Tuesday, January 20, 2009

Pilihan Raya Kampus: Aspirasi Tidak Kalah di UM

Aspirasi tidak kalah di Universiti Malaya. Di UM, nama Aspirasi tidak digunakan. Tempat Aspirasi digantikan dengan nama "Penggerak Mahasiswa". Semalam, 19 Januari 2009, adalah proses pengundian di Universiti Malaya. Keputusannya, Penggerak Mahasiswa mendapat 20 kerusi, Pro Mahasiswa mendapat 19 kerusi dan calon bebas (kedua-duanya dari Fakulti Undang-Undang) mendapat 2 kerusi. Persoalannya siapakah yang menguasai tampuk MPP di Universiti Malaya? Penggerak Mahasiswa atau Pro Mahasiswa? Pada awal keputusan pagi tadi, laman blog yang pro kepada Pro M sudah pun mengisytiharkan bahawa Universiti Malaya dikuasai oleh Pro M.

Difahamkan kedua-dua calon Bebas ini tidak mengaku menyokong kepada Pro Mahasiswa (baca sini). Dua calon bebas tersebut ialah Noor Azween Mohd Iqbal dan Lim Bee San. "Sesungguhnya, sejajar dengan pendirian bebas calon-calon Fakulti Undang-Undang, maka mereka masih mengekalkan posisi mereka sebagai calon bebas tanpa berpihak kepada mana-mana pihak," kata Gary Ong Kah Lon (jurucakap kedua-dua calon Bebas tersebut). Universiti Malaya menjadi tumpuan utama sepanjang pilihan raya kampus kali ini kerana timbul pelbagai isu yang kontroversi. UM dianggap sebagai universiti rebutan antara 20 IPTA yang lain. Dua calon bebas ini bakal menjadi faktor penentu kepada Pro M dan Penggerak Mahasiswa.

Kedudukan di UM tidak menjadi persoalan besar kepada Aspirasi untuk menguasai IPTA dalam pilihan raya kampus kali ini. Ini kerana Aspirasi sudah menang di UPM dengan 35-13 dan menang di UPNM dengan 13-0. Keseluruhannya, Aspirasi sudah kuasai 17 IPTA, seri dengan Pro M di UNIMAS, meninggalkan tempat di UM kepada Pro M dan Penggerak Mahasiswa dan masih lagi bertembung dengan We Unite For Islam (WUFI) dan PKPIM di UIA.

(Gambar: Azlan Zainal, Presiden Parti Mahasiswa Negara yang menjadi orang pertama menjumpai kepala babi di surau Akademi Pengajian Islam pada 16 Januari 2009. Mengapa perlu Azlan yang menjadi orang pertama menemui kepala babi terbabit? Orang lain semuanya kena pukau? Baca sini).

Pihak mana pun yang menjadi MPP di UM perlu melaksanakan manifesto yang telah dijanjikan. Bolehkah UMANY menunaikan janjinya untuk menghapuskan ISA hanya kerana dengan jawatan MPP di kampus? Sudah tentu tidak. Ini menunjukkan bahawa perjuangan Pro M lebih berdasarkan retorik dan emosi semata-mata. Apakah Faisal Mustafa (Exco Angkatan Muda PKR) menjadi pengurus calon kepada kumpulan Pro M? Kehadiran Zainulfakar Yaacob (bekas aktivis PMIUM, pengasas kepada Parti Mahasiswa Negara) atas tiket Web TV PAS malam tadi semasa pengiraaan calon menyerlahkan siapa sebenarnya di belakang kumpulan Pro M. Oleh itu, berbanggalah Harakah mengakui bahawa UM sudah jatuh ke tangan Pro Mahasiswa. Apakah Pro M ini juga pro kepada PAS?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

22 comments:

Sedingin Salju said...

jawapannya, yalah kalau gitu.

Anonymous said...

Faisal Mustafa ni bukan exco amk PKR..faisal ni sua pmium..nama sapa tp bukan org yg sama

mediamelayu said...

di mlaysiakini,kata pro aspirasi kalah.

gua nak respon pun disitu tak tau ujung pangkalnya,kang silap plak.

http://www.youtube.com/watch?v=gCssYEa2iGA

zhang ning said...

