Saturday, January 17, 2009

Kuala Terengganu, Pentas Terbaik Ajar Karpal Singh

Anwar Ibrahim ketika sedang berceramah di Kuala Terengganu di hadapan pengundi Cina. Anwar menyatakan Kuala Terengganu menjadi landasannya untuk menjadi Perdana Menteri. Harapan terus dicipta kepada rakyat agar percaya dengan angan-angan Anwar. Di hadapan pengundi Melayu, Anwar berjanji pakej yang berlainan. Bila berhadapan dengan pengundi Cina, cerita yang lain pula dijanjikan. Itulah cara Anwar, tetapi ada lagi yang masih asyuk dengan janjinya itu. Entah mengapa, mereka suka sangat ditipu dan diperdaya oleh Anwar. Apa pun, percaturan Erdogan untuk melemahkan kredibiliti Haji Hadi Awang di Kuala Terengganu sudah berjaya. Anwar mempengaruhi Haji Hadi untuk menukar nama calon pada saat-saat akhir.
(Gambar: Husam juga datang berkempen sama dengan Anwar di hadapan pengundi-pengundi Cina. Mengapa bendera PKR yang diletakkan di rostrum? PAS yang bertanding bukannya PKR).

Pada awalnya, Musthapa Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu) yang harus menjadi calon. Anwar amat bimbang, kalau Musthapa Ali diberikan peluang untuk menjadi calon, peluang Husam Musa untuk kekal di kerusi Naib Presiden PAS mungkin akan tergugat. Hadi Awang akan mendapat partner yang lebih kuat jika Musthapa ALi menang. Bila nama Musthapa dicantas, maka kekuatan Hadi turut terjejas. Anwar ada line up tersendiri untuk kepimpinan PAS pada muktamar akan datang. Dua malam sebelum penamaan calon, Anwar mengarahkan Husam untuk membawa gerombolan jentera dari Kelantan untuk memenuhi Kuala Terengganu. Di surau dan masjid, penuh orang-orang PAS dari Kelantan. Di atas jalanraya, penuh pasukan bermotosikal dari Kelantan juga. Semua ini dibuat untuk memperkuatkan Husam sebagai bakal Presiden PAS.

Pengundian di Kuala Terengganu bukannya hanya sekadar memilih seorang wakil di parlimen. Jika Wahid Endut menang pun, keadaan Pakatan Rakyat tidak akan berubah. Mereka tidak akan menjadi kerajaan baru pada esoknya. Harga barang tidak akan menjunam serta merta. Minyak pun tidak akan turun secara mendadak lepas mereka menang. DAP juga tidak akan berubah. Karpal tetap berdegil dan keras kepala. Orang-orang bukan Melayu dalam PKR juga akan tetap dengan pendirian mereka. PAS tidak akan berani pun melawan Karpal dan DAP. Malah Anwar sendiri pun tidak berani dengan Karpal Singh.

Untuk itu, apa lagi harapan yang tinggal bagi orang Melayu? Pakatan Rakyat memang tidak boleh diharapkan lagi untuk membawa perubahan. Pilihlah dengan bijak. Bila nasi sudah jadi bubur, segalanya tidak akan berguna lagi. Ambillah pengajaran dari nasib orang Melayu di Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Lihatlah apa nasib yang mereka dapat? Mahukah Terengganu mengalami nasib yang sama? Kuala Terengganu adalah medan terbaik untuk orang Melayu mengajar kebiadapan DAP selama ini. Mahukah anda melihat Karpal tertawa besar melihat kemenangan calon Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu nanti? Selama ini, Karpal tolak hudud, tolak negara Islam dan ugut mahu keluar dari Pakatan Rakyat, inilah masa terbaik orang PAS tunjukkan undi protes terhadap Karpal. Bila lagi hendak ajar Karpal?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

19 comments:

BUJANG SENANG said...

PR ( Parti ROSAK) rakyat Malaysia.. TQ

Sedingin Salju said...

Tak pa encik, kalau BN menang, kita meraikannya dengan buat majlis kesyukuran.

Anonymous said...

Kalau dah totok umno more to tetap jugalah bodoooooo.
Pak Lah pun umno more sudah kencing ini pulak berangan nak kasi out sama PR.Belahlah lu umno....
Tak kan dah 12 kali PU asik nak kerat rakyat...
Oiii bodoh...otak letak kat lutut sebab tu asik kena klentonggg.
Ada Pakatan Rakyat, harga minyak BN kasi turun.Masa PU 11, harga minyak naik 30 sen , ada tutun tak?takdak..
Sekarang ni lepas PU 12, 7 kali harga minyak turun...
lu pikirlah sendiri

HanaHoney said...

insyaallah kemenangan berpihak kepada BN

Nordin said...

Kemenangan hanya angan-angan jika ianya tidak didasari dengan perjuangan yg bertunjangkan kebenaran dan keadilan......fikir2kan le

Anonymous said...

bro.pe cite.kalah.sume orang kena tipu lagi kot ngan anwar.xpun sume kene tipu ngn hj hadi.pe cite ek.lu sorang la bergoblok kt sini

elims, Chuang Kuang Hong said...

So narrow minded... Always talk so sensitvely. What wrong with people that come to chinese/indian society to deliver speech? Why just want to mention about Ketuanan Melayu?

If this continues, wondering how we could compete in globalization.

Think yourself. Please educate more people towards positively. Please.

