Memang Umno satu ketika dahulu tegap. Diawal zaman penubuhannya anak-anak bangsa yang ikhlas dari pelbagai disipilin khasnya guru-guru dan kakitangan kerajaan berebut-rebut menyertainya kerana mahu bersama memandu wadah perjuangan bangsa, membina negara dan nasib ummah. Umno mendapat dokongan penjajah Inggeris dan diberi pula teraju apabila negara Merdeka. Namun semakin negara dewasa, Umno pun semakin berubah. Dari kepimpinan yang diraih dari kalangan mereka yang ikhlas, Umno menjadi parti “businessman” apabila para peniaga mengambil-alih minat menyertainya.
Akhirnya orang menyertai Umno bukan lagi kerana perjuangan agama, bangsa dan negara tetapi lebih kepada duit, kuasa dan kedudukan.
Orang-orang Melayu kebanyakkan diabai, malah sekadar buah-buah catur untuk digunakan apabila perlu khasnya apabila ada pertandingan dalam parti. Apabila wang menjadi umpan maka segala-galanya adalah untuk nilai sogokan bukan lagi ikhlas dan sukarela. Wang diguna untuk mendapat kuasa, wang diguna untuk membeli pengaruh. Maka segala adab dan nilai bangsa dan agama luntur dan tiada lagi menjadi panduan dan keutamaan.
Kebencian rakyat di luar melihatkan gelagat buruk Umno ini memuncak dan terbakar menjadi dendam dan marah. Umno mesti diajar kerana mereka sudah tidak lagi menepati dasar dan asas perjuangan mereka dahulu. Umno sudah bukan lagi model yang sihat dan baik buat jenerasi mendatang. Umno menjadi kudis, liabiliti dan barah. Kesimpulannya Umno sudah tidak relevan tambahan apabila rakyat mula selesa dan boleh menerima parti-parti alternatif khasnya PAS dan PKR sebagai ganti.
8 Mac 2008 lalu adalah tarikh keramatnya, ini diikuti dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh dan terbaru Kuala Terengganu. Umno yang dijangka menghadapi pemilihan pucuk pimpinannya pada Mac ini dijangka semakin berpecah belah bahana politik wang. Tikam-menikam dan bunuh membunuh politik sesama mereka dijangka semakin ribut. Rakyat sudah benci dan bosan dan ini akan diikuti pula oleh kalangan ahli-ahli.
Tidak mustahil selepas Nasarudin, Zahar, ramai lagi akan angkat kaki meninggalkan bahtera usang bernama Umno ini. Marilah kita mencorak politik baru dalam negara. Tinggal dan buangkan yang keruh percaya dan terimalah yang jernih, sama-sama kita ungkapkan selamat tinggal kepada Umno.
Jika tiada aral melintang, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak akan sah menjadi Presiden UMNO pada penghujung bulan Mac nanti kerana beliau sudah menang jawatan itu tanpa perlu bertanding dengan sesiapa.
Sebelum jawatan itu disahkan sebagai rasmi, Najib sudah pun diuji dan diberi kepercayaan oleh Pak Lah untuk mengetuai beberapa tugas penting UMNO. Antaranya pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Hasilnya, Najib gagal mengembalikan sokongan pengundi terhadap UMNO dan Barisan Nasional.
Biarpun pelbagai analisis dan alasan telah diberikan tentang kekalahan itu, namun para penyokong UMNO dan Barisan Nasional hendaklah mengakui yang Najib bukanlah ‘hero’ yang boleh diharapkan untuk mengetuai UMNO/BN bagi mengharungi tsunami politik yang sedang melanda politik negara.
Kenyataan ini memang sesuatu yang sukar untuk diterima. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang sedang memegang jawatan penting dalam UMNO dan Barisan Nasional. Bak kata pepatah, hendak diluah mati emak, hendak ditelan mati bapak. Menolak kepimpinan Najib seolah mereka mahu menggali kubur sendiri.
Justeru itu, saya langsung tidak berasa hairan jika mereka masih mahu mempertahankan Najib. Lebih-lebih lagi, perlantikan Najib turut direstui Tun Mahathir, bekas Presiden UMNO yang paling lama berkuasa di negara ini.