ASPIRASI ntah aper2............ Mengarut!!!

maner2 student yang mnjadi MPP dbawah naungan aspirasi mmg tak tau nak wat keputusan sendiri....

tau2 ikut je aper kate org2 NC, TNC... dan pntadbiran univesriti....

Snguh memalukan!!! ini ke pemimpin harapan bangsa? Tak tau nak wat keputusan sendiri!! dan tak pandai nak menegakkan benang yang basah.....

Anonymous said...

bia la dia nak pro pas.lu tak gentle la bro.bile kalah,ada je nak bising2.kemon la

Anonymous said...

aku harap pilihanraya kampus ni dapat dijalankan dengan adil macam dulu2 masa aku di kampus

Anonymous said...

Brader..bila masa aspirasi kalah..aspirasi pegang 20,pas pegang 19...sapa menang?

Lain le kalau kau reti kira takat macam ni:

e eh utk aku..e eh..utk engkau..kepala bapak kau utk aku..kepala bapak kau utk engkau...

panadol said...

hek eleh...sekejap penggerak maasiswa..sekejap Aspirasi....sekejap Perubahan..Bro kau buat pe sekarang....ke dah jadi barua HEPUUM

RK said...

zhang ning,

x pandai menegakkan benang yag basah?

dream to be next pembohong and pembongak besar meleysya?

gudluck!

lu menang bertanding mpp x?

heh~

Anonymous said...

aspirasi menang sebab budak sume kesian. kalu pro menang banyak aktivit nak di buat x dapat sponsor. dah kene guna duet sendiri. kesian plak kat bdak pro. diorg student gak. mna nak ckau duet wat aktiviti gempak2. kalu aspirasi menang banyak la duet wat aktiviti. sebenarnye politik kampus ni dah x adil. kalu na adil tunggu mati kang kat kubur dah tentu adil.

Anonymous said...

Camne la nak jadi polis...teori orang pertama yang jumpa, orang tersebut adalah orang yang paling disyaki....bodohnye teori....tapi takpe la...lulusan IT...boleh dimaafkan...

Anonymous said...

PRK UM kali ini penggerak buat keje last minute. dari aspirasi tukar ke penggerak baru semester ni. 1 minggu sebelum tarikh mengundi baru nak start promote. website penggerak pulak baru nak siap 3 hari sebelum tarikh mengundi. pokoknye publisiti memang hampeh....geng pro m dah start bermesra dengan student dari semester lepas lagi. mestilah student lebih menghargai usaha geng pro m... "kekalahan" geng penggerak adalah kealpaan dan ke-mandoman sendiri....terima hakikat aje la....

Anonymous said...

Minta sebarkan!!! Gambar anak Anwar Ibrahim, Ihsan Anwar. Ternyata beliau telah hilang arah.

http://www.flickr.com/photos/ihsananwar/

http://www.flickr.com/photos/ihsananwar/

http://www.flickr.com/photos/ihsananwar/

Anonymous said...

Minta sebarkan!!! Gambar anak Anwar Ibrahim, Ihsan Anwar. Ternyata beliau telah hilang arah.

http://www.flickr.com/photos/ihsananwar/

http://www.flickr.com/photos/ihsananwar/

http://www.flickr.com/photos/ihsananwar/

Anonymous said...

Minta sebarkan!!! Gambar anak Anwar Ibrahim, Ihsan Anwar. Ternyata beliau telah hilang arah.

http://www.flickr.com/photos/ihsananwar/

http://www.flickr.com/photos/ihsananwar/

http://www.flickr.com/photos/ihsananwar/

KiIller Bee said...

ah anumouse (January 22, 2009 2:06 PM),

ko yeye je gune perkataan teori...konon teror ar ek....padahal ko tak tau pon makna teori tu mende...tu la konon nk tunjk pandai tapi diri tu sendri yg BODOH!! sepatutnya ko gune ANDAIAN OK!! bukan teori....BODOH!!

Anonymous said...

Haha...ikut suka dia la nak guna teori ke andaian....

ingatlah...ilmu manusia umpama setitik air dibandingkan dengan lautan yang luas....

amat rugi la orang yang riak lagi bangang....

hahahaha....bodoh sombong la tu...

tapi takpe...janji dia rasa diri dia pandai...walaupun tak pandai mana...

kalau pandai sangat, dah lama g bertanding kat permatang pauh hari tu...

