Thursday, February 19, 2009

Gambar Bogel dan Liwat, Mengapa Anwar Tetap Kata Konspirasi?

Kata AIC "rakyat tidak sebodoh yang disangka". Sebenarnya siapa yang membodohkan siapa? Sampai bila rakyat harus terpedaya dengan mainan kata Anwar Ibrahim?

Pada 17 Februari 2009, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa penyebaran gambar bogel Elizabeth Wong adalah satu konspirasi baru Barisan Nasional. "Ini merupakan satu permainan politik yang menyerang peribadi dan sangat jahat. Ada satu corak serangan yang melanda wakil rakyat pembangkang di Perak, Kedah dan Selangor" kata Anwar Ibrahim di lobi parlimen pada 17 Februari 2009. Semasa kes liwat Saiful Bukhari, Anwar menyatakan kes tersebut dirancang dan satu konspirasi untuk membantutkan beberapa orang ahli parlimen BN melompat parti dan menyokongnya.

Anwar Ibrahim Club (AIC) mendakwa dalam blognya bahawa kes liwat Saiful Bukhari adalah satu konspirasi seperti kes liwat Sukma pada tahun 1998. "Wujud plot penceritaan yang kelihatan mahu mengulangi tragedi 1998 tatkala Malaysia kini sedang bersedia melangkah ke era pemerintahan baru. Pun begitu, rakyat tidak sebodoh yang disangka, pengalaman pastinya mendewasakan pemikiran dan tatacara yang lebih matang dan bersedia." dakwa AIC.

Elizabeth Wong mengakui bahawa "saya tidak merasa malu" dalam satu sidang akhbar pada 17 Februari 2009. Tawar letak jawatan, tetapi masih belum letak lagi. Bila hendak betul-betul letak jawatan Eliza?

Segala-galanya adalah konspirasi dan niat jahat. Begitulah sikap Anwar, segalanya yang berlaku dan tidak kena pada kemahuannya akan dikatakan konspirasi. Adakah penyokong pembangkang memiliki tatacara yang matang dan bersedia jika gambar bogel yang diakui sendiri oleh Elizabeth sebagai gambarnya dikatakan sebagai konspirasi juga? Sesudah mengaku gambarnya, Elizabeth tanpa rasa malu menyatakan bahwa dia tidak malu seksualitinya terdedah. Budaya mana yang cuba dibawa oleh Elizabeth ini?

Apakah muslimah PAS ini tidak malu dengan pengakuan Elizabeth yang menyatakan bahawa "saya tidak malu dengan diri saya"? Turut hadir sama dalam sidang media tersebut adalah Teresa Kok (juga masih belum berkahwin) dan Irene Fernandez.

Berikut adalah komen dari R. Thiagaraja (Setiausaha Kehormat Perundingan Malaysia Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh) dalam Utusan Malaysia, 19 Februari 2009, "pendirian yang sama berhubung salah laku bersekedudukan, iaitu satu perbuatan tidak bermoral dan berdosa jika dilakukan oleh penganut masing-masing". Elizabeth tidak berdosa? Perbuatan Elizabeth dibela oleh sekumpulan muslimah PAS yang bertudung yang hadir memberikan sokongan ketika sidang akhbar Elizabeth Wong pada 17 Februari 2008 di Ibu Pejabat PKR di Damansara. Apakah muslimah PAS juga percaya bahawa gambar ini juga satu konspirasi untuk jatuhkan Elizabeth? Muslimah PAS tetap mahu membela seorang Yang Berhomat yang mengamalkan pergaulan bebas?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

9 comments:

Anonymous said...

aku sendiri pun tak faham la. dlm masyarakat celik IT ni masih ada lagi segolongan yg nak sokong anwar brahim ni. dah terang lagi bersuluh ......

apa tak nampak2 lagi ke ....? semua benda dikatakan kospirasi. mula2 taun 88 dulu dengar memang rasa betul. tapi bila benda yg sama diulang2, tape lama dimain2kan, aku dah muak la bang nuar oiiii....

cukup la bang nuar....kalau nak berpolitik pon cipta la fitnah yg kreatif skettt......budak2 boleh la kau terus tipuuu....

aku dah tua laaaa kasi la yg canggih sikitttt.....hehehe

zul.

jebat berkokok said...

dah memang dia orang macam tu..mati hidup semula tak mahu mengaku salah..yang pelik yang memperjuangkan islam kononnya dok membela satu perbuatan terkutuk..takpelah..semua ni untuk periuk nasi dia orang..setakat nak mempertahankan orang berbogel apa lah sangat..kafir kan orang pun dia dah biasa..jadi tak hairan kalau dia berperangai macam ni..

idi said...

ingat bogel abis...rupanya gambo tengah tido....pastu tala kat celah kangkang...tapi pakai baju.....

