(Gambar: Barrack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 dengan meletakkan tangan di atas Bible yang sama pernah digunakan oleh Abraham Lincoln pada 1861. Dick Cheney, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi menjadi saksi sumpah Obama)."New Era Of Responsibility" itulah slogan Obama. Pentadbiran baru Obama telah menghantar George Mithcell sebagai perunding kedamaian di Palestin. Ketika golongan neo konservatif masih lagi menguasai rumah putih dengan perlantikan Rahmn Emanuel, mampukah Obama menjadi lebih bertanggungjawab dari Bush? Dunia Islam juga mengharapkan kedamaian yang berterusan dicapai di Palestin. Namun mahukah Israel patuh pada perjanjian dan hidup dunia yang lebih aman damai? Israel harus didakwa di mahkamah antarabangsa,. Jika tidak ,kejadian yang sama akan berulang lagi. Lambat laun, setelah puas tanah Palestin dibelasah Israel, mungkinkah ada tanah baru yang mahu digodam oleh Israel?
Baracck Obama mengambi alih jawatan sebagai orang nombor satu Amerika Syarikat pada 20 Januari 2008. "To the Muslim world, we seek a new way forward based on mutul interest and mutual respest. To those leaders around the globe who seek to sow conflict or blame their society's ills on the West, know that your people will judge you on what you can build, not what you destroy" kata Obama sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden.Apakah orang tidak menilai kita berdasarkan apa yang telah kita musnahkan? Lihatlah apa yang telah Israel musnahkan di Gaza. Perbuatan tersebut yang membuatkan satu dunia membenci dan mengecam Israel. Obama akan dibenci seperti Bush jika dasar Amerika terhadap Israel tidak diubah. China, Russia dan India pula akan dilihat sebagai bakal kuasa pengimbang baru untuk menyaingi sikap unilateral Amerika Syarikat. Sebelum Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden, barulah Israel mahu mengundurkan tenteranya dari Gaza. Apakah Gaza hanya dijadikan pentas eksperimen politik Amerika dan Israel? Gaza seolah medan politik bagi mengangkat imej Obama. Keganasan di Gaza juga dijadikan modal politik dalam kempen antara parti Likud dan parti Buruh di Israel yang akan mengadakan pilihan raya pada 10 Februari 2009 ini.
Sesudah 1,300 orang menjadi korban, beribu orang dicederakan, 20,000 rumah dimusnahkan, 16 pejabat kerajaan dirosakkan dan 20 masjid dihancurkan, maka gencatan senjata dilakukan oleh Israel. Kos keseluruhan kebinasaan yang dilakukan oleh Israel dianggarkan berjumlah USD $1.9 bilion. Namun nyawa dan tanah Palestin yang dicerobohi tidak boleh diganti dengan wang ringgit. Obama juga menjanjikan pengunduran dari Iraq dan Afganisthan. Apakah setelah berundur dari kedua-dua negara tersebut ada pula negara lain yang menjadi mangsa baru? Ketika gencatan senjata ini berlaku, alangkah baiknya jika Hamas dan Fatah berpakat kembali untuk membangunkan kembali Gaza. Hentikan sementara pertikaian politik. Bersatulah untuk membina semula Gaza yang musnah akibat kekejaman rejim Zionis. Jika masih bergasak, tidak mustahil tanah Palestin yang kini hanya tinggal 22%, lama-kelamaan akan hilang kesemuanya.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)





1 comments:
"Change. We Can Believe In"
Itu slogan Obama.
Adakah "change" yang dia janjikan bakal memberi kebaikan jika susunan pentadbirannya masih berkiblatkan Neo-Con (Rahm Emmanuel)?
Fikirkan semula "change" yang dilaung2kan.
http://www.mohdaizal.com/
Post a Comment