Jika anda sudah lupa, UMNO pernah mengalami krisis terburuknya pada pilihanraya 1999. Tun Dr Mahathir mula sedar, jika beliau terus memegang kuasa, UMNO boleh tewas dalam pilihanraya 2004. Sebagai politikus yang genius, Tun Mahathir memilih Abdullah Badawi dan bukannya Najib yang sepatutnya lebih layak mengikut hirarki UMNO.
Dengan imej Mr. Clean yang dimiliki Abdullah, tidak sukar untuk kita meneka sebab-musabab Tun Mahathir sanggup membelakangkan struktur hirarki UMNO dan memilih Abdullah Badawi. Pada waktu itu, UMNO lebih memerlukan seseorang yang dianggap ‘bersih’ daripada seseorang yang dianggap ‘berpengalaman’.
Kemampuan UMNO/BN membangunkan negara ini sebagai sebuah negara yang dihormati di peringkat dunia tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun. Biarpun terdapat beberapa kekurangan di sana-sini, namun ianya dipandang sebelah mata oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Akan tetapi, UMNO telah kehilangan sesuatu yang amat berharga untuk mengekalkan kuasanya iaitu kehilangan ‘imej bersih’nya. Tuduhan UMNO/BN mengamalkan kronisme, nepotisme dan rasuah politik hanyalah intrepretasi daripada kegagalan UMNO/BN mengekalkan imej bersihnya di mata rakyat Malaysia.
Ternyata strategi Tun Mahathir menjadi bila beliau memilih Abdullah Badawi. UMNO/BN mendapat kejayaan yang paling cemerlang dalam sejarah pilihanraya di Malaysia. Kejayaan itu sebenarnya berpunca dari imej Abdullah Badawi yang dianggap sebagai pemimpin yang bersih dari sebarang skandal dan pengundi cuba menaruh harapan yang tinggi pada Abdullah Badawi.
Malangnya, Abdullah Badawi gagal mengekalkan imej ‘bersih’ itu. Gambar beliau bersentuhan dengan bukan muhrim menyakitkan mata pengundi Islam. Kisah budak tingkat 4 memusnahkan kepercayaan para peniaga dan pengusaha. Kehadiran semula Anwar Ibrahim dan pengaruh media alternatif berjaya memanipulasikan keadaan itu sehingga UMNO/BN mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya 2008.
Tsunami politik yang berlaku kini bukan kerja semalaman. Ianya adalah hasil daripada kegagalan UMNO/BN mengenalpasti perubahan yang diminta oleh rakyat sejak dahulu lagi. Contohnya, isu rakyat menentang ISA, isu kemunduran kaum India, isu konsep negara Islam, isu AUKU, isu ketelusan pihak media sudah diperkatakan sejak bertahun dahulu. Semua isu ini gagal difahami dan ditangani oleh UMNO/BN.
Keadaan ini bertambah buruk bila pengundi muda sudah memiliki tahap pemahaman yang lebih baik tentang perjalanan politik negara. Golongan ini tidak lagi mudah dipengaruhi oleh mana-mana parti politik. Biarpun golongan ini sering dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral, tetapi mereka lebih mengutamakan pemimpin yang bermoral.
Sebagai contoh, kelas tingkatan 5 Sigma dipenuhi pelajar yang keras kepala dan nakal. Lazimnya, ketua kelas yang mereka pilih adalah seseorang yang dilihat lebih bermoral dan berkredibiliti di kalangan mereka. Lalu, memang tidak menghairankan bila belia India sanggup menyokong Tuan Guru Nik Aziz daripada pemimpin MIC, belia Cina sanggup menyokong Anwar Ibrahim daripada pemimpin MCA dan belia Melayu sanggup menyokong Lim Guan Eng daripada pemimpin UMNO.
Persoalannya kini, adakah Najib memiliki ciri-ciri pemimpin yang bermoral?
Jika ditanya pada penyokong Pakatan Rakyat, tentu sahaja mereka akan menjawab tidak.
Justeru itu, setiap penyokong UMNO perlu bertanya pada diri sendiri, adakah anda sayangkan Najib atau anda sayangkan UMNO?
Jika anda sayangkan UMNO, anda kena baca posting ini dengan hati yang terbuka. Jika anda bencikan UMNO, anda kena baca posting ini sebagai iktibar untuk mengekalkan kejayaan yang sedang anda miliki.
