
Kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) bertajuk "Kit Siang : Cooperation Yes, But No Hudud Law" dalam The Sun pada 18 Mac 2008. Karpal pertikaikan Haji Hadi Awang (Presiden PAS) dan Anwar Ibrahim (Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Ketua Pembangkang) berkaitan dengan soal hudud. Apa yang menarik, kedua-dua pemimpin Melayu ini masih lagi berlembut hati dan tunduk dengan desakan Karpal Singh. Apa yang istimewanya Karpal Singh? Hinggakan Haji Hadi dan Anwar tidak berani melawan cakap Karpal?
Gambar atas memperlihatkan kononnya ada satu Pakatan Rakyat antara PAS, DAP dan PKR. Realitinya, pakatan ini tidak menjamin bahawa hak orang Melayu dan agama Islam boleh dipertahankan. Tidak sepakat pun sebenarnya. Anwar hanya tersenyum melihat Nik Aziz dan Kit Siang bersalam dalam gambar di atas ketika hadir di Kuala Terengganu. Mengapa Karpal Singh sendiri tidak turun ke Kuala Terengganu untuk bersalam dengan Haji Hadi dan Anwar Ibrahim? Tentunya ada sesuatu yang tidak kena? Apakah orang PAS tidak sedar bahawa Karpal tidak sokong pun perjuangan PAS selama ini? Malaysia Baru yang bagaimana dimahukan oleh Pakatan Rakyat? Malaysia Baru yang lebih liberal?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)





6 comments:
http://perisik-rakyat.com/2009/01/hoi-hantu-hantu-umnobn-kau-jawab-soklan.html
Mana depa nak sedaq, depa dok tengok orang punya salah saja encik.
kah kah kah ...... ini kalau geng2 PAS & PKR tak faham lagi tak tau la aku mcamana.
Tak tau baca suratkhabar orang puteh kuttt...... atau sakit hati pada fakta.
Zul - UPM
aku tak taksub pada pemimpin dan parti, kalau salah aku bangkang. tak kira la ustaz ka , ulamak ka, banyak duit ka, pakai serban 1 kilo ka....kah kah kah .....
Gambar sekadar hiasan utk mengaburi mata rakyat.
hipokrit belaka:p
semuanye sebab gile kuasa....yg pakai serban pun gile kuasa, ape kes?
Post a Comment