Thursday, January 15, 2009

Hudud: Karpal Sudah Beri Kata Dua

Sebenarnya janji PAS untuk melaksanakan hudud di negara ini sudah lama. Dalam manifesto pilihan raya umum 1990, PAS berikrar akan melaksanakan hukum hudud di Kelantan jika memerintah Negeri Kelantan dalam Manifesto Pilihan Raya PAS bertajuk "Program PAS Negeri Kelantan 1990". Kemudian bila dapat memerintah Kelantan, PAS gagal melaksanakannya. Berikut kenyataan pemimpin PAS selepas 8 tahun memerintah Kelantan, "Hendak melaksanakan hukum hudud di negeri ini hanya boleh dibuat jika mendapat perhatian dan kerjasama daripada semua pihak." (Utusan Malaysia, 11 Februari 1998). Pada 21 Disember 2008, Husam Musa (Naib Presiden PAS) berkata parti itu akan menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud di Balai Islam, Kota Bharu. Apakah kenyataan Husam ini hanya diulang kembali semata-mata untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu?.

(Gambar: Kenyataan Karpal dalam Malaysiakini pada 14 Januari 2008 yang secara jelas menolak hudud). Dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, PAS terus terusan menuduh UMNO yang menolak hudud bersama dengan MCA dan MIC. Sepanduk dibuat untuk menyatakan UMNO yang kononnya menghalalkan semua maksiat yang ada di muka bumi Malaysia sekarang ini. Bila Dewan Pemuda PAS mengusulkan agar negeri Pakatan Rakyat mengamalkan pemerintahan Islam, ianya ditolak oleh DAP. Jadi bagaimana hendak buat pemerintahan Islam kalau PAS masih lagi bersama dengan DAP? Apakah PAS tidak sedar bahawa di mahkamah syariah sekarang ini sudah lama diamalkan perundangan Islam?. Bila Karpal Singh memberi kata dua kepada PAS agar jangan melaksanakan hudud. Kenyataan ini memberi PAS pilihan, sama ada bersama dengan DAP untuk membuat negara Islam atau bersama dengan DAP untuk menolak negara Islam? Yang mana satu hendak dipilih oleh PAS?

Mungkin orang PAS sendiri terlupa bahawa pada 8 April 2008 Husam Musa yang memulakan janji untuk melaksanakan hudud pernah juga berkata bahawa "agenda negara Islam tidak menjadi sebahagian inti Pakatan Rakyat tetapi sekadar idealisme ahli-ahli PAS". (Rujuk sini). Bagaimana hendak buat hudud jika Husam sendiri pun tidak bersetuju dengan agenda negara Islam?. Pada 14 Januari 2008 dalam ceramah di Kubang Parit, Wakaf Mempelam, Ezam Mohd Noor (bekas Ketua Pemuda Keadilan) telah bersumpah dengan nama Allah SWT menyatakan bahawa ketika dia mahu keluar dari PKR, dia telah berjumpa dengan Husam Musa terlebih dahulu. Ezam menyatakan bahawa dia keluar PKR atas faktor peribadi Anwar. Kemudian Husam Musa menyatakan kepada Ezam bahawa "kita mahu tunggang Anwar demi politik sahaja". Oleh itu, siapa yang tunggang siapa sekarang ini? Anwar tunggang Husam untuk menguasai PAS menjelang muktamar pada Februari ini? Atau Karpal Singh yang tunggang Husam untuk menolak hudud? Sanggupkah PAS melawan dan menongkah arus dengan DAP demi menegakkan negara Islam dan hudud?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

9 comments:

saplo182 said...

aku takot sangat kalo cine ade kuase.. nanti jadik cam singapore, ahh nak azan pon tak bleh.. oitttt melayu bangkit lar sedar lar.. jangan ikut telunjuk al-jubori... dier pandai berkate2 bermuke2.. dier sahkan negare israel bangsat.. dier same ngan DAp.. memang nak hancurkan melayu/islam.... memang la melayu takan hilang di dunie, tapi takan nak merempat kat tanah sendiri kot...

