(Gambar: Mahukah Nizar mendengar nasihat Nik Aziz agar jangan bertanding di Bukit Gantang? Jika dengan raja Nizar sanggup derhaka. Apakah dengan Nik Aziz, Nizar mahu derhaka juga?) Cadangan Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak) pada 9 Februari 2009, agar Nizar bertanding di kawasan parlimen Bukit Gantang. Ini adalah tanda-tanda DAP mula menerima hakikat bahawa Nizar bukan lagi menjadi MB Perak. Bagaimanapun, Nik Aziz (Mursyidul Am PAS) menyatakan pada 10 Februari 2009 bahawa "Kalau tanya saya, saya tidak boleh terima seorang yang berjawatan MB (menteri besar) ambil (wakili kawasan) parlimen... kecuali orang yang tidak berjawatan MB,". Nik Aziz sendiri seolah mengakui hakikat bahawa Nizar bukan lagi MB? Atau Nik Aziz masih lagi memberi harapan pada Nizar agar terus mengakui dirinya adalah Menteri Besar seumur hidup di Perak?
Nik Aziz tahu jika letak Nizar di Bukit Gantang, ianya seolah membunuh terus karier politik Nizar di Bukit Gantang. Ngeh sengaja mahu mengenakan Nizar bila mencadangkan Nizar bertanding di Bukit Gantang. Isu utama Nizar adalah "patik mohon derhaka pada Sultan". Majoriti pengundi di Bukit Gantang adalah Melayu (63.48%), Cina (26.77%), India (9.7%) dan lain-lain bangsa (0.04%). Faktor utama BN kalah pada Mac 2008 di Bukit Gantang adalah kerana undi protes dan calon bebas. Undi rosak sejumlah 851 undi manakala undi yang diperolehi oleh M.Murganan (calon Bebas) adalah sejumlah 872 undi. Jika dijumlahkan kedua-dua undi ini hasilnya adalah 1,723 undi. Majoriti yang dimenangi oleh PAS hanya sejumlah 1,566 undi sahaja. Apa akan jadi jika undi protes dan undi bebas swing kepada BN?
Secara matematiknya, PAS akan mengalami masalah besar untuk menang di Bukit Gantang kali ini. Ditambah pula dengan isu derhaka oleh Nizar, perkelahian terbuka antara Karpal Singh dan Anwar Ibrahim serta sikap Karpal yang biadap terhadap Sultan. Perkara-perkara ini akan lebih memudahkan laluan untuk BN merampas kembali kerusi parlimen di Bukit Gantang. Jentera BN perlu memenangi hati rakyat bukan turun sekadar untuk pemilihan pada Mac nanti. Akan terpahat dalam sejarah di Perak, seorang Melayu derhaka pada rajanya. Kisah ini tidak wajar diikuti oleh orang-orang Melayu dalam mana-mana parti sekalipun. Taksub pada jawatan hinggakan sanggup derhaka pada raja. Nizar bela DAP, tetapi dalam diam-diam DAP mula mengenakan Nizar. Siapa yang terkena nanti?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)





20 comments:
ha, semoga tuhan menyedarkan beliau.
Perhatian Anak Selangor/Esok/Rabu. Baca di sini
http://ahmadsaabun.blogspot.com/2009/02/perhatian-anak-selangor.html
http://pkrpasdap.blogspot.com
Tok Guru tolong saya..tolong bagi fatwa pelik2 suruh saya jadi MB...
tok guru boleh tolong letak jawatan MB Kelantan bagi saya????
tok guru jawab boleh...
bila-Nizar
nanti saya mati-nik aziz
hahahah..lawak la cerita ni...macam bodoh..
TGNA bg pendapat je, bg aku tak salah untuk berbeza pendapat.sama la macam KT hari tu..die cadangkan Mat Sabu..last2, Wahid Endut yang jd calon.
nizar bukan derhaka pada Sultan, die cume derhaka pada Umno je...sbb umno guna sultan untuk survival politik mereka..huahua.
Salam... keadaan semakin kritikal. Tambahan pula dengan pilihanraya kecil yang bakal diadakan. Ini cabaran berat kepada BN. Sekiranya masih gagal seperti mana di KT dan Permatang Pauh, itu petanda BN akan mengahdapi masalah besar pada pru 13
Nizar :
Tok guru, pinjam jampi serapah jap! Nak tiup kat diaorang tu.
Tok Guru :
Tak baik wat camtu. Ko wat cam aku lagi ok. Ko baring je jalan ni. Nanti aku tlg bawa keta kau.