Kesimpulannya, setiap pemimpin di Malaysia perlu bijaksana dalam setiap tindakannya; perlu benar dalam setiap niat, percakapan dan perbuatannya; perlu menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan kepada rakyatnya; perlu amanah dalam menjalankan kewajipannya; jika mahu menjadi pemimpin yang disegani dan diterima oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
perangai org2 MELAYU memang mcm tu ..... suka bakar kapal ....
dia tak sedar kapal itu lah yang dia tumpang lebih 50 tahun dulu, yang dah banyak berjasa kepada org2 melayu tak kira pas ke,umno ke.
bila nampak aje org2 luar baling batu, dia baling sama dan siap bakar lagi kapal yang dia pernah tumpang dan bawa dia berjaya.
siapa yg rosakkan kapal ni, jawapannya ialah org2 melayu sendiriiii, org2 melayu yg suka gossip, suka fitnah, berperangai buruk, tikam belakang. siapa yg bermain persepsi, siapa yg juara fitnah, siapa yg juara kafirrrr.... jawap laaa, jgn malu2.
lagi pon apa yg ada dengan kapal baru, apa jaminan yg kapal baru ada, cuba ckp, kalau permulaan lagi dah membohong, suka fitnah, suka mengkafirkan org lain, suka ckp takbur,..... apa dia jaminan masa depan??? sila jawapppp....
mcmana PAS nak berhadapan dgn extremis agama nanti kalau ada perpecahan dlm PAS. Kalau dlm UMNO ada melayu ultra. mcmana pula dlm PAS nnt, ada kumpulan syiah, ada ex-afghan, ada kumpulan salaf. mcmana PAS nak kawal perpecahan dlm PAS sendiri....sila jawappppp???? adakah melayu bersedia diletupkan...??? tu belum berhadapan dgn extremis buddha dan kristian....
kita pun pelik....kenapa ya!! di pakistan, di afghan, semua berjanggut berserban berjubah tapi cukup tak malu2 berbunuh sesama sendiri. adakah mereka tak cukup islam?? adakah mereka tak menggunakan islam utk meraih sokongan politik??? adakah mereka tak cukup utk berdoa memusnahkan sesama islam??? cuba jawappp....???
Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Share it
Anti Pro Militan
Kenapa Angin Perubahan?
Penulis terlibat dalam gerakan pelajar pada awal 1996. Ketika zaman "taliban" menguasai kampus di utara, penulis bersama aktivis mahasiswa yang lain telah menggelarkan gerakan itu sebagai gerakan "Perubahan" atau Islah, yang telah dijadikan agenda utama perjuangan pelajar.
1999, ketika kampus bergegar dengan reformasi pelajar, Perubahan telah berjaya menakluk kampus di utara tersebut. Aspirasi orang muda kepada Tun Mahathir selaku PM pada waktu itu. Satu persatu IPT berjaya ditransformasi hinggalah gerakan nasional itu kemudiannya digelar sebagai "Aspirasi".
2007, berblog di alam siber sebagai galang ganti platform baru setelah sebuah laman 1.0 yang aktif sejak 2001, dikuburkan. Selepas 2008, aura perjuangan membela agama, bangsa dan negara semakin mencabar. Inilah medannya, ruang seorang aktivis menyumbang sesuatu pada alif, ba ta.
Apa perasaan pejuang negara? Apa perasan mereka yang hilang ahli keluarga kerana komunis? Di mana perikemanusiaan Anwar terhadap mereka?
PAS Sanggup Jadi Balaci DAP
Gelagat seorang penyokong PAS di Tenang
BAPA SEGALA RASIS
Mereka cakap orang lain rasis, mereka buat tidak rasis. Dasar DAP pembelit.
DAP Kuasai Pembangkang
29 kerusi DAP, PKR hanya 25 kerusi, PAS ada 23 kerusi. 38 orang ahli parlimen pembangkang adalah bukan Islam, 39 adalah Islam. Kesimpulannya, menyokong pembangkang melemahkan kekuatan orang Islam dalam Parlimen.
Mursyidul Cantas Presiden PAS
Kalau Kit Siang jadi TPM, Hadi Awang hendak jadi apa?