GOD knows what you really think and your intention to speak. Please do it carefully and sincerely.

I wont talk behind somebody without exposing my identity. I'm not that kind of person that you think of like creating problem. you may contact me.

And most important, you may delete this message and just ignore it, i dun mind.

Sincerely,
Chuang

Anonymous said...

'Selama ini, Karpal tolak hudud, tolak negara Islam'

Biasalah tu kalau c kapal kapir tu tolak hudud dan negara islam..tapi,yang aku musykil ni..engkorang puak2 ameno ,kenapa tak laksanakan hudud malah tolak lagi tu..lagi teruk,engkorang guna hudud utk takutkan org2 kapir ...diaorg tolak aku tak kesah..yang engkorang tolak ,pahal ? Bangang bodoh !!!!!!

AKMAL AND HANIFFAH said...

kadang seronok juga membaca analisis gpmm ni.

zhang ning said...

Hoi!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Padan dengan muke ngko!!!!!!
KALAH!!!
Uwek!!!!!!!!!!!!!!
Naik muntah tengok bdk2 belia sebaya aku duk g sokong AMENO keparat!

Sedar lah diri sikit jagan duk jadi manusia yng sntiasa di bawah telunjuk org!!! kalu ameno semua nyer Btul!!!! Sempurna!!! stu Media g canang Ameno sumabngkan itu, ini.....

Padahal Rasuah MERATA!!!

naik pelik aku bile aku terjumpa laman blog yng menyokng perjuanagn BODOH nie!!!

Ingat la... kite nie yang muda bakal mewarisi kepimpinan akan datang... mane2 ameno yang tak btul tu buat tegur2 la...

jangan duk tengok silap orang je....

zhang ning said...

Penulis Blog bangang!!!!!!!

Anonymous said...

yahoo

PAS menang !!!!!!!!!!

ALLAHUAKBAR!!!!!!

skrg spe nk ajar spe wahai cik Azrinizam??????

nmpk sgt rkyt xbley trime dakyah2 umno/BN sume tu
dorg taw sume tu da lapuk
skrg bkn zaman 40an lg
rkyt da pndai menilai mane intan mane kaca laa

pemmpin UMNO rasuah je
perabis duet rkyt
cmane nk meng???

hahahaha~
len kali suro UMNO ubah sikap dlu
bru ubh minda rkyt..
AZRINIZAM>>
ape komen anda???????

xkn nk jd perosak mentaliti mahasiswa je kot
asek tuduh yg xbaek je pasal pembgkang..
syg sgt pemimpin rasuah anda tuu..
blajarla dri kesilapan..
sbb org yg xpenah blaja dr kesilapan bkn org yg bijak..

FIKIR FIKIR kn la wahai UMNO n AZINIZAM sndri...
sya nk dgr ape komen saudara ye..
jd tlg2 la reply blik kt ruangn ni..

ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

patutla HANAHoNEY skg BN

xpki tudung rpenye

hhhehehehehehe

nokonakona said...

Natijahnya...BN diajar oleh cina Kuala Terengganu. Tidakkah begitu tuan?

MAT 6 KOTAK said...

Ha ha ha ah ha ha ha ha ha ha ha ha padang muke mu, TENGOK LA APA MENANG DI KUALE TRANUNG, mu dapat mende....ha ha ha ha ha ha, sebab tu jangan mengata orang, awal lagi dok mengata orang akhirnya SIAPA YANG KALAH ha ha ha ha ha

Anonymous said...

camne ni
PAS menang jugak
hehe

MeeT uNcLe sHaH said...

Salam Semua.

Ini kita harus tanyakan kepada mereka yang punya "hidden agenda" (Ahli UMNO/PAS/PR).

Apa yang saya perhatikan, berbondong-bondong ahli UMNO "berkampung" di KT namun hasilnya masih sama seperti di Permatang Pauh. Apakah ini tanda yang perjuangan UMNO kian "malap" atau hanya tinggal tunggu "dibacakan talkin" (seperti buku tulisan Pak Habib)????

Tidak, semestinya tidak!!! Adat bertanding, kalah menang adalah tradisi. Selesaikan masalah, bukan menuding jari. Sampai bila kita harus "melagukan" Bangau Oh Bangau yang tiada kesudahan.

Natijahnya, adalah kepada kami sebagai pewaris anda semua!!!! Apa pula yang harus kami jawab kepada generasi seterusnya??? Masih perlukah Bangau Oh Bangau ini berdondang hingga ke hari kiamat????

Kalah bukan bererti tewas, menang bukan bererti juara!!! Tidak kira siapa pun yang menang di Parlimen KT, "kerakusan" mereka yang punya "agenda tersembunyi" itu yang harus kita persoalkan!!!

Maafkan saya jika ulasan ini terlalu panjang atau berbelit-belit. Sesungguhnya, diri ini masih naif kepada isu-isu yang "dipolitikkan".

Anonymous said...

bloger ni paling bodoh aku baca

Anonymous said...

haih.. bukan UMNO yg silap, org dalaman dia je silap..

kalo PR berkuasa, jgn haraplah PAS ada tmpt dalam kabinet.. kalo ada pon suma portfolio2 biasa je..

yg ada org2 ni, x abih2 ckp "Ällahuakbar Allahuakbar", kalo DAP dh byk kat kabinet, korang melayu suma x leh makan, "Ällahuakbar" korang pon dah x leh pakai...