Wednesday, January 7, 2009

Hudud: PAS Tunduk Dengan Desakan DAP

(Gambar: Nik Aziz bersalam dengan Karpal Singh. Demi menjaga hati DAP dan mendapat undi daripada orang bukan Islam, Nik Aziz sanggup menyatakan bahawa hudud boleh dibuat 30 atau 50 tahun lagi. Demi DAP, PAS sanggup letakkan perjuangan "membangun bersama Islam" ke tepi).

"Pas akan tetap laksanakan undang-undang Hudud dan Qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan negara melalui pilihan raya umum. Kita akan buat,” kata Husam Musa (Naib Presiden PAS) dalam wacana perdana bertajuk “Transformasi Politik Malaysia” di Balai Islam, Kota Bharu pada 20 Disember 2008. Apakah Husam hanya berkata ingin buat Hudud hanya kerana mahu menjaga air muka setelah dicabar oleh KJ?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas."DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu," kata Guan Eng pada 22 Disember 2008. Malah Pemuda DAP turut membantah cadangan PAS untuk melaksanakan hudud. Bila dibantah oleh DAP, Husam dan pemimpin PAS tidak langsung mempertahankan hudud bila didesak bertalu-talu oleh DAP.
“PAS akan rugi jika ia berkeras untuk melaksanakan hukum hudud kerana DAP akan menentangnya,” kata Karpal dalam satu kenyataan pada 23 Disember 2008 sebagai reaksi balas terhadap kenyataan Husam Musa yang mahu melaksanakan hudud. Lihatlah bagaimana PAS tidak pun berkeras dengan DAP untuk melaksanakan hudud. Apakah PAS takut untuk berdepan dengan DAP?

Bila didesak berulang kali oleh Guan Eng dan Karpal Singh tentang hudud. Akhirnya Husam tunduk dan mengalah dengan DAP. Husam mula membuat kenyataan yang berlainan. “However, PAS will continue with its struggle to implement Hudud law, which is God’s law, by explaining to all quarters, including the Pakatan Rakyat component parties, until they are ready to accept the law,” kata Husam dalam Suara Keadilan (gambar bawah) pada 23 Disember 2008. Bolehkah selepas ini kita akan lihat Husam tarbiah Karpal untuk terima hudud?

Bukan Husam sahaja yang tunduk, Nik Aziz pun telah mula tunduk dengan DAP tentang hudud. "Kita tidak payah tekan atau paksa untuk orang ramai terima undang-undang Allah, 20 atau 30 tahun lagi orang terima pun tidak apa. Hudud ini benda besar dan ia makan masa lama untuk dilaksanakan. Dulunya bila Pas sebut politik Islam, orang tidak boleh terima. Mereka kata mana ada politik Islam tapi bila kami memerintah atas Islam orang boleh terima begitu juga dengan hudud," kata Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) pada 27 Disember 2008 di Kota Bharu. Apakah kenyataan Nik Aziz ini dibuat semata-mata untuk menjaga hati DAP? Mengapa tidak kecam kembali Karpal dan Guan Eng yang terang-terangan tentang hudud dan pemerintahan Islam? Bagaimana nak buat cara Umar Abdul Aziz jika pemerintahan Islam pun telah ditolak oleh DAP. Buat tarian jalanan, i-Dance boleh pula.

Lim Kit Siang menganggap undang-undang hudud dan qisas bukan dasar perjuangan Pakatan Rakyat. "Hukum hudud bukan menjadi dasar DAP dan Pakatan Rakyat," katanya di Kuala Terengganu, semasa hari penamaan calon pada 6 Januari 2008. Sekali lagi, Kit Siang mahu menunjuk belang berkaitan isu hudud. Adakah ada lagi kenyataan dari mana-mana pemimpin PAS untuk kecam kembali Kit Siang tentang isu hudud ini? Sepatutnya PAS tidak perlu takut dan tunduk dengan DAP, tetapi mengapa PAS jadi seolah-olah pak turut pada DAP? DAP berkata yang bukan-bukan, PAS tetap mengiyakan sahaja. Apakah perjuangan PAS sudah terpesong jauh angkara team Erdogan?

AZRINIZAM IBRAHIM

Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

7 comments:

Anonymous said...

kalau la kata hudud wajib buat dalam islam,nape umno tak laksanakan.kenapa nak suro pas je.bukan pas memerintah negara.pas tak boleh buat undang2 jenayah negeri sendiri.penal code under jurisdiction of federal government.

melantun2 bodo ko ni

VOY said...

bab hukum hudud ni tah la, aku tak la hebat dalam bab2 nih tapi pada pendapat aku... kene revise and pikir balik perlaksaan tuh sbb kene tgk pelbagai aspek. tapi tujuan hudud tu mmg bagos just kene piki 10 kali nak laksanakan...

