Ada orang menyifatkan UMNO sudah hilang daya penarik sebagai penyebab utama kekalahan di Kuala Terengganu. Ada pendapat yang menyatakan ini adalah momentum dari kekalahan di Permatang Pauh. Ada yang sifatkan orang muda tidak menyokong UMNO kerana kalah di beberapa saluran muda di Kuala Terengganu. Berbagai tanggapan dan analisis dibuat setelah UMNO kalah buat kali kedua selepas kalah di lima negeri pada PRU12. Bermacam macam alasan dan faktor dinyatakan.
Jika dilihat keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu, UMNO mendapat 2,310 undi kurang berbanding keputusan pada pilihan raya umum pada Mac 2008. Wan Farid mendapat 30,252 undi berbanding Arwah Datuk Razali yang mendapat 32,562 undi. Bezanya adalah 2,310 undi. Mengapa undi kepada Wan Farid berkurang? Ke mana hilangnya undi itu? Pertamanya, lihat berapa peratusan turun undi. Pada Mac 2008, peratusan turun undi adalah 82.31% berbanding pada 17 Januari lepas, peratusan turun undi adalah 79.9%. Bezanya adalah 2.41%. Hampir 1,934 orang tidak turun mengundi.
Apakah jika peratus turun mengundi menjadi 85% maka BN akan menang? Kemungkinan besar ada, tetapi ramai pula yang tidak turun mengundi. Di sini faktor calon mungkin menjadi pendorong keengganan mereka untuk turun mengundi. Orang PAS tetap akan undi PAS. Yang memberikan kemenangan kepada PAS adalah orang UMNO sendiri . Mereka tidak puas hati dan protes dengan UMNO. Itu yang membuatkan Wahid Endut menang. Oleh itu, PAS menang bukan kerana PAS dan Pakatan Rakyat kuat tetapi kerana orang UMNO sendiri yang tidak mahu calon UMNO menang. UMNO kalah kerana orang UMNO sendiri.
Faktor calon. Wan Farid dilihat mempunyai hubungan istimewa dengan orang-orang tertentu hingga dilabel sebagai kroni. Tambahan pula keluarga terdekatnya juga terlibat dalam projek dan jawatan politik, keadaan ini menguatkan lagi tuduhan. Wan Farid juga dilihat orang sebagai sombong dan tidak mesra. Pada mulanya, ianya hanya persepsi sahaja tetapi lama-kelamaan bila acap kali diulang, ianya sudah diterima sebagai fakta. Pengundi telah terheret sama dan mempercayai. Ramai tidak sedar bahawa ini adalah sebahagian daripada teknik melabel yang dibuat oleh PAS. Konflik lama, dendam dan sentimen peribadi gagal dicuci sepenuhnya oleh UMNO untuk memulihkan kembali imej calon.
Berbanding PAS, mengapa konflik Erdogan dan Ulama tidak menjahanamkan PAS? Pecahnya hanya di kepimpinan atas. Struktur PAS tidak seperti UMNO. Dalam UMNO, jika pecah kesannya sampailah ke bawah dan cawangan-cawangan. Dalam PAS, cawangan hanya beberapa orang sahaja, jawatan ikut sukarela dan dilantik. Tidak seperti UMNO yang dipilih secara demokrasi. Kalau ada isu rasuah, duit tidak sampai dan pertembungan sesama pemimpin dalam PAS, ianya tidak melarat sampai ke bawah. PAS tahu jika partinya berstruktur dan kemas organisasinya macam UMNO, lambat laun PAS juga akan sakit dengan perebutan macam UMNO. Erdogan dan Ulamak boleh jadi barah dalam PAS. Kalau tak runtuh, ianya akan buat PAS demam berpanjangan.
Oleh itu, apa yang UMNO perlu buat untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat bagi memenangi hati pengundi?
1) UMNO perlu selesaikan krisis dan memperkemaskan kembali parti. Jika semuanya menunggu hingga Mac untuk bertindak. Kemungkinan UMNO akan lebih parah lagi.
