Keputusan pengundian di UKM diumumkan pada jam 11 malam, 15 Januari 2008 oleh Prof Dato Dr Mohammad Bin Abd Razak (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM) di Kompleks Bestari, UKM. Keputusannya, Aspirasi menang 21 berbanding hanya 12 yang dimenangi oleh kumpulan Pro Mahasiswa.
Sementara di USM pula, Aspirasi mengekalkan penguasaan bila menang 31 daripada 37 kerusi yang dipertandingkan. Kumpulan Pro Mahasiswa menang 6 kerusi iaitu dua kerusi di kawasan umum, satu kerusi di fakulti pendidikan dan tiga kerusi lagi di kampus kesihatan. Kemenangan pro Aspirasi di dua universiti ini membayangkan bahawa generasi muda sudah menolak cara politik kepartaian yang cuba dibawa oleh Pro M dalam kampus. Tahniah kepada Aspirasi di UKM dan USM.Di Universiti Malaya, selepas penamaan calon pada 15 Januari 2008, Aspirasi mendahului Pro M dengan 6 kerusi berbanding 3 kerusi secara tanpa bertanding. Setakat ini, sudah 16 buah IPTA yang mengadakan pilihan raya kampus. Aspirasi mendahului 15 berbanding satu seri di UNIMAS. Pro Mahasiswa masih belum lagi menguasai mana-mana universiti. Harapan baru mereka mungkin tinggal di UPNM, UPM, UM dan UIA yang masih lagi belum mengadakan pengundian. Esok juga adalah hari pengundian di Kuala Terengganu, nampaknya generasi muda dan terpelajar di universiti sudah menolak "Harapan Baru" yang cuba dibawakan dalam kampus. Pastinya penolakan itu juga akan berlaku di Kuala Terengganu. Kita nantikan bersama-sama.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)





10 comments:
Tahniah Aspirasi
cayalahh usm n ukm... trskan perjuangan.. jg negara jgn sampai jdk mcm palestine...
assalamua'alaikum.. kalau saudara editor mempunyai maklumat berkenaan dengan surat perdamaian yg didedahkan oleh Ezam mlm br ni yg ditulis oleh DSAI pd Tun M tu, tlg comment sket yer.. tq
Alhamdulillah, mereka sekarang dah mula sedar, mana intan mana kaca.
masa zaman2 aku dulu 87-91, aku ada gak kengkawan yg study kat UKM ni, tapi masa tu member aku ceta apanama pro M ni walaupun disokong 100% oleh pembangkang masih tak dapat sokongan majoriti.
tapi suasana berpolitik dan kesedaran berpolitik masa tu dah wujud dahhh.....aku ada gak gi naik moto lepak kat apanama kolej ibrahim yaakob....aku ingat lg masa tu zaman rock....pakai seluar ketat keh keh keh....
so kpd adik2 semua, selamat mengenal politik, dan belajar berfikir bedasarkan fakta bukan emosi.
politik emosi tak bawa kemana2, malah menghancurkan.
dr.zul - UPM
alhamdulillah...tahniah aspirasi...teruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara...semoga success
menang tu memang menang, tp kat ukm kerusi dah banyak dpt kat gmukm...kat kawasan umum tahun 3 kalah banyak..
jangan cepat mendabik dada, kene tengok dulu camne nak tubuh kabinet nanti..calon pres pun kalah..peratusan menyokong gmukm dah semakin meningkat..aspirasi menang pun disebabkan undi dari tahun satu..
kalau masih dengan sikap keras kepala dan sombong, prk depan mungkin kalah...
tahniah untuk TSB, bukan aspirasi..sbb jentera prk ukm memang digerakkan oleh TSB..
macai TSB,
ze alan
alhamdulillah...sekali lagi tahniah kpd seluruh penggerak ASPIRASI di seluruh negara. matlamat dan hala tuju kita amat jelas dan semua ini pasti tidak akan tercapai jika tidak dibantu oleh redha ALLAH..kita sedang diberi pertolongan. jadi teruskan perjuangan memartabatkan IPTA kita setanding dengan IPT luar negara. dengan cara ini sahaja kita mmpu membantu agama Allah kerana terasnya kembali kepada ILMU, bukan EMOSI yg RADIKAL.
tolak pro-M..
tolak pro-M..
pro-M mesti ditolak dalam budaya politik kampus hari ini.
salam ASPIRASI buat MAHASISWA Malaysia BERSATU.
cikwan
ASPIRASI akan terus subur BERASPIRASI!!
TAHNIAH.
ALHAMDULILLAH.
salam..
saya ingin komen sedikit tentang kenyataan saudara berkaitan kemenangan Aspirasi di UKM.
'Kemenangan pro Aspirasi di dua universiti ini membayangkan bahawa generasi muda sudah menolak cara politik kepartaian yang cuba dibawa oleh Pro M dalam kampus.'
Jika saudara kaji semula statistik kemenangan Aspirasi di UKM, saudara akan dapati Aspirasi kehilangan 9 kerusi berbanding tahun lalu.. memangla Aspirasi menang, tapi kerusi yang dimenangi tue semakin berkurang..
dan kalau nak dilihat lagi, kebanyakan kerusi yang dimenangi Aspirasi adalah kerusi2 yang diundi pelajr2 tahun 1 dan 2..
Jadi, siapa yang menang sebenarnya?? siapa yang gagal?? Siapa pula yang kalah??
Dan saya jangka kalau keadaan masih kekal dan constant, tak mustahil beberapa tahun akan datang keputusan pilihan raya pasti akan berubah..
Di sini, saya tinggalkan beberapa link untuk dilawati..
Untuk keputusan :
http://202.185.40.29/undi/su000keputusan.cfm#U3.30
blog gm:
gm-ukm.blogspot.com
blog aspirasi:
aspirasi-ukm.blogspot.com
sekian,
BLue^DoLPhIn
bagi saya sebagai pelajar UKM...
saya tidak melihat kehilangan 9 kerusi itu sebagai membayangkan bahawa generasi muda sudah menolak cara politik kepartaian yang cuba dibawa oleh Aspirasi....tetapi keputusan itu dipengaruhi oleh beberapa hal dalaman yang menyebabkan ramai pengundi tidak turun mengundi, melakukan undi protes dan undi rosak dalam pilihanraya kali ini....
Post a Comment