Anonymous said...

umno NGAKU JER iSLAM TAPI TAK MAU DAN TENTANG HUDUD...SOLAT SAMA, PUASA SAMA, HAJI PUN SAMA, KENA HUDUD TAK BOLEH....DAP NAK TENTANG ITU PATUTLAH SEBAB MEREKA MAJORITINYA KAFIR, YANG HAIRAN BILA MELAYU UMNO YANG TAK MAHU HUDUD...ISLAM APA MACAM NI...

KEPADA VOY...NAK TANYA SIKIT, ALLAH BILA SURUH LAKSANA HUDUD, DIA IKUT NAFSU KE TURUN HUKUM? FIKIRLAH SEBELUM NAK MENGULAS...

AZRINIZAM NI PUN SATU JUGA, TAK HABIS-HABIS NAK MELAGA-LAGAKAN SESAMA UMMAH...MUNGKIN DIA NI LEPASAN UNIVERSITI MADINAH ATAU KAHERAH KERANA HUJAH SEPERTI ILMUWAN AGAMA TETAPI....

Anonymous said...

cakap boleh laaa.... stakat modal air liur.... nak hudud konon, jurisdiction of federal covt kununnnn...... cakap berdegar2..... piiiirahhhh

nak hudud mcmana kalau stakat kapral sing dan lim kit siang pon tak boleh nak jentik....

kata org bodo mmg pandai.... berkat ajaran tuan guru nik ajis...

Waris Pahang said...

PAS : Kejam! Kejam! Kejam!,
Sila buka :
http://www.warisanpahang.blogspot.com/

Anonymous said...

nk harap umno buat hudud ke???
npe nk persoalkan hukum hudud??
kn ni hukum Allah??

hrpkn menantu paklah nk wt hudud???
kj taik kucing!!!

ble pas nk wt hukum hudud,npe org islam sndri nk tentang???
da xigt hukum tuhan ke??
DAP xphm ape tu konsep hudud sbnr..
kte sbgi org islam WAJIB jelaskn sume tu..

yg wt blog ni xpk lgsg ke pasal agama???

AZRINIZAM,sye nk awk bls komen ni klo awk rse awk ngaku org islam,yg sygkn agama islam...
SAYA CABAR AWK KALAU AWK NGAKU ORG ISLAM!!!!!!!!!!!!!!!

klo awk sokong sgt UMNO tu,
sggp ke smpi gadaikan agama sndri???

azrinizam said...

salam saudara yang tidak bernama...

DAP yang tentang negara Islam dan MCA yang terima negara Islam adalah dua perkara yang berbeza. Faham harbi dan zimmi?

Persoalannya, UMNO sudah pun letakkan Islam sebagai agama Persekutuan, sudah sekian lama. Meletakkan sesuatu yang ditentang oleh DAP. Bila UMNO ajak PAS bergabung, ianya ditolak. Tapi bila DAP yang tentang negara Islam dan hudud, PAS boleh pula kerjasama bersama.

Persoalannya, mengapa PAS tidak bertegas dengan DAP dalam isu hudud. Gesa sahaja DAP keluar dari Pakatan Rakyat. Berani?

Siapa yang gadaikan agama bila benarkan Karpal berani pertikai hudud secara terang terangan? Jika Haji Hadi sebut Karpal sudah faham tentang hudud..mengapa sampai sekarang Karpal masih lagi tentang hudud..malah menyatakan langkah mayatnya dulu kalau mahu laksanakan hudud.

Jika mahu laksanakan hudud, sudah tentu perlaksanaannya dibuat ke atas semua org. Tiada bezanya antara Islam dan Bukan Islam. Bagaimana Anwar boleh sebut hukum boleh berbeza pada Islam dan Bukan Islam? Kitab dari Turkikah yg dibaca oleh Anwar????

Jika mahu menerima hujah ini, bacalah dengan teliti dan fikiran yang tenang. Saya tidak terkejut kalau anda menolak hujah ini semata-mata anda adalah seorang yang taksub pada PAS. Saya tidak taksub pada UMNO, tetapi saya juga seagama dan sebangsa dengan saudara. Pada saya, sekrg ini hanya UMNO yang boleh diharapkan untuk membela orang Islam di Malaysia.

Apa PAS buat selama ini untuk Islam? Slogan bagus, tetapi kerja dan hasil perlu dilihat dengan teliti. PAS dan UMNO bukan agama kita, tetapi Islam adalah agama kita. Usah samakan parti dengan agama. Letakkan taksub ke tepi dan anda akan dapat berhujah dengan rasional.

Terima kasih, selamat berfikir.