Berikut adalah ulasan Dr. Chandra Muzaffar (bekas Timbalan Presiden Keadilan) dalam Utusan Malaysia, 5 Mac 2008, mukasurat 3 “Anwar bukan seorang yang berpegang pada prinsip dan dia hanya menyesuaikan diri dengan suasana, kehendak dan iklim politik semasa”. Contohnya, kalau mahu meraih sokongan kaum Cina, dia akan memperjuangkan isu masyarakat berkenaan dan melakukan perkara sebaliknya apabila mahu mendapatkan sokongan Melayu.” “Dia menjalinkan hubungan intim dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat (AS). Rakyat Malaysia tahu tentang dasar luar AS yang begitu agresif mahu menguasai dunia seperti di Asia Barat. AS mahu kekal berkuasa ke atas laluan strategik di rantau itu. Anwar juga begitu akrab dengan golongan tertentu di AS, antaranya dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan yang juga bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz yang merupakan antara perancang utama Perang Iraq”.
“Anwar juga menjadi Pengerusi Yayasan Untuk Masa Depan yang ditubuhkan dan dilancarkan oleh pentadbiran Amerika Syarikat yang kononnya untuk memperkenalkan demokrasi di Asia Barat”. Yayasan itu ditubuhkan oleh kuasa tertentu untuk kepentingan mereka. Anwar terlibat dalam usaha ini. Dia mendapat sokongan media Barat dan pemimpin tertentu di Barat.”
Dr Chandra tidak akan berkata sebegitu jika tidak bersandarkan pada sesuatu perkara yang kukuh dan konkrit. Berikut adalah ucapan Anwar Ibrahim di Plenary Session, U.S.-Islamic World Forum pada 14 February 2009 di Four Seasons Hotel, Doha, Qatar. “Our deepest fears were abated with hope that the Obama administration would honour the promises of a new agenda to re-engage with America’s friends and foes around the world in the interests of greater peace and in the pursuit of justice and liberty.We see a president committed to the values of freedom and democracy, a president who believes that the critical issues dividing the United States and the Muslim world can be resolved not through fiery rhetoric and bellicose language but by positive engagement in a language of mutual respect”.
Ucapan Anwar Ibrahim ini menjelaskan bahawa Anwar memang seorang yang pandai menyesuaikan diri dengan suasana, kehendak dan iklim politik semasa sebagaimana yang disebutkan oleh Dr. Chandra. Apakah Anwar lebih mementingkan usaha untuk melobi Amerika di Qatar daripada hadir ke sidang parlimen mendengar titah Agong?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)





1 comments:
Sokongan anwar terhadap USA merupakan sokongan kepada Israel secara langsung kerana kalau diteliti Kabinet Obama lebih ramai orang Israel dan mempunyai kaitan dengan Isare dari kabinet Bush sebelum ini.......
Kini Anwar senyap sepi kerana pelbagai kejadian luar dugaan dan balasan untuk pembohongannya selama ini terbongkar......nampaknya tugas utama anwar sekarang adlah untuk berlawan dengan si kerusi roda!!!!!
Post a Comment