Friday, January 9, 2009

Sudah 11 Bulan Perintah, Masih Tinggal Janji

Sesudah 10 bulan perintah negeri Selangor, segalanya masih lagi tinggal janji. Pada 8 Januari 2009, Khalid Ibrahim menyatakan "Kita tidak buat program bantuan bagi setiap keluarga,". Kenyataan itu diberikan Khalid setelah ditanya berhubung bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid yang mengikuti pendidikan prasekolah seperti yang dijanjikan dalam manifesto mereka semasa pilihan raya umum, Mac tahun lepas. Pakatan Rakyat juga berjanji RM75 sebulan bagi setiap anak ke taman asuhan. Kedua-duanya tidak pun diberikan oleh Pakatan Rakyat. Di Perak, kunci TABIKA KEMAS, di Selangor mungkir janji hendak beri RM50 dan RM75 kepada anak-anak Selangor.
Khalid Ibrahim memberi alasan bantuan tersebut tidak akan disalurkan berikutan kerajaan negeri perlu berjimat cermat dan tertib dalam menguruskan kewangan ketika dunia menghadapi kelembapan ekonomi. Apakah berjimat cermat kalau luluskan projek RM100 juta untuk membuat ternakan babi di Sepang? Markas pilihan raya kecil Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu pun sekarang ni bukan main mewah lagi. Poster pun sudah berkualiti. Apakah semua ini tidak guna duit rakyat juga?

Memang senang bercakap soal kebajikan dan membela rakyat, tetapi bila sudah berada di tampuk kuasa barulah terasa sukarnya melaksanakan tugas. Tidak hairanlah mengapa Ahli Parlimen Kapar dan golongan Reformis melakukan protes terhadap Khalid Ibrahim. Apa sudah jadi pada Pakatan Rakyat? PR, Pakatan Rakyat atau Pakatan Rosak? Apakah Khalid Ibrahim mahu menjadi seperti Anwar Ibrahim, sanggup diludah kalau tidak mampu laksanakan manifesto? Ibarat meludah ke langit, akhirnya kena muka sendiri.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

9 comments:

Abu Jahal said...

apa BN bagi pada rakyat selama 50 tahun perintah...? BN makan rasuah banyak...macam Fatah.

Anonymous said...

PAS & PKR beri janji kosong .... tu kira lagi teruk rasuah nyaaa.... baru 11 bulan perintah tuh....

siakap senohong gelama ikan duri ckp mohong, lama2 boleh jadi MB....akakakaka...

Anonymous said...

sudah lah lu mamat budak u... lu x payah lah nak memekak

Anonymous said...

sudah lah lu mamat budak u... lu x payah lah nak memekak

Anonymous said...

la kya tgu 4 thndr skrng la...
bnyk pkra dlm manifto BEnd pun belum trtnai lagi....so tgu 2-3thn lgi..br kt tau...dia wat x...

Ninja Turtle said...

kalau dah tak mampu tunai janji cakap je, munafik betoi la Pakatan Rakyat

Anonymous said...

Manifesto nak jadikan Negara Berkebajikan, tapi bila memerintah jadikan Negeri Berkebajingan

Anonymous said...

org yg ckp BN x buat ape2 utk rakyat tu buta hati ke?jgn khufur nikmat...ko hidup selesa, aman damai kat negara aku ni xcukup lagi ke?ko blajar tinggi x?ke sekolah rendah xpas...kalau ko blaja smpai university,tmpat ko kat university tu sape yg sediakan?ooo...ke ko blaja kat amerika x pun israel kot kan...kemudahan2 yg ada skrg hospital ape sume, ke ko xpandang hospital kerajaan?xpun ko lah org yg mule2 skali dtg amek ubat pg2 kat hospital kerajaan...PR mmg xblh bg muka!!naik tocang...ni bkn jilat jubor anwar..ni jilat telur kit siang,sape lagi, hj hadi...etc...

Love;
hana comel (peace)

Anonymous said...

masa pkr memerintah sekolah free gak sama mcm zaman umno. beza nye lebih banyak rakyat dapat manfaat dari zaman umno dulu. sekurang2 nye air dah free. masa zaman umno dulu ape ada? baru 11 bulan dah bleh bagi air free. kalu 50 taun ape lak yang free agaknye. kat selangor ni majoriti memang dah x suke umno. tunggu la pilihanraya penggal akan datang kompom umno bungkus. umno cume harap pengundi tua je. yang belia2 ni mane de nak umno. kalu pi pon nak amik duet je.. umno kan kaya. soglap banyak duet dalam masa 50 taun. harap2 leh la jadi macam kat doha. tiap2 bulan dapat duet. kawen siap dapat umah free lagi gomen dia bagi. x yah jauh2 la. brunei sudah. dapat duet tiap2 bulan. dengar mmg mcm mustahil. tp... cube korang bayangkan kalu rasuah berjaya dihapuskan. memnag tak mustahil la. rasuah umno bukan kecit2 wey. kalu kecit x kaya la diorg. ko rg ingat wt ospital tu bagi untung rakyat ke? kos ospital 10juta. kontraktor claim kat gomen 100juta. 50juta bg umno makan. 40juta kontraktor simpan. duet bonus katanye. aku bayar cukai tiap2 ari. aku bayar cukai rokok ari2 duet tu senang2 je diorg wt pi joli.
sebab rasuah tu la banyak duet rakyat abes. kalu sepatutunye bleh buat 5 hospital tapi sebab umno nye rasuah cume bleh buat 1 je. lagi 4 ospital nye duet wat enjoy. takkan la bukit antarabangsa tu leh runtuh kalu engineer dah luluskan. kalu eng tak luluskan tp pemaju nak gak buat umah. dia bg la habuan skit kat kerajaan negeri. so lulus la pojek tu. sejak pkr ni memerintah unsur2 rasuah dalam kerajaan negeri berjaya dikurangkan. aku tau la sebab aku tau. hana comel. aku ni dulu belajar kat uia. aku sekolah kat sekolah sains kuantan. mmg sume free. sekarnag pon sume free. nak masuk jamban je kene bayar sekaraang. renungkan la kite bersama..