Wednesday, February 4, 2009

Herald Jangan Cabar Islam



Pada 2 Januari 2009, Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh DAP) menyatakan "Home Ministry Hijacks Allah Decision" dalam blognya. Sila baca di sini. Mengapa Teresa Kok beriya-iya benar mahu mempertahankan tindakan Herald Catholic untuk menggunakan kalimah Allah dalam edisi bahasa melayunya? Pemimpin-pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat harus menegur Teresa Kok berhubung isu ini. Bernard Dompok (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) juga harus diperjelaskan oleh pemimpin Melayu dalam Barisan Nasional agar jangan terlalu mudah membuat sesuatu keputusan tanpa mengambil kira sensitiviti umat Islam.

"Sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka." kata Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) di hadapan 100 tetamu yang terdiri dari orang-orang Kristian dan Islam di dalam sebuah forum yang ditaja bersama oleh Victorian Council of Churches, The Islamic Concil of Victoria, The Centre for Dialogue di La Trobe University dan juga Bandar Darebin, mengenai "Dialog Peradaban". (Rujuk Sini). Sebagai seorang Islam, anda nilaikanlah sendiri adakah wajar kata-kata Anwar Ibrahim tersebut.

Tindakan Herald Catholic untuk menggunakan nama Allah SWT dalam edisi terbitan Bahasa Melayunya adalah satu tindakan yang amat biadap dan tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi negara. Penggunaan nama Allah SWT boleh mengelirukan ramai penganut Islam terutamanya yang masih kecil dan muda remaja. Jangan cuba memprovokasi dan mencabar kesabaran umat Islam. Jangan mempersendakan nama Allah SWT di negara ini. Tindakan sewajarnya harus diambil terhadap penerbit Herald Catholic dan mereka yang menyokong usaha penggunaan nama Allah dalam Herald Catholic.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

8 comments:

Anonymous said...

apalah malangnya pengikut2 melayu islam PAS&PKR yg beri undi pada mereka yg terang2 nak menjahanamkan umat islam.

aku rasa elok kalau pemimpin PAS suruh bang nuar ni mengucap dua kalimah syahadah. kesan dari sokongan bang nuar ni amat besar, keturunan melayu islam mungkin akan lenyap digantikan dgn melayu kristian satu hari nanti, kalau kata2 bang nuar ni dijadikan asas rujukan mereka di gereja2.

dulu pemimpin2 PAS dlm ceramah2 mereka menfitnah dr.M kata dr.m percaya pada tokong cina, sbb di rumah dr.m di putrajaya ada tokong cina. hehe... bila aku gi galeri dr.m di langkawi baru aku jumpa apa yg dikatakan tokong tu. hehe... rupa2nya hadiah dari pemimpin negara china yg menyerupai tokong. petuiii...

tapi adakah pemimpin2 pas rasa bersalah dan nak mintak maap pada dr.m kerana memfitnahnya......tak daaaa. mmg mcm tu la perangai pemimpin2 pas, pengikut2nya apatah lagi.

tapi ni azrinizam quote kata2 bang nuar yg terang2 menyokong perkataan Allah digunakan. tapi adakah penyokong2 PAS&PKR sedar akan kesannya?, ikhlaskah perjuangan pas&pkr?, mampukah menahan kata2 bang nuar ni tak pun menasihatkan beliau....

teresa kok ni lagi laaa.....cakap melayu pun tak brapa nak geti, tapi tiba2 nak pertahankan bahasa melayu dlm ceramah gereja.....tak ke pelik bin ajaib namanya. jahat betul laaa.....

tapi percayalah lagi pelikx1000 sbb ada ramai pengikut taksub PAS yg bersedia bila2 masa nak pertahankan mereka berdua nih.

zul.

Sedingin Salju said...

mesti ada agenda tersembunyi ni.

bunga mawar said...

SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD{ Februari 3, 2009 @ 12:02 pm } · { Majlis Ilmu }
{ Tags: SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD } · { Komentar }



ANJURAN BERSAMA UIA (MAHALLAH REPRESENTATIVE COMMITTEE(MRC)ALL MAHALLAH IN PETALING JAYA AND NILAI CAMPUS AND FOUNDATION STUDENTS COORDINATION COUNCIL - FSCC), JAKIM, JAWI DAN YAYASAN SOFA
TARIKH: 11 SHAFAR 1430H / 7 FEBRUARI 2009M (SABTU)
MASA: 8.00 PAGI - 11.45 MALAM
TEMPAT: DEWAN MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, JALAN DUTA.