DAP Usir Melayu
Hanya 20.41 peratus sahaja tanah di Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah milik orang Melayu. DAP perlahan lahan usir Melayu
DAP Bagi Tazkirah Dalam Surau
Satu penghinaan bagi umat Islam. Ahli Parlimen DAP memijak sejadah di saf pertama. PAS pertahankan pula DAP.
Tun M: Ramai Anggota Al Maunah Ahli PAS
Nik Aziz : Nikmat Besar Jika Berpadu
Satu Ketika Nik Aziz Kata Nikmat, Kini Bukan Nikmat Lagi Setelah 18 Tahun Berkuasa Di Kelantan.
Karpal : Langkah Mayat Dulu Baru Tubuh Negara Islam
Karpal Singh (Pengerusi DAP), Utusan Malaysia, 18 Oktober 1990, "Kami memberi pengakuan untuk mewujudkan sebuah negara Islam, langkah mayat kami dulu" di Dewan Perhimpunan Cina, Pulau Pinang.
Eratnya Mereka
Eratnya pelukan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh ke atas Elizabeth Wong ketika sidang akhbar pada 17 Februari 2009. Ini tanda sokongan tidak berbelah bahagi Muslimat PAS terhadap orang yang mengakui tidak malu melakukan pergaulan bebas?
Anwar Dalang IFC?
Siapa Kuasai Pakatan Rakyat?
Sejak menang di lima buah negeri pada 8 Mac lepas, siapa yang lebih mendominasi Pakatan Rakyat? Malaysia semakin liberal di bawah pakatan rakyat. Mustahilkah suatu hari Kit Siang pula menjadi Ketua Pakatan Rakyat?
Khalid Buat Apa Itu?
Anwar memuji Salman Rusdie sebagai 'profound writer'(penulis berpengetahuan mendalam), majalah ASIAWEEK, 11 November 1993.
Khalid dikepung oleh ayah dan anak
Lihatlah MB Selangor ini dikepung oleh Kit Siang dan anaknya. Teresa Kok dan Xavier Jayakumar juga lihat cuba mendominasi Khalid. Siapa yang jadi MB sebenarnya?
Di manakah Anwar?
Wan Azizah diapit oleh anak dan ayah dari DAP. Ke mana sahaja pergi, mereka berdua mengepung orang lain . Di Machap, Wan Azizah pernah pegang tangan Liou Chen Kuang (calon DAP). Anwar Ibrahim di mana?
Tunjuk Pada Jawi
Pakai Skirt Masuk Masjid
Father & Daughter In Law
Betty Chew (isteri Guang Eng) tengah memegang sesuatu sambil diperhatikan oleh ayah mertua dan suaminya. Teresa Kok nampaknya merenung jauh terhadap "sesuatu" itu.
Sedang Memanggang "Sesuatu"
Teresa Kok dengan memakai topi DAP, sedang memangang 5 ekor "sesuatu" yang telah dipandangnya tadi. Apakah 5 ekor ini bermaksud 5 negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat ?
Tiada lagi Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Seronoknya ayah dan anak memerintah Pulau Pinang. Tanpa rasa bersalah diumumkan DEB sudah dimansuhkan. Menurut Perlembagaan, Perkara 10, Fasal 4, Perlembagaan melarang mana mana pihak daripada mengungkit dan mempersoal hak keistimewaan. Jadi bagaimanakah pendirian orang Melayu yang masih sokong DAP dan PKR?
Senyuman yang dikongsi bersama
Ayah dan anak ini pernah senyum sebegini ketika hapuskan DEB di Pulau Pinang.
Tidakkah kawasan ini lebih besar daripada empayar Genghis Khan, Alexander the Great dan Atilla The Hun? Dulu orang menjajah mencari emas dan kekayaan kota, sekarang mencari apa pula? Apakah selepas minyak habis 100 tahun lagi barulah kita mahu berbangga bahawa pernah satu ketika ada syarikat negara Islam yang berjaya kuasai hampir 1/3 dunia.
Kerusi Parlimen
Mengapa orang Melayu dalam PAS dan PKR tidak boleh menjadi ketua kepada DAP? Di manakah keberanian PAS untuk tegakkan negara Islam? Apakah PAS sampai hati melihat nasib orang Melayu tergadai di Pulau Pinang?