2) UMNO tidak perlu banyak bercerita tentang perebutan dan pemilihan dalam UMNO. Apa gunanya jadi G7 dan G2 kalau hanya pergi PWTC hanya untuk mengundi semata-mata. Orang terlupa bahawa pada bulan Mac nanti adalah Perhimpunan Agung UMNO bukan Pemilihan Agung UMNO. Lagipun rakyat kebanyakan lebih suka mendengar visi dan hala tuju seseorang calon berbanding cerita konflik, pergeseran dan perebutan.
3) UMNO mesti terus konsisten melaksanakan janji-janji lepas dalam pilihan raya umum. Tunaikan sebanyak mungkin. Ini kerana YB YB Pakatan Rakyat sekarang lebih sibuk membangkang dari menyumbang. Ini kelebihan yang ada pada UMNO. Berikan pada yang benar-benar berhak dan memerlukan. Tanpa mengira apa warna parti. Hentikan prasangka, salah menyalahkan dan memaafkan yang lepas. Tumpukan usaha untuk merancang dan bertindak dalam kadar masa yang dijanjikan.
4) UMNO sekarang menguasai 78 kerusi parlimen. Hanya kurang 5 kerusi sahaja daripada semua kerusi pembangkang (83 kerusi). Kalau orang UMNO bersatu dan melawan Pakatan Rakyat sebagaimana melawan ahli UMNO sendiri semasa pemilihan UMNO. Maka UMNO susah untuk kalah. Lihatlah bagaimana kuatnya semangat UMNO kalau lawan orang UMNO masa pemilihan. Sanggup berkempen 5 atau 6 kali pusingan ke setiap rumah perwakilan, sanggup tidur hingga 3 atau 4 pagi untuk berkempen, sanggup belanja satu kedai makan untuk undi, sanggup SMS berulang kali untuk merayu undi dan sanggup berhabis duit untuk jawatan UMNO. Ramai yang tidak sedar bahawa apa gunanya ada jawatan UMNO tetapi hilang kerusi di DUN dan Parlimen.
5) UMNO perlu terus terusan menjawab isu yang diutarakan oleh Pakatan Rakyat dengan fakta dan penjelasan yang rasional. Usah jadi seperti pembangkang yang gunakan emosi dan perbandingan yang agak longgar sebagai hujah. Biarkan orang menilai kebenaran. Tidak semua orang akan berjumpa dengan kebenaran pada awal pencariannya. Namun ramai yang akan menemuinya setelah mereka berfikir, merenung dan mendapatnya dari pengalaman. Kalau tidak dijawab dan didiamkan, maka ianya akan menjadi kepercayaan atau paling tidak menimbulkan keraguan dalam hati pengundi. Jawab isu satu persatu, jangan biarkan ianya bernanah.
Pengundi pada PRU13 adalah terdiri daripada golongan muda. Majoritinya tidak faham pun dengan organisasi parti UMNO, PAS, PKR dan DAP. Mereka hanya kenal calon, isu yang dibawa dan visi calon. Golongan ini beranggapan mudah bahawa sudah 50 tahun UMNO perintah, apa salahnya beri setahun dua atau sepenggal dua kepada Pakatan Rakyat. Mereka ada perasaan ingin mencuba yang kuat. Suka try and error. Kalau Pakatan Rakyat buat salah sekalipun, hujah 50 tahun akan diulang ulang. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Pakatan Rakyat sampai sekarang masih lagi dengan "Harapan Baru", UMNO masih lagi belum selesai pilih organisasi sedang sibuk buat perubahan. Selesaikan segera pemilihan dan tumpukan kepada kerja. Masuk segera dalam barisan untuk menghadapi pakatan. Selagi masih diluar barisan, selagi itu UMNO akan terus mengalami masalah yang sama.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

19 comments:
memang UMNO kena kembali ke pangkal jalan
umno mesti berubah, hentikan segala pergeseran, kembali pada ..bersatu,bersetia, berkhidmat
Syabas Zam, pandangan yang sangat jelas dan berwawasan. UMNO mesti berubah...
Aneh!!!!
Dah la kalah...........
Pastu buat "bedah-siasat" dgn memberi andaian-andaian yang tidak berpaksi pada logik akal dan fikiran!!!
Kalu btul UMNO nak sgt tawan hati rakyat!!! Tolong hentikan (Wahai pembina laman blog) segala puji2 an/bangga2 anda kepada UMNO ...
