Wednesday, February 11, 2009

Karpal Dakwa 100% Ahli DAP Menyokongnya

"Saya yakin 100 peratus ahli DAP bersama saya tidak menyokong lompat parti dan hukum hudud." kata Karpal Singh (Pengerusi DAP). Karpal sekali lagi mengulangi pendiriannya tidak bersetuju dengan budaya lompat parti yang dipopularkan oleh Anwar Ibrahim. "Bagaimanapun, pendirian Anwar mengenai lompat parti tidak boleh dibenarkan," kata Karpal Singh. Jika benar 100% ahli DAP menyokong Karpal, maka Pakatan Rakyat harus menyingkirkan DAP dari Pakatan Rakyat. Paling tidak pun, Karpal mesti digesa turun sebagai Pengerusi DAP.

(Gambar: Dulu bukan main mesra lagi Karpal dan Anwar. Sekarang mereka sudah bertelingkah sesama sendiri kerana Karpal menuduh Anwar bertanggungjawab mempromosikan lompat parti hinggakan jatuh kerajaan yang penuh dengan 6 orang exco DAP di Perak. Sampai hari ini, Karpal dan Anwar masih belum lagi berjumpa. Apakah keretakan hubungan antara Karpal dan Anwar ini bakal menjatuhkan lagi dua buah kerajaan negeri?)

Sikap Karpal yang degil dan keras mahu melawan perlaksanaan hukum hudud dan bertindak biadap mahu menyaman Sultan tidak boleh dibiarkan oleh orang-orang Melayu dalam Pakatan Rakyat. Apakah orang Melayu sanggup melihat Karpal menghina raja Melayu sendiri? Oleh itu, seruan DAP yang mahu meletakkan calon Melayu bertanding atas tiket DAP perlu ditolak sekeras-kerasnya oleh orang-orang Melayu dalam Pakatan Rakyat. DAP tidak boleh dijadikan sahabat perkongsian kuasa dalam Pakatan Rakyat selagi sikap pengerusinya tidak diubah. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menerima DAP, Pakatan Rakyat bukanlah satu kerjasama yang boleh diharapkan untuk memerintah dan menjaga hak orang Melayu di negara ini. Sanggup membiarkan DAP bertindak mengikut apa yang dia suka tetapi langsung tidak melarang tindakan DAP tersebut demi undi semata-mata.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

12 comments:

pencinta kebenaran said...

karpal tu buang negara jek...pegi lah mana2 yg dia suka..klau campak laut pun ntah2 jerung tak mo makan!

apa2 pun kita mesti ingat..diorg ni semua kaki penipu...ye lah depan kita jek dia bercakaran..ntah2 kat belakang kita diorg tgh atur strategi...so better kita be aware

Ahmad Albab said...

Dia bersebdirian tuh..... biarlah..

Parpu Kari said...

APA YANG PENCINTA CAKAP ADA KEBENARAN DIA JUGAK, SI BENGGALI DENGAN SI PELIWAT TENGAH MAIN WAYANG NAK MELEKAKAN BN....BAIK PERCAYA KAT ULAR DARI NAK PERCAYA KAT DUA EKOR NI LAH...

Mohd Rafiq Naizamohideen said...

Salam.. tahniah salam perkenalan dan salam perjuangan!

Walaupun Anwar Ibrahim dan Azrinzam Ibrahim kedua-duanya punya "Ibrahim", tapi saya percaya anda punya perjuangan berbeza..

www.mohd-rafiq.blogspot.com
(Pemuda Kota Melaka)

sulhairil hafiz sulaiman said...

Karpal ini tak sedar diri & tak tahu malu...sudah jadi Ahli parlimen kawasan DYMM Sultan Perak pastu hendak saman DYMM Sultan Perak pulak.

Cik Angah said...

beginilah politik..kerana politik juga masyarakat berpecah belah..siapa yg harus d percaya sekarang?..tepuk dada..

DAUD said...

KILL.....KILL...KILL.....

Anonymous said...

1stly.aku memang tak suka karpal.dia rasa dia cam bagus sangat.

2nd-pelik lak kau marah karpal melawan perlaksanaan hudud.bukan ke umno memang xnak hudud ke.bukan ke che det mengutuk perlaksanaan hukum hudud ke.bukan ke zaid ibrahim menyaman kerajaan pas kelantan sebab membentangkan rang undang2 hudud ke.so,sama je la umno dengan karpal.cume beza,dia kafir.umno islam.melayu.tapi umno yang tolak hudud.sape lagi teruk.

3rd-dari segi undang2.tak salah nak saman sultan.sape2 boleh saman sultan.ada mahkamah khas untuk kes berkaitan sultan.tapi orang umno tak ingat ke,mahathir pernah menyerang raja-raja melayu awal 90-an dulu.lupe ke.peristiwa penabalan sultan kelantan oleh annuar musa dulu.lupe ke.umno menentang pilihan sultan mizan untuk melantik ahmad said sebagai mb.lupe ke.

..kalau kau accept kan bagus gk

fital said...

sokong kong kalikong
muka macam kingkong
terjerit terlolong
macam kena polong

Anonymous said...

Umno nak hudud, tapi bukan hudud songsang PAS.

Dr.M lawan sultan semua org tau sebab nya,....jangan la kau nak belit kat sini. UMNO tak pernah cakap sembah DERHAKA.

ira said...

karpal patut campak ke laut je.

Anonymous said...

kalo umno nak hudud.buat je la.takyah tunggu hudud songsang pas tu.kemon la.cakap bagi ada isi.

sebab ape mahathir lawan sultan.bagitau siket.memang umno tak pernah cakap sembah derhaka.sebab umno tak tulis surat kat sultan.nizar tulis.cara tu la nak tulis bahasa istana