Monday, February 2, 2009

Anwar Bersembunyi Lagi



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada 3 Februari untuk memutuskan status dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi yang dilaporkan telah meletak jawatan semalam. Ketika SPR mahu bermesyuarat menentukan keputusan tersebut, kelibat Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) terus dinanti nantikan untuk memberikan sebarang pandangan tentang kejadian 5 ADUN pembangkang mahu meletak jawatan dan melompat parti di Perak. Di manakah Anwar Ibrahim menghilang sejak 26 Januari 2009 yang lepas? Apakah bersembunyi lagi di kedutaan Turki? Sementara itu, khabar pertukaran kerajaan baru di Perak semakin kuat. Semuanya angkara kebiadapan DAP dalam isu tanah di Perak. Inilah balasannya bila titah Sultan diketepikan, cakap DAP pula dituruti.


3 comments:

Anonymous said...

bang nuar, oooooo bang nuarrr .... untung jadik bang nuar, klentong mcmana pon org masih sokong. tak pa la sementara org masih nak dengar ni klentong la apa pon, esok lusa bila org dah tak mau dengar ...susah gak....tak leh nak carik makan lagiii...hehe

bang nuar skrg ni tgh enjoy reputasi dan persepsi yg npk islamic yg dia bina bertahun2 lamanya. tapi ingat ya .... persepsi ni ada tarikh luput nyaaa. hehe

zul.

toksetiu said...

anwar...Allah melihat apa yg kamu buat

from toksetiu.blogspot.com

HanaHoney said...

anwar bz tu...maklumlah, USA br lepas angkat sumpah presiden kn..mesti bz buat part time jd tali barut...buat2 tanya lak...kan bang nuar kan????lgpun kang israel tgh bz skrg ni...ishhh...mcm2 keje dia kene handle...