Sbb benda nilah yang membuatkan rakyat semakin menyampah dgn Mu wahai UMNO!!!
Kerana fitrah manusia mmg sukakan sesuatu yang dibawah(merendah diri).... kerna itu kite diciptakan dari tanah yang tak dipandang orang... tapi .....................................................................................................................................................
Askm,
Memang banyak perubahan yang perlu dibuat... Baca kupasan-kupasan dalam blog saya.
ya harus berubah untuk kemenangan.
salam,
1. yb-yb kena turun padang dan dengar luahan / masalah rakyat bukannya datang bagi ucapan panjang-panjang. rakyat tak nak dengar lagi dah ucapan yb-yb ni. mereka nak yb-yb ni dengar masalah mereka dan ambil tindakan.
2. perkemaskan agensi kerajaan. kakitangan kerajaan malas, ambil tindakan. yang buruk nanti nama bn jugak walhal kakitangan kerajaan yang tidur dan pekak tak buat kerja.
3. Pemimpin2 mestilah peka dengan kehendak ahli dan janganlah sering kali bersama dengan kelompok sendiri saja.
PR selayaknya diberi puji pujian.. kerana di pimpin oleh golongan yang "maksum"...
manusia yang gemar "bersedekah" (beramal jariah) .. perempuan/sex dan lembu..
ulama2 PR dan rejimnya "memuji muji" amal jariah ini...
tiada yang tidak terpuji dalam PR.. melainkan yang terpuji puji puji belaka...
Hoi!!! guane too!!!!!!!!
Udah2 la... duk menyindir...
Bukan PEDAS mane pun sindiran ko tue...
Stakat bleh dibuang di jamban BUSUK umah ko je...........
senang cite
nak expired dah pun
kenapa kita perlu salahkan PARTI??
walhal orang yang menerajui PARTI itu yang membuat masalah dan mewujudkan pelbagai perkara yang amat-amat dimarahi oleh majoriti warganegara kita ini!!
apa perlu dilakukan adalah "pembersihan" pemimpin2 PARTI yang merosakkan PARTI dan menyebabkan orang lain "jijik" untuk bersama PARTI menyumbang tenaga dan keringat demi agama, bangsa dan negara.
saya setuju sangat dengan tulisan saudara zam ni..tetapi orang kita ni juga kuat sangat berprasangka buruk sesama sendiri.Kita bercakap ikhlas pun dikata tidak ikhlas.Kita buat baik pun dikata jahat juga.Kita lebih suka dengar cakap-cakap orang daripada siasat sebelum buat sesuatu keputusan.Bila kita tawar diri pegang jawatan,maca-macam tohmahan dan fitnah dilemparkan..macamana kita boleh buat perubahan?Tetapi saya setuju sangat dengan antara pandangan diatas yang kata rakyat dah jemu dengan ucapan panjang-panjang.Ini saya akui.Sebab itu,dikawasan saya,saya lebih gemar sekali-sekali bertemu orang-ramai di gerai dan warung.Mereka lebih gemar bersembang bercerita masalah.Pendekata,mereka mahu kita dengar mereka,bukan mereka dengar kita.Walaupun,ada antara masalah itu tidak dapat diselesaikan segera tetapi sekurang-kurangnya mereka berasa lega bila maslaah telah diluahkan kepada kita..Nasib baik sekarang dah ada kemudahan telefon bimbit,dapat jugalah mereka hantar pesanan ringkas walaupun pada ketika tidak dapat berjumpa..yang penting,jangan protokol sangat...tapi kalau wakil rakyat sorang aje yang mesra rakyat tetapi yang dikeliling kita pula muka masam mencuka pun tak boleh juga..kerani,p/a dan juga driver kena lah juga maniskan muka bila ada orang bertemu dengan bos masing-masing...wallahualam..
Wahai blogger you are very GAY!!!!
go to: http://www.freegaycinema.com/
http://www.gaypicturepost.com/
Ngko bleh isap jubo si Saiful tuh!!!
