
Berikut adalah laporan mengenai SMS ugutun yang dilaporkan oleh satu laman
blog Aspirasi. SMS berbentuk ugutan tersebut diterima oleh beberapara orang calon Aspirasi pada jam 2.00 pagi semalam, (13 Januari) dari satu nombor 017-3027366. Sehubungan dengan itu beberapa orang calon Aspirasi telah membuat laporan polis di Balai Polis Bangi dan Ibu Pejabat Polis Kajang berhubung SMS tersebut. Tuduhan "Anjing UMNO" adalah terlalu berat dan ianya tidak seharusnya diamalkan dalam budaya politik kampus.
(Gambar: Laporan polis yang telah dibuat oleh calon Aspirasi). Pilihan raya kampus di UKM sering menjadi panas pada setiap tahun. Pada sesi lepas, terdapat surat gesaan daripada Abdullah Abdul Karim (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar PAS) berserta dengan pisau yang diedarkan di dalam kampus. Pihak Pro M menyatakan pihak mereka tidak tahu menahu tentang SMS ugutan kali ini. Sama juga halnya dengan surat seruan yang disertakan sama dengan pisau, Pro M turut menafikan pembabitan mereka.

Sehari sebelum kejadian SMS tersebut, iaitu pada 12 Januari 2008. UKM turut gembar dengan penyebaran risalah berlogo Anwar Ibrahim dalam kampus. Risalah tersebut (gambar atas) menyeru pelajar-pelajar untuk mengundi calon Pro M. Jika diteliti logo kumpulan Pro M di seluruh kampus termasuklah motto
"Harapan Baru Mahasiswa" Pro M di UKM
, ianya seolah sama dengan slogan "Harapan Baru Pakatan Rakyat". Adakah kebetulan? Namun begitu, Pro M menafikan mereka yang mengedarkan poster di atas. Oleh itu, siapakah sebenarnya
"lelaki putih yang sedang menghayunkan tangan" yang berada dalam imej logo Pro M tersebut? Adakah ianya simbolik kepada
roh Anwar Ibrahim?
AZRINIZAM IBRAHIMPresiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
4 comments:
apa nak dihebatkan sangat jadi calon di universiti kalau mahasiswanya gagal menjadikan universiti itu terbaik di dunia atau terhebat...
keluar dan habis belajar pun nanti kerja tak ada ..susah lah..kena minta tolong sama APEK juga wooo
hahahha...roh anwar ibrahim???should be....
alah...keluar dari Universiti skurang2nya ada ijazah di tangan..dari sijil spm, stpm, pmr dan tadika korang yg "rendah"..jgn salahkan universiti sb tk dpt kerja..kalau sikap buruk mana ade org ambik keje...
alah...keluar dari Universiti skurang2nya ada ijazah di tangan..dari sijil spm, stpm, pmr dan tadika korang yg "rendah"..jgn salahkan universiti sb tk dpt kerja..kalau sikap buruk mana ade org ambik keje...
Post a Comment