Thursday, January 1, 2009

Wahid Endut Calon PAS


(Gambar: Nyenyaknya YB PAS ini tidur. Lepas ini tidak boleh tidur lena lagi. Mungkinkah ini yang dikatakan undi membawa kebaikan oleh Nik Aziz?). YB Wahid Endut (ADUN Wakaf Mempelam) dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu. Wahid Endut dipilih setelah giant candidate seperti Mohd Sabu & Dr Syed Azman (team Erdogan) dan Wan Mutalib & Musthapa Ali (team Ulama) diketepikan oleh PAS. Pastinya ada yang tidak berpuashati dengan pemilihan tersebut, ini kerana Wahid Endut adalah dari team ulama.

Dalam satu sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Wahid Endut sendiri mengakui bahawa sepanjang pentadbiran PAS pada 1999-2004, tiada pembangunan yang dibawa oleh PAS di negeri Terengganu.(Klik di sini). Jika sudah mengakui bahawa PAS tidak membawa sebarang pembangunan, mengapa masih lagi mahukan jawatan sebagai Ahli Parlimen pula? Jika masuk ke dalam parlimen pun, bolehkah PAS menjadi parti yang dominan melebihi PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat? Kuala Terengganu adalah medan pilihan raya secara demokrasi, jangan jadikan Kuala Terengganu medan membaling batu, meraba, memukul orang dan memprovokasi orang lain. Amalkanlah demokrasi tersebut dengan baik, jangan salah gunakan terma demokrasi untuk berbuat sesuka hati sahaja.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

11 comments:

Melayu - Kini said...

calon tidorr

TAMING SARI said...

Salam,

Pe cerita ngn PAS ni?

Macamana mahu memerintah nanti.

Jom!!! terus kita korek isu2 yang membuka pekung PAS..

Selamat bejuang di K.Terengganu.

Maharaja Zhou said...

Assalamualaikum Tuan Azri,

Ada sedikit pembetulan fakta,Haji Wahid adalah dari team Ulama',anak didik Mustapa Ali. Itu sebab Team Erdogan meroyan apabila Syed Azman yang Erdogan ditolak.

Lawatilah blog saya di Maharaja Zhou untuk berita terkini khususnya tentangperpecahan dalaman PAS.

Sedingin Salju said...

Tak apa, yang batil, selalunya, kecundang.

hatiminda said...

Wahit Endut memperkenalkan perjuangan islamnya tanpa mengangkat pedang dan senjata... hanya cukup sekadar berkelengkapan bantal, tilam, selimut dan elaun serta pangkat wakil rakyat...

Calon membangun bersama PAS
Calon cap bantal peluk, tilam busuk, calon air liur basi...

Wahit Bantal...

iskh3x memang hilang akal gamaknya puak2 pas ni.. apalah nasib rakyat?

QasehNuryz said...

Good shot!
Dia letih la bro.

Good luck utk calon BN.

piut panglima kasim said...

kalu bercakap macam nak runtuh langit, tapi bila buat kerja habuk pun tak nampak. sudah2 la tu PAS...
biler berdepan dgn ahli sebantal dlm PR...takut menikus la plak ! APEHAL!!!!!!!!!!

Anonymous said...

UNDI LAH CALON KARAOKE...

Anonymous said...

kalo Pak Lah suke tido leh jadi PM

apelah sangat yg nie..

GO GO TIDO

Anonymous said...

hehe...beb mamat calun nih dah 4 x menang kat dun wakaf mempelam bawah parlmen kt.org wakaf mempeleam pon sama tidoq cam adun dia gak nih.bangang nyer org terengganu leh undi dia

Anonymous said...

calon yang bagus
moga2 menang :-)