
Pada 22 Januari 2009, adalah tarikh pengundian pilihan raya kampus di UIA. Pertembungan di UIA adalah antara Aspirasi, PKPIM dan Pro Mahasiswa. Sejumlah 29 kerusi dipertandingkan di UIA. Keputusannya, Pro Mahasiswa menang 23-5. Aspirasi berjaya menambahkan satu lagi kerusi berbanding 4 kerusi pada sesi 2007/08. Aspirasi mendapat 5 kerusi iaitu satu di kuliyyah arkitek, satu di kuliyyah ICT, dua di kerusi antarabangsa dan satu di kuliyyah ekonomi. Manakala satu kerusi di Kuliyyah Sains Kesihatan Bersekutu, Kuantan terpaksa diadakan pemilihan semula kerana tiada calon yang cukup bertanding semasa hari penamaan calon.
UIA adalah universiti yang terakhir mengadakan pilihan raya kampus. Setelah selesai 20 IPTA yang mengadakan pilihan raya kampus, Aspirasi telah menang di 17 IPTA, Pro Mahasiswa menang di dua IPTA iaitu di UM dan UIA. Manakala di UNIMAS, Aspirasi dan Pro M masing-masing seri dan membentuk kerajaan campuran di sana. Tahniah kepada semua MPP yang menang. Setahun dari sekarang mandat anda selaku MPP akan tamat, tunaikan tanggungjawab anda pada pengundi.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
5 comments:
pkpim tu budak budak pro m juga. dua kali lima jer pkpim dan pro m. pkpim ni talam dua muka
Tahniah kepada pemenang..
Ingatlah..
Jalankan Tanggungjawab y diamanahkan..
Jangan sekadar melepaskan Batuk diTangga...
sjak bile plak pro M menang kt UM?
rsult plihan raye = penggerak(20) pro M(19) bebas(2)...
bebas da ttp kn diorng bbs..
means? pro M x mng kt UM...
pro m menang kat uia n um???
TAHNIAH!!!!
Haha
Aspirasi??
GIGIT JARI!!
Haha
KHAS BUAT PENOKONG UMNO YANG MELAYU ISLAM.BUKA LAH MINDA SEDALAM MUNGKIN CUBA MERENUNG SEJENAK,MAHUKAH ANDA MENGIKUT PEMIMPIN YANG DAYUS,MACAM MANA SESEORG ITU BOLEH JADI PEMIMPIN SEDANGKAN ISTERINYA PUN TAK DAPAT DI PIMPIN,CONTOH AURAT ITU KALAU DI DEDAHKAN HUKUMNYA HARAMMMMMMM. PANDAIPN. SESEORANG PEMIMPIN YANG DAYUS TEMPAT NYA DI MANA,NERAKAAAAA PANDAIPUN. HABIH TUNGGU APA LAGI.TUKARRRRRRRRRRR
Post a Comment