PKR Celaru
PECAH & PERINTAH
Satu ketika ada negeri Melayu bersekutu, negeri Melayu tidak bersekutu dan negeri negeri Selat. Semuanya terjadi semasa di bawah penjajahan barat. Apakah sekarang ini barat mahu membiarkan kita bersatu padu dalam keadaan aman tanpa ada sebarang gangguan? Mengapa Jerusalem Post dan akhbar Amerika sibuk dengan urusan siapa menjadi Perdana Menteri di Malaysia? Apakah kenyataan mereka ini dibuat tanpa sebarang tujuan?
Ketuanan Rakyat?
Anwar Ibrahim menyatakan tiada lagi Ketuanan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman pada 14 April 2008. Ketuanan Rakyat yang disebut semasa Black 14. Apakah ini petanda Hari yang "black" juga untuk orang Melayu dalam PKR dan PAS?
Menang jadi Arang, Kalah jadi Abu
Siapakah yang paling untung dalam PRU12? Bila kalah semuanya menyanyikan lagu bangau oh bangau.
9 comments:
Salam ziarah
Memang Umno satu ketika dahulu tegap. Diawal zaman penubuhannya anak-anak bangsa yang ikhlas dari pelbagai disipilin khasnya guru-guru dan kakitangan kerajaan berebut-rebut menyertainya kerana mahu bersama memandu wadah perjuangan bangsa, membina negara dan nasib ummah. Umno mendapat dokongan penjajah Inggeris dan diberi pula teraju apabila negara Merdeka. Namun semakin negara dewasa, Umno pun semakin berubah. Dari kepimpinan yang diraih dari kalangan mereka yang ikhlas, Umno menjadi parti “businessman” apabila para peniaga mengambil-alih minat menyertainya.
Akhirnya orang menyertai Umno bukan lagi kerana perjuangan agama, bangsa dan negara tetapi lebih kepada duit, kuasa dan kedudukan.
Orang-orang Melayu kebanyakkan diabai, malah sekadar buah-buah catur untuk digunakan apabila perlu khasnya apabila ada pertandingan dalam parti. Apabila wang menjadi umpan maka segala-galanya adalah untuk nilai sogokan bukan lagi ikhlas dan sukarela. Wang diguna untuk mendapat kuasa, wang diguna untuk membeli pengaruh. Maka segala adab dan nilai bangsa dan agama luntur dan tiada lagi menjadi panduan dan keutamaan.
Kebencian rakyat di luar melihatkan gelagat buruk Umno ini memuncak dan terbakar menjadi dendam dan marah. Umno mesti diajar kerana mereka sudah tidak lagi menepati dasar dan asas perjuangan mereka dahulu. Umno sudah bukan lagi model yang sihat dan baik buat jenerasi mendatang. Umno menjadi kudis, liabiliti dan barah. Kesimpulannya Umno sudah tidak relevan tambahan apabila rakyat mula selesa dan boleh menerima parti-parti alternatif khasnya PAS dan PKR sebagai ganti.
8 Mac 2008 lalu adalah tarikh keramatnya, ini diikuti dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh dan terbaru Kuala Terengganu. Umno yang dijangka menghadapi pemilihan pucuk pimpinannya pada Mac ini dijangka semakin berpecah belah bahana politik wang. Tikam-menikam dan bunuh membunuh politik sesama mereka dijangka semakin ribut. Rakyat sudah benci dan bosan dan ini akan diikuti pula oleh kalangan ahli-ahli.
Tidak mustahil selepas Nasarudin, Zahar, ramai lagi akan angkat kaki meninggalkan bahtera usang bernama Umno ini. Marilah kita mencorak politik baru dalam negara. Tinggal dan buangkan yang keruh percaya dan terimalah yang jernih, sama-sama kita ungkapkan selamat tinggal kepada Umno.
ANDA ‘SAYANG’ NAJIB ATAU ‘SAYANG’ UMNO?
Jika tiada aral melintang, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak akan sah menjadi Presiden UMNO pada penghujung bulan Mac nanti kerana beliau sudah menang jawatan itu tanpa perlu bertanding dengan sesiapa.
Sebelum jawatan itu disahkan sebagai rasmi, Najib sudah pun diuji dan diberi kepercayaan oleh Pak Lah untuk mengetuai beberapa tugas penting UMNO. Antaranya pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Hasilnya, Najib gagal mengembalikan sokongan pengundi terhadap UMNO dan Barisan Nasional.
