Friday, February 6, 2009

Karpal Mencabar Sultan

"Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik seorang menteri besar BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini," berikut adalah kata Karpal Singh (Pengerusi DAP) dalam Malaysiakini pada 6 Februari 2009.

Kenyataan Karpal Singh dalam The Star, 5 Mei 2008, muka surat 27. Karpal mempertikaikan campurtangan Sultan dalam pertukaran Datuk Jamry Sury (Pengarah Jabatan Agama Perak). "Sultan Azlan Shah did not have any say, as the ruler of Perak, in the decision made by the state goverment and by lay, the palace cannot order the state goverment to reinstate Jamry" kata Karpal Singh. Memang DAP suka bersengketa dengan raja Melayu dan mempersoalkan Islam di Malaysia. Itu pun PAS dan PKR masih lagi mahu bersama dengan DAP.


Pada 13 Mac 2008, DAP pernah bersikap kurang ajar terhadap Sultan bila memulaukan majlis angkat sumpah perlantikan Nizar di hadapan di hadapan Raja Dr. Nazrin Shah. Bila kerajaan negeri Perak bertukar pada 6 Februari 2009, Karpal sekali lagi bersikap biadap terhadap keputusan Sultan Perak. Malah Nizar secara terbuka menyatakan mahu derhaka pada Sultan. Apakah Nizar sudah lupa bahawa DAP juga pernah memulaukan perlantikannya sebagai menteri besar di Perak?

Petang tadi, sekitar 1,000 orang penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar untuk membantah keputusan Sultan Perak dan perlantikan menteri besar baru. Kanak-kanak sekolah digunakan sebagai perisai manusia untuk berdepan dengan FRU pada petang tadi. Rata-rata yang datang adalah orang luar, majoritinya dari Kelantan. Malah kereta raja turut disergah dan diserbu oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Seruan derhaka Nizar seolah disambut sama oleh para penyokong Pakatan Rakyat ketika berdemonstrasi pada petang tadi. Ikrar derhaka Nizar tidak wajar dicontohi oleh orang Melayu lain. Amatlah wajar gelaran Datuk Seri yang diberikan kepada Nizar ditarik balik. Nizar perlu meminta maaf secara terbuka kepada Sultan mengenai kenyataan derhakanya.


(Gambar: Tinggal kenangan, kerajaan campuran DAP, PAS dan PKR selama 11 bulan di Perak. Yang paling ruginya adalah DAP, bila hilang 6 kerusi exco dalam kerajaan negeri. Yang sedihnya, ada orang Melayu sanggup berkata secara terbuka mahu menderhaka kepada Sultan. Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat? Terlalu taksub mereka hingga mahu menderhaka kepada Sultan).

Ketika demonstrasi petang tadi di hadapan istana, tiada seorang pun ahli DAP yang datang. Apakah PAS hanya menjadi kuda DAP sahaja untuk membuat demo? Tidakkah orang Melayu dalam PAS dan PKR sedar bahawa DAP sedang memerhatikan dari jauh melihat orang Melayu sendiri sanggup menderhaka kepada rajanya sendiri untuk membela 6 orang exco DAP di Perak? PAS sanggup menderhaka kepada Sultan semata-mata untuk membela Nga dan Ngeh di Perak.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

16 comments:

bzz said...

Bodoh punya pas. dah kene bagi makan babi ke ape?

Sedingin Salju said...

Itulah orang bodoh. Ada akai, pakai.

Kembara Politik said...

Bagi saya Karpal Singh pandai menangguk di air keruh. Dia buat sesuatu yang boleh naikkan namanya di kalangan pengundi bukan Melayu dengan tindakan menyaman Sultan even Sultan dikecualikan dari undang-undang sivil. Dia cuma boleh buat benda ni dikala Melayu Perak itu sendiri menyatakan dengan terbuka mahu menderhaka dan penyokongnya mengamuk menentang Sultan bagi orang Melayu dan Ketua Agama Islam bagi negeri Perak dan jajahan takluknya.

Anonymous said...

Bakal Perdana Menteri Malaysia...