Anonymous said...

berani buat beranilah menanggung malu .. walau apa pun moral tetap moral ...

Sedingin Salju said...

Susahlah orang semacam ni encik. Payah.

DNL said...

mula mula sekali kenapa tak tanya depa .... ni calon tangkap muat ke calon yang betul betul nak berjuang untuk rakyat konon.

jawapan calon tangkap muat lah.....

sesiapa saja yang boleh bercakap mempunyai agenda buruk terhadap kerajaan akan layak bertanding walaupun perangai dan moral sendiri punya lah burok tak tahu nak kata lah.

kalau dah sampai sanggup berbogel dan bergambar tu bukan ke masaalah moral nama nya?

takkan ada definasi lain atau ada fatwa lain lagi kot nak mengahalalkan perbuatan macam ni......

kata masalah sosial takdak kat kelantan pasal takdak disko.

meh kita pegi golok ke.... danok ka... hadyaiiiii ka... tengok berapa banyak lebai dan haji hilang kopiah balik nak tutop malu siap sokong pas ... alim lah konon.

bagi peluang cair jugak.......


balik kat mak nya sekor ni sudahlah moral rosak... dengan laki orang pulak tu........ takdak perasaan ke? tak ingat e kat bini kawan tu kat rumah atau sedap sangat kot.......

alahai ..........

A K U said...

Bismillahhir-Rahman nir-Rahim

Assalamualaikum... Salam keimanan dan salam kemanusiaan buat para pencinta kedamaian... moga-moga kedamaian itu sentiasa mendakap hari-hari yang dilalui... moga kedamaian itu mengisi ruang-ruang kosong hidup mu dengan ingatan kepada yang Maha Pencipta.. moga-moga Tuhan Rabul Izzati menjadikan hari-hari dalam hidupmu adalah hari-hari yang diredhaiNya

Saya sebagai pengundi dan tak terikat dengan mana-mana kumpulan nampak sangat jelas mana kumpula yang betul dan mana kumpulan yang tek betul... Pendek kata watak hitam dan watak putih sangat jelas bagi yang mahu berfikir secara waras dan berbas merdeka dari ketakutan kepada manusia lain. Sama-samalah kita tengok apa kata Manusia dan Perikemanusiaa atas isu politik yang berlaku siap yang kalah dalam tiga pilihanraya nanti yang tu ler yang tak betul..
Sekian wassalam..

P/S: Jangan bergaduh hanya kerana berbeza pendapat dan warna kulit... Manusia yang waras itu jauh dalam hatinya ada sifat perikemanusiaan yang mampu mengubah peradaban.

Sasha2020 said...

Aku malu sungguh dgn Muslimah PAS ni dan Pemimpin wanita Melayu dlm PKR ni. Mereka boleh duduk dan backing si Elizabeth ni.
Dah terang2 dia kata memang gambar tu gamabr dia dan bersekedudukan pulak tu. Mana ada agama yg membenarkan perkara tersebut.
Nampaknya mereka telah buta hati. Demi kepentingan politik maka perjuangan asal PAS telah dikorbankan. Mereka sanggp menyokong orang yg tak bermoral kerana ini adalah untuk kepentingan politik. Astaghfirullah....
Ada satu gambar tu, seorang pemimpn PAS bertudung labuh memeluk si Elizabeth untuk menyokong perangai buruk dia tu. Astaghfirullah...
Aku rasa, PAS akan di tolak oleh penyokong mereka dlm PRU akan datang. Percayalah....

Anonymous said...

kat akhirat nanti
kita tgk sape yang kena ...

kat dunia bolehla lepas
sebab ada kuasa dan sebagainya