Biarpun pelbagai analisis dan alasan telah diberikan tentang kekalahan itu, namun para penyokong UMNO dan Barisan Nasional hendaklah mengakui yang Najib bukanlah ‘hero’ yang boleh diharapkan untuk mengetuai UMNO/BN bagi mengharungi tsunami politik yang sedang melanda politik negara.
Kenyataan ini memang sesuatu yang sukar untuk diterima. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang sedang memegang jawatan penting dalam UMNO dan Barisan Nasional. Bak kata pepatah, hendak diluah mati emak, hendak ditelan mati bapak. Menolak kepimpinan Najib seolah mereka mahu menggali kubur sendiri.
Justeru itu, saya langsung tidak berasa hairan jika mereka masih mahu mempertahankan Najib. Lebih-lebih lagi, perlantikan Najib turut direstui Tun Mahathir, bekas Presiden UMNO yang paling lama berkuasa di negara ini.
Jika anda sudah lupa, UMNO pernah mengalami krisis terburuknya pada pilihanraya 1999. Tun Dr Mahathir mula sedar, jika beliau terus memegang kuasa, UMNO boleh tewas dalam pilihanraya 2004. Sebagai politikus yang genius, Tun Mahathir memilih Abdullah Badawi dan bukannya Najib yang sepatutnya lebih layak mengikut hirarki UMNO.
Dengan imej Mr. Clean yang dimiliki Abdullah, tidak sukar untuk kita meneka sebab-musabab Tun Mahathir sanggup membelakangkan struktur hirarki UMNO dan memilih Abdullah Badawi. Pada waktu itu, UMNO lebih memerlukan seseorang yang dianggap ‘bersih’ daripada seseorang yang dianggap ‘berpengalaman’.
Kemampuan UMNO/BN membangunkan negara ini sebagai sebuah negara yang dihormati di peringkat dunia tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun. Biarpun terdapat beberapa kekurangan di sana-sini, namun ianya dipandang sebelah mata oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Akan tetapi, UMNO telah kehilangan sesuatu yang amat berharga untuk mengekalkan kuasanya iaitu kehilangan ‘imej bersih’nya. Tuduhan UMNO/BN mengamalkan kronisme, nepotisme dan rasuah politik hanyalah intrepretasi daripada kegagalan UMNO/BN mengekalkan imej bersihnya di mata rakyat Malaysia.
Ternyata strategi Tun Mahathir menjadi bila beliau memilih Abdullah Badawi. UMNO/BN mendapat kejayaan yang paling cemerlang dalam sejarah pilihanraya di Malaysia. Kejayaan itu sebenarnya berpunca dari imej Abdullah Badawi yang dianggap sebagai pemimpin yang bersih dari sebarang skandal dan pengundi cuba menaruh harapan yang tinggi pada Abdullah Badawi.
Malangnya, Abdullah Badawi gagal mengekalkan imej ‘bersih’ itu. Gambar beliau bersentuhan dengan bukan muhrim menyakitkan mata pengundi Islam. Kisah budak tingkat 4 memusnahkan kepercayaan para peniaga dan pengusaha. Kehadiran semula Anwar Ibrahim dan pengaruh media alternatif berjaya memanipulasikan keadaan itu sehingga UMNO/BN mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya 2008.
Tsunami politik yang berlaku kini bukan kerja semalaman. Ianya adalah hasil daripada kegagalan UMNO/BN mengenalpasti perubahan yang diminta oleh rakyat sejak dahulu lagi. Contohnya, isu rakyat menentang ISA, isu kemunduran kaum India, isu konsep negara Islam, isu AUKU, isu ketelusan pihak media sudah diperkatakan sejak bertahun dahulu. Semua isu ini gagal difahami dan ditangani oleh UMNO/BN.
Keadaan ini bertambah buruk bila pengundi muda sudah memiliki tahap pemahaman yang lebih baik tentang perjalanan politik negara. Golongan ini tidak lagi mudah dipengaruhi oleh mana-mana parti politik. Biarpun golongan ini sering dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral, tetapi mereka lebih mengutamakan pemimpin yang bermoral.