Hehehe...selamat maju jaya Malaysia...semoga Allah melindungi kita dari pemimpin yang zalim...

Mula2 aku ingat Anwar Ibrahim je otak tak betul...rupa2nya bakal PM pun otak lebih kurang jer....

Mie0100 said...

Ada sapa-sapa perasan tak? masa si Nizar angkat sumpah dulu hanya Pemangku Sultan Perak yang memberi watikah lantikan tetapi masa Dr.Zambry angkat sumpah hari ni Sultan Perak sendiri yang memberi watikah perlantikan.

Perhati Jauh said...

Saya yakin penyokong PAS sendiri sudah dapat merasakan perjuangan PAS hanya di atas kertas dan diceramah2 tapi hakikatnya mereka adalah sama dengan DAP dan PKR...

Ahli PAS inikah parti yang anda mahu sokong ...

Seharusnya BN mengambil kesempatan ini memperbaiki segala kelemahan-kelemahan yang lalu untuk meraih kembali kegemilangan BN .. of course semestinya to be more Islamic ...

Anonymous said...

Biar kena tulah...

Syammil said...

mengapa PR menggelabah membabi buta?
mengapa hanya melayu PR saja yang turun berdemo dan snggup kena gas pemedih mata?
kemana perginya ahli2 cina DAP semasa demo?

Anonymous said...

PAS & PKR dah kena "main" dengan DAP. Ini adalah salah satu taktik kotor DAP untuk menghapuskan Kuasa Raja2 dan sekaligus menghapuskan segala yg berbaur Melayu.

Anonymous said...

Apasal Cina DAP tak turun padang? Jawabnya diorang buat pas waktu sembahyang Jumaat. Itupun tak terpikir ke?

Lagi satu, korang nama jer Islam, tapi masih terikat dengan kepercayaan Hindu. Seolah-olah mendewa-dewakan sultan. Tak leh derhakalah, kena tulah lah, tak leh saman sultanlah.

Ingat, sultan ke raja ke lepas mangkat semuanya disemadikan bersama ngan rakyat. Semuanya sama taraf ngan rakyat biasa jer.

Kalau masih tak paham gak, tak tau lah...

Anonymous said...

ngok hang ne...
bace blk undang2 tubuh negeri Perak..
16 (6)...

RK said...

sudah terang lagi bersuluh~

heh~

bodo betol la~

Anonymous said...

SAMAN JE

Anonymous said...

ayo owner blog....

xkan ko da lupe yang almarhum Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan pun kene saman gak...Die kalah dalam kes tu....

Ngok punye owner!!!

Anonymous said...

Mahkamah khas yang ditubuhkan untuk mendengar kes membabitkan Tuanku Ja'afar pada 15 Oktober 2008 mengarahkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, membayar AS$1 juta (RM3.5 juta) kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) selepas memutuskan Tuanku Ja'afar perlu mematuhi terma-terma dalam surat kredit.

Mahkamah juga mengetepikan saman balas Tuanku Ja'afar terhadap bank berkenaan untuk mengisytiharkan bank itu tidak berhak mengikut undang-undang untuk melepaskan simpanan tetapnya bagi menyelesaikan bayaran AS$1 juta itu.[2]

Saman itu dikemukakan selepas kerabat diraja itu telah, pada atau sekitar 12 Februari 1999, memperolehi menerusi SCBMB, surat kredit (SBLC) tunggu sedia bernilai AS$1 juta untuk Connecticut Bank of Commerce (CBC) di Amerika Syarikat bagi kemudahan kredit yang akan diberikan oleh CBC kepada sebuah syarikat AS yang dikenali sebagai Texas Encore LLC (TEC).

Menurut peguam bank itu, Robert Lazar, bank berkenaan berhak mengeluarkan jumlah terbabit daripada akaun simpanan tetap Tuanku Ja'afar.[3]

anticelopar said...

Tak ada cara lain dah ke. Asyik saman, saman, saman, aduan polis, aduan polis. Biadap, celopar, dah jadi mainan. Rakyat dah naik menyampah. Siapa Karpal nak ugut-ugut orang lain, dia ingat orang takut padanya. Por...