tidak punya cawangan atau bahagian di tanah haram..
dan.. diaorang pengikut mazhab yang berlainan..

harap PAS hilang dari politik malaysia..
pas terah merosakkan akidah pengikutnya.. menghalalkan cara demi politik dan bukan agama
amin

Rasyideen said...

Najis....Najis.....Najis....taubat.....takabbur diri....Ulamamak......anda pun manusia juga.....ada beribu ribu lagi ulamak di dunia ini....malah di Malaysia pun........bukan anda sahaja (Nik Najis)yang bertaraf tok guru......Najis.......Orang macam nih memang dari awal lagi tak layak jadi pemimpin....sebab tk dak pendirian bila buat kenyataan.......cuba kita fikirkan, kenapa pendapat N.Najis & Harussani tentang isu Perak tidak sama?.....yang mana satu ulamak, yang mana satu ulamamak......kita lihat siapa tang kena....heheheh

Anonymous said...

mengiyakan apa yang surat kabo umno tulis.....

bukankah nombor ekor jer yang betul dalam surat kabo umno.

Anonymous said...

Salam. petikan dari kata2 tUAN gURU nIK Aziz... Jika UMNO BN sanggup untuk laksanakn negara Islam, PAS akan dibubarkan serta merta... Konsert Avril Lavinge, Konsert Rihanna, Sambutan Malam Merdeka, Sambutan New Year, Realiti TV yang lompat sane sini (Gangstarz, OIM).. InsyaAllah PAS takkan dibubarkan lagi. Sabarlah ye. Allah blum nak kiamatkan dunia ni lagi dengan mematikan ulamak2 yang menegakkan kebenaran. 'Aku berharap agar diri ini dimatikan sblum kiamat. ameen'

OrangKB said...

Sebenarnya saya rasa malas nak tinggalkan komen kat sini. Tapi bila lihat post ini, saya rasa nak tegur. Amar ma'ruf nahi mungkar. Tolong siarkan komen ni, tak kiralah walaupun ia pedas.

Sdr Azrinizam,
Kalau anda mengaku Muslim, lebih baik anda jangan kutuk alim ulama'. Sebab mereka berilmu lebih daripada anda. Mereka cakap atas dasar mereka faham agama, mereka belajar agama melalui saluran yang betul, hafal begitu banyak dalil dan hadis. Sedangkan anda bercakap atas kejahilan anda, dan mungkin anda akan sesatkan lebih ramai orang dengan kejahilan tu.

Saya rasa kenyataan ini dikeluarkan oleh orang Islam yang tak faham erti dia menganut Islam.
Baca buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" oleh Fathi Yakan dan anda akan dapat jawapannya.

"Apakah hanya PAS sahaja yang perjuangkan Islam dalam dunia ini? Kenyataan ini cukup mengelirukan, ianya tidak harus dikeluarkan oleh seorang yang bergelar Tok Guru. Kembalilah kepada imam sebenar kita jika keliru. Di dalamnya tidak tertulis pun, PAS adalah sesatunya parti yang memperjuangkan Islam. PAS bukan agama, usah terlalu taksub sangat padanya."

Untuk pengetahuan anda, adalah wajib untuk menyertai gerakan Islam, terutamanya kalau negara Islam belum tertegak. Kalau kat malaysia ni pun, ada banyak pertubuhan atau gerakan Islam sebenarnya. Termasuklah ABIM, tabligh dan lain-lain. PAS juga merupakan satu gerakan Islam, nama asalnya Hizbul Muslimin. Maklumat lanjut dalam Wikipedia:


http://en.wikipedia.org/wiki/PAS_(political_party)


Kalau di peringkat antara bangsa, ada Ikhwanul Muslimin, HAMAS dan PLO. Di Palestin, yang memperjuangkan Islam ialah HAMAS. Mereka terpaksa gunakan strategi berperang sebab berdepan dengan Zionis.

Tetapi kita di Malaysia. Kalau terpaksa, memang kena berperang. Tapi selagi mana Islam boleh ditegakkan melalui demokrasi maka kita guna demokrasi. Dan dalam banyak-banyak gerakan Islam di Malaysia, cara PAS ialah yang paling tepat, sebab guna demokrasi.

Kenapa PAS tak sertai UMNO, ialah kerana UMNO tak ubah polisinya. Dasar UMNO ialah dasar sekular. Selagi mana UMNO tak ubah polisi ni, selagi itu PAS takkan gabung dengan UMNO. Sebab tu, TG Nik Aziz cakap, kalau nak gabung, bubar kedua-dua parti, buat parti baru, dengan polisi baru.

Maklumat lanjut dalam video Youtube:


http://www.youtube.com/watch?v=XynUAFm-0vA


Tentang pendirian dengan DAP, hukum bergabung dengan DAP adalah harus. Sebab dalam masyarakat majmuk. Kalau bergabung dengan DAP salah, yang UMNO gabung dengan MCA, MIC, Gerakan tu salahlah?

Sepatutnya anda bersyukur kerana masih lagi ada ramai alim ulama' di Malaysia macam TG Nik Aziz. Nak harapkan anda belajar agama dan jadi Tok Guru atau mufti, sebenarnya saya tak fikir anda sanggup. Tak ramai yang sanggup. Rakyat Malaysia hari ni lebih suka belajar ilmu duniawi daripada ilmu agama. Sedangkan dalam keadaan dunia hari nilah kita perlukan alim ulama'.

Sekarang ni pun, NGO macam Sister In Islam dan IFC cuba sesatkan umat Islam. Cuba bayangkan kalau takde seorang ulama' pun kat Malaysia. Dah tentu NGO macam ni akan naik kepala dan kes murtad berleluasa.

Saya tak kisah kalau anda nak kutuk DAP ke, PKR ke saya tahu anda benci pembangkang. Tapi ingat, jangan sesekali kutuk ulama'. Orang Cina, India pun menghormati Nik Aziz, sepatutnya anda juga menghormati dia.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

Orang KB,

Alhamdulillah, nasib baik otak saya masih ok dan waras dan tak terikut mcmana cara awak fikir.

kalau awak jujur, kalau nik aziz cakap salah awak ckp salah la, kalau dia betul ckp betul tak pa.

ni apa pun nik aziz ckp, yg salah memang jelas pun awak cakap betul dan aminkan beramai2.

umno pun perjuangkan islam juga bahkan umno perjuangkan hak2 kaum lain mengikut yg islam ajar.

kita amik satu contoh la, IFC tu.... sila baca dlm blog yg lain2 siapa yg sokong IFC tu sebenarnya, malu la sikit, cakap islam berdegar2 tapi taik terpalit diekor sendiri.

Orang KL.

Anonymous said...

Kenyataan N Ajis ini amat merbahaya. ia melibatkan soal akidah. Islam PAS saja yang betul, Islam yang lain tak betul?

PUTRAKENCANA said...

Tak tahu le ape nak jadi dengan Melayu ni, nak kata bodoh, belajar tinggi-tinggi. Nak kata pandai, masih berfikiran sempit dan senang di tipu oleh bangsa pendatang ini.

Pelik , pelik.........

Anonymous said...

Apa pun Nik Aziz sekarang ini bukan Nik Aziz sebelum PRU12.

Tahniah kepada Nik Aziz yang semakin hari semakin menjadi ulama BN .. perjuangan negara Islam dan Hudud sudah dibuang didalam sungai kelantan .. hudud.. negara islam hanyalah pada cogan kata..
habuk pun tarak ...