Sebagai contoh, kelas tingkatan 5 Sigma dipenuhi pelajar yang keras kepala dan nakal. Lazimnya, ketua kelas yang mereka pilih adalah seseorang yang dilihat lebih bermoral dan berkredibiliti di kalangan mereka. Lalu, memang tidak menghairankan bila belia India sanggup menyokong Tuan Guru Nik Aziz daripada pemimpin MIC, belia Cina sanggup menyokong Anwar Ibrahim daripada pemimpin MCA dan belia Melayu sanggup menyokong Lim Guan Eng daripada pemimpin UMNO.
Persoalannya kini, adakah Najib memiliki ciri-ciri pemimpin yang bermoral?
Jika ditanya pada penyokong Pakatan Rakyat, tentu sahaja mereka akan menjawab tidak.
Justeru itu, setiap penyokong UMNO perlu bertanya pada diri sendiri, adakah anda sayangkan Najib atau anda sayangkan UMNO?
Jika anda sayangkan UMNO, anda kena baca posting ini dengan hati yang terbuka. Jika anda bencikan UMNO, anda kena baca posting ini sebagai iktibar untuk mengekalkan kejayaan yang sedang anda miliki.
Kesimpulannya, setiap pemimpin di Malaysia perlu bijaksana dalam setiap tindakannya; perlu benar dalam setiap niat, percakapan dan perbuatannya; perlu menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan kepada rakyatnya; perlu amanah dalam menjalankan kewajipannya; jika mahu menjadi pemimpin yang disegani dan diterima oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Gempak!!!!!!
Blogger Angin Perubahan GAY!!!
Aku dpt maklumat dari sumber yang boleh dipercayai!!!!
Tunggu ...........................
Berita ini akan tersebar sedikit masa lagi!!!
gong xi fa chai ... utk kaum cina.
perangai org2 MELAYU memang mcm tu ..... suka bakar kapal ....
dia tak sedar kapal itu lah yang dia tumpang lebih 50 tahun dulu, yang dah banyak berjasa kepada org2 melayu tak kira pas ke,umno ke.
bila nampak aje org2 luar baling batu, dia baling sama dan siap bakar lagi kapal yang dia pernah tumpang dan bawa dia berjaya.
siapa yg rosakkan kapal ni, jawapannya ialah org2 melayu sendiriiii, org2 melayu yg suka gossip, suka fitnah, berperangai buruk, tikam belakang. siapa yg bermain persepsi, siapa yg juara fitnah, siapa yg juara kafirrrr.... jawap laaa, jgn malu2.
lagi pon apa yg ada dengan kapal baru, apa jaminan yg kapal baru ada, cuba ckp, kalau permulaan lagi dah membohong, suka fitnah, suka mengkafirkan org lain, suka ckp takbur,..... apa dia jaminan masa depan??? sila jawapppp....
mcmana PAS nak berhadapan dgn extremis agama nanti kalau ada perpecahan dlm PAS. Kalau dlm UMNO ada melayu ultra. mcmana pula dlm PAS nnt, ada kumpulan syiah, ada ex-afghan, ada kumpulan salaf. mcmana PAS nak kawal perpecahan dlm PAS sendiri....sila jawappppp???? adakah melayu bersedia diletupkan...??? tu belum berhadapan dgn extremis buddha dan kristian....
kita pun pelik....kenapa ya!! di pakistan, di afghan, semua berjanggut berserban berjubah tapi cukup tak malu2 berbunuh sesama sendiri. adakah mereka tak cukup islam?? adakah mereka tak menggunakan islam utk meraih sokongan politik??? adakah mereka tak cukup utk berdoa memusnahkan sesama islam??? cuba jawappp....???
zul.
kita tertarik dgn komen dr. jomo mlm smlm...walaupon keadaan di s'gor keadaan ekonominya sejuk tapi rakyat masih dlm keadaan tenang .... hehe.
jawapannya senang saja itulah akibatnya kalau berpolitik mengikut persepsi dan sentimen bukan fakta. hehe....
terima kasih la pada abg nuar brahim yg ajar begitu.... hehehe
peon sekolah pencen.
insaAllah UMNO akan kuat semula selepas para pemimpinya 'MUHASABAH DIRI'
FROM toksetiu.blogspot.com
d
Post a Comment