Angin kau membawa bahteraku kemana mahumu…
Dikamar daku sering bertanya
Mana tempatku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera
Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera
(Korus)
Inginku(kiniku) mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-likukan ku harungi oh…
Tidak lagi kan aku disitu
Menyaksikan kehidupan berlalu
Kan ku kerah darah keringatku
Tiba waktu aku tiada
Tidak akan daku sesali
Daku hidup caraku sendiri
Angin kan ku bawa bahteraku
Kemana majuku
Kini ku berani mengemudi
Kemana ku pergi
Bagai guruh bergegar bumi
Aku tetap teguh berdiri
Penuh pengorbanan yang sejati
kalau org kampung pergi kekedai nak tau cerita politik utk dibaca, apa yg mereka bawa balik... harakah , suara keadilan yg melambak2 di kedai. apa yg umno buat utk menjawab fitnah2 politik macam tu ....sebagai cthnya PM rasuah projek di purajaya ?
tanda soalan diakhir tu ialah kesempatan teknikal untuk pembangkang terus-terusan melebarkan fitnah. Tapi ada ke tabloit politik yg senada yg nak jawab fitnah2 sebegitu bagi pihak umno. mereka tak mau baca utusan dan berita. utusan dan berita pon terlalu mahal nak jawab fitnah2 picisan. tapi benda2 ini la dibiarkan lama2 menjadi persepsi yg terlalu negatif dan akhirnya menjadi fakta bagi pembangkang.
huh....
Pada pandangan aku la.....
UMNO kena berani untuk menjawab isu hudud dengan PAS. Tubuhkan majlis ulama umno dgn segera. bukan umno nak jadi pas tapi isu ini dari bermula dari kecil sekarang dah jadi isu nasional bagi org melayu.
dari isu yg hanya diperjuangkan oleh ustaz2 muda yg baru balik dari mesir, tapi skrg ustaz muda dah jadi tua, dah ada beribu pengikut yg taksub. dan dari bayi dulu dah berjanggut skrg ni dah pandai kata k'jaan tak islamik, dll.
dulu2 org kg saja yg ckp soal hudud, skrg dibandar2 pun anak2 muda yg walaupon mereka sendiri jahat tapi masih ada keimanan dan benci dgn kejahatan. jadi utk melihat kejahatan yg didepan mata ini berubah dgn tidak lain dan bukan dgn hanya mengundi PAS yg menjanjikan kebaikan.
Umno kena faham pengundi muda, mereka tak pernah tgk mcmana susahnya perjuangan umno terdahulu nak merdeka, tragedi 13 Mei, dll. jadi nak menakut2kan mereka dgn cara dulu2 tak akan berjaya.
Pas hanya tau tiru cara umno saja, solat hajat, derma wang ringgit , derma barang kemas, takbir, semua umno dah buat dulu2.
brapa ramai budak2 muda skrg yg benar2 nakkan kebenaran, yg nak cari kebenaran memang ramai tapi mereka bukan majoriti. yang majoriti ialah blient followers dan taklid buta. baik org muda mau pon org tua2 di kg2.
terangkan kepada org muda dan org tua, apa itu hudud, betul ke apa yg PAS perjuangkan nak tukar asas politik di m'sia dari kaum ke ugama, betul ke undi PAS masuk syurga? betul ke undi umno masuk neraka? dll. byk lagi...
umno nak mengelakkan perpecahan yg besar di kalangan majoriti melayu dgn mengelak menjawap isu hudud perlu diketepikan. kali ini kena jawab. siapa yg tak sayang pada ugama . jgn biarkan pas manipulasi sewenang2nya agama islam.
AWAS!!!!!!!!!!!
BLOG NI DISYAKI ADE VIRUS!!!!!!!!!!!!!!
Sama2lah kita buat perubahan :-)
Jangan Potong Q :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Sindrom Mat Salleh Celup
http://pro-faizal.blogspot.com
Suara generasi Baru
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Semangat Baru UMNO >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com
sebab utama aku benci kat umno adalah sebab perangai BODEK yg keterlaluan kat TV dan surat khabar. aku rasa ni penyebab utama orang benci. tiap2 hari aku baca surat khabar ada saja kaki bodek.... bodek sana bodek sini.. parti lain pun x macam ni. nak dapat kontrak tu.. mcam kat kampung aku, jadi jkkk tapi x pernah bertegur sapa dengan orang kampung..pastu semua ahli pakat lari masuk parti lain..
Post a Comment