ATURCARA:
7.30 pagi : Ketibaan para peserta
7.45 pagi : Ketibaaan tetamu khas dan juga para penceramah. Tetamu kehormat: Dato’ Pengarah JAKIM, Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan dan Penaung Yayasan Sofa

8.15 pagi : Majlis Perasmian Seminar dan ucapan para tetamu kehormat.

9.15 pagi : Minum pagi

9.45 pagi : Ceramah 1 oleh al-Fadhil Ustaz Zamihan bin Haji Mat Zin, Pen. Pengarah Pusat Pengajian al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
Tajuk ceramah: Peranan Mahasiswa Dalam Memahami Serta Membenteras Penyelewengan Agama Dan Gejala Murtad

10.45 pagi : Rehat

11.00 pagi : Ceramah 2 oleh al-Fadhil Ustaz Haji Mahfuz bin Muhammad al-Khalil, Pendakwah Bebas.
Tajuk ceramah: Kesamaran yang Perlu Dijelaskan dalam Memahami Agama

12.45 t’hari : Makan tengahari dan shalat zohor

2.00 petang : Ceramah 3 oleh Ustaz Ahmad Faidzurrahim bin Haji Muhammad Alwi, Pen. Pengarah Institut Pengajian Darul Hijrah, Pahang.
Tajuk ceramah: Pegangan Jitu Seorang Muslim

3.15 petang : Rehat

4.30 petang : Suai kenal bersama Ulama. Tausiyah oleh al-Mukarram Syaikh ‘Afeefuddin al-Jailani; Tausiyah oleh al-Habib ‘Ali Zaenal Abidin al-Hamid dan persembahan Qasidah oleh Yayasan al-Jenderami.

*************
Ceramah Khas - مفاهيم يجب أن تصحح (Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan)

7.45 malam: Ketibaan Tetamu Kehormat, penceramah dan para peserta seminar

8.15 malam: Majlis bermula - bacaan al-Quran, bacaan Ratib al-Hadddad, Ceramah oleh Syaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki, Soal-Jawab

11.15 malam: Bacaan Maulid Daiba’ie, Qasidah Nabawiyah oleh Kumpulan as-Sofa

11.45 malam: Jamuan ringan dan bersurai.

Untuk keterangan lanju, sila hubungi:
Syed Muhd Saufi: 013-628 0251
Ustaz Muhadir: 012 - 697 3893


http://pondokhabib.wordpress.com

zhang ning said...

Teresa mmg salah seorang pemimpin yang langsung tidak layak bergelar pemimpin...

hanya layak utk jadi ahli politik kosong yang tidak membawa sebarang perubahan kpada kebaikan...

aku byk kali dengar speech dia kat tv & baca komentar dia.... sesungguhnya mmg kosong ...... bercakap tidak menggunakan fakta tapi lebih kpd emosi & kepentingan kaumnya.... pelik la aku............................................

Syeikh Al-Hafiz said...

Orang Kristian sendiri tidak pernah menyebut perkataan Allah semasa bersembahyang di gereja. Tiba-tiba ingin pula menggunakan kalimah suci Allah dalam penerbitan Bahasa Melayu mereka. Nampak jelas ada udang di sebalik batu. Setelah berjaya menghakis Ketuanan Melayu mereka cuba pula menghakis kesucian Islam di bumi Malaysia ini.

www.permatangpauh2u.com

Jlascanteen said...

salam,

saya ada terjumpa satu laman web Joshua Project. projek mengkristian unreach people. dan orang melayu semenanjung malaysia termasuk dalam senarai mereka.

harap saudara muslimin dan muslimat berjaga-jaga.

sila tengok sendiri laman web tersebut.

http://www.joshuaproject.net/peopctry.php?rop3=106144&rog3=MY

Awangku Saghir said...

Pandai sungguh abang Anwar cipta isu untuk dibincangkan khalayak. Moga isu ini boleh menjelaskan segalanya. Yang mana dalang, yang mana jalang, yang mana petualang dan yang mana jembalang. Kita lihat siapa yang kena...

HanaHoney said...

xpaha betul aku akan DSAI ni..ape sbnrnye yg dia nak....pulak tu ckp "xde sbb knp kristian x blh mggunakan pkataan ALLAH"
ya allah...mengucap lah anwar laknatullah...kesian aku tgk ko ni,ko,nizar,karpal mmg dah meroyan....sanggup buat ape je utk diri sndiri...psyco lah korg ni...