Selepas tamatnya proses penamaan calon di UKM pada 8 Januari, calon Pro Mahasiswa telah menang tanpa bertanding di empat buah kerusi fakulti. Empat kerusi berikut adalah, dua di Fakulti Kejuruteraan dan dua Fakulti Pengajian Islam. Pertembungan PRK di UKM kali ini, adalah antara Aspirasi dengan kumpulan Pro Mahasiswa. Kumpulan Aspirasi adalah dari Tindakan Siswa Bersatu (TSB), manakala kumpulan Pro Mahasiswa adalah dari gabungan tiga pihak iaitu ISIUKM (Ikatan Studi Islam UKM), IPU (Islam Penyelamat Ummah) dan MAMPU (Mahasiswa Memimpin Penggerak Ummah). Ketiga-tiganya bergabung menjadi Gabungan Mahasiswa UKM atau Pro M UKM dengan menggunakan warna ungu sebagai identiti mereka.
(Gambar: Perhatikan Motto Gabungan Mahasiswa UKM iaitu "Harapan Baru Mahasiswa" dan lambang orang sedang menghayunkan tangan ke udara. Apakah ianya sama dengan imej Anwar Ibrahim dan motto "Harapan Baru" Pakatan Rakyat?)Di Fakulti Kejuruteraan, kumpulan Pro M menang apabila tiada langsung calon Aspirasi menghantar calon semasa tempoh penamaan diadakan. Di Fakulti Pengajian Islam pula, sejumlah 2 kerusi ditawarkan. Aspirasi hanya menghantar seorang calon tetapi calon tersebut telah tersalah isi borang penamaan dan hilang kelayakan untuk bertanding. Oleh itu, Pro M telah menang tanpa bertanding 4 kerusi di UKM. Keseluruhannya, terdapat 34 buah kerusi yang ditawarkan, 11 kerusi di kawasan umum dan 23 kerusi di kawasan fakulti. Pengundian akan diadakan pada 15 Januari ini.
Pada hari penamaan tadi, semua kumpulan pelajar Pro M telah mengenakan baju, tie dan baju kurung berwarna ungu di tempat-tempat penamaan calon. Pada 2 Oktober 2007, Aspirasi telah menang 30-4 di UKM. Kali ini, setelah UKM berada di bawah pentadbiran kerajaan PKR-DAP-PAS, apakah akan berlaku perubahan besar dalam keputusan pilihan raya kampus? Sekiranya Pro-M menang, apakah mereka akan benar-benar membela mahasiswa atau hanya menjadi teoritary baru buat Khalid Ibrahim? Kalau kalah lagi, apakah mereka akan dakwa AUKU dan universiti masih lagi berlaku tidak adil kepada mereka?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)





8 comments:
macam nampak sgt adanya unsur dan pengaruh politik luar.mungkin ada sesuatu yg tidak kena di sini.
Oh, tahniah diucapkan encik.
Salam..
Adakah kita sedia boikot 'politik Yahudi' atas alasan Malaysia Baru? Iaitu pemimpinnya ialah Anwar Ibrahim? Kenapa Anwar seolah-olah tidak mempunyai kemaluan bila melihat rakyat Palestin ditindas dan dibunuh oleh askar Israel berbanding memperjuangkan nasib kaum HINDRAF kononnya ditindas oleh orang Melayu?
Kalau begitu kita juga perlu boikot parti yang bersahabat dengan Yahudi di Malaysia, iaitu PKR dan sahabat mujahid mereka seperti PAS dan DAP!!! Biar rakyat Terengganu mengajar barua-barua yahudi yang bertapak di Malaysia tetapi bertopengkan Melayu, Cina atau India.
Salam perjuangan
sudah lah budak,, kalo baru nak blaja main politik , blaja lah samapai habis... esok kang ko tak kemana pon... kecik2 dah pandai nak provok...
tahun nie TSB dah pecah 2...tah2 dah berape puak lak..TSB baru dah xlayak pegang tampuk mpp ukm dengan senarai calon yg diorang tampilkan..masing2 ade banyak rekod buruk..
sejak biler ukm nie TSB yg keje tahun nie..TSB baru xkuat semangat..dah ramai yg kuar TSB, ngan pecah belah..mereka nie dah byk giler duit..cam politik luar plak..
dengan calon yg ade masalah, kemungkinan mereka nie kalah..nak tau lebih lanjut..boleh tgk di group tindakan siswa bersatu di friendster..anda nilaikan masalah dalam mereka....
pemerhati politik ukm(bekas macai TSB)
TSB UKM sudah lama memainkan peranan dalam membantu kelancaran pilihanraya kampus di UKM..tapi kepimpinan TSB batch yang baru tahun ni, seakan2 tidak bergerak langsung ketika GMUKM sudah memulakan gerakan mereka pada awal sem 1 lagi..Calon yang diketengahkan pun seakan tangkap muat sahaja..ada juga calon yang pernah menang pada pilihanraya kampus lepas bertanding sekali lagi pada pilihanraya kampus pada kali ini..tetapi yang malangnya prestasi mereka ini sangat teruk...
Dengan sikap macam ni tidak mustahil Pro-Aspirasi akan kalah pada pilihanraya kampus kali ini...
cayala mampu
Post a Comment