Thursday, February 26, 2009

Isu Babi Di UM dan USM

Dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) sesi 2008/09 pada awal Januari lepas, kampus dikejutkan dengan isu babi, satu di UM dan satu lagi di USM. Pada jam 5 pagi, 16 Januari 2009, pelajar-pelajar Universiti Malaya telah dikejutkan dengan penemuan dua kepala babi yang diletakkan atas bendera PAS dalam surau Akademi Pengajian Islam dalam kawasan kampus Universiti Malaya. Orang yang pertama menjumpai dua kepala ini adalah Azlan Zainal (Presiden Parti Mahasiswa Negara). Mengapa dia menjadi orang pertama yang menjumpainya? Apakah motif dua kepala ini diletak dalam surau? Kumpulan mana yang akan dituduh jahat? Modus yang sama, subjek yang sama juga digunakan di Universiti Sains Malaysia.
(Gambar: Satu sticker yang dibuat untuk memburukan calon Pro M iaitu Adi Syahid dengan menggunakan super impose gambar babi dalam pilihan raya kampus lepas). Apakah motif sticker ini dibuat sebegitu? Sekali tengok sudah tentu pelajar akan tuduh pihak Aspirasi yang buat. Jika merujuk pula stiker Pro M (jimatkan air, jimatkan elektrik dan jaga kebersihan) dari segi material kertas dan dakwatnya dengan sticker "calon babi" adalah sama. Apakah ada kemungkinan sticker ini datang dari sumber yang sama dengan sticker-sticker kempen Pro M yang lain?. Apakah datang dari kedai yang sama?. Nampaknya over killed pyswar yang cuba digunakan telah menjerat diri sendiri (baca cerita lanjut di sini). Kalau diteliti baik-baik, dua kes "babi" di UM dan USM ini, ianya adalah satu petanda tidak sihat untuk politik kampus. Ada sesetengah mahasiswa yang sanggup menggunakan teknik Machiavelli untuk kemenangan dalam pemilihan. Perkara sebegini harus dielakkan. Banyak lagi cara yang boleh dibuat untuk memenangi hati mahasiswa. Jangan menjadi terlalu ekstrems.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

5 comments:

gotahlantun said...

EDEN INGAT INI SEMUO KOJO PUAK KOMUNIS YANG PROVO UNTUK MELAGAKAN SESAMA PEMIMPIN MELAYU.

ORANG MELAYU ISLAM, MACAMANO JAHAT PUN TAK KAN SANGUP POGANG BINATANG TUH..WALAUPUN BERALAS.

INI SEMUO KOJO KOMUNIS, JADI BERHATI2LAH.

Muhammad Hafizzuddin said...

jika org Islam yang lakukan, saya doakan agar Allah beri petunjuk dan kembali ke jalan yang benar.
jika org bukan Islam, saya harap dia diberi petunjuk agar keamanan dan sensitiviti agama itu terjaga
harap pihak terlibat terbuka hati dan tampil serahkan diri kerana hukuman di dunia ini mungkin tidak seberat hukuman Allah di padang Mahsyar

Sedingin Salju said...

Orang yang buat kerja bodoh ni, takdak akai. Sebabnya, tak hormat orang.

Anonymous said...

budak2 play station sekarang memang dah advance..... ye la 10 taun dulu sibuk depan TV main PS ....

dek terlalu IT savvy la sampai sanggup buat mcm ni. kesian budak2 skrg.

aku dulu2 main bola sepak je yg aku tau.... hehe

zul.

Anonymous said...

wahai orang2 yang beriman! ingatlah nikmat Allah yang diberikan kepadamu, ketika suatu kaum bermaksud hendak menyerangmu dengan tangannya, lalu Allah menahan tangan mereka dari kamu. dan bertakwalah kpd Allah dan hanya kpd Allah lah hendaknya orang2 beriman itu bertawakkal.(al Maidah:11)