Pesan Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada Uthman bin ‘Affan radhiyallaahu ‘anhu berkaitan Sunnah dalam sebuah kepimpinan:
“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]
Sekadar Peringatan
Enkau orang yang tak tahu politik tak yah cerita pasal politik lah....baik buat blog cerita kartoon ke lagi baik. bodoh betul punya blog ni
salam.
hanya org yg x bermaruah sahaja menyokong org yg x bemaruah.
ada mata pandang
ada telinga dengar
ada otak tapi x mau pakai.....
Nizar kata sembah DERHAKA. itu tak derhaka lagi ke?
Aku tak fikir sultan perak sanggup dipergunakan UMNO. Sultan perak lebih arif tentang perlembagaan, dia bekas ketua hakim negara.
cuma kapral ada ruang utk memperkudakan undang2 dan org2 melayu. cakap lowyer mana boleh pakai. lowyer memang boleh lawan manjang, janji ada duitttt.
kan lagi baik lepas menang p/raya yg lepas PKR&PAS terus je tubuh k'jaan negeri tak payah dapatkan pekenan sultan perak.
sbb ikut tafsiran sempit PAS, perlembagaan kata tak payah nak dpt pekenan sultan nak tubuhkan k'jaan negeri atau nak bubar. kenapa kapral tak buat mcm tu ari tu ya.
sultan kan paramaount ruler bagi negeri-negeri tanah melayu. cuba kita fikir terbalik, katakan umno yg nak bubar dun tak payah dpt pekenan sultan??? aku rasa mau berbuih mulut tuan gurau nik aziz keluarkan fatwa. kemudian disambut dgn takbir cam nak terberak oleh penyokong2 taksubnya???
ohhh melayu ku....agama ku.
salam singgah,
Gunung Rapat.
Way to go BN...
Alhamdulillah....
ada hikmah sume ni...Allah melarang hambanya tamak...
nizar bukanlah mb yang pertama derhaka pada sultan. sebelum ini tan sri ghazali jawi (bapa tajol rosli) pernah derhaka pada sultan diawal tahun 70'an dahulu. melayu mudah lupa.
Katakanlah yang benar itu benar dan yang batal itu batal
huk huk huk...sape yang pandai sangat berpolitik tu??? wah wah wah...boley jadi calon tu..Parti Baru PARTI PERGILAH MATI..warkAKakakAkaKaKAKaKAAKAKAKakaKaAKA
huk huk huk...sape yang pandai sangat berpolitik tu??? wah wah wah...boley jadi calon tu..Parti Baru PARTI PERGILAH MATI..warkAKakakAkaKaKAKaKAAKAKAKakaKaAKA
huk huk huk...sape yang pandai sangat berpolitik tu??? wah wah wah...boley jadi calon tu..Parti Baru PARTI PERGILAH MATI..warkAKakakAkaKaKAKaKAAKAKAKakaKaAKA
sape yg bubar undang2 yg menghilangkan kekebalan raja dan sultan? Jawapannya UMNO. UMNO derhaka ke pada Sultan/Raja? Apa niat bubar kekebalan sultan/raja?
azrinizam oi azrinizam.cam kadok la ko.tuan guru cakap,dia tak setuju seseorang yang jadi mb jd juga mp(ahli parlimen).tu pendapat dia.ape kejadah yang ko cakap tuan guru tak mengakui nizar mb lg.pe plak ko ckp tuan guru ckp nk bg nizar jd mb seumur hidup.kadok o kadok la ko ni.
nape letak nizar kat bukit gantang bunuh karier dia.lagi senang menang ada la.orang perak tengah meluap2 dengan umno.lagi la senang dia menang.
dan untuk orang melayu yang buta bahasa."patik mohon derhaka pada Sultan" ialah cara kata istana kalau kita tak sependapat dengan sultan.bangang tak pasal la ko ni kadok.dia tak setuju sultan tak bubarkan dun.dia cakap la camtu.malu la cakap melayu tak reti bahasa sendiri oi.
ko tak payah la buat analisis ko.time prk kuala terengganu,bersepah la analisis ko.cakap pas itu la.wahid endut itu la.ini la.tup tup.kalah umno.ngarut je la pe ko nye analisis.time prk kt tu,aku wait n see nak gelakkan ko je.malas nak komen.
kadok o kadok
wa caya lu bib...
setakat kondem orang berapi tapi guna nick anonymous, tak payahlar...
bagilah Nizar bertanding Bukit Gantang... nak sangat tengok PAS berani atau tak letak dia kat situ...
Post a Comment