Anonymous said...

sebenarnya PAS dan PKR ditunggang oleh DAP dan org2 cina utk melemahkan org2 melayu/islam di negara m'sia ni- itu saja matlamat mereka.

umno dah buktikan dari melayu berpecah-belah, ada melayu kelantan, pahang johor, kedah, perak dll semua melayu boleh bersatu di bawah umno dan banggunkan tanah melayu sehingga jauh berjaya sehingga hari ini.

sudahlah ekonomi negara ni di kawal oleh bangsa asing. sekarang politik pula mereka nak kuasai.

org melayu rata2 kalau nak meniaga nak cepat kaya. ini masalah sikap tak de kena mengena dgn k'jaan unmo dan BN. org PAS meniaga pon mcm tu, untung sikit nak renovate rumah, nak beli kereta besar nak tambah bini(cawangan).

Cuba la berkawan dgn ustaz2 PAS....sama aje ceritanya. k'jaan dah buat mcm2 skim utk rakyat rebut peluang. tapi org melayu yg tak mahu rebut. tak nak establish network. tak nak tolong bangsa sendiri, suka tikam belakang. masih beli dikedai cina walaupun harga beza 5sen dgn kedai melayu.

org melayu dah terhakis/hilang identiti mereka. mereka dirosakkan lagi dgn fahaman cetek politik PAS yg hanya nak tolong ahli2 PAS dan memusuhi org2 islam UMNO.

kutuk, mengata, kata org kapir jadi mainan dan hiasan dimulut2 pemimpin PAS dan pengikutnya.

Zul - upm

Anonymous said...

org cina khasnya terlalu inginkan kuasa di malaysi...xtau kenapa...dan xtau kenapa bnci sangat mereka pada kaum kita...sedangkan mereka aman damai, kaya raya disini...even melayu memerintah, ada kita buat kat diorg mcmane diorg buat kat kaum kita di singapura???bangunlah bangsaku....bersatulah...

Alias Mohd Yusof said...

Saya telah letakkan URL blog saudara pada blog saya. Sila lawatinya di:
http://aliasmohdyusof.blogspot.com/

moga kehadiran blog saudara dapat menambah memeriahkan amalan demokrasi negara kita.

Sedingin Salju said...

Ha, orang cina boleh kuasai melayu, macam saya selalu katalah, melayu terlampau bertolak ansur. Itu saja.

cikw@n said...

alhamdulillah,, buat sahabat yg belum tahu, ASPIRASI dah menang besar di USM. pro-M hilang arah senyap takde suara..

ternyata, ALLAH sedang membantu usaha kita atas nama perjuangan dan perpaduan tulen.

pro-M sepatutnye sedar perjuangan mereka menongkah arus. perubahan yang dicanang langsung tiada kaitan dengan matlamat asal dan hala tuju mahasiswa zaman ini.

mahasiswa hanya perlukan kepimpinan yang tulen, bukan terpengaruh dengan emosi radikal yang melampau.manifesto juga langsung tidak relavan..

buat adi syahid dan hajar, anda bakal jd lembu dan balaci dlm MPP.

buat syafiq, solehin, izyan dan siva..teruskan perjuangan.tunaikan janji anda.

hwa ree , usah mengalah. anda akan dikenang kerana berani berkata benar.

wai kiong, anda masih muda.jalan masih jauh.teruskan perjuangan.

tahniah buat kem ASPIRASI.

ciput said...

cikwan.. kotye pun menang, takyahler kt org jd lembu.. yg kalah da kalah.. yg menang dah menang dahler tu. pepun taniah2.. trskn p'juangan anda dan rakan2.

kerabu said...

pasal apa hang tak ulas pasal hudud?
awat najib senyap pasal hudud?
najib cakap kalau wat hukum islam...negara kucar kacir..

Anonymous said...

aku tak tau awat la bodoh sangat orang kita ni...sanggup undi DAP bila lawan BN dulu semata2 untuk PKR...sekarang lihatlah....kan dah kena makan balik undi 2...bodoh betul la...tak sedar2...kenapa? buta sangatkah orang pas ngan orang melayu dalam PKR...walaupun UMNO ada kelemahannya,tapi ia bukanlah sehingga sanggup menggadai bangsa..biul la orang melayu pas ngan dalam PKR...kalau DAH BODOH...BODOH LA 2...