Anonymous said...

tak pernah aku tgelak besar cam lepas aku baca artkel ni..mengira dengan mata y buta mmg cmni..utk pengetahuan..kat upm pro-m menang 13 krusi drp 48 dengan keadaan 9/16 drp krusi umum. bmakna aspirasi just menang 7 krusi umum. so, klu secara logik, pro m upm dah pegang kabinet upm. tp oleh kerana da undang2 gila babi cam kat upm ni, aspirasi masih blagak la..tp jgn bimbang..aku takkan biarkan bdak2 aspirasi y menag pondan kat fak dengan undi tak sampai sribu pegang kabinet mpp upm...haha

Anonymous said...

wei tuan blog, kalo ngko nak bg approve br blh kuar baik x yah komen...ini x demokrasi..memg ko bodoh cam babi

??? said...

tak pernah aku tgelak besar cam lepas aku baca artkel ni..mengira dengan mata y buta mmg cmni..utk pengetahuan..kat upm pro-m menang 13 krusi drp 48 dengan keadaan 9/16 drp krusi umum. bmakna aspirasi just menang 7 krusi umum. so, klu secara logik, pro m upm dah pegang kabinet upm. tp oleh kerana da undang2 gila babi cam kat upm ni, aspirasi masih blagak la..tp jgn bimbang..aku takkan biarkan bdak2 aspirasi y menag pondan kat fak dengan undi tak sampai sribu pegang kabinet mpp upm...haha

January 23, 2009 3:54 PM

spe yg komen nie???
gye cam bdak pro M???
ko nie x de budi bahase btol la...
(GILA BABI) 2 pkataan yg ko gune kn...
cam 2 ke ko tnjuk yg ko 2 bagus tuk pmpin org len??
hope n change???
hope org len pn brubh gune bahase kaso cam ko???

Nazrul Hilmi said...

Salam...

Tahniah kepada Aspirasi Universiti kerana mengekalkan kedudukan sebagai pilihan siswa-siswi. Akan tetapi kejutan di UM dan UNIMAS serta kemerosotan di UKM, UPM dan UTM wajarlah diberi perhatian berat. Juga di UIAM yang masih tiada tanda-tanda Aspirasi akan mendapat tempat, sorry to say.

@ Anonymous 23/1/2009 3.54pm &3.56pm

Kebiasaan melantik Presiden MPP (dan barisan kabinet MPP) dari kalangan pemegang kerusi Umum sebenarnya tidak lebih sekadar penghormatan daripada perwakilan-perwakilan MPP yang lain, selain mengiktiraf kebolehan (yang baru bermula, bukannya dah terbukti) mereka. Tiada peraturan yang menetapkan bahawa Presiden MPP mesti pemegang kerusi Umum. Lagi satu perkara, Presiden dan jawatan-jawatan utama lain dalam MPP adalah ditentukan melalui undi daripada SEMUA yang ada dalam MPP, bukan semata-mata pilihan para pemegang kerusi Umum. Contohnya bagi MPPUPM, sekalipun Pro-M memegang 9 daripada 16 kerusi Umum, jawatan Presiden dan jawatan utama lain tetap bergantung kepada sokongan SEMUA ahli dalam MPP yang mana 35 daripadanya adalah dari Aspirasi.

Dan awak, awak datang rumah orang, beradablah sikit! Sudahlah datang rumah orang dengan tak beradab, nak paksa tuan rumah terima awak pulak? Kalau ye pun awak suka makan BAK KUT TEH tak payahlah nak sebut-sebut nama binatang tu dalam koman awak di laman blog. Manusia biadap macam awak ni pun ada hati nak cakap soal-soal kepimpinan dan jadi pemimpin?

Genta said...

Penggerak dengan Aspirasi apa bezanya?

Saiful Bukhari dah 'Busukan' nama Aspirasi, sebab tu di rebranding semula kepada pengerak.

one more, now PRO-M dah rulu MPMUM.so masih mau kata penggerak yang menang kah? n 2 calon bebas pun dah declare bersama Pro-M.